Masih di kondo milik Nurlisa
Syed Arman menelefon Danish untuk memberitahu tentang meeting yang akan di tunda selepas Asar. Ini untuk memberi masa untuk Nurlisa berehat. Dia juga hampir bergaduh dengan Nurlisa kerana kedegilan Nurlisa untuk teruskan meeting dengan Danish.
“I dah called Danish to inform our meeting start at 5pm. Now you rest dulu, sekejap lagi kita makan, I habiskan masak,” suara memujuk Syed Arman sangat mesra, penuh dengan lemak, kerana mengikut ingatan Syed Arman ini kali pertama dia memujuk wanita lain selain daripada keluarganya.
“I lapar sangat ni, boleh tak nak makan maggi dulu,” manja suara Nurlisa kedengaran di telinga Syed Arman. Dia tidak tahu apa di dalam fikiran Nurlisa, tapi sedari tadi Nurlisa sudah berubah laku dengannya, tidak lagi kekok seperti sebelumnya.
Untuk seketika, dia bahagia, sumpah….. dia sangat bahagia. Dia sanggup melayan semua kerenah Nurlisa, tidak mengapa.
“Dengar tak? I lapar sangat ni, nak makan maggi dulu, nasi lemak tadi sikit sangat, tak kenyang,” suara manja itu kedengaran lagi.
Syed Arman sangat teringin untuk memeluk Nurlisa, membelai dan memanjakan Nurlisa, tapi Syed Arman masih ingat dosa dan pahala. Walaupun matanya tidak lekang memandang rambut ikal Nurlisa yang panjang itu.
Nurlisa sangat manis dengan rambut mengurai begitu. Sekali sekala Nurlisa menguis rambutnya ke belakang, kerana rambut untuk menutupi mukanya. Nurlisa kelihatan sangat manis.
“Sayang, getah rambut you mana? Rambut tu kena ikat,” tanya Syed Arman bersahaja, sambil kakinya melangkah ke bilik Nurlisa. Dia harus mencari getah itu, bukan untuk Nurlisa, tapi untuk dirinya, kena nafsu kejantanannya sudah tidak mahu mengikut kata.
Dia harus memberhentikan tangan Nurlisa daripada menguis rambutnya, kerana pergerakan tangan Nurlisa sangat seksi di matanya.
Dari katil Nurlisa, dia nampak getah rambut terletak di meja soleknya, berdekatan pasu bunga lily. Syed Arman memandang bunga lily dengan rasa bahagia. Kerana bunga ini juga, Allah ketemukan aku dengan Nurlisa, gadis misteri yang membuatkan dia tidak boleh melelapkan mata. Bukan sahaja tidak boleh melelapkan mata, tapi seorang Nurlisa itu tidak pernah sekali terlepas daripada ingatannya.
Syed Arman mengambil getah itu dan terus ke ruang tamu. Kelihatan Nurlisa menyandarkan badannya di sofa dan masih ketara kelesuan. Dengan penuh tanggungjawab, dia membelai rambut Nurlisa, dan tangannya membelai rambut itu perlahan.
Nurlisa tidak menolak perbuatan Syed Arman, malah kelihatan Nurlisa redha dengan segala perlakuan Syed Arman
Sambil mencuba untuk mengikat rambut itu, kedengaran Syed Arman berkata kata dengan suara yang menujuk Nurlisa.
“I ingat nasi lemak tadi dah banyak, sebab Mak Zah yang sediakan. Sorry sayang sebab sikit pulak,” dia berjaya mengumpulkan semua rambut dalam satu gengam.
“Baiklah, I masak maggi dulu, sayang nak maggi kosong atau maggi mamak?,” suara Syed Arman sudah tidak keruan. Leher jinjang Nurlisa sangat mengodanya. Dia hampir mencumbui rambut itu. Sebenarnya bukan hampir, tapi bibirnya sudah mencium hujung rambut Nurlisa.
“Maggi mamak itu macam mane? Maggi yang ada sayur dengan telur ke? Kalau yang gitu, tak nak. I nak kosong jer, tapi nak cili padi sikit, nak rasa pedas. Lepas itu nak fresh milk yang you bawak tadi,” suara manja itu bergiat aktif.
Syed Arman tidak pasti itu Nurlisa atau jiwa lain di dalam badan Nurlisa, tapi suara itu kedengaran sangat lain. Suasana sekarang seolah olah mereka suami isteri, mereka sudah biasa bermanja begitu.
Syed Arman mengagak Nurlisa masih belum balik dari dunia khayalannya. Tetapi kenapa Nurlisa tidak memangilnya abang, dan kenapa Nurlisa menyebut tentang meeting dengan Danish.
Ouhhhhh…tidak tidak tidak….Ini Nurlisa yang dari alam nyata, alam terkini, bukan yang lepas. Dia harus menelan semua suasana sekarang. Ingin saja dia mencium dahi Nurlisa, tanda dia sayangkan gadis itu, tapi itu bukan dirinya.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyentuh wanita lain, itu yang dia ingat.
Nurlisa tahu Syed Arman kehairanan dengan tingkah lakunya. Sebenarnya hatinya mengelodak, seperti ingin meletup. Jiwanya juga sudah lembik, nafasnya juga sudah tidak keruan.
Saat Syed Arman bertanya tentang getah rambut itu, tangan berpeluh. Dia teringat tentang lima tahun dulu. Setiap hari Syed Arman akan mengikat rambutnya, membasuh rambutnya dan mengering rambutnya.
Tetapi…
Kenapa Syed Arman tidak tahu tentang maggi kesukaannya. Dia ingin menguji Syed Arman dengan maggi itu, tapi cerita getah rambut itu menguntum dan mencalar jiwanya.
Sepatutnya kalau dia Syed Arman yang dahulu, dia akan tahu maggi kesukaan Nurlisa. Maggi kosong bersama cili padi. Maggi juga di rendam sekejap kerana Nurlisa suka makan maggi yang keras.
Nurlisa memandang Syed Arman dan pandangan itu tidak lepas walau sesaat. Itu adalah pandangan yang Indah, Indah itu tiada tempoh, Indah itu berbentuk selamanya.
‘Ya Allah, aku tahu Kau menguji aku kerana aku mampu untuk menghadapinya. Aku tahu ini adalah tingkatan iman aku. Tapi Ya Allah, masukkan lah bahagia aku dalam takdirku, kerana aku sangat cinta dia Ya Allah. Aku minta maaf kerana aku menyintai manusia sampai aku sakit, aku ingin bersama dia Ya Allah. Aku sangat menyintai dia Ya Allah’ doa itu bergema di jiwa Nurlisa. Satu persatu meresap di dalam badanya.
“Sayang, I tahu la I handsome, u pandang I macam I nak tinggalkan you pulak. I’m here sayang, sampai bila bila, I promised that,” maggi hasil tangan Syed Arman sudah terletak di hadapannya. Bukan satu mangkuk maggi, tapi dua, yang Nurlisa pasti satu untuk Syed Armann juga.
“Jom lah kita makan sekali. I pun teringin maggi kosong with cili padi. Dengan rasa pedas yang sedikit, lovely sayang,” ujar Syed Arman sambil menghulurkan sudu dan garfu kepada Nurlisa.
“Thanks, nanti I belanja u makan tauuu, Insyallah lepas event ni, I bawak makan kat café seberang jalan tu, bakso dia sedap, dia letak maggi,” kata Nurlisa mesra. Dia bahagia, tapi kali ini tanpa air mata kerinduan kerana Syed Arman berada di depannya.
Walaupun Nurlisa tidak tahu kenapa Syed Arman tidak mengingatinya, tetapi dia yakin 100% jejaka kacak di depannya sekarang adalah Syed Arman kepunyaan dia.
Syed Arman tersenyum mesra. Melihat sup maggi tertumpah sedikit di atas meja, dia mengambil tisu dan mengelap meja itu. Tangannya juga pantas mengelap bibir Nurlisa yang basah itu. Kali ini bukan untuk Nurlisa, tapi untuk mengawal dirinya daripada menyentuh bibir itu.
“Sayang, cubalah makan perlahan lahan,” tangan Syed Arman juga membetulkan rambut Nurlisa yang sudah terkeluar dari getah itu. Tangannya tangkas menguis rambut yang menutupi dahi Nurlisa. Kasih sayangnya tidak lagi boleh di hitung. Tertumpah terus kepada Nurlisa, gadis yang baru dikenali beberapa hari.
Nurlisa tersenyum sambil memandang tepat ke mata Syed Arman. Kali ini tiada lagi ketakutan pada mata itu. Pandangan itu sangat memberahikan, mengandungi seribu makna. Senyuman Nurlisa itu juga sangat manis, bukan sahaja manis, berlemak juga ada.
Syed Arman tidak keruan apabila Nurlisa mula mempamirkan suasana yang hangat. Senyumannya dan pandangannya boleh melemaskan Syed Arman.
Keadaannya itu terselamat apabila telepon Syed Arman berbunyi nyaring. Dengan pantas Syed Arman menekan icon hijau dan memberi salam kepada pemanggil itu.
Selepas beberapa ketika, kerutan di dahi Syed Arman jelas kelihatan, tanda dia terkesan dengan pemanggil itu.
“Ok Babah, Arman janji akan behave. Babah jangan dengar cakap abang tu, bukan babah tak tahu abang suka buli Arman”
“Arman ada meeting dengan Danish later, at 5pm. Nurlisa pun join us, we need to finalize a few tasks, before Danish boleh submit all the details to hotel by today”
“Alhamdulilah, she is getting better. Arman akan jaga dia Babah, babah promise to ignore us, right”
“Yes Baba, Arman promise that”
“Thanks Babah, Arman love u too”
Kelihatan mata Syed Arman merah, seperti menahan tangis. Dia meraup wajahnya sambil tersenyum bahagia.
“Sayang dah sudah ke? I nak sambung masak ni, Sayang kena makan nasi, maggi tak kenyang,” ujar Syed Arman bahagia.
Nurlisa menganguk perlahan, sambil tangannya membetulkan rambutnya. Nurlisa membuka ikatan yang Syed Arman buatkan, dan mengikat sekali lagi. Kali ini kelihatan sangat kemas.
“Lain kali sayang ajar I how to ikat your hair. Seksi,” perkataan itu terlepas dari mulut Syed Arman. Nurlisa terdiam sambil memandang Syed Arman. Dia tersenyum apabila Syed Arman seperti rasa bersalah apabila menyebut perkataan seksi itu.
“you nak sambung masak sekarang ke?,” pertanyaan itu sangat manis melintas di telinga Syed Arman.Nurlisa bingkas bangun dan membetulkan skirt panjangnya.
“I ingat nak mandi kejap, then solat. Sejadah you nanti I sediakan kat bilik sebelah. Kain pelikat juga ada I letak nanti. You gunalah,” kata Nurlisa mesra.
“Lepas solat nanti, I tolong you masak,” kedudukan mereka sangat rapat, mengundang keruan di dada Syed Arman.
“Siapa punya kain pelikat tu? Bukan you tinggal sorang ke?,” suara cemburu Syed Arman sudah keluar, tidak dapat di tahan lagi. Nurlisa tersenyum, apabila bau cemburu itu sangat kuat.
“Kain itu my brother punya, bilik sebelah itu bilik dia with isteri dia. Kenalah pinjam kain dia, takkan nak guna my kain batik,” jawab Nurlisa perlahan, sambil melangkah ke biliknya.
“Sayang, wait…” suara Syed Arman memberhentikan langkah Nurlisa
“Nanti nak towel sekali, nak mandi jugak, peluk orang itu tadi, jiwa ni dah seram sejuk dah, kena mandi dulu, baru boleh solat,” Syed Arman mengenyit mata kepada Nurlisa.
Entah kenapa, kenyitan itu membuat Nurlisa sangat bahagia. Tapi Nurlisa bersahaja, kerana tiada yang pasti dengan kenyitan itu.
Nurlisa membuka wardrobe nya, mengambil kain pelikat Syed Arman dan mencium dengan sebak yang sesak didada. Dia ingin melihat bagaimana aksi Syed Arman tatkala melihat kain pelikat itu.
Seharusnya dia ingat tentang kain pelikat pemberian Nurlisa kepadanya, apabila mereka solat bersama Masjid di selatan Thailand itu, selepas mereka selamat menjadi suami isteri.
Itu permintaan Nurlisa kepada Syed Arman apabila ditanya tentang hadiah perkahwinan. Allah sahaja yang tahu getaran Nurlisa di waktu itu. Betapa dia mendambakan seluruh hidup remajanya bersama Syed Arman, membelakangi abangnya sebagai walinya yang sah.
Nurlisa meletakkan kain pelikat, tuala dan sejadah itu di bilik sebelah. Semua bilik punya bilik air sendiri, itu lebih menyenangkan Syed Arman untuk membersihkan diri.
Bilik sebelah itu kosong, tiada satu pun pakaian Edrus dan Melissa, apatah lagi pakaian Eiman. Nurlisa cuma berkata begitu supaya Syed Arman tidak lagi bertanya, kerana dia tiada mood untuk bercerita. Nurlisa ingin menikmati saat bahagia, walau hanya seketika.
Nurlisa membersihkan diri dan terus solat. Didalam doanya, dia seperti membaca skrip, kerana itulah doanya selama Syed Arman pergi meninggalkan dia. Nurlisa tidak jemu meminta Allah menemukan dia dengan Syed Arman, agar dia tahu kenapa takdirnya bersama Syed Arman sangat perit, dia ingin fahami Syed Arman agar dia masih boleh bertahan dengan kasih sayang mereka.
Usai solat, Nurlisa mengenakan baju kurung kedah bercorak pink dan biru, dan berselendang biru cair. Nurlisa mengenakan solekan nipis, tetapi memakai mascara kerana ketika dahulu, Syed Arman sangat suka dengan bulu matanya. Syed Arman juga sangat menyukai matanya apabila Nurlisa mengenakan mascara tebal.
Nurlisa membelek wajahnya di cermin, memastikan wajahnya segar dan tidak bermaya. Kerana selepas makan nanti, mereka ada meeting dengan Danish. Meeting itu perlu diteruskan untuk memastikan event mereka pada sabtu berjalan lancer.
Keluar dari biliknya, dia melihat Syed Arman sudah berada di dapur, menyiapkan malam tengahari mereka. Syed Arman masih berkain pelikat dengan baju kemejanya. Syed Arman kelihatan sangat kacak.
Kain pelikat itu sangat semtimental value kepada Nurlisa
Airmata Nurlisa hampir menitik, dia tersenyum sebak.
“Sayang, cepat duduk, semua dah ready,” Syed Arman menarik kerusi untuk Nurlisa. Tanpa banyak bantahan, Nurlisa terus duduk sambil memandang Syed Arman penuh cinta. Sedari tadi, sinar cinta Nurlisa tidak boleh di sorok lagi.
Syed Arman mencuit hidung Nurlisa, menahan diri daripada menyentuh yang lain
“Sayang pandang I boleh buat you kenyang ke?,” soal Syed Arman mematikan lamunan Nurlisa. Sekali lagi Syed Arman mengosok bahu Nurlisa. Mesra dan penuh cinta.
“Jom kita makan, kita dah lambat ni, I kena tukar seluar dulu sat lagi. Sayang makan banyak ya, kalau tak sedap, diam jer, kalau sedap boleh puji tauu,” kata Syed Arman sambil menyenduk kari ayam ke pinggan Nurlisa. Nurlisa tersenyum manis dan mesra sambil memandang penuh cinta kepada Syed Arman.
Di meja makan mereka terhidang lauk kari ayam, sayur kangkong bersama sambal belacan. Itu sahaja yang sempat di sediakan oleh Syed Arman. Melihat Nurlisa makan dengan selera, Syed Arman merasa sangat berjasa, rasa sangat di hargai
“Thanks Tuan Syed, sedap sangat kari ayam ni, malam karang boleh cicah dengan roti,” kata kata pujian Nurlisa itu menusuk tajam ke benak fikirannya. Pujian itu buatkan Syed Arman sangat bahagia.
“Sayang, I tengah in good mood ni, you boleh buat satu wish, nanti I tunaikan,” suara mengada Syed Arman itu menikam jiwa Nurlisa. Satu satu menusuk jantung dan hati Nurlisa
Nurlisa mula rasa kebas, peluh merembas keluar, dia terasa seolah olah jiwanya diperah laju. Matanya kelam, airmata mula berkumpul untuk keluar dari anak mata.
‘Ya Allah, Kau tenangkan jiwaku Ya Allah, berikan aku kekuatan Ya Allah’
Nurlisa menarik nafasnya perlahan, hembus juga perlahan. Oksigen dan jantungnya memberi kerjasama yang baik. Dia berhenti mengunyah, memberi ruang kepada hati dan jantung untuk berkerja.
Nurlisa cuba memberi senyuman kepada Syed Arman, cuba menutupi gelodak jiwanya yang seperti mahu pecah. Nurlisa berhenti menyuap makanan ke mulutnya kerana tangannya mengigil dan dia tidak mahu Syed Arman sedar tentang keadaannya.
“Sayang, you ok tak?,” suara kasar Syed Arman menerjah tellinga, serentak dengan itu, Nurlisa merasa pelukan Syed Arman kemas. Syed Arman mengosok belakangnya, dan Nurlisa merasa kasih sayang itu mengalir deras.
Nurlisa membalas pelukan Syed Arman, airmatanya juga sudah tumpah. Tetapi Nurlisa sudah mulai bertenang, kerana mungkin pelukan Syed Arman adalah ubatnya.
Tanpa Nurlisa sedar, dia mengambil tangan Syed Arman dan menciumnya, bibirnya melekat di atas pundak tangan Syed Arman, kemas dan erat. Syed Arman dapat merasa situasi itu, dia kembali mengagak yang Nurlisa tidak menjadi dirinya.
“Abang, maafkan Sofea sebab jadi begini, Sofea cuba untuk lupakan abang, tapi hati dan seluruh jiwa Sofea nak abang. Sofea minta maaf abang, Sofea sayang abang sampai akhirat,” kata kata Nurlisa itu menusuk ke jiwa Syed Arman. Syed Arman hampir menangis mendengar rintihan itu.
Betapa cinta Nurlisa kepada orang yang di panggil abang itu sangat utuh, cinta yang sangat agung. Betapa beruntungnya orang itu
Kedudukan mereka berpelukan dan saling memberi memberi semangat berlarutan selama 5 minit, pengakhirannya Syed Arman mencium ubun ubun Nurlisa, sambil melepaskan pelukan mereka. Syed Arman memegang wajah Nurlisa dan menyapu air mata itu perlahan. Matanya memandang tepat ke anak mata Nurlisa.
Ya, anak mata itu mengambarkan Nurlisa berada di dalam situasi yang sangat sukar. Syed Arman berjanji pada dirinya, dia akan pastikan Nurlisa akan kembali normal seperti gadis lain.
“Sayang, you kena kuat. No matter what, kita facing sama sama,” Syed Arman mengambil tangan Nurlisa dan mencium penuh kasih sayang. Nurlisa merelakan semuanya, tiada bantahan
“I tak berniat nak ambil kesempatan kat you. I pun tak faham dengan diri i. Bila tengok you lemah gini, I rasa sakit sangat, macam tak keruan pulak,” ujar Syed Arman, dia bimbang Nurlisa salah faham pada dirinya
“Jom kita habiskan makan, I buatkan tea panas ya, rehat sekejap. Lepas tu kita meet Danish. Yang penting you kena kuat, jangan fikir sangat, kita sama sama facing cerita you. Later bila kita free, I nak dengar semua cerita you, from A to Z, jangan tinggal satu pun,” suara Syed Arman itu memberi isyarat kepada tekaan Nurlisa sangat tepat. Dia tidak ingat apa apa tentang Nurlisa. Tidak ingat langsung, walau sedikit, tiada nama Nurlisa dalam hatinya.
Nurlisa mula memahami situasi sedikit demi sedikit. Kesamaan Syed Arman 5 tahun dulu dengan Syed Arman yang berada dekat dengannya adalah natural peribadi Syed Arman. Ada beberapa situasi yang respon daripada Syed Arman adalah sama.
Persoalannya, kenapa Syed Arman tidak ingat apa apa?
Kenapa?
Bagaimana?
Bagaimana dengan perhubungan mereka?
Otak Nurlisa ingin memprosess satu persatu, dia perlu menganalisis dan mencari jawapan kepada persoalannya. Tapi bukan sekarang, kerana task penting perlu di dahulukan. Dia perlu utamanya kerja yang memberi rezeki padanya.
“This time biar I yang buatkan tea panas, sebab you dah banyak tolong I, lepas tu, biar I yang kemaskan dapur. You rehat jer,” saranan Nurlisa itu membuatkan Syed Arman menjeling keras, tanda protes.
Nurlisa tersenyum malu, bukan sahaja malu, tapi sebenarnya bangga kerana Syed Arman menjaganya seperti dahulu.
‘Ok, you kemaskan dapur, tapi I buatkan tea panas please…..,” suara Nurlisa menyapa manja ke telinga Syed Arman. Jejaka Idaman semua gadis itu tersenyum mesra, kasih sayangnya tiada hitungan.
“Orait sayang, make sure tea panas you sedap,” mesra suara tu sambil tanganya mencuit pipi Nurlisa.
Bahagia… Syed Arman merasakan sangat bahagia. Syed Arman melangkah ke sinki setelah mengambil pinggannya dan pinggan Nurlisa juga.
“You suka less sugar kan? And tea tu nipis jer,” tekaan Nurlisa itu membuatkan Syed Arman memandang ke arah Nurlisa. Bukan sahaja pandang Nurlisa, Syed Arman juga memendekkan jarak kedudukan mereka.
“How sayang tahu? Wahhhhh….. sayang I tahu my favourite drink?,” ujar Syed Arman sambil memeluk Nurlisa kemas. Dia ingin membuat lebih daripada itu, tapi dia harus menghormati Nurlisa, dosa dan pahala hasil dari perbuatan itu.
Kalau ayahnya atau abangnya tahu keadaan dia dengan Nurlisa, Syed Arman pasti dia akan di halang daripada berjumpa Nurlisa. Dia pasti itu.
“Kita kena letak halal gab ni, dosa tau tak?,” Nurlisa menolak Syed Arman lembut, agar pemuda itu tahu untuk mengawal diri. Syed Arman melonggarkan pelukannya dan melepaskan Nurlisa bergerak untuk meneruskan tugasan.
Tetapi suara manja Nurlisa itu membuat Syed Arman tidak keruan. Dia tahu, sesuatu harus dilakukan, bimbang sesuatu yang buruk berlaku.
“Sorry sayang, I can’t control myself, tak sedar pun, tiba tiba dah peluk,” suara Syed Arman ketawa sambil menerus tugasan membersihkan dapur mereka.
Usai mengemas dapur, mereka berdua menikmati tea panas hasil tangan Nurlisa. Nurlisa tersenyum bahagia apabila Syed Arman begitu menyukainya. Dia bersyukur kerana selesa Syed Arman masih seperti dulu, masih sama seperti 5 tahun dulu.
Nurlisa bertekad untuk mencari tahu apa yang terjadi kepada Syed Arman. Mungkin dia perlu menemui Syed Adam untuk itu, dan pastinya selepas event selesai..
“Sayang, tea ni exactly rasa seperti yang Mak Zah buat, sebijik sejibon, sama sangat, how sayang tahu? Curious tahap 5 bintang ni?,” Suara Syed Arman pula yang mengoda Nurlisa. Ingin sahaja dia mengajak Nurlisa ke rumah tok kadi untuk menghalalkan mereka. Jiwa Jantannya sudah hampir meletup.
“Sayang, jangan senyum kat I gitu boleh tak? Please jangan goda I, I ni manusia biasa tau tak? Sat gi jadi benda yang bukan bukan, jangan salahkan I,” kata Syed Arman apabila Nurlisa memandangnya manja, bukan sahaja manja, tapi matanya seperti kuyu.
Arrrhhhhggg….. Syed Arman bertempik di dalam hatinya.
Demi mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi, dia menelepon Danish untuk bertanya keberadaan staffnya itu. Dia tidak boleh terlalu focus pada Nurlisa.
“Danish, where are you?,” tegas suara itu.
“Ok, you can make a move now, kalau walking, from office to here only took 15 mins. Nanti balik dengan I sekali, sebab I pun nak singgah office,” kata Syed Arman kepada staff kesukaan abangnya.
Syed Arman masuk ke dalam bilik untuk menukar seluarnya
“Jom sayang, kita boleh gerak dah, you ok kan? Atau nak I dukung,” gurau Syed Arman apabila melihat Nurlisa lebih santai dan rilex. Dia lega apabila Nurlisa sudah mula memegang teleponnya, mula membaca text dan emailnya thru phone. Perlakuan Nurlisa itu menandakan jiwanya sudah kembali normal.
“Tak yah sampai dukung, tapi I nak sambung apa yang you tanya tadi tu, sebab kita cakap tergantung,”ujar Nurlisa masih duduk di sofa itu. Syed Arman mengangkat kening dengan permintaan Nurlisa.
“Sambung yang mana sayang, kejadian yang u peluk I tadi ke? Nak sambung ke? Haiissshh, boleh la sangat kalau nak sambung,” ketawa bahagia Syed Arman menerjah telinga Nurlisa.
“Bukan laaaa, gatal…,” tangan Nurlisa pantas mencubit lengan Syed Arman. Syed Arman menangkap tangan Nurlisa dan membawa ke bibirnya. Perlakuannya itu membawa perasaan bahagia di hati Nurlisa.
“Alaaaa, yang you kata you in good mood, pas tu nak tunaikan wish I tu, valid lagi ke?,” Nurlisa bertanya lagi, tangannya masih di dalam gengaman Syed Arman. Dia tidak berniat untuk menarik tangan itu.
“Ouh… yes yes, offer tu still valid. Apa wish sayang, excited ni….,” kata Syed Arman teruja dengan kata kata Nurlisa.
Nurlisa tersenyum manja, manis bak gula
“I nak you tukar nama yang you panggil i tu, nama lily tu,” kata Nurlisa sambil memandang Syed Arman.
“ok, yes…. Sayang nak I panggil you apa? Tell me, baby? Honey? Sayang? Anything boleh sayang, just tell me,” wahhhh….Nurlisa sudah mula bercakap, sudah mula berinteraksi dengan Syed Arman, dia sangat bersyukur, sangat…sangat…
“ Call my name, you tahu nama I tak?,” tanya Nurlisa, matanya tidak pernah lepas daripada memandang Syed Arman
“Of course la sayang, mesti lah tahu, you name Nurlisa Sofea Binti Azman, umur you 24 tahun, and you birthday 25 December 1996, kan? Betul tak baby?,” Syed Arman mencuit hidung Nurlisa mesra, matanya tidak lepas daripada memandang bibir mugil itu, bukan sahaja mugil, tapi sedikit tebal dibahagian atasnya. Syed Arman menelan air liurnya perlahan.
Dia hampir lemas…
“hurmmmmm…betul la tu, jadi I nak you address me as Sofea, stop calling me sayang or Lily. Nanti kalau staff lain dengar, apa nak jawab, malu nanti,” kata Nurlisa satu persatu, supaya setiap perkataan itu di telan oleh Syed Arman.
Syed Arman memandang Nurlisa sayu. Dia seperti faham kenapa Nurlisa memintanya memanggil Sofea, mungkin Nurlisa ingin cepat beredar daripada kisah silamnya. Syed Armana faham, dia sangat faham.
“Boleh sayang, anything for you. But bila kita berdua, you name will be sayang ya, I dah save kat phone dah ni, save as sayang. Later kita wefie, I nak ada banyak gambar you dalam phone I, bila rindu senang nak tengok,” Syed Arman bangun sambil mengambil tie dan laptopnya.
“Ok set Cik Sofea, shall we?,” Syed Arman harus bergerak kerana jiwanya hampir lemas dengan kemanjaan Nurlisa, senyuman Nurlisa dan bau Nurlisa sudah meresap ke seluruh jiwanya.
Nurlisa tersenyum apabila Syed Arman menghulurkan tangannya. Dia menyambut mesra, sambil mengucapkan terimakasih kerana Syed Arman tidak banyak membantah dengan usulnya.
Bersambung….
Di beranda, tingkat 2, Rumah agam itu
“Mood aku baik hari ni, sebab tea panas kau buat tadi, tekak aku dah boleh terima. Jadi aku akan tunaikan satu permintaan kau. Anything. Cakap jer,” jejaka berperibadi kasar itu berkata.
Kelihatan gadis manis itu tersenyum simpul. Dia sedikit kekok, dan membetulkan duduknya di kerusi kayu itu.
“Kalau tuan boleh menukar nama Lily itu kepada nama saya, saya lebih daripada bersyukur,” gadis itu menuturkan katanya satu persatu.
“Ok, apa nama kau, aku dah lupa. Apa aku kena panggil kau?,” suara jejaka itu kelat, tidak ada manisnya.
“Saya lebih selesa kalau tuan boleh panggil saya Sofea, kerana itu nama saya,” suara gadis itu kedengaran ada getaran.
“Ok, mulai sekarang, aku panggil kau Sofea, dah pergi bersiap, malam ni aku nak pakai kau, pukul 9 jumpa datang bilik aku,” tegas dan kejam suara itu.
Gadis itu menganguk faham, dan dia berlalu pergi.
Share this novel