BAB 59

Thriller Series 17

KEESOKAN paginya, suasana yang aman dengan kicauan burung berterbangan dan indah bagi semua penduduk Kuala Lumpur.

Tapi bukan hari yang indah bagi pihak polis begitu juga Nazrul apabila awal pagi mereka perlu bertolak dari rumah untuk ke tempat kejadian dimana terdapat penemuan baru lagi.

“PAGI-pagi buta kena hadap semua ni, letihlah macam ni. Bila kes ni nak habis? Bila kita boleh tangkap Moonlit Killer?” Luah salah seorang anggota sambil memeriksa isi guni yang dijumpai dimana isinya tetap sama.

“Bukan kau sorang je letih, semua orang dekat sini pun letih juga tapi takdelah kuat merungut macam kau. Baik kau diam sebelum Tuan Inspektor warning kita berdua lagi.” Jawab kawan sekerjanya yang dah insaf untuk berbual disebabkan teguran dari Inpektor Qhadir semalam.

Belum sempat kawan sekerjanya nak menjawab, mereka berdua merasakan sentuhan tangan di bahu mereka lalu memaling pandangan pada gerangan tersebut. Mata kedua anggota tersebut terbuka luas memandang Nazrul yang memegang bahu mereka dengan riak muka biasa.

“Bukan korang berdua je penat, saya pun penat. Jadi kalau nak tamatkan semua ini, tolong kerja baik-baik bukan merungut, faham?” Nazrul menepuk bahu kedua anggota tersebut dengan kuat seperti memberi amaran.

Kedua anggota polis tersebut panik lalu dengan cepat menyambung kembali kerja mereka, “Baik, Detektif!”

“Aku bukan Detektif lah, aku hanya bodyguard Detektif Laya yang diarahkan olehnya untuk mengurus kes baharu ini. Sebabkan bos, aku tak dapat tidur lena. Asyik fikir keadaan bos dekat sana je.” Bisik hatinya melihat semua anggota polis melakukan tugas masing-masing.

“Selamat pagi, Nazrul. Awal anda sampai?” Tegur Inspektor Qhadir yang baru sahaja sampai di lokasi kejadian.

“Terpaksa datang awal demi bos.” Ujar Nazrul selamba melangkah menghampiri guni lalu membuka guni tersebut melihat isi yang sama seperti sebelum ini.

Matanya terus memerhati isi guni tersebut sehinggalah menyedari sesuatu dengan segera dia menyarungkan sarung tangan lalu memasukkan tangannya ke dalam guni tersebut untuk mengambil sesuatu.

“Ada apa-apa yang kau jumpa ke?” Inspektor Qhadir menghampiri Nazrul berdiri di belakangnya sehingga melihat sekeping sampul surat di tangan Nazrul setelah keluar dari guni tersebut.

“Surat?” Nazrul berdiri tegak lalu tangannya mula membuka sampul surat tersebut yang telah berlumuran darah dan bau bangkai manusia.

Inspektor Qhadir berdiri di sebelah Nazrul lalu membaca isi kandungan surat tersebut dengan fokus.

“KEPADA PENYELAMAT DUNIA ATAU PATUT AKU PANGGIL PENHANCUR RANCANGAN AKU. TAHNIAH KERANA ANDA SUDAH BERJAYA MENGHANCURKAN 2 TEMPAT PERSEMBUNYIAN AKU, AKU KAGUM SANGAT PADA KORANG YANG TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA WALAUPUN BILA-BILA MASA AKU BOLEH TARGET AHLI KELUARGA KORANG. KORANG FIKIR YANG ORANG SEKELILING ANDA BOLEH DIPERCAYAI DAN SETIA DENGAN KORANG SAMPAI SELAMANYA? HAHA AKU PUN TAK BOLEH TULIS LANJUT. KALAU KAU NAK TAHU DATANG KE TEMPAT AKU. KALAU KORANG DAPAT JUMPA LAH, HAHAHA!”

Nazrul membaca isi surat tersebut mengenggam surat tersebut dengan perasaan marah, “Tak guna Moonlit Killer, berani kau pandang rendah pada kami berdua. Ni kalau kau depan mata aku dah lama muka kau aku tumbuk sampai mati.”

“Nampak gaya bila-bila masa je Moonlit Killer ni boleh target orang lain termasuk ahli keluarga kita sendiri. Kita perlu buat sesuatu, Nazrul. Kita perlukan Detektif Laya untuk tolong kita. Walaupun dia minta kau handle tapi aku tak rasa yang kau mampu untuk urusnya.” Balas Inspektor Qhadir.

“Aku fikir benda sama tapi Detektif Laya masih lagi di luar kawasan dan aku pun tak tahu bila dia akan balik. Mungkin seminggu takpun 2 minggu begitu? Aku harap cepatlah bos balik.” Nazrul meraup rambut depannya ke belakang menunjukkan mukanya yang sedikit merah.

SEMENTARA Detektif Laya melihat skrin laptop melihat situasi di sana dengan meminta salah seorang pengikut Moonlit Killer untuk merakam dari jauh.

“Maafkan saya, Nazrul. Selepas saja semua ni selesai, saya akan bagi awak cuti panjang dengan bonus. Maaf sekali lagi, Nazrul dan Inspektor Qhadir.” Bisik hatinya sambil matanya terarah pada skrin tersebut.

Jamal melihat tingkah laku Detektif Laya mengangkat salah satu keningnya, “Kenapa? Dah mula menyesal ke tinggalkan job yang kau sayang tu? Kalau kau rasa menyesal, kau ada masa untuk tarik diri.”

“Susah je aku masuk dalam kumpulan ni, ingat senang ke aku nak keluar dari sini? Entah-entah leher aku kena potong dulu dengan Moonlit Killer sebelum aku kata nak keluar dari kumpulan ni. Lagipun aku dah fikir masak-masak tentang hal ni.” Jawab Detektif Laya dengan nada santai.

“Manalah tahu kau tiba-tiba dah tak tertarik dengan job kau sekarang ni dan mula rindu dengan job kau dulu?”

“Kalau aku keluar dari kumpulan ni, siapa nak kuatkan sistem keselamatan korang ni? Walaupun ada kau tapi kau punya skill tak cukup kuat lagi, silap-silap polis boleh je masuk dalam sistem korang ni.” Detektif Laya sambung menaip pada papan kekunci.

“Yelah, kau menang. Mujur kau perempuan kalau tak memang dah kena kau dengan aku. Tapi aku tak macam Master yang bunuh perempuan cantik saja-saja. Baik aku buat jadi isteri aku, takdelah aku kebosanan dan kesunyian macam ni.” Jamal menyandarkan badan pada kerusi lalu memusing kerusinya.

“Jadi sebab tu kau pilih job ni? Kau elak dari eksperimen Master kau sendiri?”

“Aku bukan elak tapi aku rasa nak muntah tengok badan mereka dipotong satu persatu lepas tu dengan buah pinggang dan paru-paru mereka. Aku join kumpulan ni untuk balas dendam bukan nak membunuh. Aku bagitahu satu benda, selama aku dekat sini tangan aku ni tak pernah sentuh mana-mana pisau sebab aku tak tertarik dengan semua tu.” Jamal menceritakan sebab kenapa dia tidak sertai eksperimen Moonlit Killer.

“Aku pun sama macam kau. Tak tertarik dengan eksperimen Moonlit Killer tu cumanya aku tertanya apa yang penyebab buat Moonlit Killer tu tergila-gila untuk bunuh semua perempuan cantik yang ada dekat Kuala Lumpur ni? Sebab nafsu atau dendam?” Detektif Laya berhenti menaip mengalih pandangan pada Jamal.

“Aku pernah tanya soalan macam tu pada Master. Dia jawab…”

“Aku buat semua ni sebab untuk keseronokan sahaja dan untuk lepaskan hawa nafsu. Bagi aku semua perempuan cantik di sini dilahirkan untuk memuaskan hati lelaki dan mati di tangan lelaki. Kalau dendam tu mungkin ada tapi tiadalah sampai dendam yang berparut hanya disebabkan perempuan pengkhianat yang lahir di dunia ni harus dihapuskan.”

“Itu yang dia cakap pada aku.” Detektif Laya terdiam seketika mendengar hal itu, tanpa sedar dia mengenggam sebatang pen di tangan sehingga terbelah dua.

“Kurang ajar.” Jamal seperti mendengar sesuatu dari mulut Detektif Laya memandang padanya dengan dahi berkerut.

“Kau ada cakap sesuatu ke tadi?” Detektif Laya sedar dengan apa yang dikatakan dengan cepat menggeleng kepala.

“Takde apa-apa, hanya bayangan kau sahaja. Ohh ye dah beberapa hari aku tak nampak Moonlit Killer, dia ada mana sekarang?” Detektif Laya memandang belakang dimana terdapat sebuah kerusi mewah yang merupakan tempat duduk bagi Moonlit Killer.

“Kalau Master dah selesai dengan eksperimennya, kebiasaannya dia akan pulang ke rumah dia dan akan datang ke markas sekiranya ada masalah yang tak dapat diuruskan.” Balas Jamal yang tidak mengesyaki apa-apa dengan semua pertanyaan Detektif Laya.

“Lah orang macam dia ada tempat tinggal juga? Aku ingat orang macam dia takde tempat yang dipanggil ‘rumah’.” Perli Detektif Laya dengan santai.

Mata Jamal terbuka luas mendengar perlian Detektif Laya yang terus terang tanpa berlapik, “Berani kau perli Master? Kau tak takut ke kalau Master dapat tahu?”

“Untuk apa aku takut kalau pistol aku ni pernah tembak bahu dia. Aku tak takut dengan Moonlit Killer sebab dia tu sama macam kita juga. Seorang manusia yang ada hati dan perasaan, takkanlah orang macam dia robot pula.” Balas Detektif Laya memusing-musing kerusinya.

“Yelah kau menang. Tapi dalam banyak-banyak gelaran kau bagi, kenapa Moonlit Killer?”

Detektif Laya berfikir sejenak, “Aku pun tak tahu, gelaran tu tiba-tiba datang dalam otak aku. Kenapa, kedengaran pelik ke gelaran tu dengan dia?”

“Tak pelik cuma geligat juga otak kau dalam bagi gelaran ke orang. Kalau kau apa ye gelaran kau? Aku tak ingat dah, susah pula nak sebut. ‘Phantom Byte kan’?” Detektif Laya mengangguk kepala dengan pertanyaan Jamal.

“Gelaran tu dah lama aku simpan, tak tahu pula nak guna untuk kumpulan ni.” Jamal mengangguk kepala.

“Malam ni kau busy tak? Sebab malam ni aku dengan yang lain nak BBQ. Don’t worry, makan ayam normal bukan daging manusia.” Jamal memandang Detektif Laya meminta jawapan.

“BBQ? Kedengaran sedap tapi sayang sekali malam ni aku ada hal dan tak dapat nak sertai. Terima kasih sebab ajak aku mungkin lain kali.” Balas Detektif Laya sambung kepada tugasnya yang terhenti tadi.

“Kenapa? Kau ada dating dengan lelaki ke malam ni?” Usik Jamal fokus pada kerjanya.

Detektif Laya yang mendengar hal itu tersenyum sinis, “Bukan urusan kau untuk tahu. Aku ada atau tak, itu terpulang pada aku.”

Jamal hanya mengangkat kedua bahunya dengan jawapannya lalu kedua fokus pada kerja mereka sebelum kena marah dengan Moonlit Killer sebab curi tulang baik buat kerja.

WAKTU berlalu dengan cepat sehingga tiba waktu malam, suasana malam yang tenang dengan angin malam yang sejuk meniup dengan pandangan langit malam yang indah dengan bintang dan bulan.

Aryan bersandar pada sebuah tiang melihat jam di pergelangan tangan menunggu seseorang sambil melihat sekeliling.

“Fuh tenang Aryan, agap je kau keluar dengan dia malam ni macam lepak biasa. Ada ke dating dekat kedai makan tepi jalan? Tak pernah dibuat orang dating dekat tepi jalan, kedai mamak pula tu.” Gumam Aryan menghela nafas panjang.

Setelah beberapa minit berlalu, dia merasa ada seseorang menghampirinya lalu mengangkat pandangannya melihat gerangan tersebut.

Mata Aryan terbuka luas melihat penampilan Asyikin malam ini yang lain daripada lain.

Asyikin berjalan menghampiri Aryan memegang rambutnya yang bebas diterbangi oleh angin malam, “Maaf saya lambat, saya hampir lupa yang saya ada janji dengan awak malam ni. Mujur saya sedar, maaflah sebab awak terpaksa tunggu lama.”

Asyikin melihat Aryan yang tidak berkelip memandangnya lalu dia menaikkan tangan memetik jari di depan muka Aryan, “Aryan? Are you okay?”

Aryan mendengar teguran Asyikin dengan cepat sedar, “Ahh sorry saya termenung pula, maaflah. Tak lama pun, saya yang awal sangat datang. Style awak malam ni lain dari sebelum ni.” Tegur Aryan menggosok belakang lehernya untuk hilang rasa gugupnya.

“Lain sangat ke? Sebab saya terlebih rajin pula malam ni nak bersiap cantik-cantik. Hahaha. Bukan selalu saya rajin nak keluar malam-malam macam ni.” Balas Asyikin bermain dengan rambutnya yang biasa dia ikat tapi malam ini dia sengaja tidak ikat.

“Ahh nampaknya kes Moonlit Killer makin serius ye?” Asyikin tersenyum kecil dengan pertanyaan Aryan.

“Ya, boleh dikatakan begitu. So nak makan malam dekat mana?” Mereke berdua mula berjalan mencari tempat makan yang sesuai untuk mereka,

Nak lepak ke nak dating sebenarnya ni? Hihihihi.

“Saya ok je mana-mana, lagipun saya rasa nak makan benda yang sedap-sedap je.” Balas Aryan memandang kedai makan di sekelilingnya.

“Kalau macam tu, saya ada satu kedai makan yang saya teringin nak pergi. Dekat je dari sini, tu pun kalau awak tak kisah?” Asyikin memandang Aryan meminta kepastian.

“Saya ok je mana-mana kedai janji boleh makan dengan awak.” Aryan menyedari ayat terakhirnya cepat-cepat menyangkal.

“Tak…maksud saya…kita berdua keluar ni pun sebab nak makan malam jadi saya tak kisah pun mana-mana, janji boleh makan.” Jawab Aryan membaiki semula ayatnya.

Asyikin melihat reaksi Aryan yang gelabah membuatkan dia tertawa kecil, “Saya tak kisah pun. Memang awak nak makan dengan saya kan, takkan ada orang lain pula?”

“Betul juga apa yang awak kata. Apalah saya ni. Jadi jom kita pergi ke kedai makan yang awak nak, saya belanja awak malam ni.”

“Mana adil, hari tu awak dah belanja saya. Malam ni biar saya belanja awak. Jangan risau kedai makan yang saya nak bawa awak ni bukan kedai mahal-mahal, kedai makan biasa je.” Jawab Asyikin melangkah ke tempat makan yang dia maksudkan, Aryan hanya mengikut langkah Asyikin.

SEMENTARA di markas Moonlit Killer, Jamal tengah fokus pada skrin laptop sehingga tidak menyedari kehadiran Master yang sudah duduk di kerusinya menyilang kaki.

“Mana Phantom Byte?” Jamal mendengar soalan itu secara automatik berpaling ke belakang sehingga bangun dari tempat duduknya terkejut melihat kehadiran Master yang datang secara mengejut.

“Master. Maaf saya tak sedar kehadiran anda, saya terlalu fokus dengan…” Belum sempat dia habis cakap, Moonlit Killer mengangkat tangannya meminta Jamal berhenti bercakap.

“Aku tanya mana Phantom Byte? Tak datang ke malam ni?” Moonlit Killer memandang Jamal meminta jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience