Ketagih

Short Story Series 2004

Sejak dari itu, Jamal ketagih untuk makan burger spesial buatan Mail. Harganya RM 30. Jamal pun tidak tahu kenapa harganya begitu mahal. Baginya, kelazatan burger spesial yang lain dari yang lain.

Zaman, kawan baik Jamal, perasan yang Jamal mulai berubah. Selalunya mereka akan melepak di kedai kopi pada saban malam, namun Jamal asyik mengelak. Katanya dia sibuk sekarang ini.

Pada suatu malam, Zaman mengekori Jamal yang ketika itu menuju ke gerai burger Mail.

Selepas makan burger, Jamal kelihatan berhalusinasi. Sekejap ketawa, sekejap menangis. Zaman mula syak. Dia meminta burger seperti burger Jamal. Zaman membuka roti burger. Dia melihat ada syabu.

"Kau mengedar syabu ya!" Jari telunjuk di tuju ke arah Mail.

Mail yang mendapati tersilap memberi pesanan, terus melarikan diri selepas dua bungkusan syabu sempat dimasuk ke dalam poket.

"Woi jangan lari!" Zaman mengejar.

Namun tiba-tiba tiga buah kereta peronda polis tiba. Mail, Zaman dan Jamal dibawa ke balai polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience