3 - GADIS TAK PERAWAN

Romance Series 61402

Zen meramas rambutnya dengan wajah yang tertekan. Dia yang salah. Selepas mencari tahu, rupanya dia yang masuk ke bilik yang salah. Nombor biliknya sepatutnya bilik 6 tapi dia masuk ke bilik seorang gadis di bilik 9.

Kebetulan pula gadis itu tidak mengunci bilik, senanglah dia dapat masuk padahal jika gadis itu mengunci biliknya mungkin hal itu tidak akan terjadi. Mungkin juga dia sedar bahawa itu bukan biliknya.

Masa itu kesedarannya berada di tahap terendah. Dia tidak dapat berfikir dengan baik. Bila nampak gadis di bilik itu, ubat peransang nafsu membuat dirinya semakin berahi. Dia gagal menahan nafsunya sebaik saja melihat sekujur tubuh gadis berbaring di atas katil yang dia masuki malam itu. 

Riko turut gusar memikirkan hal itu. Dia sengaja merahsiakan perkara itu kerana tak mahu Zen tertekan dan stress. Tapi bila hari ini Zen tiba-tiba ingat kejadian lepas, itu buat Riko takut jika Zen tahu dia ingat kejadian itu tapi tidak memberitahu dia perkara yang sebenar.

Ayat Malik teringat di kepala dia lagi sekali. "Kau kena berkahwin sebelum umur kau 35 tahun. Itu peraturan keluarga kita. Aku dah pernah kata dan ingatkan 4 tahun yang lalu. Selagi kau tak jumpa orang yang nak kau bawa kawin. Aku sendiri yang akan tetapkan dengan siapa kau kawin"

"Boleh kau cari tahu dekat mana perempuan tu? Aku nak jumpa dia" kata Zen yang tiba-tiba ada idea untuk mengelak dari berkahwin dengan pilihan atuknya.

"Kenapa Tuan nak jumpa dia"

"Aku nak bertanggungjawab balik. Ni salah aku. Tapi dengan cara ni juga aku dapat elak dari kahwin dengan Rita. Kau tak fikir begitu?" Kata Zen kemudian Riko baru mengerti. Bernas juga idea Zen itu. Baru kali ini dia puas mendengar idea Zen.

"Baik Tuan, nanti aku cari tau pasal perempuan tu"

"Tapi macam mana kalau dia taknak?" Soal Riko. Mustahil ada perempuan yang mahu diajak kawin sedangkan mereka baru saja bertemu. Zen malah tersengih sinis sambil mengeleng kepala dengan soalan Riko itu.

"Kau bagitau aku. Lelaki mana yang nak isteri tak perawan? Aku kutip dia sebab aku yakin tiada siapa nak perempuan tu sekarang" kata Zen hingga Riko yang mendengarnya terguris hati dengan ucapan Zen walaupun dia bukan gadis itu. Tapi jika gadis itu dengar ayat Zen tadi mungkin dia akan terguris hati jua.

"Takbaiklah macam tu Tuan, dia tak perawan pun sebab kau juga kan. Bukan orang lain" tegur Riko sambil tersengih kecil. Zen terdiam mendengar balasan Riko. Betul juga apa yang dikatakan oleh Riko tadi.

Raut wajah Riko seolah tidak menyokong perbuatan Zen yang berkata buruk tentang gadis itu. Tidak wajar untuk dia berkata seperti itu sedangkan dia minta Riko mencari gadis itu demi menggunakan dia untuk elak berkahwin dengan Rita.

"Ok sorry" balas Zen yang terpaksa mengalah pada Riko.

Riko tersenyum puas. Akhirnya dia berjaya buat Zen dengar dengan nasihatnya walaupun dia sendiri tidak terlalu baik.

"Jom main snocker. Kalah bayar seribu" ajak Riko hingga mata Zen membesar mendengar syarat permainan itu. Amboi sejak bila pula Riko pandai aturkan peraturan ni? Bukan dia ke yang boss sekarang.

"Amboi kau"

"Baru menang sekali dah belagak ye"

"Setakat snocker tu tuan. Celah kuku aku ni jela" balas Riko kemudian dia meniup jari jemarinya di hadapan Zen dengan wajah yang penuh bangga.

Kerana tempoh hari dia menang lawan Zen. Dan ini kali pertamanya dia menang berlawan dengan Zen tapi dia sudah merasa paling terer dan power. Zen pasang muka menyampah. Hek eleh nak belagak konon. Baru menang sekali.

"Eh aku ni lawan kau. Dah menang berpuluh kali tau. Tapi takdelah belagak"

"Ish ish ish Tuan ni. Masih tak faham. Kalau aku dah start menang maksudnya ke depannya nanti aku akan terus menang lawan kau. Yela selalu kalah. Tiba-tiba menang. Itu maksudnya aku dah tau kelemahan game kau. Jadi senanglah aku kalahkan kau lagi lepas ni" balas Riko hingga bibir Zen terangkat ke atas mendengar sembang kuat Riko itu.

"Ok kau nak sangatkan. Kita lawan kejap lagi. Kalah bayar seribu. Janji ek. Takde alasan" balas Zen yang menyahut cabaran itu. Riko memegang dagunya dengan wajah angkuh.

Ziya berkerut dahi apabila dia menerima panggilan daripada teman sekolejnya dulu. Takpernah dia ditelefon sejak habis sekolah. Tapi kenapa tiba-tiba pula Farah call dia kali ini?

Tanpa berfikir panjang, Ziya menerima
panggilan itu. Penyapu diletak di tepi dinding sementara dia ingin menjawab telefon Farah.

'Hello ni Ziya ke?'

"Ah ye aku. Kenapa?" Balas Ziya. Nampak sangat Farah baru save nombor dia sebab tu dia bertanya terlebih dahulu sedangkan Ziya sudah lama menyimpan nombornya. Tapi Ziya abaikan saja, biarlah nak save ke tidak. Dia tidak ambil hati.

'Aku nak jemput kau datang majlis hari jadi aku. Kawan-kawan kelas kita yang lama pun ada yang datang. Aku jemput semua. Aku harap kau boleh datang nanti. Boleh jumpa yang lain juga' Ziya terdiam mendengar tawaran Farah itu.

Layakkah dia berkumpul dengan mereka? Dia malu. Dia takut dipermalukan kerana kisah silamnya yang lalu. Dia takut dia dipinggirkan kemudian direndahkan bila dia hadir.

"Bila birthday kau tu? Aku boleh je datang kalau kena dengan time cuti aku" balas Ziya untuk menjaga hati Farah walhal sebenarnya dia sudah berfikir alasan untuk menolak ajakannya bila sudah hampir tiba.

'Aku buat hari weekend juga. 3/6 hari sabtu. Datang ek. Aku harap kau datang. Bawalah sapa-sapa teman kau kalau kau malu datang sorang. Yang lain pun bawak partner dorang' kata Farah yang mengerti bahawa Ziya malu untuk berhadapan dengan mereka.

"Okay noted. Kalau aku datang aku cakap. Kalau aku takboleh datang pun aku akan inform awal" balas Ziya yang tidak sanggup menolak tawaran Farah itu. Farah sepertinya sangat berharap dia dapat menghadirkan diri ke majlisnya nanti.

'Orait. Thanks tau angkat fon aku. Detail majlis nanti aku chat kat Whatsapp. Aku letak dulu bye' katanya untuk mengakhiri panggilan telefon. Telefon diletakkan di atas meja kemudian Ziya sambung menyapu biliknya semula.

Tangan Ziya bergerak perlahan bila dia teringat kejadian lepas. Banyak kali dia berusaha untuk lupakan kejadian malam itu namun dia tidak boleh. Kejadian pahit itu terus menghantui dia. Disebabkan itu dia paksa menutup hatinya untuk mana-mana lelaki.

Dia takut jika bakal suaminya tahu dia sudah tidak perawan sewaktu melakukan hubungan intim. Dia takut bakal suaminya tidak boleh menerima dirinya hanya kerana itu.

Air mata Ziya mengalir tanpa dia sedari. Ziya mengigit hujung kukunya dengan perlahan. Setiap kali dia merasa gementar dia akan mengigit kukunya sendiri untuk kurangnya rasa takut itu. Hingga kuku tangannya rosak dan luka.

Bertahun-tahun dia cuba kuatkan hati. Dia cuba untuk menerima takdirnya sudah ditetapkan begini tapi tetap saja pahit untuk dia telan.

4 tahun lalu, dia dijauhkan dengan segelintir rakannya kerana video dia di hotel itu tersebar. Walaupun sudah dipadam namun Ziya masih takut untuk berjumpa bekas rakan-rakannya dahulu.

Pasti mereka masih ingat. Pasti mereka akan tetap berbicara hal-hal yang buruk. Walaupun mereka sudah tahu Ziya diperangkap mustahil mereka akan ambil yang positif. Ziya tahu kerana mereka semua itu manusia.

Gara-gara Yani, hidupnya hancur berderai. Ibu ayahnya marahkan dia sampai mereka berdua meninggal pun dia tidak dimaafkan. Dia dibuang keluarganya sendiri. Dia dibuang kerja dari pekerjaannya yang sebelum ini. Padahal itu satu-satunya kerja yang dia dapat untuk tanggung hidupnya.

Dia kehilangan semua peluang dan yang baik-baik dalam hidupnya. Dia kemurungan sampai 2 tahun dia takut melihat dunia luar. Setelah dirinya sedikit pulih, dia memaksa dirinya melakukan kerja lebih masa, melakukan pekerjaan lebih dari satu demi menyara adiknya dan dirinya sendiri.

Sekarang dia tidak punya apa-apa lagi. Hidup dan karir dirinya benar-benar hancur begitu saja. Mahu tak mahu dia harus bermula daripada 0 semula walaupun dulu dia sudah hampir tiba di kemuncak. Dia terpaksa lalui hidup dari titik terendah untuk kali kedua.

"Aku benci kau..aku benci kau..kenapa kau tak tanggungjawab..? Kenapa kau pergi macam tu saja? Kenapa?" Gumam Ziya kemudian dia terduduk lemah. Air mata mengalir dengan deras. Dia lelah harus menjalani hidup seperti ini. Dia sudah penat.

"Sk..hm..sk..kenapa? mana semua orang? kenapa takde sorang pun pertahankan aku? Aku tak salah. Aku tak pernah minta macam ni. Kenapa kena salahkan aku sorang" kata Ziya tidak henti-henti bertanya kenapa semuanya menuding jari pada dia.

Ziya mengigit kukunya tanpa henti hingga dia tidak sedar kukunya sampai berdarah oleh dirinya sendiri. Dia jadi tidak siuman mengingatkan apa akan jadi nanti.

"Macam mana kalau dorang ingat pasal tu lagi..? Macam mana..?" Kata Ziya seorang diri yang tidak henti tertanya-tanya apa akan jadi bila dia datang nanti.

Bukankah sepatutnya lelaki itu juga disalahkan. Lelaki itu yang tiba-tiba masuk ke bilik dia. Lelaki itu yang menyentuh dia terlebih dahulu. Ziya melihat rakaman itu, dia nampak dengan matanya sendiri bagaimana dia diratah dengan lelaki yang dia tidak kenal.

Geramnya dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu. Hanya wajahnya yang terlihat jelas di video itu. Walaupun video itu sudah menunjukkan segalanya. Kenapa hanya dia yang disalahkan. Kenapa hanya dia digelar murahan.

"Tuan!" Riko berlari ke arah Zen dengan wajah yang terkejut. Hal itu buat Zen yang baru saja bangun terus segar mata melihatnya. Apa yang buat Riko sampai dia berekspresi begitu sekali.

"Apa? Kenapa?!"

"Aku dah jumpa orangnya" kata Riko hingga dia tidak cukup nafas saat berbicara. Mata Zen membesar, dia segera bangun dari katil kemudian dia hampiri Riko untuk tahu lebih detail.

Riko menghulurkan gambar yang dia tangkap pagi tadi kepada Zen. Gambar itu dihulurkan secara terbalik. Riko mahu Zen mengambil masa bersedia untuk melihat gambar gadis itu.

Tangan Zen bergetar saat memutarkan gambar itu ke hadapan. Dia takut jika gadis itu adalah Rita. Dia takut jika dia sudah terlanjur dengan gadis itu. Dia berharap itu adalah orang lain.

Zen terdiam seketika. Matanya terkilan melihat gambar seorang gadis yang sedang memakai helmet untuk naik ke motorsikal itu. Itu gadis yang dia tidak sengaja marah di kedai 24 jam dan dia tidak sengaja ternampak kakinya yang terdedah saat ingin menaiki motorsikal.

Tanpa disedari tiba-tiba kepala Zen berdenyut mengejut. Zen memegang kepalanya dengan kuat sambil merintih kesakitan. Ingatannya mula kembali setelah mengetahui gadis itu adalah gadis yang dia tidur bersama 4 tahun yang lalu.

Dia sudah ingat bagaimana dia masuk ke bilik gadis itu, kemudian dia lepaskan pakaian gadis itu saat gadis itu tertidur nyenyak. Namun yang peliknya gadis itu tidak memberontak atau menolak.

Tubuhnya seperti tubuh yang mati hingga tidak dapat merasakan dia sedang diganggu oleh lelaki yang asing. Jika dia menolak mungkin Zen akan berhenti serta merta. Kerana dia tidak menolak, Zen terus meratah dia tanpa berfikir panjang. Di fikirannya hanya puaskan apa yang dia inginkan saja.

"Kau okay ke?" Riko menahan Zen dari tumbang.

Zen seperti nak pengsan bila mengingat semula kejadian itu.

Memang salah dia. Ini salah dia. Sekian lama dia tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Kali ini dia telah melakukan kesilapan yang besar dalam hidupnya.

Pasti gadis itu benci dia. Benci dia kerana tidak bertanggungjawab. Zen dapat rasa jika gadis itu tahu siapa dia pasti dia akan benci Zen sangat-sangat.

'Makan jela makanan kau. Takpayah nak tengok aku' Zen mengigit bibir dengan perlahan kemudian dia ketuk dahinya dengan kuat dan berulang kali. Zen tiba-tiba teringat yang dia marah gadis itu kerana curi-curi melihat dia dan Riko saat itu.

"Kenapa lagi?" Soal Riko kemudian Zen mengigit jari jemarinya sendiri.

"Aku termarah dia haritu" kata Zen kemudian dia ramas rambutnya dengan perasaan yang bercampur bauk. Kepala ditundukkan ke bawah. Sepatutnya dia tak patut marah. Tak pasal-pasal perempuan tu makin bencikan dia pula nanti.

"Aik kau dah jumpa dia ke? Bila? Kat mana?"

"Masa kita singgah kedai 24 jam haritu. Kau makan dekat kereta, aku pulak makan kat meja dalam kedai tu ingatkan?" Jelas Zen kerana baru pertama kali ini dia makan di kedai 24 jam itu.

Pasti Riko akan ingat jua. Kerana waktu itu Zen sudah terlalu lapar, kebetulan pula mereka sesat saat ingin pulang. Hanya kedai itu saja yang berdekatan dengan mereka.

"Oh yang tu. Moto merah tu kan Tuan? Jadi dia perempuan yang sama dengan gambar ni?!" Riko terjerit kecil kerana terlalu terkejut. Kecil sangat ke dunia ni sampai mereka boleh terserempak tanpa sengaja?

"Mungkin ini sebabnya. Aku faham kenapa" sambung Riko namun Zen tidak mengerti apa maksudnya itu. Zen berkerut dahi kerana binggung.

"Apa yang kau faham? Apa sebabnya?" Soal Zen namun Riko tidak balas. Riko terlihat seperti sedang berfikir sejenak mengenai cara pertemuan mereka itu.

Ada sebab Zen ditakdirkan untuk pulang ke sini semula. Mungkin kerana Tuhan ingin pertemukan mereka semula setelah lama berjauhan. Awal-awal jumpa pula, Zen sudah marahkan gadis itu.

Agak-agaknya apa reaksi gadis itu bila bertembung mata dengan Zen semula nanti? Apa reaksinya bila tahu Zen adalah lelaki yang tidur dengannya 4 tahun yang lalu? Hal itu buat Riko tertanya-tanya dan ingin tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience