BAB 79

Thriller Series 17

“SEBELUM ni pun saya pernah panggil seseorang tu gila.” Jawab Qhadir dengan santai menyuap nasi ke dalam mulut.

Risya mendengar hal itu mula tertarik lalu mendekatkan jaraknya dengan melabuhkan punggung di sebelah Qhadir.

Qhadir hanya membiarkan Risya duduk di sebelahnya, “Siapa? Siapa orang yang pernah awak panggil gila tu? Saya nak tahu juga seperti apa perempuan gila tu.”

Qhadir terdiam seketika lalu membalas dengan selamba, “Awak. Saya pernah kata awak gila masa awak masuk meminang saya. Saya kata yang awak dah gila masuk meminang lelaki seperti saya.”

“Awak…kata saya gila? Kenapa pula, salah ke perempuan masuk minang lelaki? Awak tu susah sangat nak buka hati pada perempuan sebab tu saya suruh umi saya masuk minang awak.” Balas Risya dengan tatapan tidak puas hati dikatakan gila oleh Qhadir.

Sedap-sedap dia je kata orang gila padahal orang gilakan dia sebab tu terpaksa minta umi dia masuk meminang Qhadir. Siapa suruh jual mahal sangat dengan dia, memang padanlah masuk meminang. Awak single, saya single. Sesuai sangat kita berdua ni.

“Hm memang patut pun saya panggil awak gila masa tu. Awak perempuan pertama yang pernah saya jumpa selama 27 tahun saya hidup dekat bumi ni. Dan awaklah perempuan pertama yang berani masuk dalam hati saya, ganggu hidup saya dan buat saya tak tentu arah dengan sikap awak.”

Suasana antara mereka menjadi sepi dengan tiupan angin yang kuat membuat suasana menjadi romantik dengan ayat Qhadir tadi.

Mata Risya tidak berkelip mendengar ayat Qhadir tadi menatapnya yang hanya santai menyuap nasi ke mulutnya.

Risya mendekatkan lagi jaraknya dengan Qhadir, “Ulang balik, saya nak dengar lagi.” Dia mendekatkan telinga pada Qhadir.

“Sekali saya cakap, sekali tu jelah saya sebut. Buat orang letih je ulang benda yang sama.” Balas Qhadir dengan dingin membuat muka Risya berubah cemberut lalu berpaling pada depannya memandang pokok yang besar di depan pondok yang mereka berada sekarang.

Tak lama kemudian, mukanya berubah merah apabila satu suara terlalu dekat dengan telinganya.

“Perempuan gila macam awak dah buat salah dan ganggu hidup saya, macam mana awak nak bertanggungjawab terhadap saya, Risya? Jangan harap awak akan lari dari saya selepas apa awak buat pada saya selama ini, jangan lupa tanggungjawab awak nanti.” Bisik Qhadir dengan nada lembut lalu menjauhkan jaraknya dengan telinga Risya, sambung balik menyuap.

“Tanggungjawab?” Tanpa fikir panjang, Risya bangun dari duduknya lalu mengalas beg tangannya menatap Qhadir dengan semangat.

“Kalau macam tu sekarang juga saya bertanggungjawab, jom pergi pejabat agama.” Baru sahaja dia ingin melangkah, Qhadir menarik tali beg tangan Risya sehinggalah Risya kembali duduk di sebelahnya dengan jarak dekat.

“Jangan nak buat kerja gila, tunggu je sebulan lebih lagi. Nah awak pun makanlah juga, asyik saya sorang je makan. Bosan juga makan sorang, apa gunanya ada tunang tapi makan sorang. Nah buka mulut.” Qhadir menghala sudu yang ada nasi dan sedikit ayam pada mulut Risya.

Risya memandang sudu yang dihala Qhadir dengan gembira membuka mulutnya menyambut suapan Qhadir yang begitu sedap padahal pakai sudu bukan pakai tangan. Gatallah Risya ni.

Kalau Qhadir layan dia setiap hari macam ni dia sanggup masak dan bawa makanan untuk Qhadir, dia sanggup asal dapat bersuapan dengan tunang dia sendiri. Walaupun sikap Qhadir dingin tapi dia tetap layan dirinya dengan baik dan masih menjaga batas antara mereka berdua. Itu buat Risya makin sayang pada Qhadir.

Risya mendepangkan tangannya nak peluk Qhadir dengan cepat menjauh dari dipeluk oleh Risya, “Awak jangan nak buat benda pelik-pelik selagi kita belum halal.”

“Jadi maknanya kalau kita dah halal nanti, saya boleh peluk awak sesuka hati saya?” Soal Risya menatap Qhadir yang baru sahaja sedar apa yang dikatanya tadi.

“Kenapa selepas kita bertunang, awak makin nakal macam ni? Mana Risya dulu yang pendiam, pemalu dan sopan tu?” Qhadir menatap Risya dengan mulut masih mengunyah.

“Tu Risya dulu, sekarang saya dah berubah disebabkan awak. Jadi awak pun perlu bertanggungjawab pada saya.” Qhadir tersenyum kecil.

“Merepek jelah perempuan ni.” Risya hanya tersenyum mendengar ayat Qhadir kemudian mereka berbual menemani Qhadir yang berselera menghabiskan bekal yang dibawanya.

WAKTU malam tiba, suasana meja makan menjadi riuh bersama ahli keluarga Asyikin yang tengah berborak rancak terutama Nana yang ingin melihat gambar perkahwinan Asyikin.

Asyikin menghulurkan telefon pada Nana menyambutnya dan melihat gambar perkahwinan mereka berdua diikuti oleh Kak Su yang melihat di belakang Nana.

“Ya ampun, Nona. Cantiknya Nona. Seperti bidadari yang turun dari langit. Sumpah saya tak tipu, kan Nona Nana?” Kak Su memuji kecantikan Asyikin memakai gaun perkahwinan berwarna baby blue.

“Ye, betul apa yang Kak Su kata. Hmm kalaulah masa tu akak tak sedap badan, bolehlah akak tengok depan-depan. Akak nak sangat tengok kamu pakai gaun perkahwinan.” Ujar Nana dengan sedih kerana tak dapat hadir ke majlis akad nikah Asyikin disebabkan badannya yang kurang sihat dan asyik muntah.

“Alah akak, nanti masa majlis sanding nanti akak datanglah. Lagipun majlis sanding Syikin lambat lagi, sempat je akak nak tengok Syikin bersanding nanti.”

Majlis sanding akan diadakan selepas sahaja dia lulus ketiga ujian yang dilalui tapi kalau tak lulus takdelah majlis sanding.

“Ouh ye Aryan, kamu cakap yang ni pertama kali kamu datang ke Terengganu, kan?” Soal Tuan Haji memandang cucu menantunya.

Sebab Asyikin ada bagitahunya yang ni kali pertama Aryan datang menjejak di Kuala Terengganu ni memandangkan kampung dia paling jauh dekat Johor, kampung belah mummy.

“Ye, atuk. Ni kali pertama saya datang Terengganu. Mungkin sepanjang dekat sini, saya boleh jalan-jalan kenal Terengganu. Sebab mungkin saya akan datang sini lagi dengan Syikin.”

“Bagus juga tu, bolehlah kau kenal budaya dan makanan dekat Terengganu ni. Kau takkan rasa rugi pun bro, makanan dekat Terengganu ni memang sedap nak mampus terutama nasi kerabu.” Ujar Naim membanggakan keistimewaan yang ada di negara sendiri iaitu makanan yang sedap.

Yelah Terengganu ni memang yang paling bestnya adalah makanan yang sedap dan kuantiti yang banyak. Siapa jadi orang Terengganu, memang rasa tak rugi jadi orang Terengganu.

“Kau, semua makanan sedap. Masakan Nana pun kau kata sedap juga kan?” Perli Asyikin.

“Biarlah, isteri aku masak memang sedap pun. Kau apa kurangnya, masakan kau sedap juga.
Kau pun pernah rasa masakan Syikin juga, kan bro?” Soal Naim.

Sebab dia tahu masakan sepupu dia memang sedap, kalau lawan dengan isteri dia pun, dia pun keliru nak pilih masakan siapa yang sedap. Kata atuknya, bakat memasak Asyikin tu mewarisi arwah Mak Longnya.

“Ye, masakan Syikin memang yang terbaik dan sedap. Sampai aku tak sedar berat badan aku naik sikit. Masakan dia buat aku menambah 2 kali, kuih dia buat pun sedap juga.” Puji Aryan mengingat kembali masakan yang Asyikin pernah masak sebelum ni.

“Terutama nasi lemak Syikin buat kan? Nasi lemak yang Syikin buat memang sedap sangat.”
“Betul tu, nasi lemak Asyikin buat pun sedap sangat. Terutama sambal nasi lemak yang tak pedas sangat, sesuai dengan tekak saya.”

Muka Asyikin dah berubah sedikit merah mendengar pujian masakan antara suami dengan kakak ipar dia yang tak henti memujinya.

“Sudahlah tu, orang masak guna resepi dekat Internet je. Ouh ye atuk, Mak Ngah memang dah lama ke tak balik sini?” Soal Asyikin menatap Tuan Haji yang sedang meneguk fresh orange.

Ni antara sebab kenapa atuk dia minta dia datang sebab Mak Ngah jarang balik ke rumah atuk beberapa hari ni sebab tu atuknya call dia suruh datang. Kalau Mak Ngah ada, memang taklah dia nak balik. Dia kalau boleh tak nak Mak Ngah tahu yang dia kahwin sebab kena tangkap basah, nanti dia kena hina habis-habisan.

“Entahlah, atuk. Sejak selepas cerai dengan Pak Ngah kamu tu, Mak Ngah kamu tak reti duduk diam. Selalu je keluar waktu pagi dan pulang tengah malam.” Jawab Tuan Haji kembali menyuap nasi ke mulutnya.

“Bukan ke Mak Ngah tengah dalam tempoh iddah sekarang? Bukan Mak Ngah kena duduk rumah je, tak boleh keluar langsung?” Soal Asyikin.

“Memang mak aku tengah dalam tempoh iddah pun, aku ni dah berbuih mulut larang, nasihat bagai tapi kau fahamkan mak aku macam mana? Dia kata ke aku yang aku anak derhaka lah, anak apa-apa entah, malaslah aku layan. Dahlah bukan keluar sorang.” Balas Naim dengan perasaan mengenang sikap ibunya yang keras kepala dan tak dengar cakap.

Nana yang berada di sebelahnya, mengusap bahu Naim supaya Naim bertenang.

“Maksudnya mak kau bukan keluar sorang melainkan keluar dengan bakal suami dia tu, Dato Rahim?” Naim mengangguk kepalanya dengan pertanyaan Asyikin.

“Atuk tak cuba ke larang Mak Ngah keluar dari rumah?” Soal Asyikin.

Sebab hanya arahan atuk sahaja yang Mak Ngah boleh dengar dan tak berani bantah langsung. Jadi dia hairan takkan atuk tak pernah bagi amaran ke Mak Ngah selama ni.

“Atuk malas nak bagi amaran mahupun nasihat ke Mak Ngah kamu tu. Lagipun dia dah besar, haram halal dia fikirlah sendiri. Atuk tak nak masuk campur. Biar dia sendiri fikir tindakan dia tu betul ke tak.” Jawab Tuan Haji.

Asyikin dan Naim saling menatap antara satu sama lain sambil mengangkat salah satu kening masing-masing. Dah faham sangat dengan perangai atuk mereka, kalau dah kata tak masuk campur maknanya memang malas nak masuk campur. Maknanya atuk pernah bagi nasihat tapi tak pernah dengar, biasalah perempuan kan?

Tengah mereka menikmati makan malam, kedengaran ketukan pintu hadapan dari luar.
Kak Su mendengar ketukan itu dengan cepat menghampiri pintu lalu membukanya, “Puan Aisyah?”

Mendengar sebaris nama itu, Asyikin secara refleks bangun dari kerusi dan mula panik begitu juga dengan Naim yang mula risau mendengar ibunya pulang secara tiba-tiba.

“Alamak. Alamak, kenapa masa macam ni Mak Ngah balik? Zass, suruh Kak Su tahan Mak Ngah sekejap.” Asyikin memberi isyarat pada pembantu atuknya melangkah menghampiri Kak Su.

“Aduh nak buat apa sekarang ni? Nak sorok dekat mana ni?” Asyikin mula panik melihat sekelilingnya untuk mencari tempat persembunyian yang sesuai untuk mereka berdua sembunyi.

“Sayang, sayang pergi sembunyi dekat dapur.” Naim menarik lengan isterinya ke dapur sebelum bertemu dengan ibunya yang memang dari awal tak suka pada isterinya.

“Ahh Syikin, saya rasa kita perlu bagitahu juga Mak Ngah awak pasal awak dah kahwin.” Ujar Aryan memandang Asyikin yang panik memikirkan jalan penyelesaian.

“Tak. Kalau Mak Ngah tahu yang saya dah kahwin mesti dia hina saya habis-habisan.” Asyikin mengerling pada kain alas meja yang labuh ke lantai lalu muncul satu idea.

Dengan cepat dia mengangkat kain alas meja lalu masuk ke dalam menyorok di bawah meja kemudian dia memegang tangan Aryan dari bawah meja.

“Cepatlah Aryan, sorok bawah meja. Cepat.” Bisik Asyikin menarik tangan Aryan menyuruhnya untuk menyorok bersamanya di bawah meja.

Aryan hanya turuti sahaja lalu perlahan membengkok badannya untuk masuk ke dalam dengan cepat Asyikin menarik lengannya kemudian menekup mulut Aryan dengan tangannya meminta Aryan jangan bersuara langsung.

“Maaf saya buat macam ni tapi saya minta tolong sangat-sangat dengan awak. Saya tak nak Mak Ngah saya tahu saya dah kahwin nanti dia hina saya sepuas hati dia.” Bisik Asyikin merenung mata Aryan supaya dia faham kenapa dia buat macam ni.

Aryan seperti memahami apa yang dirasa oleh Asyikin lalu mengangguk kepala, Asyikin tersenyum puas melihat anggukan Aryan.

Kemudian kedengaran tapak kaki seseorang yang menghampiri meja makan, “Atuk, ada sesiapa datang ke malam ni?”

Mak Ngah melihat ada 4 pinggan di atas meja yang masih ada makanan lalu memandang ayahnya yang tengah santai menikmati makan malamnya.

Belum sempat Tuan Haji menjawab, Naim menghampiri meja makan lalu duduk semula di tempat duduknya.

“Naim bawa kawan-kawan Naim datang menginap di rumah atuk. Katanya mereka nak jalan-jalan dekat Kuala Terengganu ni, sebab tu Naim minta izin dengan atuk.” Jawab Naim sambung kembali menikmati makan malamnya.

“Ouh, jadi mana kawan-kawan kamu? Takkan dah habis makan terus masuk bilik, dahlah tak habis makan lagi.” Soal Mak Ngah dengan hairan membuat Naim menghela nafas kasar.

“Mereka ada dekat luar, selepas sahaja dengar ibu balik terus Naim minta mereka tunggu dekat luar sebab yelah Naim pun tak nak kenalkan kawan Naim pada ibu. Buat malu jelah.” Jawab Naim dengan santai membuat Mak Ngah marah mendengarnya.

“Kurang ajar punya anak! Berani kamu hina ibu! Ibu ni lah beranak kamu, bagi kamu makan semua tahu! Kenapa kurang ajar sangat ni?! Siapa ajar?!” Jerit Mak Ngah memarahi sikap Naim yang kurang ajar padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience