Series
17
“KENAPALAH dalam banyak-banyak kafe, kafe ni juga diorang datang?” Bisik hati Asyikin sambil menunduk kepalanya menyembunyikan diri daripada pasangan yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe itu.
Aryan menyedari tingkah laku Asyikin, “Kenapa, Syikin? Ada sesuatu yang tak kena ke?”
Aryan memusing badan melihat pasangan yang dilihat Asyikin, “Awak kenal ke pasangan tu?”
Asyikin menjawab sambil menunduk kepala, “Perempuan tu Mak Ngah saya sementara lelaki tu bakal Pak Ngah tiri saya.”
“Pak Ngah tiri awak?” Aryan mengangkat salah satu keningnya mendengar jawapan Asyikin itu.
“Awak ingat tak saya ada kata yang saya balik Terengganu disebabkan family problem?” Aryan mengangguk kepala dengan pertanyaan Asyikin.
“Sebenarnya Mak Ngah saya kena tangkap basah dengan seorang lelaki di sebuah hotel yang sama dengan awak. Saya ada kata yang saya ada kerja dekat sana, kan? Masa tu Pak Ngah saya minta tolong dengan saya untuk teman dia sebab dia ada nampak Mak Ngah keluar dengan lelaki lain jadi dia minta saya jadi saksi.” Asyikin menceritakan kepada Aryan cerita lengkap dari awal ke akhir.
“Jadi maknanya Pak Ngah awak dah ceraikan Mak Ngah awak?” Asyikin mengangguk kepala dengan pertanyaan Aryan.
“Ye, sekarang ni mereka dalam proses penceraian. Awak nak tahu tak bila saya kata ke lelaki tu tentang Mak Ngah perlu lalui tempoh iddah selepas sahaja Mak Ngah cerai, dia tanya saya, ‘Apa itu iddah?’. Saya macam…seriuslah orang tua ni tak belajar agama ke masa sekolah?” Aryan ketawa kecil mendengar cerita Asyikin itu.
“Habis tu, ahli keluarga awak terima ke lelaki tu?”
“Nak kata terima tu mustahil sebab sepupu saya yang merupakan anak sulong Mak Ngah saya tu tak suka dengan sikap Dato Rahim yang seperti mempermainkan perasaan ibu dia. Dia pun pernah cuba try saya tapi saya buat tak layan.” Balas Asyikin sambil melihat pasangan tu duduk di sebuah meja yang jauh dari mereka.
“Sekejap awak sebut Dato Rahim ke tadi?” Tanya Aryan.
“Ye, Dato Rahim. Kenapa awak kenal ke dengan Dato tu?”
“Dato Rahim tu ayah saudara saya belah mummy, anak sulong dan merupakan abang kepada mummy saya.” Asyikin yang ketika itu meneguk kopinya tersedak mendengar hal itu.
“Ayah saudara awak? Jadi maknanya awak anak saudara Dato Rahim?” Aryan tersenyum kecil lalu mengangguk kepala.
“Jadi Pak Ngah awak macam mana? Maksud saya reaksi dia selepas dapat tahu Mak Ngah awak curang?”
“Tipulah kalau saya kata takde reaksi apa-apa. Pak Ngah tu seorang yang setia. Pak Ngah sanggup kerja lebih daripada satu pekerjaan setiap hari untuk menampung ahli keluarganya. Pak Ngah tu setia dengan Mak Ngah selama bertahun-tahun dan sangat mencintai Mak Ngah. Mak Ngah tak boleh terima hakikat yang dia berkahwin dengan orang miskin pada mulanya dia tolak lamaran Pak Ngah tapi disebabkan atuk saya tawarkan duit pada Mak Ngah jika dia nak duit tu Mak Ngah perlu bersama dan setia dengan Pak Ngah sampai akhir.” Jelas Asyikin menyuapkan kek ke dalam mulutnya.
“Tapi selepas sahaja Pak Ngah awak ceraikan Mak Ngah awak, dia tak dapatlah duit tu kan?” Asyikin mengangguk kepala dengan pertanyaan Aryan.
“Saya pun tak boleh nak salahkan Dato Rahim sebab dia kesunyian kan? Isteri dia terlalu busy dengan bisnis jadi tak sempat nak layan suami mahupun anak-anak dia sendiri. Tak boleh nak salahkan lelaki juga, lelaki pun perlukan peneman hidup untuk isi kekosongan di hati tapi kalau perempuan tu dah berpunya dah ada anak pun buat apa?” Ujar Asyikin mengunyah kek dengan perasaan geram.
“Awak kata yang sepupu awak tu anak Mak Ngah awak kan? Berapa umur dia?” Tanya Aryan meletakkan kedua lengannya di atas meja.
“Tahun ni Naim umur 26 tahun, dah berkahwin dan tak lama lagi bakal jadi seorang ayah.” Aryan terkejut mendengar hal itu.
“26 tahun? Dah kahwin? Dan nak jadi ayah dah? Sekejap kalau awak panggil mak dia ‘Mak Ngah’ jadi mak awak anak sulong?”
“Ye, benar sekali. Mak Ngah saya kahwin dulu baru mak saya kahwin, masa tu mak saya nak dapatkan saya dekat 2 tahun. Mak Ngah saya dapat Naim pun tak sampai sehari dua mereka kahwin.” Terang Asyikin sementara Aryan tengah khusyuk mendengar ceritanya.
“Sehari dua? Bukan ke nak boleh anak ambil masa seminggu atau sebulan?” Asyikin tersenyum kecil mendengar pertanyaan Aryan yang cepat tangkap dengan apa yang dicerita.
“Biar saya bagitahu satu rahsia. Mak Ngah saya tu dah terlanjur dulu sebelum kahwin jadi boleh dikatakan yang sepupu saya tu anak luar nikah. Tapi sepupu saya tak tahu pasal ni termasuk atuk saya. Macam mana saya tahu? Sebab mak saya yang cerita pada saya dan minta saya rahsiakan daripada Naim. Jadi Aryan tolong simpan rahsia ni.” Asyikin memandang Aryan dengan pandangan berharap Aryan tidak bocorkan rahsia.
“Baiklah, saya akan rahsiakan hal ini. Terima kasih sebab sudi kongsi rahsia dengan saya jadi untuk sama adil saya akan bagitahu satu rahsia saya.” Asyikin mendengar hal itu mendekatkan kerusinya lalu memasang telinganya untuk dengar cerita Aryan.
“Sebenarnya saya pun ada sepupu yang merupakan anak luar nikah juga, nama dia ‘Luchien Lee Irfan’ yang merupakan anak kepada Tan Sri Danish dengan perempuan simpanan dia, Sofea Raisya. Perempuan tu bekerja dekat sebuah kelab malam dan mereka berdua saling jatuh cinta tapi grandpa tak restu perkahwinan mereka berdua. Jadi…” Belum sempat Aryan habis cerita, Asyikin meneka.
“Sebab tu Dato jodohkan Puan Sri Haneem dengan Tan Sri Danish dan meminta beliau melupakan perempuan itu. Beliau menentang perkahwinan tu pada mulanya tapi Dato awak ugut kalau beliau tak terima perkahwinan maka beliau perlu keluar dari Keluarga Lee dan tiada harta atau saham atas namanya sekiranya dia keluar dari rumah itu. Selepas perkahwinan, beliau dalam diam tetap berhubungan dengan perempuan tu sehinggalah perempuan tu disah mengandung tapi setelah itu perempuan tu meninggal dunia selepas melahirkan dia.” Aryan tersenyum kecil dengan pernyataan Asyikin.
“Saya tak perlu cerita pun awak dah dapat tangkap hint dia. Semua yang awak kata tu memang betul semua. Tapi macam mana awak…” Aryan memandang Asyikin dengan pandangan bingung.
“Awak lupa ke job saya sebagai apa? Saya kan anggota Layrix Agency lagipun Qhadir ada cerita sedikit pasal lelaki tu sebab tu saya jadi tertarik untuk mencari maklumat tentangnya.” Balas Asyikin sambil memeluk tubuh.
“Inspektor Qhadir? Macam mana dia tahu pasal Luchien?”
“Ahh sebab jantan tu selalu buat masalah dan selalu dibawa ke balai sekaligus Qhadir yang handle kes jantan tu tapi Qhadir tidak boleh buat apa-apa kerana jantan tu ada peguam yang ikat jamin dia.” Jawab Asyikin menyuap macaron mini ke dalam mulutnya.
“Begitu. Luchien tu dari dulu suka buat masalah dan kalau orang lain tak kata pun saya tahu yang dia benci sangat ke saya sebab saya pewaris sebenar walaupun dia lebih tua dari saya tapi disebabkan status dia, dia tak layak untuk mewarisi MH.” Jelas Aryan.
“Memang betul pun dia tak layak sebab jantan tu anak luar nikah kalau kedua ibubapa dia kahwin barulah boleh dikatakan pewaris sebenar. Satu lagi kenapa dia benci sangat pada awak sedangkan awak tak pernah balas apa-apa pada dia? Kalau saya jadi awak, saya dah patahkan tulang belakang dia sampai bunyi.” Asyikin mematahkan tulang tangan sehingga berbunyi.
Aryan melihat hal itu tersenyum kekok, “Patahkan tulang belakang dia tu agak…berlebihan bagi saya. Lagipun kalau saya balas pun bukan boleh tarik balik and takkan boleh buat dia suka pada saya. Selagi saya ada selagi tu dia takkan berpuas hati sampai saya mati.” Ujar Aryan sambil memandang kek di depannya.
“Tapi kalau ikutkan harta tu awak boleh wariskan pada sesiapakan sekiranya awak sudah disahkan sebagai pewaris sebenar MH?” Aryan berfikir sejenak dengan pernyataan tersebut.
“Ye memang betul. Saya boleh wariskan harta dan syarikat pada sesiapa sahaja termasuk isteri dan anak saya nanti. Tapi tulah saya belum kahwin lagi.” Ujar Aryan sambil menggosok belakang lehernya.
“Sebab tu Dato nak sangat awak jalinkan hubungan dengan Detektif Laya supaya jika awak dah tiada nanti Detektif Laya boleh mewarisi syarikat awak serta harta awak nanti.” Balas Asyikin membuatkan Aryan mula faham kenapa grandpa terdesak sangat nak dia kahwin cepat-cepat.
“Sebut pasal Detektif Laya, awak dah start ke rancangan yang saya bagitahu tu untuk jalinkan hubungan dengan beliau?” Aryan menggeleng kepala.
“Belum tapi saya tengah tunggu balasan dari beliau yang mengatakan beliau tak boleh janji disebabkan kes Moonlit Kiler yang semakin berleluasa ni. Jadi saya kena tunggu sehinggalah beliau lapang atau saya mungkin boleh bincang sampai beliau dah selesai dengan kes Moonlit Killer.” Asyikin menunduk kepala apabila merasakan Mak Ngah seperti menghampiri ke sini tapi hakikatnya tidak disebabkan arah belakang Asyikin ada tandas yang disediakan.
“Nak tunggu kes Moonlit Killer ni selesai ibaratkan tunggu salji turun di Malaysia. Saya dengar semalam yang Detektif Laya dengan anggota polis yang lain pecah masuk ke tempat persembunyian baru Moonlit Killer.” Kata Asyikin menyuap kek itu sehingga habis.
Tengah mereka rancak berborak, kedengaran satu suara yang sangat dikenali oleh Asyikin lalu mengangkat kepala melihat gerangan tersebut.
“WOW. Wow. Tengok siapa dekat sini? Rupanya dalam diam kau menggatal dengan lelaki ye?” Ujar Mak Ngah dengan senyuman sinis menghampiri meja mereka berdua.
Asyikin menjuling mata ke atas mendengar ayat Mak Ngah, “Sekurangnya saya menggatal dengan lelaki yang berstatus single, bukannya dengan lelaki yang berstatus suami orang tak seperti seseorang tu.”
Mak Ngah berasa marah dengan ayat Asyikin, “Kau…kau hina aku ke?!”
Asyikin memandang Mak Ngah dengan senyuman sinis, “Saya ada sebut nama Mak Ngah ke tadi? Kenapa, terasa ke? ‘Siapa makan cili dia terasa pedas’.”
“Kau perempuan memang tak guna! Perangai kau sama je macam arwah mak kau yang suka goda ramai lelaki! Kenapa kau tak mati sekali dengan mak ayah kau tu, hah?!”
Mata Aryan terbuka luas mendengar ayat Mak Ngah tadi mengalih pandangan pada Asyikin yang menunjukkan reaksi membosankan seperti sudah bosan mendengar benda yang sama berulang kali.
“Tak payahlah nak ungkit tentang orang mati dekat sini. Yang mati biarlah mati, Mak Ngah. Lagipun…” Asyikin bangun dari kerusinya lalu memandang Mak Ngah.
“…kalau saya ada pasangan hidup sekalipun, bukan urusan Mak Ngah kan? Atuk ada kata ke Syikin yang Syikin boleh cari mana-mana lelaki yang Syikin nak, asalkan dia boleh terima Syikin seadanya. Tak seperti seseorang yang hanya pandang lelaki dari segi harta bukan dari rupa dan yang tak reti bersyukur kerana ada suami yang setia tapi hakikatnya diri sendiri curang.”
Mak Ngah mengangkat tangan untuk menampar Asyikin tapi belum sempat tangan itu menyentuh muka Asyikin, Asyikin memegang lengan Mak Ngah dengan kuat menyebabkan Mak Ngah mengerang kesakitan.
“Ahh! Lepaskan aku, sial! Sakitlah!” Asyikin dengan rela hati melepaskan pegangan dengan menarik Mak Ngah dengan kuat sehingga jatuh di lantai.
Ketika itu, keadaan kafe kelihatan sunyi dan hanya ada beberapa orang dan pekerja yang melihat kejadian tersebut.
“Mak Ngah tahu tak yang Mak Ngah tak boleh keluar atau merayap ke mana-mana dengan lelaki selama Mak Ngah dalam proses penceraian, kan? Selagi tak tiba hari masuk mahkamah selagi itu Mak Ngah tak boleh keluar langsung dari rumah mahupun…” Mengalih pandangan pada Dato Rahim yang menghampiri Mak Ngah.
“…berjalan dengan mana-mana lelaki. And Mak Ngah juga tak boleh jumpa dengan mana-mana lelaki selepas sahaja proses penceraian selesai sebab Mak Ngah perlu melalui tempoh iddah, kan? Atau Mak Ngah pun tak tahu juga apa itu iddah? Kalau tak tahu, buat malu je atuk hantar Mak Ngah pergi sekolah sedangkan hakikat ponteng kelas.” Sambung Asyikin memberikan senyuman sinis pada Mak Ngah.
“Saya kalau nak dapatkan sesuatu, saya akan guna cara baik dan sopan. Tak gunalah cara kotor dan jijik untuk dapatkan sesuatu yang memang sudah jadi milik orang lain. Lagipun kalau Syikin dating dengan mana-mana lelaki pun dekat KL, bukan Mak Ngah yang jadi wali Syikin kan?” Asyikin menghampiri Mak Ngah lalu mencangkuk secara sopan.
“Atuk yang akan uruskan semua itu jadi tak payah masuk campur urusan orang lain dan jangan jaga tepi kain orang sangat. Jagalah kain sendiri sebelum nak jaga yang orang lain punya.” Sambung Asyikin kembali berdiri menghampiri meja lalu mengambil beg tangannya.
“Jom, Aryan. Kita balik, saya dah puas makan dessert hari ni.” Kata Asyikin menarik lengan Aryan melangkah keluar dari kafe tersebut meninggalkan Mak Ngah dan Dato Rahim yang kelihatan terkejut dengan kehadiran anak saudaranya itu.
Share this novel