Dalam meniti arus kemodenan ini, dunia sedang mengalami krisis wabak pandemik ,peperangan dan bencana alam yang amat berat untuk kita katakan. Pelbagai pihak ,sama ada negara ataupun masyarakat juga sukar untuk mengatasi dan memahami dengan semua situasi agenda, permainan dunia.
SEMINGGU SEBELUM KEJADIAN.
Pada pagi yang indah dan tenang di kampung. Cahaya matahari memancar menusuk ke dalam jiwa dan bunyi burung berkicauan menambahkan lagi suasana pagi yang harmoni. Lima orang sahabat baru sahaja pulang dari universiti sempena cuti semester. Mereka bercadang untuk menamatkan cuti dengan mencari ketenangan berada di kampung halaman salah seorang sahabat mereka. Kampung tersebut dikenali sebagai Alince Village.
Selepas bersarapan pagi, seorang daripada mereka iaitu Shay bercadang untuk melakukan aktiviti berkelah di sungai yang berdekatan dengan kampung tersebut. Setelah berbincang mengenai aktiviti yang dicadangkan oleh Shay. Mereka bertiga bersetuju dengan cadangan itu kecuali Ellan. Shay mula menyuruh James dan Ian menyediakan barang-barang untuk persediaan mereka nanti.
Shay berkata. “Siapkan semua barang keperluan kita yang berkaitan sebelum bertolak pada pukul 2 petang nanti".
James dan Vixtor hanya mengangukkan kepala mereka sambil merenung ke arah Ellan berada. Dengan itu, Shay dan Kate mula memujuk Ellan untuk menyertai mereka. Tanpa membawa Ellan bersama, mereka tidak akan meneruskan aktiviti perkelahan tersebut. Mereka bagai aur dengan tebing. Sahabat yang setia sentiasa berada di sisi kita. Akhirnya dengan pelbagai pujukkan Ellan mula bersetuju untuk menyertai mereka.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Shay dan Ellan sedang menyediakan makanan tengah hari mereka.
Kate mula bertanya “jauhkah sungai itu dari rumah kamu Ellan?".
Ellan berkata “Tidak juga jauh dalam 15 hingga 20 minit perjalanan".
Kate hanya tersenyum dan sambil menikmati hidangan makanan tengah hari mereka. Setelah selesai, mereka berkerjasama menyimpan barang-barang keperluan berkelah ke dalam kereta.
“Alangkah bagusnya juga kalau kita bawa fishing rod untuk menambah aktiviti kita disana nanti". James berkata kepada Vixtor.
Vixtor bersetuju dan bergegas mencari barang yang dikatakan oleh James tadi. Masa pun kian berlalu, jam telah menunjukkan pukul 2 petang. Mereka mula bertolak dari rumah dengan kereta yang dipandu oleh Ellan. Dalam perjalanan, mereka bercerita, menyanyi dan bergelak ketawa, menjadikan perjalanan mereka penuh dengan riang dan gembira. Sedang leka bercerita tentang pengalaman kehidupan masing- masing, dengan tiba-tiba Ellan menekan brek kereta secara mengejut. Kesemua mereka berasa cemas dan melihat sekeliling tapi tiada sesuatu yang mencurigakan.
James bertanya kepada Ellan “kenapa kamu tiba-tiba brek di tengah jalan ni, kamu tahu tak rasa macam nak gugur saja jantung saya ni. Kamu lihat tu muka Kate sudah mahu pengsan".
Ellan mula menarik nafas dan berkata. “Maaf semua, tadi saya hampir terlanggar seekor anjing yang berwarna hitam sedang melintas jalan dan terus belari ke dalam semak itu. Nasib baik saya terus brek kalau tidak mesti kita akan terlibat dengan kemalangan tadi". Ellan mengesahkan dengan muka penuh kerisauan.
Mereka semua terdiam dan hanya merenung antara satu sama lain. Selepas itu, mereka meneruskan perjalanan tanpa sepatah pun perkataan.
Setibanya, mereka di tempat perkelahan tersebut. Mereka mula mencari tempat yang sesuai untuk berkelah dan mendirikan khemah, sambil menikmati permandangan yang indah dengan menghirup udara yang segar. Perpatah pernah mengatakan jauh perjalanan luas permandangan. Banyak perkara yang dapat dilihat dan dipelajari apabila kita menjelajah sesuatu tempat. Setelah lama mencari, akhirnya mereka menemukan tempat yang sesuai untuk berkelah, mereka mula meletakkan barang-barang itu dan duduk berehat sebentar. Shay mengarah untuk membuat khemah terlebih dahulu." Vixtor dan James kamu berdua boleh tolong saya dirikan khemah ini. Ellan dan Kate ,kamu berdua sediakan tempat untuk memangang nanti, keluarkan peralatan penting untuk barbeku (BBQ) ". Begitulah seorang ketua yang tegas mengarah ahli kumpulannya. Setelah khemah siap didirikan, Ian dan James pergi menolong Ellan dan Kate menyediakan tempat pemanggang manakala Shay menyediakan makanan barbeku yang telah siap diperap semalaman. Selain membawa makanan barbeku dari rumah, nasi bersama lauk pauk, roti dan biskut juga tidak ketinggalan. Beberapa minit kemuadian, James dan Ian mengajak Ellan memancing di hulu sungai tersebut manakala Kate dan Shay sibuk berbarbeku. Sungai ini terdapat air terjun yang sangat tinggi dan juga tempat kegemaran penduduk di Alince Village. Sungai ini juga dikenali sebagai Metonk River. Airnya yang jernih berkilau seperti cermin dan cahaya matahari menembus ke dalam dasar sungai. Menjadikan sungai tersebut digelar sebagai River of Mirror. Dalam masa yang sama, dengan sekali tikaman James mendapat tangkapan pertamanya. Ikan yang cukup besar dan sukar ditarik olehnya. Mereka bertiga sangat gembira menjadikan masa itu bertuah dan indah kerana dapat meluangkan masa bersama-sama.
" Bagus idea saya tadi bercadang untuk membawa fishing rod ,akhirnya kita dapat menangkap ikan yang besar, bolehlah menambah menu makanan berkelah kita" kata James sambil tersenyum melihat dua sahabat nya itu. Mereka menunjukkan hasil tangkapan itu kepada Shay dan Kate, akhirnya memanggangnya. Dalam pada itu, sambil menunggu makanan barbeku itu masak. Mereka berlima bermandi-manda berendam di dalam air sungai yang tenang itu. Air sungai yang sejuk dan damai turut mewujudkan lagi persekitaran yang cantik disertakan lanskap yang berlatarbelakangkan flora dan fauna di tempat tersebut. Sekian lama bermandi-manda ,berendam dan bermain dengan riang gembira. Perut mulai bekeroncong menandakan lapar ,jadi mereka pun berhenti untuk makan. Pantun ”gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati" .Perut mereka pun kenyang. Hari pun mulai gelap dan mereka bergotong-royong mengemas dan membersihkan kawasan tersebut. Setelah memastikan tempat itu bersih , mereka pun bersedia untuk bertolak pulang ke rumah.
Dalam perjalanan pulang dengan hanya berlampukan cahaya bulan. Mereka bercerita tentang pengalaman masing-masing pada hari itu yang tidak akan mereka lupakan. Penat lelah bersama dan mereka ingin berehat setibanya di rumah nanti. Mereka bersandar antara satu sama lain manakala Ellan fokus memandu meskipun dia juga berasa penat setelah perkelahan itu. Tiba-tiba cahaya di hadapannya bersinar. Cahaya kenderaan tersebut menusuk ke dalam mata Ellan dan menyebabkan penglihatannya kabur. Ellan seorang yang rabun cahaya. Dengan kesusahan dia terpaksa melihat jalan dengan teliti sambil merenung ke objek yang amat besar di hadapannya. Kenderaan berat tersebut amat jarang dilihatnya melalui jalan di kampung itu. Tambahan pula ,dia sempat melihat tong-tong yang berisi dibelakang lori itu ,sukar untuk dia tahu apa kandungan di dalamnya. Setibanya mereka di rumah, Ellan mula memberitahu kepada sahabatnya yang lain. "Korang tahu tak masa perjalanan pulang tadi ,saya nampak lori yang membawa tong-tong yang penuh berisi .Saya rasa peliklah juga kerana tidak pernah saya nampak lori tadi melalui jalan dalam kampung saya sebelum ni." kata Ellan dengan penuh keraguan dan kerisauan. Manakala sahabatnya hanya mendengar sambil menunjukkan muka keletihan. Mereka pun mula membawa barang-barang masuk ke dalam rumah dan berehat di bilik masing-masing.
Dalam waktu yang sama, lori yang dilihat oleh Ellan tadi berhenti di tempat yang bernama Metonk River. Terdapat 4 orang lelaki yang bertubuh gagah ,keluar dari kenderaan berat tersebut dan mereka mula mengangkat tong-tong yang dikatakan oleh Ellan kepada sahabatnya tadi. Salah seorang daripada mereka membuka tong itu dan rupa-rupanya isi kandungannya adalah bahan-bahan sisa yang tercemar dari makmal yang beroperasi secara haram di kawasan kampung mereka. Tanpa menunggu lama, 4 orang tersebut lalu menuangkan cecair yang di dalam tong-tong itu ke dalam sungai, menjadikan sungai itu tercemar dan mengandungi pelbagai virus yang dapat menyebabkan penyakit ataupun wabak yang dapat mengancam mahluk hidup terutamanya manusia. Setelah berjaya membuang tong-tong tersebut, kampung ,mereka pun segara lari dan kembali ke makmal haram yang terletak jauh di dalam hutan. Kejadian itu tidak diketahui oleh penduduk kampung. Dengan tiba-tiba, muncul seekor anjing hitam yang dilihat oleh Ellan pada petang itu keluar dari semak. Anjing itu kehausan dan minum air di sungai yang telah tercemar itu. Sebaik sahaja habis minum , anjing itu pun muntah dan mula mengeluarkan darah dari mulutnya kemudian mati serta merta. Setelah beberapa minit kemudian, anjing tersebut bangun dan berubah menjadi haiwan yang amat menggerunkan dengan air liur berdarahnya meleleh keluar dari mulut. Hal ini menyebabkan anjing itu berkelakuan lebih ganas dan mata mula kemerahan sambil mengeluarkan suara desis ,raungan yang amat menyeramkan. Kemudian, anjing itu terus berlari ke dalam kawasan perkampungan di Alince Village.
THANK YOU FOR READING THIS CHAPTER AND THANK YOU FOR YOUR SUPPORT.❤
Share this novel