BAB 4

Romance Series 43619

Alethea Ayori!

Alangkah indahnya sebaris nama itu. Siapa sangka pemilik nama itu adalah seorang perempuan cacat dan punya rupa paras hodoh?

Had menderam. Dia yakin hodoh kerana wajah itu disembunyikan di sebalik topeng silikon! Hanya sebelah wajah dan sepasang mata tertayang. Had pandang sekitar bilik. Dia barusan terjaga dari lena lantaran perut berkeroncong minta diisi. Tak makan, tak minum malah langsung tak mandi lagi selepas majlis kahwinnya. Hanya pakaian bertukar selepas dia diselamatkan dari lemas oleh seorang bidadari cantik. Eh… Had kerut dahi. Betulkah bidadari? Siapa perempuan tu? Yang pasti bukan si cacat lagi hodoh tu!

“Aaa… aaa…” Pintu bilik terkuak. Corong telinga dijamah dengan bunyi yang paling Had benci. Dia buang muka ke arah beranda bilik. Tak sudi nak tengok wajah hodoh itu.

Tapi, bau harum semerbak yang hampir buat air liur kecur memaksa Had kembali pusing wajah. Air liur diteguk bila lihat Ayori membawa sebuah dulang berpenutup menghampiri katil. Had terus berdeham, buat-buat tenang walhal dia memang tengah lapar gila.

Ayori menyerahkan sekeping kertas kepada Had. Dulang berisi makanan Ayori letak dengan kemas di atas meja tepi katil. Kemudian, Ayori picit butang di bahagian pemegang kerusi rodanya. Kerusi roda automatik itu terus bergerak menuju ke arah pintu. Had hanya pandang tajam. Tiada hati langsung mahu bicara apatah lagi menahan Ayori dari pergi.

Malah, batin bersorak girang sebaik sahaja Ayori hilang dari pandangan. Wajah hodoh itu cuma akan merosakkan mood dia. Hilang selera makannya kalau berkongsi udara dengan perempuan hodoh itu.

“Makanlah, kau pasti lapar. Di bawah katil ada beberapa beg kertas berisi pakaian. Saya tak tahu saiz kau, hope they fit you. Saya tahu kau datang dengan tangan kosong. Saya tahu kau tiada niat mahu tinggal lama di sini. But while you are here, let’s make this work. Saya tak paksa, kau boleh pergi kalau tak selesa.” Itu yang ditulis oleh Ayori di dalam sekeping kertas yang dia bagi Had.

Bersama dengusan geram, Had ronyok kertas itu hingga jadi gumpalan lalu dia lempar ke dinding. Tak paksa katanya? Habis tu yang dia siap diacu pistol tu apa kejadahnya?

Selepas makan dan mandi, Had berlegar di sekitar bilik, cuba mencari cara bagaimana mahu melepaskan diri dari ugutan keluarga perempuan cacat itu.

Had tahu telefon bimbitnya pasti sudah tenggelam di dasar laut. Mahu hubungi siapa pun untuk minta pertolongan pasti mustahil buat masa ini. Lagi satu, ada ke yang sudi mahu menolong dia? Selama ini dia cuma ada Farish sebagai backup.

Berteman dengan Farish, dia lupa diri. Ego tinggi melangit. Dapat lagi teman wanita cun melecun, bertambah-tambah dada mendabik ke langit. Had sedar ramai yang tidak suka pada dia. Selama ini dia tutup mata dan buat tak kisah kerana dia tahu Farish sentiasa ada untuk dia.

Tapi sekarang?

Had mengeluh. Dia hilang semuanya sekelip mata. Tak guna! Dia benci keluarga itu. Dia lebih benci Alethea Ayori! Lelaki seperti dia… sungguh tak padan dengan gadis cacat dan hodoh itu!

Tak! Dia masih ada Hanis Suraya. Had tersenyum bila seraut wajah cantik itu menjelma di minda. Had yakin cinta mereka utuh. Takkan tergugat walau dalam keadaan apa sekali pun!

Memikirkan itu, Had kembali bersemangat. Bergegas dia keluar. Ruang di luar bilik sunyi sepi. Had bernafas lega. Dia bebas keluar masuk tanpa ada sesiapa mengawal pergerakannya. Dia tak jangkakan itu. Dia sudah set di minda dia bakal hidup seperti dalam penjara di rumah mewah itu. Sangkaannya ternyata jauh meleset.

Had keluar dan menahan teksi. Dia mahu ke rumah Hanis. Yakin yang Hanis takkan biarkan dia jatuh teruk. Yakin Hanis akan bantu dia kerana gadis itu sangat mencintai dia. Had lirik jam di pergelangan tangan. Dia yakin Hanis sudah berada di rumah. Waktu bekerja telah lama berlalu.

Hanis menyewa di salah sebuah kondominium mewah di ibu kota. Seperti dia, Hanis juga bukan berasal dari keluarga berada. Bekerja di ibu kota, Hanis berubah. Mereka sama, terpengaruh dengan kehidupan kota. Sukakan kemewahan. Hanyut dengan kehidupan yang dipilih sampai lupa asal usul.

Had sanggup habis beratus ribu, hutang sana sini demi menampung kehidupan mewah dia dan Hanis. Semua dia sanggup, semata mahu gembirakan wanita kesayangannya itu, mahu wanita itu kekal di sisi. Hanis tak pernah tahu kesusahan yang dia hadapi, pernah sampai ikat perut, tidak tidur hingga ke pagi mencari duit demi penuhi kehendak Hanis.

Had mematikan langkah di depan pintu rumah Hanis. Lonceng ditekan dengan penuh yakin.

“Siapa tu?” Satu suara wanita bergema dari speaker tepi pintu.

“Hanis ada?” Had tanya dengan tenang. Dia tahu Hanis menyewa bersama beberapa teman tapi dia sendiri tidak pernah jumpa teman serumah Hanis.

Bertahun-tahun bercinta, Had tidak pernah jejak kaki ke rumah Hanis kecuali sewaktu Hanis mula-mula berpindah ke situ dahulu. Hanis tidak benarkan. Katanya nanti teman serumah rasa tak selesa.

“Hanis takde, dia keluar tadi. Siapa ni?” Suara itu bertanya lagi.

“Saya Had, teman lelaki Hanis. Dia ke mana?” Batin menderam. Malam-malam buta macam ni, ke mana saja Hanis pergi?

“Itu saya tak tahu. Kau boleh je call dia dan tanya kan? Maaf, saya sibuk!”

Sempat lagi Had dengar suara seorang lelaki sebelum punat interkom dilepaskan. Buntang mata Had. Terkejut! Hanis kata semua teman serumah dia perempuan. Kenapa pula dia dengar ada suara lelaki di dalam?

Hanis tak pernah cerita tentang itu. Atau mungkin Hanis tak tahu yang teman serumah senyap-senyap bawa teman lelaki ke rumah itu. Hanis teman wanitanya. Had tak suka lelaki asing suka hati keluar masuk di rumah teman wanita dia.

Tapi, di mana harus dia cari Hanis? Berpandukan naluri, Had tahan teksi. Sebuah kelab malam terkemuka diterjah masuk untuk cari Hanis. Seperti yang dia jangka, Hanis sedang lepak di sebuah meja bersama beberapa rakannya.

“Hanis!” Terkejut bukan kepalang Hanis bila lihat Had tiba-tiba terpacak di depan mata.

“Had! Kau ke mana? Saya cuba call berka…”

“We need to talk!” Had cantas laju kata-kata Hanis. Lengan Hanis digapai lalu Had tarik keluar dari ruang yang bingit itu.

“Kenapa dengan kau ni? Lepaslah! Sakit tau kena tarik-tarik macam ni!” Hanis merungut dengan suara nyaring sambil menyentak lengannya dari genggaman Had.

“I’m in trouble, Hanis! I need you.”

Hanis tarik wajah masam. Lengan disilang di dada.

“Kau buat apa hah? Dah buat masalah, now kau nak libatkan saya? No, Had! Saya tak nak. Seminggu lagi saya dah nak bertolak ke Surabaya. Kau jangan macam-macam.”

Had terkesima diherdik oleh Hanis. Terguris sekeping hati namun dia cuba anggap Hanis tidak faham dan dia perlu terangkan lebih lanjut.

“I need you, Hanis. I really, really need you right now. Tak boleh ke kau tolak kerja luar negara tu atau minta orang lain gantikan tempat kau?” Had rayu dengan suara sebak. Hanis kerut bibir.

“Mana boleh macam tu, Had! Saya dah tandatangan kontrak selama setahun.”

“S-Setahun?” Terkejut bukan kepalang Had dengar. Gila! Lama tu. Tega sungguh Hanis. Tak bincang langsung dengan dia.

“Hanis! Setahun tu lama! Kenapa tak bincang dengan saya dulu?” Suara Had naik seoktaf.

“Sekarang bukan masa kita nak bertekak pasal tu, Had! Yang penting, saya perlukan ongkos. Kau dah janji akan tanggung saya, beri saya belanja berapa pun yang saya nak!”

Had menggeleng dengan penuh rasa kecewa. Hanis sedikit pun tidak berminat mahu tahu masalah apakah yang dia hadapi. Di kepala gadis itu hanya duit… duit… duit!

“Hanis, saya ada masalah sekarang. Kewangan saya juga tak stabil buat masa ini.” Had berkata jujur. Semakin kelat Hanis tarik wajah.

“Saya tak kira! Saya perlukan duit, Had! Kau akan bagi kan? Kau tak pernah kecewakan saya. I know you will. Because you loved me the most.” Hanis peluk manja lengan Had lalu melentokkan kepala di bahu lebar Had. Senyum bahagia menguntum di wajah kacak Had.

“Hanis! Buat apa tu? Kitorang dah lama tunggu kat dalam!” Jeritan salah seorang dari teman Hanis spontan buat Hanis menjarakkan diri dari Had.

“Saya dah kena panggil dah tu. Saya pergi dulu. Bye love!”

Had hanya mampu memandang walau berat hati mahu lepaskan Hanis. Kalau ditahan pun, Hanis takkan menurut permintaannya. Tiada arah tujuan, Had kembali ke rumah sewanya. Ia terletak di salah sebuah perumahan elit. Dia berjaya dapat rumah tu pun kerana bantuan Farish.

Alangkah terkejutnya Had bila lihat semua barang-barang milik dia diletak di luar rumah. Had baca notis yang ditampal di daun pintu. Arahan keluar serta merta kerana sudah tiga bulan tidak bayar sewa. Had terjelepok di atas lantai. Menangis tak berlagu. Semua sumpah seranah dihambur ke Alethea Ayori. Rasa benci mencanak-canak!

Setelah berjaya pujuk pak cik jaga, akhirnya barang-barang Had ditumpangkan di pondok jaga sementara Had cari rumah sewa baru. Masalahnya, dia nak bayar deposit guna apa? Kalau saja air liur laku, pasti mudah!

Dengan kereta Audi A5 yang berjaya jadi hak milik kekalnya juga kerana Farish, Had kerah tenaga untuk cari duit. Menjadi teksi sapu, mat delivery dan apa saja. Semua dia buat biar terpaksa bersengkang sampai pagi. Kerjanya pasti lebih cepat kalau dia masih punya telefon bimbit. Dalam keadaan sekarang, nak beli telefon bimbit paling murah pun dia tak mampu.

“Perlu khidmat kereta? Saya boleh hantar ke mana saja.” Had parking tepi jalan, di tengah-tengah keriuhan manusia yang mencari hiburan malam lalu menegur orang awam yang lalu lalang.

“Hey! Awak buat Grab ke? Boleh hantar kitorang tak?” Tiga gadis yang sedang berjalan huyung-hayang bertarik lengan menghampiri. Had angguk sambil menarik cap ke bawah, cuba menutup wajah.

“Eh, kelaslah mamat ni. Buat Grab bawa kereta mewah you…”

Had dengar je gadis-gadis itu berbisik sesama mereka ketika Had buka pintu keretanya. Ada rasa bangga menyelinap, buat Had tersenyum-senyum.

“Rasa macam pernah nampaklah mamat ni.”

Had masih tenang memandu.

“Hanis… bukan lelaki tu…”

Ketenangan Had sirna bila dengar sebaris nama itu. Laju bebola mata memandang ke cermin pandang belakang lalu bertembung dengan sepasang mata layu yang sedang memandangnya dengan tajam.

Had menyumpah dalam hati. Dia langsung tak beri perhatian pada gadis-gadis itu tadi. Sebab itu dia tak perasan yang mereka tu adalah Hanis dan teman-temannya.

“Saya tak kenal. Korang tahu kan taste saya macam mana kalau nak berkawan. Kenalah setaraf, tak mainlah pemandu Grab hahaha…”

Had tarik nafas sedalamnya bila dia dengar jawapan Hanis. Had pandang seraut wajah yang kelihatan hampir hilang kesedaran kerana alkohol melalui cermin pandang belakang. Tak pasti sama ada Hanis cam dia ke tidak tapi kereta itulah yang selalu mengusung Hanis ke sana ke mari ikut kemahuan gadis itu.

“But he looks familiar.” Ujar teman Hanis, masih tidak puas hati.

“Stop, Gina! Saya dah kata saya takde kawan low class macam dia tu!”

Jawapan Hanis buat sekeping hati Had hancur lebur. Begitu rendah ke dia di mata gadis pujaan dia tu? Sebelum ini, dia disanjung-sanjung kerana duit yang selalu ditabur. Bila sudah jadi macam ni, hanya hinaan dia dapat.

Had pilih untuk diam. Tidak mahu mulakan persengketaan kerana dia tahu Hanis begitu pentingkan air muka di depan kawan-kawannya. Lagi pun, bila lihat Hanis dalam keadaan mabuk, rasanya sia-sia air liur dia bercakap. Entah ingat ke tidak Hanis esok pagi.

Selepas menghantar Hanis dan teman-temannya, Had sudah hilang mood mahu teruskan kerja. Dia berhenti di sebuah kelab malam biasa-biasa dan memesan alkohol untuk ubati hati yang luka teruk.

Hampir dinihari, Had angkat punggung dari tempat duduk. Terhuyung hayang dia jalan. Mata dikerdip ulang kali, mahu cari di mana arah pintu keluar.

“Hoi! Nak ke mana tu? Minuman kau belum bayar lagi!!!”

Kolar baju belakang Had ditarik kasar. Had rebah menghempap lantai.

“Bayar dulu minuman kau!!!” Pekik lelaki bertubuh sasa yang sedang terpacak di tepi Had.

Had tarik keluar dompetnya yang sudah kosong lalu dia lempar ke wajah lelaki itu.

“Ambillah semuanya!” Had jerit. Perutnya disepak kasar oleh lelaki itu. Had mengekerot, menahan sakit.

“Kau ingat kau boleh lari tanpa bayar ke hah?!”

“Saya tiada duit! Tak nampak ke dompet kosong tu?! Kau bunuh je saya! Hidup saya dah takde makna! Semua dah hancur! Saya hilang segalanya!!!” Had jerit lagi, sekuat hati. Segala yang terbuku mahu dilepaskan.

“Saya hilang semuanya kerana saya tidak punya duit! Korang faham tak?!!! Saya benci diri saya, saya benci manusia sekeliling saya! Saya benci dunia yang fanatik ni! Bunuh je saya! Ambil nyawa saya sekarang!!!”

“Si*llah kau! Bunyi je banyak! Baik kau mampus je!”

Had disepak terajang seperti seekor binatang berkurap. Tergolek-golek tubuh dikerjakan oleh lelaki bertubuh sasa itu.

“Stop!!!”

Had yang sudah hampir hilang kesedaran berusaha celik mata luas-luas. Mahu lihat siapakah pemilik suara lunak bernada tegas itu.

Had tercengang!

Seorang gadis berpakaian serba hitam agak ketat menampakkan lekuk tubuhnya yang sangat mempesonakan melangkah laju menghampiri Had. Rambut panjang diikat tinggi itu terliuk-liuk ikut pergerakan tubuh langsing itu. Had teguk air ludah.

Bidadari!

“Are you okay?” Suara lunak itu kedengaran lagi, kali ini terasa begitu dekat. Had lirik ke sisi. Gadis itu sudah duduk mencangkung di sebelah Had.

“W-Who are you?” Tersekat-sekat Had tanya. Gadis itu senyum. Lekuk dalam terserlah di kedua belah pipi putih mulus berdagu runcing itu. Had tenung tak berkelip. Terpesona!

“Why don’t you open your heart a little bit and try to know people around you, Had Hazrel… you’ll know who I am!”

Had tergamam. Tangan mengawang, cuba menggapai gadis itu saat gadis itu bingkas berdiri dan menghampiri lelaki bengis yang menghentam dia dengan teruk. Pandangan berbalam. Perlahan-lahan jadi gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience