Series
152
Bangunan hospital itu sunyi bila dah larut malam . Bau ubat, darah, dan kematian bercampur dalam udara yang dingin.
Lampu malap di koridor berkelip perlahan, cahayanya terpantul di dinding putih.
Eryl berjalan perlahan, menyamar sebagai juruteknik pembaikan sistem elektrik hospital. identiti palsu yang sudah dia siapkan seminggu lepas. Kad nama, uniform, semuanya lengkap. Kalau ada yang bertanya, dia hanya pekerja kontrak malam. Tiada siapa akan syak. tiada siapa akan tahu.
Di tangannya cuma satu beg alat kosong, kecuali pisau tajam yang tersembunyi kemas di dalamnya.
Sasaran:
? Lion Roswell.
? Doktor forensik.
? Kerja malam.
? Selalu bersendirian di makmal.
Pintu makmal sudah di hadapan. Cermin lutsinar memantulkan bayangan dirinya . tenang, dingin, bersedia.
Dia buka pintu.
Dan untuk pertama kalinya, dia lihat Lion dengan mata sendiri. bukan dalam gambar.
?kau lambat,?
kata Lion tiba-tiba tanpa menoleh.
" Kau juruteknik yang baru , kan ??
Lion senyum kecil. Tapi senyuman itu penuh muslihat, bukan mesra.
Eryl tak balas. Dia cuma angguk sedikit.
Lion menanggalkan sarung tangan, mendekat. Mata mereka masih terkunci.
"
aku lion ," katanya, menghulur tangan.
"Tapi aku rasa... Kau dah tahu, kan?"
???
Lion masih berdiri di hadapan meja bedah, pandangannya tak lepas dari wajah lelaki yang baru masuk. Eryl berdiri kaku, tangannya masih pegang beg alat, tapi matanya tajam, penuh kira-kira terpaku pada Lion.
Juruteknik...?? soalnya, nada sedikit sinis.
"Kau tak jawab nama kau siapa," tegur Lion perlahan, senyumnya nipis.
Eryl lambat-lambat angkat kepala, topi ditarik sedikit ke belakang.
?Adam,? katanya pendek.
Nama palsu. Suara rendah dan dingin seperti biasa.
Lion angguk perlahan.
? Oh Adam. Nama kau ... senang dilupakan.?
Eryl tak respon. Dia bergerak ke panel dinding kononnya memeriksa sistem elektrik, tapi ekor matanya tak pernah lepas dari Lion.
Tapi anehnya, Lion juga memerhatikan dia secara terang-terangan.
"Kau nampak terlalu muda untuk kerja shift malam macam ni," suara Lion sekali lagi menembus sunyi.
"Selalunya orang yang seumur kau ni suka kerja siang. Atau? tidur."
Eryl berhenti bergerak. Perlahan, dia toleh ke belakang.
?kau memang selalu cakap banyak dengan semua juruteknik ke??
Lion ketawa kecil.
? Aku cakap banyak bila dengan juruteknik yang bawa aura macam pembunuh je.?
Senyum nipis terukir di bibir Eryl, untuk kali pertama.
?Kalau aku pembunuh? kau dah mati sekarang.?
Lion melangkah setapak ke depan. Jarak antara mereka semakin dekat.
?Kalau kau pembunuh? aku nak tahu jugak kenapa kau belum bunuh aku .?
Diam panjang antara mereka. Hanya bunyi mesin penyejuk di makmal yang mengisi ruang.
Dalam hati, Eryl terkejut. Lion bukan orang biasa. Reaksinya tenang, terlalu tajam untuk seseorang yang sepatutnya takut. Dan lebih pelik?
kenapa Eryl rasa tak mahu bunuh dia?
Lion tunduk sedikit, bersandar di meja besi.
? aku suka baca orang. Dan kau susah nak dibaca. Tapi aku nampak... mata kau tak pernah pandang orang macam orang.?
Eryl diam. Tapi dalam jiwanya, ada sesuatu bergelora.
Dia tahu. Atau... dia teka.
Dan tekaannya sangat dekat dengan kebenaran.
???
Eryl tunduk kembali ke arah panel elektrik. Tangannya bergerak perlahan-lahan, kononnya memeriksa sambungan kabel. Tapi fikirannya sibuk menganalisis. Bukan sistem hospital. Tapi lelaki di belakangnya.
Lion Roswell.
Tak seperti sasaran lain, Lion tak mudah diganggu. Tak mudah takut. Senyumnya tenang, matanya penuh kawalan. Malah, dia seperti selesa dengan kehadiran orang asing dalam ruang kerja peribadinya.
Dan itu membuatkan Eryl tak selesa.
"Kau baru pindah ke kat bandar ni?" tanya Lion tiba-tiba dari belakang.
Suaranya kedengaran lebih lembut. Mesra, tapi bukan bermakna dia percaya.
Eryl angguk perlahan tanpa berpaling.
"Baru dua minggu."
?Tempat ni memang agak... sunyi,? kata Lion,
sambil berjalan perlahan ke sisi lain meja.
?Sesuai untuk orang yang nak lari dari sesuatu.?
Eryl mengangkat sedikit kening, masih membelakangi lelaki itu.
?kau memang selalu cakap macam tu kat orang baru kenal ??
Lion tersenyum, walaupun Eryl tak nampak.
?Tak. Aku cuma rasa kau bukan jenis orang yang datang sini sebab kerja. Lebih kepada? sebab lain. Sebab tertentu .?
Eryl berpaling sedikit. Mata mereka bertemu sekilas.
"Kalau aku memang nak lari, kenapa aku datang ke hospital? Tempat penuh orang mati."
Lion ketawa perlahan.
?Sebab orang mati... tak bercakap.?
Sekali lagi, diam mengisi ruang antara mereka.
Tapi bukan diam yang hampa. lebih kepada tekanan yang tak disebut.
Eryl menutup panel semula.
?Sistem ok. Aku keluar dulu.?
Tapi ketika dia berpaling, Lion sudah berdiri agak dekat.
"Kalau kau perlukan teman berbual? waktu malam selalunya aku memang tak sibuk sangat."
Eryl pandang dia. Dalam hati, ada sesuatu yang aneh? berbahaya tapi menarik. Dia tak tahu sama ada Lion sedang bermain? atau benar-benar ikhlas.
Tapi dia hanya angguk kecil.
?aku tak pandai berbual.?
Lion senyum senget.
?Tak apa. Aku pandai dengar.?
???
Malam semakin larut. Langit kelam tak berbintang, seolah-olah turut merestui niat gelap yang terbit dalam jiwa seorang lelaki berdosa.
Eryl berjalan perlahan di lorong sempit yang hanya diterangi cahaya lampu jalan yang malap. Suasana sepi, sunyi, hanya sesekali terdengar bunyi tikus menyusup dalam timbunan sampah.
Dia cuba buang suara Lion dari fikirannya. Tapi semakin dia cuba, semakin kuat ia bergema.
"Aku pandai dengar."
"Kau nampak terlalu muda untuk kerja malam."
"Mata kau tak pernah pandang orang macam orang."
Dia benci semuanya. Dia benci bagaimana Lion buat dia rasa? lemah.
Dia buka pintu besi berkarat, masuk ke sebuah bangunan terbengkalai di hujung lorong. Bau hapak, lumut dan darah lama menyambutnya.
Dalam ruang itu, ada empat orang sedang tunggu. Tiga lelaki, satu wanita. Semuanya pembunuh. Orang-orang lama yang pernah dia latih, pernah dia bunuh bersama.
"Boss," kata salah seorang, berdiri.
"Dah lama kau tak muncul."
Eryl lempar beg alat ke atas meja.
?Aku perlukan semula sentuhan lama kita.?
Mereka saling pandang. Riak wajah berubah. Mereka tahu bila Eryl muncul semula, itu bermaksud ada darah akan tumpah.
?Ada sasaran?? soal perempuan berambut pendek, mata tajam. Namanya Lana.
Eryl mengangguk perlahan.
? belum lagi. Aku cuma nak... panaskan tangan.?
Lana senyum nipis.
?Kita ada satu nama dari senarai lama. Saksi kes rogol, dilindungi bawah identiti baru. Tapi polis yang jaga dia dah mati. Dia tak akan ada siapa-siapa.?
Eryl diam sejenak, lalu mengangguk.
Malam itu, darah kembali mengalir di tangan Eryl.
Mayat pertama, lelaki 50 tahun, mati dalam bilik air kecil. Tekak disiat, mata terbeliak. Eryl tengok darah mengalir dan seperti biasa, rasa tenang itu datang. Rasa puas. Rasa mengawal.
Dia balik ke tempat persembunyiannya. Dinding penuh gambar. Tangan dia menggigil. Itu tak pernah berlaku sebelum ini .
Dinding penuh dengan maklumat sasaran. Semuanya tentang Lion Roswell .
Dia cuba bayangkan cara bunuh Lion . cekik? Sembelih? Racun? Tapi setiap kali bayangan tu datang, dada dia rasa sesak. Nafas jadi berat.
Dia tahu? itu bukan takut. Tapi ragu. Dan ragu adalah kelemahan. Lion bukan mangsa biasa . dia tak boleh bunuh Lion tanpa rasa apa-apa. Dan itu buat dia rasa jijik dengan diri sendiri.
Dia basuh tangan. Air tak cukup kuat untuk hilangkan rasa kotor dalam dada.
Dia pandang satu-satu. Rutin kerja. Tempat tinggal. Waktu rehat. Tapi setiap kali mata dia jatuh pada gambar wajah Lion yang tersenyum...
Dia hilang fokus.
Kenapa kau senyum macam tu?
Kenapa kau buat aku ragu?
Dia hempas gambar ke lantai. Bingkai pecah.
Dia perlu bunuh lagi. Lebih banyak. Sampai rasa pelik tu hilang.
Dalam seminggu, lima mayat muncul di bandar. Semua tanpa cap jari. Tiada bukti. Polis mula panik. Media mula gelar pembunuh sebagai "The Ghost Reaper".
Lion, sebagai doktor forensik, mula sibuk. Dia mengendalikan bedah siasat untuk semua mangsa dan tanpa dia sedar, Eryl yang membunuhnya.
Ironi yang buat Eryl hampir senyum.
Tapi dalam setiap pembunuhan, dia tetap rasa satu kekosongan. Setiap tetak, setiap jeritan tak dapat hilangkan wajah Lion dalam fikiran dia.
???
Suatu malam, Eryl duduk di atas bumbung sebuah bangunan usang, tengok cahaya hospital dari jauh. Dia pegang pisau lipat lama milik ayahnya. Mata pisau berkilat di bawah cahaya bulan.
?Ayah?? bisiknya perlahan,
?Kenapa kali ni aku tak kuat??
Bayangan ayahnya muncul . lelaki besar bermata keras. Dulu, tangan lelaki itu sering basah dengan darah. Dan kata-katanya terngiang kembali:
"Jangan pandang mangsa kau sebagai manusia. Mereka cuma nama dalam senarai."
Tapi Lion... Lion bukan sekadar nama. Lion pandang dia seolah-olah dia juga manusia.
Dan itu buat Eryl rasa... tak layak untuk bunuh dia.
Tapi kalau dia tak bunuh, Lion akan jadi kelemahan. Dan kelemahan adalah permulaan kemusnahan.
Dia genggam kuat pisau.
?Aku bunuh dia... atau aku sendiri yang mati.?
???
Keesokan malamnya, Lana datang semula.
?Aku dengar doktor forensik yang handle kes kita? handsome.?
Eryl pandang dia tajam.
?Jangan sentuh dia.?
Lana senyum penuh sindiran.
?Kenapa? Dia dalam senarai jugak ke??
Eryl tak jawab. Dia cuma bangun dan keluar.
Dalam hati, dia tahu dia tak mampu benarkan sesiapa pun dekat dengan Lion.
Kalau ada yang bunuh Lion, dia yang patut buat. Tapi... dia juga tak pasti dia mampu buat.
Konflik dalam dirinya mula membara .
Antara dendam yang dia warisi?
Dan perasaan yang dia tak minta.
?VOTE COMMENT?
Share this novel