Maafkan bonda ; chapter 3

Drama Completed 282

Pada pagi hari itu terlihat Zarina yang sedang memasak sarapan untuk dirinya dan bondanya sebelum dia pergi ketempat kerja, dengan suara yang lembut Zarina memanggil bondanya untuk sarapan bersama.

"bonda, sarapan dah siap! zarina masak banyak dah ni bonda!" ucap Zarina dengan nada yang teruja, tidak sabar menunggu bondanya merasa masakan anaknya.

Bondanya berjalan kearah meja makan dengan senyuman hangat sebelum melihat kearah sarapan yang telah dimasak oleh anaknya, Bondanya duduk disebelah Zarina sambil mengambil sudu disebelahnya.

"nampak sedap, resepi mana ni?" soalan bondanya membuat Zarina tersenyum lebar sebelum menunjukkan beberapa resepi ditelefonnya. "ni ha, Zarina dah lama nak try masakkan ni bonda!"

melihat senyuman Zarina yang gembira dan teruja membuat bondanya ikut tersenyum, tangannya perlahan-lahan mengambil sudu itu dan merasa sup panas itu.

"wah..sedap ni Zarina, rasanya dah boleh buka kedai ye?" Zarina tertawa apabila mendengar kata-kata bondanya, bondanya turut tertawa ketika mendengar tawa anaknya, tiba-tiba sahaja..

uhuk uhuk!

bunyi batuk itu membuat Zarina mengalihkan perhatiannya kearah bondanya yang tiba-tiba batuk, Zarina mengusap belakang bondanya perlahan-lahan didalam kerisauan. "bonda? bonda ok tak ni? kalau tak Zarina ambil ubat bonda dekat bilik.." ucap Zarina dengan lembut sambil mengusap belakang bondanya.

bondanya menolak sebelum menutup mulutnya, mencuba menghentikan batuknya yang semakin teruk.

Zarina terdiam seketika ketika melihat darah ditelapak tangan bondanya, darah itu keluar dari mulut bondanya manakala bondanya masih belum dapat menghentikan batuknya.

"bonda? bonda sakit ke? kita pergi hospital ye bonda, nampak teruk dah ni.." Zarina semakin lama semakin risau dan panik dengan keadaan bondanya yang semakin teruk.

tanpa menunggu jawapan dari bondanya, Zarina mengambil kunci kereta diatas meja sebelum membawa bondanya berjalan keluar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience