SUASANA dalam ruang menunggu masih tegang, namun Adira hanya menarik nafas lalu menghembus perlahan. Sangat menegangkan baginya. Jujur, ini pertama kali dia melamar kerja di sebuah syarikat megah seperti ini. Walaupun dia sedar dirinya tidak setanding orang-orang yang duduk di kanan dan kirinya, tapi dia percaya rezeki itu rahsia Allah.
'Kau kena percaya diri, Adira.'
Tiba-tiba, terdengar suara lantang dari seorang gadis yang baru saja keluar dari bilik temuduga.
“Oi. Kalau aku tahu akan dimalukan tadi, tak kuasa aku nak terhegeh-hegeh datang sini. Tempat sampah!.” Gadis itu mengomel, lalu berlalu dengan wajah merah padam.
Adira menelan liur. 'Nampaknya bukan mudah.'
“Hai, aku Mia,” gadis di sebelah menyapanya dengan mesra.
“Aku Lin. Salam kenal.”
“Adira. Salam kenal juga.” Balasnya sambil tersenyum.
“Tengok dari penampilan kau, kau mesti anak orang kaya kan?.”
“Taklah. Kalau aku anak orang kaya, tak mungkin aku bersusah payah datang beratur panjang macam ni. Baik kerja dekat company sendirikan.”
“Tipu. Baju kau limited edition kot. Hanya dua helai dalam dunia ni. Semestinya mahal. Jujur je la.”
“Limited edition?,” ulang Adira, keningnya terangkat.
“Yup. Kalau tak percaya, search je dekat goggle.”
Adira mengetap bibir. “Sumpah aku tak tahu. Pakcik tu cakap beli dekat Shopee je. Aku percayalah.”
“Pakcik ke, sugar daddy?,” usik Mia.
“Oh please, mana ada. Muka biasa macam aku ni, dapat sugar daddy. Mimpi jelah.”
“Buat apa malu. Zaman sekarang kalau nak kaya cepat. Buat sugar daddy jatuh cinta dekat kita. Settle masalah. Sebab tulah aku nak kerja dekat sini."
“Apa kaitan kerja dekat sini dengan sugar daddy?.”
“Kau tak tahu lagi ke?. Ceo company ni duda. Mana tahukan dia jatuh cinta dekat aku. Tak ke merasa jadi isteri bos. Tapi tulah, orang-orang cakap dia dingin, susah untuk di dekati.”
“Aku ada dengar juga, orang-orang cakap dia trauma dengan cinta. Tak tahulah betul ke tak.” Tambah Lin.
“Siapa ceo company ni?.”
“Tuan…,”
Sebelum sempat mereka menyambung pembicaraan, pintu bilik temuduga terbuka. Terlihat seorang staf keluar.
“Adira Harisya binti Aniq Hamzah?.”
“Ya, saya.”
“Silakan masuk.” Arahnya.
"Baiklah." Jawab Adira sambil menyandang beg tangannya. "So, aku masuk dulu. Doakan aku." Kata Dira lalu melangkah pergi.
Adira meneguk liur. ‘Bismillah.’ Dia menolak daun pintu, melangkah perlahan dan duduk di kerusi yang disediakan. Namun sebaik sahaja matanya bertembung dengan pemilik nama besar di BLUE SKY GROUP, seluruh tubuhnya kaku.
‘Ryan…?.’
Pandangan mereka bersatu. Tajam. Dingin. Seolah masa terhenti sejenak.
“Dari biodata Cik Adira, cukup memuaskan,” Puji Eric, lelaki di sisi Ryan memulakan bicara. “Kalau boleh saya tahu, kenapa Cik Adira nak bekerja di sini?.”
“Terima kasih atas pujiannya. Saya Adira Harisya. Gadis yang cantik, berani dan tak suka lelaki ego dan dingin macam Tuan Ryan.”
Ruang bilik tiba-tiba sunyi.
Mata Eric terbeliak. Baru kalini ada yang menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang selalu ia dengar. Membuatkan Eric tertarik akan gadis itu.
“Cik Adira. Jaga adab!.” Marah Bella.
Ryan masih membisu. Tapi rahang tegangnya mula kelihatan.
Adira meneruskan, “Saya tak macam perempuan lain yang tergila-gilakan CEO korang ni. Saya datang sebab saya nak kerja, bukan nak bercinta.”
“Kau ingat aku nak sangat pekerja macam kau?.” Akhirnya Ryan bersuara, dingin dan menyengat. “Mulut dah sama macam longkang. Belum apa-apa dah berani cabar aku.”
“Saya tak cabar. Saya menyuarakan fakta. Lagipun, bukankah tuan sendiri yang cakap yang tuan tak suka perempuan gedik?. Takkan sekarang marah bila ada yang langsung tak tertarik dengan tuan.”
Eric ternganga. ‘Berani betul perempuan ni.’ Katanya dalam hati.
Bella menepuk meja. “Kurang ajar!.”
“Kurang ajar?. Maaf, Cik Bella. Tapi saya tak maki siapa-siapa. Saya cuma jujur.” Adira melirik tajam.
Ryan berdiri tiba-tiba. “Kau tahu apa aku nak buat sekarang?.”
Dengan kasar, dia menarik fail biodata Adira. Helaian-helaian biodata itu dikoyak satu-persatu di depan wajah Adira, lalu dicampak ke mukanya.
Adira terpaku. Beberapa helai kertas jatuh ke ribanya.
“Jangan pernah nampakkan muka kau depan aku lagi,” bentaknya. “Aku jijik tengok muka kau!. Kau sepatutnya minta kerja dekat pusat pelacuran, bukan dekat sini. Pusat pelacuran sesuai untuk kau.”
Adira bangkit dari duduknya. Dada naik turun, menahan amarah. Tapi dia bukan perempuan lemah. Dia mengangkat wajahnya, menghadiahkan senyum lebar sambil mengutip kertas-kertas yang berselerak.
“Terima kasih atas interviewnya, Tuan. Walaupun saya tak dapat kerja dekat sini, tapi saya puas sebab berjaya buat tuan marah. Itu satu pencapaian buat saya. Nanti kalau saya dah jadi pelacur terkenal, jangan lupa cari saya. Saya akan layan tuan sampai pagi. Deal?.”
Wajah Ryan terlihat merah padam menahan marah yang hampir meledak. Tangannya menggeletar di sisi, dan dia menumbuk meja sekuat hati.
“Berambus sebelum aku heret kau keluar dari sini!,” jerit Ryan.
“Saya boleh keluar sendiri. Tapi sebelum tu, tuan sepatutnya belajar bezakan antara perempuan yang mahukan cinta, dan yang cuma nak kerja.”
Pintu ditolak kasar. Adira keluar dengan langkah penuh maruah.
“Gila punya betina.” Kesalnya, sambil duduk semua di kerusinya. Nafasnya masih tidak stabil, dadanya naik turun menahan rasa yang terbuku.
“Sabar abang. Betina tu memang gila. Jangan di layan.” Pujuk Bella.
Namun Ryan tidak membalas. Matanya merenung kosong ke arah pintu yang masih terayun oleh kerana hempasan Adira yang meninggalkan bilik itu. Wajah gadis itu masih terbayang di mata, lengkap dengan senyuman sinis dan mata yang menyala berani. Sesuatu tentang gadis itu, menyakitkan hatinya. Tapi kenapa?.
Eric yang sejak tadi memerhati, akhirnya bersuara.
"Kenapa kau emosi sangat kali ni, Ryan?. Biasanya, kau yang buat orang naik angin. Ni kau yang marah apasal?.”
“Tak ada apa. Dia kurang ajar. Itu saja.”
“Kau kenal dia ke?. Sebab dari cara kau tengok dia macam ada sejarah."
“Tak. Aku tak kenal dia. Tak pernah jumpa pun.” Tegasnya.
“Eric, dia perempuan. Kita semua tahu perempuan macam tu memang pandai main simpati. Dia datang sini nak cari peluang pijak orang macam abang Ryan. Nak tayang muka kesian, konon layak diberi peluang kerja. Nyatanya hampa.” Bella menyampuk, tak mahu Ryan ditekan lagi.
“Aku tak nampak pun muka kesian. Yang aku nampak, dia datang bawa harga diri. Dia datang dengan maruah. Dan dia keluar pun, dengan maruah. Tapi kau keluar dari landasan kau sendiri hari ni, bro. Ryan yang aku kenal, bukan macam ni.”
Ryan menggenggam penumbuk.
“Aku tak suka dia. Fullstop. Jangan paksa aku suka dia.”
“Cukup lah tu. Jangan buat Ryan rasa bersalah pula. Perempuan tu datang dengan niat entah apa. Siapa tahu?. Mungkin dia nak perangkap abang. Lupakan. Sebaiknya kita teruskan. Lepas ni kita ada meeting penting dengan Tan sri Umar.”
“Ok. Teruskan.”
“You dah ok tak ni?. Kalau you tak ok, you rehatlah. Biar I yang interview mereka.”
“I ok. You jangan risau.” Jawab Ryan sambil mengukir senyuman lebarnya.
“Ok.” Jawab Bella lega ketika melihat senyuman itu kembali terukir.
•
ADIRA melangkah keluar dari bilik itu dengan dada yang turun naik menahan marah. Bukan sekadar marah, rasa kecewa, geram, dan puas menjadi satu. Ya, puas sebab dapat ludah ego lelaki yang pernah menghancurkan hatinya, meskipun hanya dalam bentuk kata-kata.
“Huhh!,” nafasnya dilepaskan kuat. Matanya di pejam seketika, cuba menenangkan diri. Tangan kirinya mencengkam tali beg sandang, seolah-olah mahu mengoyakkannya.
Mia dan Lin yang masih menunggu di luar terus berdiri. Mereka kelihatan terkejut melihat wajah Adira yang merah padam, mata berair menahan emosi.
“Adira!. Kau okey tak?!,” soal Lin tergesa-gesa.
“Aku okey… okey sangat. Kalau diikutkan hati nak je aku baling kerusi dekat muka dia tadi,” balas Adira dengan senyum sinis.
“Kau bergaduh dengan dia ke dalam tu?.” Mia pula mendekat, wajah penuh rasa ingin tahu.
Adira mengangguk, lalu ketawa penuh sindiran.
“Bukan setakat bergaduh. Aku rasa, kalau ada trofi untuk calon temuduga paling kurang ajar, aku menang tempat pertama.”
“Apa dah dia buat dekat kau?.”
“Sama je macam dulu. Angkuh, sombong, ego tinggi mengalahkan KL Tower. Aku tahu jantan tu saja nak kenakan aku. Padanlah muka. Oi. Hilang selera nak kerja dekat company ni. Dengan muka syaitan bertopengkan manusia tu, baik aku jual goreng pisang tepi jalan. Lagi bagus.”
Lin dan Mia saling berbalas pandangan. Tak sangka, Adira yang kelihatan tenang dan sopan sebelum ini, boleh jadi menyinga sebegitu rupa.
“Aku tak minta dia ambil aku kerja pun. Tapi lepas ni, jangan harap aku tunduk. Dia boleh pijak maruah aku dulu, tapi sekarang, aku dah tahu harga diri aku.”
Kemudian, dia menoleh semula ke arah bilik temuduga yang sudah pun sepi. Suara Ryan yang menengkingnya masih terngiang-ngiang di telinga.
'Jijik tengok muka kau.’
"Aku akan buktikan, aku boleh berjaya tanpa lelaki macam kau," kata Adira penuh tekad.
“Tengok banyak yang keluar marah-marah, lebih baik aku cari kerja tempat lain jelah.”
“Aku juga. Daripada emosikan nanti. Aku lagi panas baran orangnya. Apa kata kita cari kerja sama-sama. Tak kisahlah kerja apa, asalkan halal.”
“Setuju.” Kata Adira dan Lin serentak.
“Jom.”
Adira pun melangkah ke arah lif bersama Mia dan Lin. Walau hati masih berperang emosi, tapi dalam diam dia tahu dia baru saja mengambil langkah pertama untuk bangkit semula.
Share this novel