Dibuang Sekolah

Short Story Series 2004

Pihak sekolah telah membuang Jamal dari sekolah selepas didapati positif dadah. Zaman dibenarkan keluar selepas direman tiga hari. Dia masih dapat bersekolah kerana dia belum terjebak dengan dadah. Namun Zaman berasa kasihan dengan Jamal. Jamal tidak dapat meneruskan SPM tahun ini. Dia ditahan di pusat pemulihan. Mail pula masih menunggu keputusan putus pihak mahkamah.

Jamal menyesal. Dia sepatutnya belajar pada masa ini untuk persiapan SPM. Namun kini masa hadapannya kelihatan suram.

Jamal sedar hidup ini masih panjang jika Tuhan menghendaki. Dia mahu berubah. Dia tidak mahu menjadi mangsa penagihan dadah seumur hidup.

Setiap malam dia solat hajat .memohon kepada Tuhan agar ketagihan itu hilang dari dirinya. Cukuplah dia mengecewakan ibu bapanya. Dia mahu pulang ke pangkal jalan.

Jamal melakukan pelbagai aktiviti di pusat pemulihan. Dia menyediakan makanan, membersih tandas, menjadi ajk dan sebagainya.

Dia banyak terlibat aktiviti sukarelawan. Hari demi hari kehidupan Jamal bertambah baik. Tambahan lagi, Jamal semakin giat belajar agama. Sepanjang setahun di pusat pemulihan, dia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience