Bab 17

Romance Completed 24184

Pagi

"Jun hyung saya pergi sekolah dulu" Tzuyu menggalas begnya.

"ehh Tzuyu tunggu malam ni awak free tak?" Jun hyung menggaru kepalanya.

"hermm free kenapa?" Tzuyu mengikat kasut talinya itu.

"saya dah search dah tempat makanan terbaik dekat sini, nanti saya bagi location dekat awak, awak datang okey!" Jun hyung memberi roti telur kepada Tzuyu.

"hemm okey ahhh" Tzuyu nganga mulutnya seperti isyarat menyuruh Jun hyung suap roti itu.

"tangan ada tuu saja jer" Jun hyung menyuapkan rotinya yang dibuat tadi.

"okey lah bye.. Jun hyung jumpa malam nanti" Tzuyu melambai kawan karibnya sebelum keluar dari rumah.

**********
Tzuyu sampai di sekolahnya.

Seseorang rakan sekelas Taehyung menegur Tzuyu "Tzuyu awak nampak Taehyung tak? Kelas dah nak mula niy Taehyung tak datang² lagi?"

"Saya tak nampak dia pun, awak tak call dia ke?" Tzuyu menggelengkan kepalanya.

"Saya call dah dia tak jawab panggilan saya"

'Kringggg' loceng sekolah bunyi.

"Tzuyu loceng dah bunyi saya masuk kelas dululah!"

"haa ok bye" Tzuyu melambaikan tangannya.

'uishh Taehyung kenapa kau tak datang?' bisik hati Tzuyu.

Waktu Rehat

Tzuyu telefon Taehyung berkali-kali Taehyung tidak menjawab panggilannya.

Tzuyu risau dan niat ingin ke rumah Taehyung selepas pulang sekolah.

Apartment Taehyung

Tzuyu mengetuk pintu "Taehyung awak ada tak kat dalam? Ni saya Tzuyu".

Tzuyu memusing tombol pintu.

Pintu tidak berkunci.

'minta² tidak ada kejadian macam semalam' bisik hati Tzuyu sambil memejamkan matanya.

Ketika Tzuyu melangkah masuk, Tzuyu melihat Taehyung tidur di atas sofa.

Tzuyu berlari ke Taehyung.

"Taehyung awak okey tak? kenapa awak tidak datang sekolah hari ni? Awak demam ke?" Tzuyu memegang dahi Taehyung yang berpeluh itu.

"Awak demam niy" Tzuyu merasa badan Taehyung yang panas itu.

Tzuyu mengambil selimut dan selimutkan Taehyung, mengambil kain basah dan mengelapkan mukanya dan meletakkan tuala basah di dahinya.

"Taehyung! bangun sekejap makan ubat dulu kejap lagi sambung tidur" Tzuyu membangkitkan Tzuyu dengan suara yang lembut.

Taehyung bangun dan menyuapkan ubat pil ke dalam mulutnya dan terus sambung tidur.

Tzuyu memasakannya nasi bubur.

"Taehyung makan nasi sikit awak tak makan dari pagi tadi?" Tzuyu menyuapkan Taehyung.

'tak ada orang nak jaga dia ke?' Tzuyu kesian terhadap Taehyung sambil melihat mukanya yang sedang rehat selepas makan nasi bubur tadi.

"hari ini aku ada dinner dengan Jun hyung kenapa aku lupa niy" Tzuyu bergegas bangun untuk dinner dengan Jun hyung.

Tiba² Taehyung memegang tangan Tzuyu "tolong jangan pergi".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience