Bab 19

Romance Completed 24184

Di Sekolah

Taehyung menghantar mesej kepada Tzuyu tetapi Tzuyu tidak membalas mesejnya.

'dia marah dekat aku lagi ke? takpelah balik nanti aku cari dia' Taehyung muncungkan mulutnya.

Waktu balik

Taehyung mencari Tzuyu di kelasnya.

"Tzuyu ada tak?" Tanya Taehyung kepada kawan sekelasnya.

Tiba-tiba kawan jiran sebelah meja dengan Tzuyu menarik tangan Taehyung.

"Taehyung awak tak tahu ke? hari ni kan Tzuyu ada temu janji dengan kawan baiknya Jun hyung" bisik Jeongyeon.

"betul ke? Ni tak boleh jadi niy" Taehyung terus berlari.

Tiba-tiba dia kembali ke kelas Tzuyu.

"saya lupa nak tanya awak mereka buat temu janji dekat mana? " Taehyung garukan kepalanya itu.

"di panggung wayang Yongsan" jerit Jeongyeon.


***********
"Hari ini hari terakhir saya dan Tzuyu menjadi kawan baik dan berubah menjadi percintaan" senyum Jun hyung sambil memegang dua tiket wayang dan pop corn set besar.

"awak dekat mana ni?" mesej di terima kepada Tzuyu daripada Jun hyung.

"saya on the way" Tzuyu senyum sinis melihat mesej dari Jun hyung.

***********
Taehyung bergegas ke panggung yang dijanji oleh Jun hyung dan Tzuyu.

'kenapa awak sanggup berdating dengn sepupu awak kenapa tak saya?' bisik hati Taehyung dengan soalan-soalannya yang mengarut itu.


*********
" sampai pon awak Tzuyu" ngomel Jun hyung kepada sahabatnya yang akan menjadi kekasihnya sebentar lagi.

"saya sesat tadi hehehe" senyum Tzuyu

"awak dah lama tinggal dekat sini pon boleh sesat ke? Dah jom kita masuk nak start dah ni" Jun hyung memberi satu tiket wayang kepada Tzuyu.

Sambil berjalan menuju ke panggung wayang Jun hyung membebel tak henti².

Apabila sudah sampai ke dalam bilik wayang Jun hyung memandang belakang Tzuyu yang mengekorinya tadi sudah hilang.

"ehh mana Tzuyu?" Jun hyung mencari-cari Tzuyu.


**********
" hahh kita selamat tak ada sepupu awak dah" Taehyung memegang tangan Tzuyu dengan sekuatnya.

"awak ni kenapa Taehyung? sakitlah boleh tak lepaskan saya?" Tzuyu melepaskan tangan Taehyung yang memegang tangannya tadi.

"Taehyung saya dengan awak kan dah tak ada hubungan apa², kan kontrak saya sebagai maid dah selesai sekarang awak boleh balik! Jangan cari saya lagi" marah Tzuyu kepada Taehyung.

Tzuyu terus pergi menuju ke tempat panggung wayang tadi.

Taehyung cuba menarik tangan Tzuyu dan memeluknya.

"Saya suka awak Tzuyu, memang hubungan saya dengan awak dah tak ada apa², saya nak kita ada hubungan jugak tapi sebagai kekasih, saya senang dengan awak, saya suka bergaduh dengan awak, saya rindu nak kacau awak" Taehyung memeluk Tzuyu dengan eratnya.

Tzuyu tergamam dan terharu dengan kata² Taehyung.

Perasaan marah yang ada pada Tzuyu kembali sejuk.

"sejak bila awak pandai berdrama ni Taehyung" sakat Tzuyu kepada Taehyung.

"sejak saya mula suka dekat awak, Tzuyu awak suka saya tak?" Taehyung tidak mahu melepaskan pelukkannya itu.

"hermmmm saya suka awaklah Mr. bad boy" Tzuyu balas kembali pelukkan Taehyung.

Taehyung menarik tangan Tzuyu untuk ke suatu tempat.

"kita nak pergi mana ni Taehyung" tanya Tzuyu.

"balik rumah! Saya ada banyak soalan nak tanya awak" Taehyung tersenyum hingga ke telinga.

"balik rumah? haaa sekejap Jun hyung macam mana?" sebit mulut Tzuyu.

"saya ada satu idea" Taehyung menelefon seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience