BAB 1

Romance Series 43619

BOOM!

Dua lelaki di dalam kereta yang sedang meluncur laju membelah lebuh raya itu serentak jerit ketakutan apabila bontot kereta dilanggar kuat oleh sebuah kenderaan di belakang.

“Laju lagi Had!” Pekik lelaki bersut dari rona gelap itu kepada lelaki yang sedang memandu di sebelahnya. Pucat lesi tak berdarah wajah lelaki bersut itu ketika dipaling ke belakang dan melihat bontot kereta mereka bakal ditabrak sekali lagi.

“Sial!!!” Maki si pemandu yang dipanggil Had tadi. Dia sudah menekan pedal minyak hingga ke tahap maksima. Nak laju macam mana lagi?

BOOM!

Sekali lagi, bonet belakang dihentam kuat, menghasilkan bunyi dentuman yang begitu mengerikan. Had hilang kawalan pada stereng. Kereta yang dipandu meluncur laju sebelum terbabas melanggar tembok jalan. Satu dentuman kuat kedengaran lagi.

“Farish!” Jerit Had sambil memandang rakan di sebelah.

“Saya okay!” Seraya menjawab, Farish cuba menolak pintu kereta. Malangnya, ia tersekat.

“Arghhh!!!” Farish jerit sekuat hati lalu tendang cermin kereta berulang kali.

“Farish, sini!” Had berjaya buka pintu kereta di bahagian pemandu. Mereka kelam kabut keluar.

“Itu pun mereka!!!” Jeritan dari arah belakang buat Had dan Farish melajukan larian.

“Hoi! Jangan lari!!!”

Kejar mengejar diteruskan. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta dan kejar dua jejaka bersut lengkap dari warna senada yang sudah lari masuk ke kawasan belukar.

“Berhenti!” Jeritan itu semakin dekat. Had dan Farish sudah tercungap-cungap kelelahan.

“Berhenti!!!”

BANG!

Seraya jeritan keras itu dilontar, satu tembakan dilepaskan.

“Sial! Mereka bersenjata!” Maki Farish dengan nada kesal. Kelajuan kaki ditingkatkan walau pun tenaga semakin tercuras.

“Apa ni, Farish? Apa kau dah buat ni?!” Had yang sudah ketakutan mengejar laju di belakang sambil bertempik.

“Saya tak tahu yang mereka bersenjata, Had! Celaka! Argh!!! Macam ni kita berdua pasti mati!” Tercungap-cungap Farish jawab.

“Apa sebenarnya yang berlaku hah?! Kau tiba-tiba kata nak kahwin, suruh saya datang jadi pengapit, lepas tu kau kata nak lari ketika dalam perjalanan ke majlis nikah kau, now kita dikejar oleh manusia bersenjata! Apa semua ni Farish?!” Had tuntut penjelasan walau pun keadaan mereka pada ketika itu bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa nyawa bakal melayang bila butir-butir peluru yang dilepaskan tepat kena sasaran dan tembus ke kulit tubuh.

“Saya tak tahu mereka punya senjata!” Pekik Farish.

Pertelagahan itu spontan terhenti apabila beberapa das tembakan dilepaskan berjurut-jurut. Had yang sudah ketakutan teramat berlari lintang pukang hingga tersandung sesuatu.

“Argh! Farish!!!” Had menjerit saat hilang kawalan tubuh. Dia jatuh tergolek di atas tanah. Had cuba bangun tetapi buku lali terasa pedih dek sakit yang menyucuk-nyucuk.

Farish yang sudah agak jauh di hadapan spontan mematikan langkah lalu menoleh. Selaju yang bisa dia patah balik mendapatkan Had yang terkial-kial cuba bangun.

“Farish, tolong saya! Buku lali saya sakit, mungkin dah terseliuh.”

“Hutang seratus ribu kau, saya anggap langsai kalau kau gantikan tempat saya, Had!”

Terkejut gila Had dengar kata-kata Farish.

“Kau cakap apa ni, Farish?!”

“Gantikan tempat saya, Had! Kahwin dengan perempuan tu. Saya akan anggap hutang kau terbayar! Maaf Had, saya pergi dulu!”

“Farish! Farish!!! Sial, argh!!!”

Had berusaha bangun sambil berpaut pada ranting-ranting belukar berdekatan. Tak mungkin dia mahu menggantikan tempat Farish dan jadi pengantin terjun kepada wanita yang langsung tak dia kenal.

“Itu pun mereka!”

Sial! Had menyumpah dalam hati. Dia cuba melarikan diri namun kesakitan yang menyengat buat Had jatuh tergolek semula di atas tanah.

“Arghhh!!!”

SUASANA di dalam sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang itu sangat meriah pada petang itu. Tetamu yang jelas bukan dari orang-orang kebiasaan mulai berdatangan, masing-masing dengan kenderaan mewah yang rata-ratanya buatan luar negara.

Hari itu merupakan majlis hari perkahwinan satu-satunya anak dara kepada seorang usahawan terkenal bukan hanya dalam malahan luar negara iaitu Tuan Arwais Arzo. Dikatakan bahawa lelaki itu seorang yang bersifat kuku besi, tanpa kompromi dan sangat kejam orangnya. Selepas kematian isteri tercinta, memilih untuk tidak mencari pengganti dan membesarkan anak perempuannya seorang diri. Namun setahun lepas, lelaki itu akhirnya menamatkan zaman duda bersama seorang janda anak satu.

Ramai tetamu yang hadir rata-ratanya bertujuan mahu melihat anak dara Arwais. Boleh dikatakan ramai yang tahu lelaki kuku besi itu mempunyai seorang anak perempuan tetapi tiada seorang pun yang pernah melihat anak gadis lelaki itu sehingga ada yang beranggapan ianya cuma khabar angin sahaja. Mungkin itu sebabnya mengapa dewan hotel dipenuhi tetamu pada hari itu. Semua mahu melihat wajah anak gadis lelaki terkenal kerana kehebatannya dalam dunia perniagaan itu.

Had Hazrel kelihatan sedang duduk termenung di salah satu kerusi berdekatan pintu dewan masuk. Pakaian sudah bertukar. Dia tampil kemas dan segak ketika itu. Malangnya, kesuraman wajah yang penuh dengan garis-garis keterpaksaan itu tak disembunyikan langsung.

Di belakang Had, dua lelaki sedang berkawal untuk memastikan dia tidak cabut lari di majlis penting itu. Had tahu lelaki-lelaki yang sedang memerhati gerak gerinya itu bersenjata. Bila-bila masa otaknya hancur berkecai kalau dia berani melarikan diri.

Had hanya mampu mengeluh saat itu. Sekelip mata, semuanya hancur berkecai. Tak pernah dia bayangkan, suatu hari diri bakal dijadikan cagaran untuk melunaskan hutang piutangnya. Masa depannya hancur saat bunyi muzik berirama romantis berkumandang di dalam dewan dan dia ditarik untuk bergerak menuju ke karpet merah.

Saat Had memaksa diri untuk berjalan di karpet merah menuju ke pelamin di pentas dewan, dia mulai dengar para hadirin berbisik-bisik. Had tebalkan muka dan terus melangkah dengan begitu payah. Tiada penampakan pengantin perempuan. Agaknya itulah yang disibukkan oleh hadirin.

Had menggerutu dalam hati. Dahlah terpaksa jadi suami cagaran, dia yakin dia juga bakal duduk seorang diri di atas pelamin dan jadi bahan terpaling lawak di muka bumi. Malu jangan cakap, berkarung-karung! Entah dari mana dia dapat badi malang itu.

Semakin menghampiri pelamin, semakin pula terasa longgar tempurung lutut. Hampir tak mampu mengorak langkah. Saat kaki memijak anak tangga yang pertama untuk naik ke atas pentas, seorang wanita berpakaian serba putih muncul dari belakang pentas.

Jantung Had berhenti berdegup beberapa saat apabila melihat wanita itu menolak sebuah kerusi roda yang dihuni oleh seorang gadis memakai baju pengantin yang begitu indah. Malangnya, wajah gadis itu tidak dapat dilihat kerana dilitupi sehelai veil tebal.

Wanita itu menolak kerusi roda tersebut menghampiri Had yang sudah membeku di anak tangga pertama. Macam-macam perkara bermain di dalam minda Had ketika itu. Paling utama, mengapa gadis itu duduk di kerusi roda? Itukah bakal isteri dia?

“Had Hazrel, meet your wife, Alethea Ayori.”

Had tergamam. Wife? Sukar mahu terima perkataan itu. Sampai saat ini dia masih tidak boleh menerima semua itu walau pun dia sudah lafaz akad nikah di majlis nikah mereka sejam lalu yang cuma dihadiri oleh wali perempuan, juru nikah, saksi dan dia sendiri.

“Now, kau boleh bawa isteri kau ke pelamin tu.” Perintah wanita itu sebelum meninggalkan Had dan gadis berkerusi roda itu.

Had tidak mampu bergerak. Hanya bebola mata meneliti gadis yang duduk diam tak berkutik di kerusi roda itu. Kenapa dengan gadis itu? Cacat ke? Had semakin runsing. Tidak mahu mendekati gadis itu. Keinginannya saat itu cuma mahu melarikan diri.

Tiba-tiba tubuhnya terdorong ke depan apabila seorang lelaki muncul dan menolak Had dengan kasar. Had menoleh lalu teguk segumpal air liur bila sedar lelaki itulah yang sejak awal mengawasi setiap gerak geri dia. Had paksa diri untuk melangkah. Gadis berkerusi roda itu dihampiri.

Baru hendak menggapai pemegang kerusi roda, tiba-tiba pergelangan tangannya ditangkap oleh gadis itu. Terkejut bukan kepalang Had dibuatnya.

“Urgh… aaahhh… aaarghhh… arghhh…” Sebijik macam bunyi hantu Ju On ketika merangkak mahu mengejar mangsa. Rahang Had hampir terlepas, biji mata kembang penuh dan terjojol.

“Aaa…. arghhh…”

BUK!

Had rebah, pandangan gelap gelita.

Hi korang ^_^ jemput support cite baru Mandakz. Cite ni versi UC. Macam biasa, empat bab pertama boleh diakses secara percuma manakala selebihnya kena buka guna coin. Semoga terhibur

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience