BAB 2 -TERGODA AKAN PESONAMU !!

Romance Series 22258

RYAN memandu tanpa banyak bicara menuju ke tempat kerjanya seperti biasa. Di sebelahnya, Bella duduk tenang, sesekali melirik ke arahnya dengan pandangan mencuri. Tangan mereka saling berpaut, saling menguatkan satu sama lain, dengan apa yang terjadi semalam.

“You tak rasa menyesal ke, sebab dah putuskan hubungan you dengan perempuan tu?. Tiga tahun kot. Kalau I jadi you, I mungkin dah... I tak tahu, mungkin dah bunuh diri sekarang.”

Ryan hanya tertawa sinis. “Menyesal?. Hah. Tak ada langsung perasaan tu dalam diri I. Malah I rasa macam baru terlepas dari penjara. Selama tiga tahun dengan dia, I rasa macam hidup I tak pernah tenang. Asyik ada saja benda yang buat kepala I serabut. Jujur I katakan, I penat.”

Bella mengangguk perlahan. “I dengar, you yang selalu tanggung kos rawatan mak dia. Betul ke?.”

Ryan memalingkan wajahnya sedikit, memandang Bella sejenak. “Aa. Dari mana you tahu?.”

“I kan assistant you. Apa-apa pun I kena tahu untuk jaga kebajikan boss I. Lagi-lagi, I dan dia tu satu rumah sewa bahkan satu kampung. Jadi, I tahu latar belakang dia dari dulu lagi. Tapi I diam je, sebab I tak nak jadi batu api.”

Ryan mendengus kecil. “Apa yang you dengar sebenarnya?.”

“I dengar, keluarga dia tu bermasalah. Ramai kata dia anak luar nikah. Mak ayah dia dulu budak club malam. Yang kenal memang tahu. Sebab tu I tak hairan kenapa dia pandai berlakon jadi baik depan you.”

Ryan terdiam. Wajahnya berubah sedikit. Pandangannya kembali ke jalan raya, tapi jelas dia sedang mencerna kata-kata itu.

“Kalau I tahu dari awal, I tak mungkin terjebak bercinta dengan dia. Sumpah.”

Bella hanya tersenyum simpul. Dia tahu, sedikit demi sedikit, dia berjaya membenamkan nama Adira dalam lumpur hitam.

“Tu lah, sebelum jatuh cinta, kena buat check latar belakang dia dulu. Jangan sebab cinta buta, kita yang rugi.”

Ryan mengangguk seakan bersetuju.

"Sebab tu I pilih you jadi pendamping hidup I. Dengan you, I tenang. Tak payah nak ragu-ragu. You dari keluarga baik-baik. I tak perlu periksa pun, I tahu siapa you.”

Bella tersenyum lebih lebar. Satu lagi langkah dia menang.

“Thanks sebab buka mata I tentang Adira. Serius. I berhutang budi dekat you. I love you, sayang.” Ujar Ryan, lalu dia mengangkat tangan Bella dan menciumnya berkali-kali.

“Love you too, my bos.”.Bella membalas, suaranya manja namun jelas mengandung kemenangan.

CAHAYA matahari pagi menembusi tirai putih tipis dan menyapa wajah Adira yang masih lena. Kelopak matanya bergetar, lalu terbuka perlahan-lahan, menyambut hari baru yang penuh dengan tantangan.

Adira menggeliat malas di atas katil empuk. Dia sama sekali tidak mengenakan sebarang pakaian di tubuhnya, hanya selimut saja yang membaluti tubuhnya yang kedinginan dek angin dari penghawa dingin itu.

‘Oi. Sakitnya,’ rintihnya ketika seluruh tubuhnya terasa sakit dari biasanya.

"Good morning sayang," ucap Riz, lalu melabuhkan ciuman hangat pada bibir gadis itu.

"Apa ni pakcik?. Saya belum berus gigi lagilah." Marah Adira sambil menolak pemuda itu jauh darinya. Dengan pantas juga pemuda itu menariknya semula agar di dekatnya.

“Kau tak gosok gigi pun. Aku tetap suka.”

“Eleh, kata-kata buaya. Mesti dah banyak makan korbankan.”

“Kau salah satunya mangsa aku. Tak sedar lagi ke?.” Usik Riz.

“Saya mabuk, pakcik yang manfaatkan keadaan. Kalau tak kerana pakcik paksa saya. Mana saya sudi dara saya di rampas oleh orang tua miang macam pakcik. Kalau anak pakcik tahu, dia mesti mengamuk.”

“Miang-miang aku, kau enjoy jugakan.”

“Enjoy apanya. Trauma adalah. Kan saya dah cakap, cukup hanya sekali. Ni minta tambah. Tuan tak fikir ke apa yang saya rasa. Sakit pakcik tahu. Ni kali terakhir kita berhubungan. Saya tak nak lagi berurusan dengan pakcik.”

“Aku minta maaf. Janganlah cakap macam tu.” Pujuk Riz.

“Apa permintaan maaf pakcik boleh kembalikan dara saya?. Kalau boleh. Saya maafkan pakcik.”

“Mana boleh sayang. Kalau boleh, apa salahnya. Aku sanggup keluarkan berapa pun itu asalkan kau bahagia. Tapi aku tak boleh. Bagilah aku peluang. Aku janji akan bahagiakan kau.”

“Anak pakcik macam mana?. Dia mesti ada cara untuk pisahkan kita. Lagi-lagi anak pakcik dah besar. Mana dia nak ayah dia dekat dengan gadis muda macam saya. Mesti dia fikir, saya manfaatkan ayah dia.”

“Pasal anak aku, kau jangan risau. Aku di sini siap pasang badan untuk kau. Trust me ok?. Dia takkan berani sentuh kau.”

“Mmm…,” Adira berfikir sejenak. “Ok. Saya bagi pakcik peluang. Tapi ingat, kita hanya pasangan untuk bersenang-senang. Jadi, di larang cemburu, apatahlagi sampai masuk campur urusan peribadi saya. Faham?.”

“Faham sayang. Thanks sebab bagi aku peluang.” Girang Riz sambil di peluk erat tubuh gadis itu.

“Oi. Dahlah pakcik, jangan peluk-peluk. Tak puas lagi ke?.” Kesal Adira sambil menolak tubuh pemuda itu dari terus memeluknya.

“Kalau di ikutkan hati, aku nak lagi. Tapi tulah, tengok kau masih sakit. Tak sanggup pulak.”

“Tu tahu.”

“Kesiannya dia. Nak aku tolong tak?.” Usiknya.

“Tak nak. Pakcik mana boleh di percaya. Orang tua mi…,” kata-katanya terhenti ketika memandang jam di dinding. “Mak ai, dah lambat.”

“Kau nak ke mana?. Kata masih sakit. Rehat jelah.”

“Tak boleh pakcik. Harini saya ada interview dekat sebuah company besar. Kalau saya lambat, lepaslah peluang saya. Dah lama saya idamkan kerja dekat sana tau. Baru kalini di terima.”

“Company mana?.”

“Rahsia. Pakcik tak perlu tahu.” Jawab Adira lantas turun dari katil, akan tetapi rasa sakit pada barang berharganya menyerangnya kini, membuatkan Adira terduduk.

“Argh…, sakitnya,” rintihnya.

“Kenapa ni sayang?.” Khawatir Riz pantas menolong Adira.

“Macam mana ni pakcik. Saya dah lambat ni. Macam manalah saya boleh tak ingat dengan interview harini. Kalau saya tahu, taknya…,”

Riz pantas membungkam mulut gadis itu dengan ciuman hangat. Dengan pantas juga Adira menolak pemuda itu dari terus melahap bibirnya.

“Apa ni pakcik?.”

“Siapa suruh bibir tu mengoda sangat.”

“Pakcik…,” renggek Adira.

“Ok. Ok. Dalam laci aku ada pil untuk hilangkan rasa sakit, tapi taklah sepenuhnya hilang. But, aku yakin sedikit sebanyak membantu kau harini. Meh, aku dukung. Kita mandi sama-sama. Habistu sarapan, lepas tu aku hantar kau ke tujuan. Aku takkan biarkan kau pergi sendiri."

"Eh, saya boleh mandi sendiri. Pakcik tu, mana boleh percaya. Pakcik miang. Lagipun, saya ada kereta. Saya boleh pergi sendiri.” Tolak Adira.

"Degillah dia ni.”

Tanpa persetujuan dari Adira lagi, Riz lantas mendukungnya, lalu membawanya ke bilik air.

“Pakcik tu yang degil. Kan saya dah cakap, saya boleh jalan sendiri. Tak perlu kot sampai nak dukung saya. Pakcik ingat saya lemah sangat.”

“Kuatlah sangat. Kalau kau kuat, kau tak merintih kesakitan tadi.”

Sesampainya di bilik air. “Nak aku tolong mandikan tak?.” Usiknya, sambil menurun perlahan gadis itu.

“Jangan nak mengada-ada. Pakcik tunggu luar.”

“Sombong. So, kau guna je apa yang ada dalam bilik air ni. Jangan malu-malu.”

“Ok. Ni, boleh tolong saya kutip baju-baju saya. Saya nak guna lagi.”

“Baju kau basah, takkan nak di gunakan lagi.”

“Dah saya takda baju lain. Terpaksalah guna apa yang ada.”

“Betul juga. Atau macam ni, kau bersihkan diri dulu. Pasal baju. Biar aku yang uruskan. Di jamin, orang-orang yang interview kau nanti mesti wah tengok penampilan kau.”

“Boleh di percaya ke?.”

“Trust me.”

“Ok. Dah, dah. Saya dah lambat ni. Ingat, jangan sekodeng saya.” Pesannya sambil menolak Riz keluar, lantas di tutup pintu.

“Aku dah tengok semuanya semalam. Buat apa malu.”

“Pakcik…,”

“Ok, ok.”

“Selamat pagi tuan.” Mak Jah mencelah sambil menunduk hormat pada bossnya. “Ada apa tuan panggil saya kemari?.”

“Oh. Harini saya ada tetamu. Tolong buatkan sarapan untuk 2 orang.”

“Baiklah tuan. Ada apalagi?.”

“Takda. Mak Jah boleh sambung buat kerja. Oh ya, harini Mak Jah tak perlu kemas bilik saya. Biar saya yang kemas sendiri.”

“Baiklah tuan. Saya minta diri dulu.” Pamitnya lantas melangkah pergi.

Sejenak mata Riz tertumpu pada tilamnya.

‘Tak sangka pulak, aku termasuk salah seorang dari lelaki tak guna yang rosakkan anak dara orang. Hah. Why aku boleh terfikir sejauh ni?. Ala masih muda. Dah macam anak dengan bapa. Riz, Riz.’ Katanya lalu melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience