1 - ATURAN KELUARGA

Romance Series 61402

4 tahun kemudian,

"Silakan Tuan Zen" kata pengurus rumah itu sambil menarik kerusi untuk Zen. Zen mengangguk kepala sebagai tanda terima kasih. Zen melabuhkan punggungnya di kerusi kemudian dia pandang datuknya yang duduk di kerusi hadapan jauh dari tempatnya duduk.

Walaupun mereka duduk di satu meja yang sama dan saling berhadapan namun mereka tidak dekat. Zen duduk di hujung meja kanan manakala datuknya duduk di hujung meja kiri. Panjang meja itu seperti 3 kaki manusia yang tingginya 160cm.

Zen perhatikan meja panjang yang hanya mempunyai hidangan 3 jenis makanan itu saja. Buat apa beli meja panjang seperti ini jika hanya datuknya seorang saja yang tinggal di rumah ini.

Sepertinya datuk dia sengaja supaya mereka tidak dapat duduk makan dengan rapat dan saling berhadapan muka. Datuknya masih dingin seperti dulu. Namun bila Zen pulang ke tanah air, datuknya sendiri yang meminta Zen datang dan makan di rumahnya.

Zen baru saja pulang ke sini 4 jam yang lalu setelah lama dia tidak pulang ke tanah air. Datuknya yang memaksa dia tinggal di luar negara 4 tahun yang lalu dan sekarang datuknya sendiri juga yang memaksa dia kembali semula.

"Makan" arah datuknya dengan suara yang perlahan. Mungkin kerana jauh jadi Zen mendengar suara datuknya seperti perlahan. Zen mengangguk kepala kemudian dia ambil sudu di samping pingan itu dan mula menjamah makanan tanpa berkata-kata.

Seperti itulah suasana makan saat bersama keluarga dia maksud Zen bila makan dengan datuknya. Suasana meja makan mereka tidak sama dengan suasana di keluarga harmoni yang lain. Waktu makan adalah waktu yang paling dibenci oleh Zen bila dia berhadapan dengan datuknya.

Kerana dia tahu sebentar nanti pasti datuknya akan mengatakan sesuatu dan meminta Zen untuk turuti segala kehendaknya. Zen sangat kenal datuknya itu, bila dia dipanggil makan semeja itu maknanya ada perkara yang datuknya ingin katakan nanti.

Dan Zen akan dipaksa untuk turuti walaupun dia sudah menolaknya. Entah apa yang datuknya ingin dia lakukan nanti. Zen mengelap tepi bibirnya dengan tisu yang disediakan.

"Zen dah habis makan" kata Zen kemudian dia pandang datuknya yang turut selesai makan.

"Kau tau aku panggil mesti bersebab" kata datuknya dengan nada yang kasar.

Zen mengangguk kepala tanda dia mengerti. Dia sama sekali tidak ambil hati dengan ucapan kasar datuknya itu. Dia sudah terlalu biasa menghadapi sikap dingin datuknya itu.

"Kau kena berkahwin sebelum umur kau 35 tahun. Itu peraturan keluarga kita. Aku dah pernah kata dan ingatkan 4 tahun yang lalu. Selagi kau tak jumpa orang yang nak kau bawa kawin. Aku sendiri yang akan tetapkan dengan siapa kau kawin" Kata datuknya hingga buat Zen terkilan.

Dia terlalu fokus kerja sampai dia lupa tentang itu. Sudahlah dia tiada calon. Last dia bercinta pun 7 tahun yang lalu sewaktu dia masih belajar. Zen mengetap bibir kemudian dia pasang muka tidak bersalah.

"Ye Zen ingat"

"Rita anak Tuan Juan. Aku ingat nak kawinkan kau dengan dia. Rita tu baik orangnya, dah lama sangat dia kejar kau. Jangan siakan orang yang cintakan kau" wajah Zen berubah kesal mendengar nama gadis itu lagi.

"Aku taknak dia" kata Zen yang terus terang menolak Rita menjadi isterinya.

Dia sudah dibiasakan menggunakan gelaran kau aku dengan datuknya sejak kecil lagi, jadi dia tidak bermaksud kurang ajar walaupun sebenarnya terdengar agak kurang ajar jika di telinga orang lain.

"Tunggu aku cari calon sendiri" sambungnya lagi. Zen memasang muka kesal dan marah. Biarlah datuknya nak kata apa pun. Dia taknak berkahwin dengan Rita. Baginya Rita itu gila.

"Kau taukan dia tu macam mana. Kenapa masih berkeras nak Rita. Aku tak sukalah. Semua benda nak ikut arahan saja. Balik sini langsung tiada kebebasan" rungut Zen. Dia baru saja nak berehat bila balik di sini.

"Tetap saja. Kau kena ikut apa aku arahkan. Seminggu aku bagi kau masa. Tiada calon, aku hantar lamaran pada pihak keluarga Rita" balas datuknya yang terdengar seperti berkeras mahukan Rita menjadi menantunya. Hal itu buat Zen semakin geram.

Datuknya memanggil dia bila ada keperluannya saja. Dia tahu Rita itu keluarga berada jadi datuknya berfikir untuk mendekatkan mereka agar kekayaan kedua keluarga itu melimpah ruah tanpa henti.

Kerana datuknya tahu, mustahil untuk Zen mencari calon dalam masa singkat. Jadi dia berani berkata seperti itu. Dia yakin Zen tidak akan dapat menemui calon peneman hidupnya dalam masa seminggu ini.

Datuknya iaitu Malik Ahmad, bangun dari kerusi kemudian dia tinggalkan Zen sendiri di ruang makan itu. Zen berdengus dengan geram, tangan digenggam menjadi penumbuk.

Jika datuknya kawinkan dia dengan gadis lain selain Rita, pasti dia boleh menerimanya. Jika gadis itu Rita mustahil dia akan terima. Tidak akan sama sekali.

"Kita balik sekarang" kata Zen pada pengurus peribadinya iaitu Riko yang sentiasa menemani dia sejak dulu lagi.

Riko adalah orang di bawah datuknya dan bekerja untuk datuknya demi menjaga Zen namun semakin hari Riko semakin rapat dengan Zen dan mula menyimpan rahsia tentang Zen daripada Malik walaupun sebenarnya dia wajib memberitahu apa saja hal mengenai Zen kepada Malik.

Selagi Malik tidak syak apa-apa, dia akan terus berpura-pura setia pada Malik walaupun hakikatnya dia lebih berpihak pada Zen. Bagi Riko, Malik sudah terlampau dalam menjaga Zen. Zen sudah terlalu dewasa untuk dia kongkong hingga sekarang.

"Aku tunggu dekat kereta sekarang" kata Riko kemudian dia tinggalkan Zen untuk menenangkan suasana hatinya yang tidak tenteram itu. Zen mengangguk kepala tanda dia mengerti.

Dia buntu untuk mencari alasan mengelak daripada berkahwin dengan Rita. Dia harus mencari seseorang untuk menggantikan Rita. Tidak kisahlah siapa pun, dia akan membayarnya tinggi untuk itu.

Ziya mengunyah makanan manis itu dengan lahap sekali. Setiap kali dia tertekan pasti dia akan meredakan rasa stressnya dengan makan sesuatu. Dengan makan dia dapat melupakan segala masalah yang berbeban di kepalanya saat ini.

2 tahun yang lalu, ibu dan ayahnya meninggal serentak kerana kemalangan jalan raya. Ziya semakin hilang tempat bergantung apabila Yadim juga mula menyambung pelajarannya ke negeri orang di Sabah.

Sudah 2 tahun ini dia tinggal seorang diri. Dia semakin biasa dengan keadaan yang terus memaksa dia untuk berdikari sendiri. Namun yang dia tidak boleh kawal bila dia stress soal masalah kewangan yang teruk.

Sejak Yadim sambung belajar, dia yang harus mengeluarkan duit dan menyara Yadim agar dia dapat terus belajar untuk mengejar impiannya yang besar itu. Biarlah Ziya tidak dapat mencapai impiannya. Dia sudah cukup bahagia jika Yadim berjaya mencapai apa yang dia mahu.

Ziya tidak berapa kisah tentang impiannya. Impian dan cita-citanya sudah lama terkubur jauh. Dia tidak peduli lagi. Dia tidak kisah dia akan jadi apa bila meningkat usia nanti. Dia tidak kisah jika dia tidak jadi orang yang berjaya.

Yang dia pentingkan adalah kerja, dapatkan gaji dan teruskan hidup seperti orang biasa. Cinta, kawan serta hiburan tiada dalam list hidup Ziya lagi.

Iqbal pula sudah berkawin setahun yang lalu, hampir semua rakan-rakan Ziya sudah berkahwin. Hanya dia dan beberapa orang saja yang masih bujang.

Ziya berfikir mahu terus bujang sampai ke tua. Dia tidak mahu berkahwin. Dia takut lelaki yang menjadi suaminya tidak menerima dirinya yang sudah tidak perawan lagi. Dia tahu semua lelaki juga tidak akan pernah terima jika isteri mereka tidak perawan. Itu yang buat Ziya berkeras tidak mahu kawin.

Dia takut hal itu terjadi pada dia. Dia mendengar banyak kisah buruk berkaitan itu terjadi bila sudah berkahwin hingga membuatkan dia semakin trauma.

"Haih..stress..semua benda nak kena duit. Takde ke benda free kat dunia ni?" Kata Ziya yang terus mengeluh dan merungut sendiri.

Walhal dia tidak perasan ada pengemis yang terliur melihat dia makan makanan manis dari luar cermin kedai 24 jam itu. Mungkin dia yang kurang bersyukur, sampai dia lupa ada yang cemburu melihat dirinya yang masih mampu membeli makanan sendiri itu.

Ziya melihat ke hadapan sambil perhatikan sebuah kereta yang berhenti di depan kedai 24 jam itu. Riak wajah Ziya berubah meluat apabila seorang lelaki keluar daripada kereta itu saat pintu kereta itu dibuka oleh pengurusnya.

Takde tangan ke sampai harus tunggu orang lain bukakan? Padahal lelaki yang keluar daripada kereta itu sempurna segala anggota badannya. Tunggu tiada tangan baru nak bersyukur agaknya.

Padahal Ziya sendiri baru saja mengeluh tidak bersyukur tadi tapi sekarang dia pula menilai orang di luar itu tidak bersyukur kerana enggan membuka pintu kereta dengan tangannya sendiri.

"Ada duit semua benda boleh buat" sindir Ziya saat lelaki itu sudah masuk ke kedai tersebut. Sengaja dia berkata seperti itu untuk bagi lelaki itu dengar namun lelaki itu tidak mendengarnya. Ziya meneruskan makannya semula.

Selang 5 minit, lelaki itu duduk di kerusi kosong di samping Ziya. Itu membuatkan Ziya terdiam. Dia fikir orang kaya tidak akan duduk makan di dalam kedai 24 jam seperti ini. Masih wujud lagi rupanya.

Ziya menjeling ke tepi. Banyak juga lelaki itu beli. Ada 2 mee segera cup besar yang telah dituang air panas, 2 sosej mudah dimakan, nasi panas tanpa lauk dan air jus buah dalam tin. Tapi tidak hairanlah, lelaki nafsu makannya juga tinggi. Satu mee cup sebenarnya tidak cukup mengenyangkan orang lelaki.

Ziya melihat ke belakang lelaki itu. Pengurus lelaki itu masih saja mengikuti ke mana saja lelaki itu pergi. Jadi benarlah dia pengurus lelaki di sebelahnya ini.

Lelaki itu menoleh ke belakang dengan perasaan yang kesal dan tidak selesa apabila Ziya dari tadi perhatikan dia.

"Kau duduk kat kereta jela kalau kau tak makan apa-apa" kata Zen pada Riko yang berdiri di sampingnya itu. Tak selesa dia nak makan bila Riko sentiasa di belakang dia. Dia tidak mahu dia jadi perhatian orang-orang di sini.

"Baik Tuan. Tapi sebelum tu aku nak beli sosej dan makan dekat kereta. Takpekan?" Kata Riko seolah-olah ingin mendapatkan keizinan daripada Zen sebelum dia melakukan itu.

"Ye takpe buat jela apa-apa kau nak. Tinggalkan aku sendiri" kata Zen dengan gegas dia menghalau Riko pergi.

Zen melihat ke depan semua. Air diminum terlebih dahulu untuk mengisi perutnya yang sudah kosong itu sementara menunggu mee segeranya masak dengan matang.

"Makan jela makanan kau. Takpayah nak tengok aku" kata Zen kemudian dia menoleh ke arah Ziya dengan tatapan yang dingin.

Ziya terkilan lalu dia menoleh ke hadapan semula. Macam mana lelaki itu tau dia memandangnya dari tadi? Padahal Ziya hanya memandang dia dari tepi mata saja agar tidak ketahuan namun dia masih saja kedapatan oleh lelaki itu.

Setelah Ziya menoleh ke hadapan. Barulah Zen berpaling kepala ke hadapan semula. Dia mula menjamah makanannya tanpa menghiraukan kehadiran Ziya yang membuatnya tidak selesa di sebelah itu.

Selang seminit, Ziya bangun kemudian dia buang sisa bungkusan makananya tadi ke tong sampah sebelum keluar daripada kedai 24 jam itu. Zen perhatikan gerak geri Ziya dengan tempoh yang lama.

Ziya segera menghidupkan enjin motosikalnya untuk bergerak pergi.

Zen membatu dan berhenti mengunyah seketika apabila dia tidak sengaja ternampak betis kaki Ziya yang terdedah saat gadis itu mengangkat kakinya untuk naik ke kerusi penunggang.

Zen teringat sesuatu namun dia tidak jelas apa sebenarnya yang buat dia terkilan saat melihat betis kaki Ziya tadi. Takkan dia tergoda dengan hal sepele itu? Tengok betis perempuan pun dia bernafsu ke?

"Lama sangat aku single ni" gumam Zen sambil mengaru lehernya yang tidak gatal itu. Dia mengeleng kepala untuk hilangkan segala fikiran kotoran itu.

Share this novel

sapurah Izan
2024-06-14 21:18:01 

bika nak sambung nya hahaha

Suraya Hani
2024-06-14 11:08:54 

Tahniah....nak lagi boleh tak

Zyzbsn
2024-06-14 00:13:05 

Alhamdulillah Tahniah author novel baru. cerita yang menarik Zen dan ziya . dua2 Z . Tq author update


NovelPlus Premium

The best ads free experience