BAB 3

Romance Series 51453

Pasangan itu masih bertekak dari tadi. Masing-masing tak mahu kalah. Ada saja kesalahan-kesalahan lalu yang mereka ungkit. Bahkan sehingga ke hal yang remeh, pertengkaran itu masih belum menemukan jalan keluar. Hudrina mengeluh perlahan.

Dia tidak mahu masuk campur. Biarkan saja mereka begitu. Dah memang benda tu selalu berlaku tiap hari. Dah jemu pun. Balik-balik ungkit hal yang sama. Cuma kalini, rasanya isu yang berlainan. Kalau tak takkan mama nak mengamuk macam sekarang. Habis pernah kesemua pasu mahal yang baru dia beli kemarin.

"Abang nak saya buat apa lagi?! Saya dah buat segala-galanya untuk abang! Daripada awal kita kahwin sampai sekarang! Cubalah sekali je, abang tanya apa saya nak! Abang cuma tahu pentingkan diri sendiri!" Jerkah Datin Sharia.

"Awak merepek apa ni? Saya cuma mintak kebenaran awak untuk berkahwin satu lagi! Apa yang salahnya?! Abang mampu, Sha! Abang mampu! Daripada abang terus buat maksiat, Sha sanggup hadap semua tu?!" Dato' Jaafar pula meninggikan suara.

"Abang memang tak sayangkan saya! Saya sanggup tinggal keluarga sendiri demi bersama abang, tapi ini balasan abang pada saya?! Abang kejam! Abang kejam!" Datin Sharia sudah mengamuk.

Badan Dato' Jaafar ditumbuk sekuat tenaga. Sakit hati, bercampur dengan rasa sedih. Dimana kurangnya dia sebagai seorang isteri? Apa yang dia sudah lakukan sehingga suaminya sanggup menduakan dia? Dunia memang tak adil.

"Stop hurting me! Sha! Dengar sini! Awak tak salah apa-apa ok? Yang salah hanyalah saya! Saya terlanjur mencintai perempuan lain selain awak! Maafkan saya! Saya harap sangat awak boleh terima dia. Please, Sha! Please!" Dato' Jaafar merayu.

Cengkaman tangan terasa kuat. Dia mencengkam bahu wanita itu. Wanita yang sudah lama tinggal bersama dengan dia. Bukan salah sesiapa melainkan dirinya sendiri. Hanya dia yang sengaja membuka hati pada orang lain. Mungkin dia sunyi, ya. Mungkin juga dia sudah bosan dengan Sharia yang semakin lama semakin menua dan tidak pandai uruskan diri sendiri.

Nampak selekeh dengan pakaian longgar. Dia mahukan kelainan. Jiwanya memberontak mahukan sesuatu yang baharu. Ibarat mahukan mainan baru dan buang yang lama. Tapi kalau dia fikirkan balik, tidak. Dia tidak akan sesekali ceraikan Sharia. Dia sayangkan isterinya ini.

"Abang jahat! Abang duakan saya! Abang dah janji nak bersama saya walaupun apa pun keadaan saya! Abang kejam! Kenapa abang sanggup duakan saya?! Dekat mana kurangnya saya, bang?! Dekat mana?!" Datin Sharia menjerit seperti nak gila.

"Takda yang kurang! Saya yang dah dibutakan dengan dia! Saya cintakan dia, Sha! Tolong faham! Berhenti mengamuk macam sekarang ni. Abang tahu, awak belum makan ubat kan? Mari, abang bawak ke bilik."

"No! No! Kau jahat! Kau jahat!!!"

Datin Sharia sudah mengamuk lagi. Dia melemparkan semua barang-barang ke lantai. Habis pecah kesemuanya. Tidak cukup dengan itu, tangannya mencapai gunting dari dalam laci meja.

"Baik saya mati je bang! Baik saya mati je!!!" Gunting di hala ke leher.

Dato' Jaafar sudah panik. Dia buat hal lagi.

"Jangan macam ni, Sha! Jangan! Okay! Saya tak kahwin! Saya janji!"

"Abang tipu!!!"

"Sha! Don't! Hud! Do something! Why don't you come here and help me?! Selalu biarkan papa handle mama sorang-sorang kenapa?!"

Jerkahan kuat Dato' Jaafar buatkan lamunan Hudrina terhenti. Dia bangun dari kerusi. Memerhati pada mama yang sudah hilang waras. Dia akui, kesihatan mental mama memang tidak baik-baik saja sekarang. Malah, setiap minggu akan ada doktor yang datang untuk memeriksa keadaan dan memberikan ubatan yang secukupnya.

"Mama? Hud ni, anak mama. Sini. Datang peluk Hud. Nanti Hud cakap dengan papa. Mama sayang Hud kan?" Najwa sudah berjalan mendekat.

Dia mendepakan kedua tangan dengan gaya mahu memeluk. Senyuman manis dia beri pada wanita itu. Terus terlepas gunting dari dalam tangan. Datin Sharia menangis teresak-esak sebelum memeluk dirinya dengan erat.

"What happened, ma? Kenapa menangis ni? Nanti dah tak cantik tau. Tak nak nangis. Nanti kita tengok movie sama-sama ok?" Pujuk Najwa sambil mengusap kepala mamanya.

"Papa jahat. Dia nak kahwin lagi. Papa dah tak sayang mama, Hud. Papa dah tak sayang mama." Datin Sharia menangis teresak-esak.

"Mama..papa kan.."

"Lepaskan aku! Kau siapa?! Kau siapa?!!"

Datin Sharia sudah melepaskan pelukan. Dia merenung tajam pada anaknya sendiri. Memandang pada susuk tubuh seperti lelaki itu. Siapa?

"Mama dah lupa. Anak kesayangan mama? Hudrina, mama. Najwa Hudrina." Hudrina berjalan perlahan mendekat.

Dengan penuh berhati-hati dia mencapai jemari wanita itu. Hudrina mencium telapak tangan mamanya sebelum tersenyum.

"Anak mama. Anak mama dah mati. Dia dah mati!" Datin Sharia meraung sekuat hati.

"Anak mama masih hiduplah. Anak mama kan ni? Anak mama. Mama nak peluk tak?" Datin Sharia kembali memeluk anaknya.

Dato' Jaafar yang memerhati sudah mendengus. Isteri tidak waras seperti dia, siapa ja yang boleh bertahan?

"Pa..can you explain what happen? Kenapa bagitau pasal papa nak kahwin lagi satu?"

"Because I can. Papa lebih daripada mampu. Hud tengoklah keadaan mama sekarang macam mana? Segala keperluan papa, papa uruskan sendiri tau? Hud pernah fikir tak perasaan papa macam mana? Mama kena tahu! Sebelum dia serang aunty Emma macam dia serang papa bila dia marah!"

"Habistu perasaan mama? Papa tak nak fikir pulak?"

Hudrina masih berdiri tegak memeluk mamanya. Macam patung. Pertanyaan dia langsung papa tak jawab.

Dato' Jaafar mengurut dada tanda lega. Satu-satunya orang yang boleh mengawal isterinya, Hudrina. Anak perempuan yang berperwatakan lelaki. Tomboy. Telinga dia sudah menebal menahan segala sindiran dan ejekan dari kawan-kawan. Anaknya sudah bertukar jantina kata mereka.

"Kenapa papa nak kahwin lagi satu? Mama tak cukup ke? Dalam keadaan mama macam sekarang..papa patutnya sokong mama. Kenapa papa buat keputusan terburu-buru macam ni?" Tanya Hud.

"Terburu-buru apa benda? Papa perlukan seorang isteri yang normal!" Marah Dato' Jaafar.

"Mama normal, papa! Mama normal! Cuma kesihatan mental mama tak ok! Why don't you understand? Don't you think it? Papa boleh tak faham mama untuk sekali je?" Nada Hudrina mengendur.

"Papa tak perlukan nasihat Hud. Kamu pun sama, back up sangat mama kamu. Sekarang tengok? Habis semua barang dalam rumah ni rosak! Nak tunggu dia bunuh kamu pulak?!"

"Apa papa ni?!"

Kalau bertekak dengan papa, apa pun tak dapat. Dato' Jaafar ni memang keras kepala. Daripada dulu lagi. Lepas insiden menyayat hati tu berlaku, tak ada sesiapa yang boleh kembalikan keluarga mereka seperti dulu. Semuanya jadi hambar. Papa pun dah bertukar jadi panas baran.

"Hud boleh jaga mama. Hud jaga. Papa dah cukup baik untuk serahkan separuh daripada harta papa atas nama Hud. Hud cuma tinggal goyang kaki je kalau tak nak sambung study. Sekarang ni, papa nak kahwin lagi satu. Hud suka atau tidak, terima." Dato' Jaafar masih bertegas.

"Mama macam mana? Papa tak kesiankan mama ke? Mama menangis, papa! Menangis!" Hud sudah tidak dapat bersabar lagi.

"Semua orang boleh menangis, Hud. Semua. Cuma Hud sorang je yang takdak perasaan sedih tu. Sama jugak macam apa yang jadi dulu. Papa tetap dengan keputusan papa. Papa akan kahwin! Hud tak boleh halang papa!"

"Papa masih berkeras nak kahwin dengan aunty Emma? Lupakan. Hud akan kahwin dengan Arash!"

"Perkahwinan olok-olok kamu berdua? Just forget it. Ingat papa tak tahu kamu berdua hanya berlakon? Sudah-sudahlah nak bodohkan papa, Hud."

"Terpulang kalau papa nak percaya atau tidak. Arash cintakan Hud. Aunty Emma tahu benda tu. Dia takkan sesekali musnahkan impian anak sendiri!"

Dato' Jaafar senyum sinis.

"Seorang ibu macam Emma tu, pentingkan wang dari segalanya."

"Habistu kenapa papa tetap nak jadikan dia isteri?"

"Dia perempuan mulia yang boleh bantu papa jadi hamba soleh. Papa perlukan seseorang yang boleh bantu bila papa dalam kesesatan. Bukan seseorang yang hanya tahu pentingkan diri sendiri sampai sanggup jadi gila."

"Papa!"

Hud tahan marah. Dia faham sangat maksud ayat Dato' Jaafar. Mama. Semakin hari semakin teruk. Kesihatan mental yang semakin melemah. Kadang-kadang mama tak kenal pun siapa diorang semua. Ada keadaan mama bercakap sorang-sorang. Yang lebih teruk, pukul papa tanpa sedar.

Macam harini, salah papa jugak sebab bagitau pasal benda tu dekat mama.

"Take care of your mom. I'm tired." Dato' Jaafar terus melangkah masuk ke dalam bilik.

Hud mengeluh. Dia hanya mengelap airmata dipipi Datin Sharia. Kasihan mama. Sampai sekarang tak boleh terima semua yang dah berlaku.

"Mama, kita masuk bilik tidur ya?"

"Tidur? Kalau mama tidur, nanti Hadi datang menangis macam mana?"

"Takpalah. Nanti Hud cakap dengan Hadi, jangan datang malam ni..mama nak rest. Ok?"

Datin Sharia senyum manis. Dia mengangguk kepala. Hudrina berjalan ke arah pintu lif. Dia mengarahkan seorang pembantu untuk membawa wanita itu kembali ke dalam bilik.

Cermin mata yang tersangkut pada hidung Hudrina buka. Dia berjalan ke dapur untuk mengambil penyapu. Perlahan-lahan sisa kaca dibersihkan. Nanti kalau biar, besok mesti terkena kaki mama.

Mama suka bangun awal sebelum Subuh. Solat subuh kemudian jalan keliling rumah. Katanya dia rindukan Hadi. Tidak dia nafikan, kehadiran Hadi membawa seribu erti kepada mereka. Termasuklah siapa dia sekarang.

"Cik Hud! Darah!" Seorang pembantu rumah sudah menjerit.

Hud pandang jari sendiri. Berdarah. Mungkin dia tak perasan sebab asyik mengelamun tadi. Ya. Seorang wanita melayu terus meluru padanya bersama sehelai kain ditangan.

"Kenapa cik buat semua ni? Kan saya cakap, saya boleh buat kalau Datin pecahkan barang. Sekarang tengok, dah berdarah. Macam mana nak jaga Datin kalau jari terluka?" Sempat Kak Wanie membebel.

"Tangan kan ada dua. Kiri dan kanan. I still can use them. Sekarang cakap, asal akak nangis?" Tanya Hudrina.

Dia duduk bertenggek di meja makan. Membiarkan Kak Wanie mengelap sisa darah di telapak tangannya. Tak cukup dengan tu, siapa diletakkan plaster besar lagi.

"Akak kesian dengan Cik Hud. Setiap hari kena hadap semua ni. Dari kecik sampai besar. Dari cantik bertukar handsome." Sempat Kak Wanie memuji.

Hudrina ketawa. Dia meraup rambut pendek nya ke belakang. Mungkin sebab dia dah potong rambut sekarang. Makin handsome?

"Handsome kira okay kan? Kalau Hud mengurat anak akak, dapat tak?"

"Tapi akak nak menantu lelaki, bukan perempuan."

Hudrina ketawa. Nampaknya tak berjaya. Kak Wanie pun dah tak nangis. Siap sengih bagai.

"Kalau anak sedara akak boleh? Dia bujang. Mesti dia suka perempuan cantik macam Hud." Kak Wanie sengih.

"Perempuan cantik mana? Ada ke dalam rumah ni? Hud tak nampak pun?" Mata Hudrina meliar memandang keliling.

"Hud lah! Mana ada orang lain. Hud cantik sangat! Tak kasar pun macam orang cakap! Cuma mungkin dekat luar, perangai Hud lain."

"Yeke? Tak cukup lagi. Bodek lagi. Kalau tak, akak ganti balik cermin kereta saya yang pecah sebab anak akak baling batu haritu."

"Hud!!"

Seronok mengusik. Kak Wanie, pekerja yang sudah lama bersama mereka. Sama-sama membesar dan menguruskan segala keperluan yang dia perlu. Sampai sekarang, Kak Wanie menjaga dia. Sehingga bangun pagi sampailah waktu hendak tidur, semuanya di jaga rapi.

"Hud. Kalau Dato' betul-betul kahwin macam mana? Kesianlah Datin. Hud tak nak gunakan otak pandai Hud ke?"

"Tapi dalam isu poligami, otak Hud heng. Entah kenapa. Ada besi karat kot."

"Habistu? Takkan nak biar je.?"

"Sebab tu Hud nak kahwin, kak."

Terlepas pegangan kaca ditangan. Kak Wanie pandang seakan tak percaya. Dia tak salah dengar kan?

"Hud akan kahwin dengan anak kepada perempuan simpanan papa." Jelasnya agar wanita itu lebih faham.

"Hud tak rasa benda ni akan berisiko? Bahaya Hud. Hud dah kenal ke lelaki tu? Mana tahu dia macam mak dia?" Kak Wanie berada risau.

Hud mengeluh perlahan. Dia merenung ke arah ruangtamu yang bersepah. Mesti besok mama akan mengamuk lagi. Entah apa pulak yang pecah nanti. Esok dia ada interview di awal pagi sehingga tengahari, mesti tak sempat jumpa mama sebelum lunch.

"Nantilah Hud fikirkan cara. Akak tolong kemas ya? Hud nak keluar.!" Ujar Hud dengan tiba-tiba.

Kak Wanie hanya angguk kepala. Hud berjalan ke arah meja. Laptop yang masih menyala segera dia tutup. Lebih baik dia keluarkan tenangkan diri sebelum dia tambah serabut.

Papa nak kahwin lagi satu pulak dah. Sakit kepala! Orang tua tak sedar diri.

"Nak ke mana, Hudrina?! Dah tengah malam!" Dato' Jaafar sudah menyoal dari tingkat atas.

"Pergi club! Nak enjoy! Papa tak kisah kan?!" Selamba Hudrina mencapai hoodie di atas sofa.

"Jangan melampau lah! Hudrina! Masuk sekarang! Jangan pijak kelab malam tu! Hudrina!!"

"Bye, papa!"

*****

"OIT! Ustaz! Macam mana kau boleh terlepas malam ni? Ini kalau umi kau dapat tahu, habislah kau kena belasah!" Aidid sudah mengejek.

"Kau mulut takda insurance kan? Aku datang bersebab ni! Takdanya sampai umi aku nak belasah aku!" Arash sudah membela diri.

Baru malam ni dapat rest, dah kena sindir. Bukannya dia masuk kelab malam ke apa, ini cuma tempat orang-orang kaya release tension. Dia pulak dapat masuk sebab pakai nama si Aidid, kalau tak takdanya diorang bagi masuk. Memilih.

Panggilan yang dia terima daripada Dato' Jaafar buatkan dia bergegas ke sini. Satu hal nak mencari Hudrina dan bawak budak tu balik. Dah kenapa pergi kelab pulak?!

"Aku bukan apa, orang-orang masjid macam kau..mana pijak tempat ni. Itu aku terkejut lepas kau call tadi. Agak-agak aku..mesti ada benda lain kan?" Aidid memang bijak meneka.

Jemarinya masih ligat menekan nombor telefon Hudrina. Hampeh! Satu panggilan pun tak dijawab!

"Tadi siang, ada orang datang masuk meminang umi aku."

Tersembur air coke yang Aidid minum. Biar betul?! Setahunya ibu Aidid tu..sudah dalam lingkungan 50an. Orang masuk meminang? Fuh. Hebat ni.

"Lain macam ni! Habistu apa masalahnya sampai kau kena masuk club malam?" Tanya Aidid yang masih tak faham.

"Aku nak kahwin dengan anak Dato' tu."

Purr!!

Tersembur lagi.

"Aidid! Kau kenapa? Minumlah elok-elok!"

"Jadi sekarang kau nak cakap dekat aku, kau datang sini sebab nak cari dia? Omaigad! Parah ni. Parah. Dah kenapa kau nak kahwin dengan anak Dato' tu?!"

Soalan Aidid langsung Arash tak jawab. Matanya meliar ke dalam kelab malam itu. Bunyi musik yang kuat buatkan telinganya rasa bingit. Bising. Orang-orang disana pulak dah macam monyet. Melompat sana, melompat sini.

"Hud!!" Jerit Arash sebaik melihat sekumpulan orang perempuan yang sedang bersorak kuat.

Arash berjalan ke arah ruangan VVIP. Dia menolak beberapa orang perempuan disana sebelum berdiri tegak dihadapan Hudrina. Gadis itu sedang memeluk bahu dua orang perempuan sambil ketawa.

"Whoa. Am I dreaming? Makhluk suci mana pulak sesat dekat sini?" Ujar Hudrina sambil menggosok kedua matanya.

"Alah you ni! Janganlah macam tu! Takkan lelaki pun you minat! Tadi you cakap I cantik!" Seorang perempuan seksi memeluk Hudrina.

Arash raup muka sendiri. Astaghfirullah. Budak ni memang cari pasal. Takkan diorang semua tak tahu yang Hudrina tu perempuan?!

"Hud. Ikut aku balik sekarang!"

"Apa tak dengar?!"

"Ikut aku balik! Papa kau bising tuduh aku bawak kau ke sini! Jomlah balik!"

Hudrina ketawa. Oh, patut dia ke sini. Ada orang mengadu rupanya.

"Kau baliklah dulu! Aku nak enjoy! Jangan risau, aku tak minum arak! Aku minum coke je!" Hudrina angkat air tin perisa coca cola.

"Tak kisahlah! Jom balik! Hud!!" Panggil Arash lagi.

"Hud, takyah dengar cakap dia. You stay dengan I je." Perempuan seksi itu mengusap dada Hudrina dengan manja.

"Hey perempuan! Kau angkat tangan kau! Jangan sentuh dia!"

"Kau kenapa nak marah aku?! Aku panggil security nanti!" Marah perempuan seksi itu.

Dua orang pengawal sudah berjalan ke arah mereka. Hudrina yang perasan sudah bangun sebelum mencapai tangan Arash. Dia memeluk lengan lelaki itu dengan mesra. Dah tak peduli dengan Arash yang keras macam batu kalau dia sentuh sikit je.

"Sorry guys! Ini I punya. He's my boyfriend!" Beritahu Hudrina sambil memeluk Arash.

"What?! You penipu!!!" Perempuan seksi itu sudah mengamuk.

Hudrina ketawa sebelum menarik Arash berlari bersamanya. Mereka berdua berlari sambil berpegang tangan. Arash hanya menurut. Sesekali dia menoleh ke arah belakang, memandang pada dua orang security yanh mengejar mereka.

Sebaik saja mereka sampai diluar, Arash menarik Hudrina supaya bersembunyi disebalik tiang. Menatap wajah gadis yang sangat hampir dengannya. Bau aroma rose menusuk rongga hidung.

"Seronok enjoy?" Sindir Arash.

"Kecoh kau. Siapa suruh kau datang? Aku baru nak release tension dekat sini.!" Beritahu Hudrina sambil meraup rambutnya ke belakang.

Kesan lipstick pada pipi Hudrina agak terang. Mesti mulut perempuan tadi. Laju saja Arash mengelap dengan hujung baju kemeja yang dia pakai.

"Apa kau ni?!" Marah Hudrina sambil menampar tangan kekar Arash.

"Ada kesan lipstick. Aku tak suka. Kenapa kau biar je perempuan tu cium kau?" Arash tak puas hati.

"Mana aku sedar? Aku sibuk menari-nari tadi." Ujar Hudrina sambil membuat gaya sedang menari.

"Stop. Aku tak suka kau macam ni."

"Dah kenapa? Ada masalah?"

"Hud. Kau.."

"Kalau kau tazkirah aku dekat sini, aku masuk dalam balik!"

"Ok. Ok."

Hudrina melangkah keluar daripada ruangan sempit itu. Arash hanya menurut. Baru dia hendak bersuara lagi, Aidid sudah munculkan diri. Dia menekup mulut seakan tak percaya.

"Astaghfirullah, Arash! Kau cium dia? Ya Allah ampunkan dosa sahabat ku, Ya Allah!" Aidid sudah menadah tangan berdoa.

Kesan lipstick comot pada pipi Hudrina dipandang. Bahaya Arash ni, lelaki pun dia suka!

"Kau jangan merepek!" Arash tampar belakang sahabatnya itu.

"Arash. Hantar aku balik!" Arah Hudrina dengan tiba-tiba.

"Ok. Aku datang dengan kereta Aidid. Bolehlah. Hud? Kau ok tak?" Tanya Arash sewaktu melihat gadis itu memegang dadanya.

"Hud! Kau kenapa ni?!" Arash sudah panik sebaik saja Hudrina jatuh terduduk.

Pernafasan Hudrina jadi tak stabil. Dia masih tidak bercakap, hanya memegang dada sendiri.

"I... inhaler aku!"

Arash tak faham. Inhaler apa?

"Arash! Dia pengsan doh! Kau buat apa dengan dia dalam ruang sempit tadi tu?!" Aidid sudah panik.

"Kau jangan merepek boleh tak?! Cepat tolong aku! Kita bawak dia pergi hospital!" Ujar Arash yang sudah mencempung tubuh Hudrina.

Pengsan pulak. Aku baru nak ajak dia balik, dia boleh pengsan. Ini berlakon ke, betul-betul?! Ahhhh, mampus aku nak menjawab dengan Dato' Jaafar kejap lagi!

Share this novel

emysharniza
2024-07-11 11:02:10 

silakan sambung


NovelPlus Premium

The best ads free experience