Completed
282
jam dinding menunjukkan pukul 10 malam dan akhirnya Zarina pulang kerumah didalam kelelahan kerana sibuk bekerja, bondanya menyedari kepulangan anak kesayangannya.
"Zarina, nak makan dulu tak? ke nak rehat terus?" tanya bondanya sambil membantu Zarina membuka jaketnya. "takpela bonda, Zarina penat sangat.."
bondanya memahami kelelahan anaknya sebelum bertanya soalan. "Zarina ada belajar something new tak?" bondanya menyedari hembusan nafas dari Zarina.
"Zarina belajar banyak benda, tapi staff dekat situ macam tak suka je dengan Zarina.." ucap zarina didalam kesedihan, bondanya terdiam seketika sebelum memeluk anaknya perlahan-lahan. "kesian betul anak bonda ni, rehat dulu tau sayang? esok nak kerja kan.."
Zarina menggangukkan kepalanya perlahan-lahan sebelum masuk kedalam bilik tidurnya dengan mata yang ingin terlelap, ia menutup pintu biliknya sebelum melompat keatas katil empuknya.
manakala bondanya duduk disofa seorang diri merisaukan anaknya tidak selesa bekerja ditempat baru, bondanya perlahan-lahan masuk kedalam bilik tidur anaknya sebelum mendekati katil Zarina dan mengucup keningnya. "Selamat malam anak bonda.."
Share this novel