CHAPTER ll MISERY WORLD - THE PLANS WE MADE

Zombie Series 951

SEMINGGU KEMUDIAN,

Alince Village yang selalunya ceria dan dipenuhi gelak ketawa oleh penduduk kampung telah berubah menjadi suasana yang amat menyeramkan. Kawasan kampung sudah seperti neraka berdarah, mayat-mayat bergelimpangan di jalanan dan di seluruh persekitaran rumah. Hampir semua penduduk kampung terkorban selepas serangan anjing hitam tempoh hari. Satu demi satu penduduk menjadi mangsa menyebabkan wabak itu merebak dengan sangat cepat dan hanya dengan satu gigitan, membolehkan virus itu mudah masuk ke dalam sistem saraf tubuh badan manusia. Kini banyak zombi berkeliaran di kawasan perkampungan untuk mencari mangsa mereka yang seterusnya. Begitu juga dengan ,situasi terlalu sukar untuk dikawal kerana mereka terlalu aktif dan belari dengan pantas untuk menerkam mangsanya. Manakala, zombi- zombi amat terangsang dengan segala bunyi dan kelemahan mereka adalah hanya tidak dapat melihat ketika waktu malam atau di kawasan yang gelap. Hal demikian, menyebabkan Ellan dan empat orang sahabatnya bersembunyi di dalam rumah agar tidak terdedah dengan sebarang bahaya yang menanti di luar sana. Mereka terpaksa tinggal disitu buat sementara waktu sebelum keluar mencari bantuan dan meninggalkan kampung yang penuh dengan kesengsaraan itu sepenuhnya.

Di ruang tamu mereka semua sedang berkumpul untuk berbincang tentang masalah yang mereka hadapi.

“Sudah seminggu kita disini dan kita semua pun belum tahu apa lagi yang akan berlaku selepas ini. Bekalan makanan kita sudah hampir berkurang. Macam mana pun situasi sekarang. Kita mesti keluar dari sini ". Vixtor berkata dengan nada yang penuh kerisauan dan ketakutan.

Mereka semua hanya dapat berdiam sambil menunjukkan reaksi muka yang tiada cahaya harapan untuk hidup lagi dan mereka hanya dapat mengeluh dengan situasi yang sedang mereka hadapi. Tiba-tiba Kate mula mengangkatkan kepalanya dan bersuara.

“Walau apa terjadi kepada saya, kamu semua harus meneruskan rancangan saya ini dan walau apa pun keadaan kita haruslah sentiasa berpegang pada janji kita dan segala rintangan dalam hidup, kita haruslah terus ke hadapan untuk mengejar masa depan kita semua." Kate mengeluarkan kata-kata semangat yang amat diperlukan oleh mereka .

Kesemua sahabatnya bersedia dengan rancangan yang akan mereka bincangkan dan mereka berasa sangat terharu kerana kata-katanya menyentuh ke dalam benak hati hingga membuatkan mereka sedar. Peribahasa pernah mengatakan di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan.

“Memandangkan keadaan kita sekarang ini sedang menuju ke jalan yang buntu, tetapi dengan rancangan kita ini nanti saya harap dapat mengembalikan cahaya yang lama sudah padam. Rancangan saya mungkin berisiko untuk kita semua, percayalah dan bertahan selagi mampu. Okay! macam ni,  kita keluar esok, Ellan kamu haruslah bersedia kerana kamu orang yang pertama akan keluar untuk menghidupkan enjin kereta. Saya dan Shay akan mengikut dari belakang. Akhir sekali Vixtor dan James ,kamu berdua mengawasi keadaan sementara kami bertiga masuk ke dalam kereta. ” Kate mengatakan rancangannya .

Mungkin rancangan Kate itu nampak mudah tetapi mereka percaya ,inilah satu-satunya cara dan peluang mereka untuk keluar dari kegelapan yang masih menyelubungi mereka.

“ Macam mana pun rancangan awak Kate, we trust you. Esok kita akan keluar sebelum matahari terbit dan kamu semua pun tahu yang zombi- zombi kat luar sana kurang aktif dengan suasana yang gelap. The point is we need to be silent and be careful. ” Shay berkata mengeluarkan pendapatnya.

Mereka semua bersetuju dan percaya antara satu sama lain. Jam di tangan Ellan menunjukkan pukul 9:30 malam. Bulan penuh memancar dengan terang. Segala kegelapan diterangi termasuk kegelapan yang berada di dalam hati setiap manusia. Ellan dan Shay sedang duduk di dapur sambil minum air kopi dengan hanya berlampukan lilin. Mereka berdua berbual tentang rancangan yang mereka semua telah bincangkan petang tadi.

“Ellan kamu janganlah takut ,saya pasti dan percaya kita semua boleh keluar dari sini, Vixtor dan James kan ada. I mean, we' re all in this situations together and we need to be strong.
We' ll gonna be fine bestie.” Shay memberi kata- kata semangat sambil menepuk belakang Ellan dengan perlahan.

“Saya harap begitulah , semoga rancangan kita kali ni berjalan dengan lancar. Terima kasih Shay. Kamu sentiasa ada untuk kami. Kami amat menghargainya. Kamu seorang yang tegas dan penyayang ,sebenarnya itulah kebaikan dan keutamaan untuk kami. You are good leader my bestfriend.” Ellan meluahkan perasaan di hatinya itu.

Shay tersenyum gembira dan terharu mendengar kata-kata Ellan itu, sambil mengusap titisan kecil air matanya.

“Walaupun kamu jadi zombi nanti, sikap kamu itu akan kekal abadi berada di dalam kamu eh! ". Usik Ellan.

“ No Ellan, kalau saya jadi zombi kan ,I' ll be the boss one. Don' t you dare!!. hahahaha” Shay berkata sambil tersengih - sengih.

Mereka berdua ketawa bersama dengan nada yang perlahan manakala Kate sedang nyenyak tidur di dalam biliknya.

Kemudian, Ellan seperti ada sesuatu yang hendak ditanyakan kepada Shay.

“ Ermm Shay boleh saya tanya awak sesuatu?, sebab dari tadi kita berbual saya nampak awak pegang rantai leher itu. Is everything okay?.” Ellan bertanya kepadanya.
“ I' m missing my late grandma, dan rantai ni dia yang bagi dekat saya waktu saya masih budak lagi but she' s in a better place right now and I' m sure she' s watching us.” Shay berkata sambil tersenyum memandang ke arah sahabatnya Ellan.

“Hmm apa yang saya nak luahkan kepada awak adalah ,terlalu banyak kenangan yang telah kami lalui bersama and my grandma ,dia selalu ada disisi saya. Bila saya sedih , bila saya gembira dan ketika saya tidur pun dia sentiasa ada . Yalahkan saya ni jenis yang suka suruh dia bacakan cerita sebelum saya tidur. Yeah such a kid and now i just think bout it that, the past is past ,there' s nothing we can' t do but all we can is we need to start over. Rantai ni, adalah tanda dan menjadi salah satu pemberian nenek yang paling bermakna dalam hidup saya. I' m alone Ellan, my parents, mereka berdua meninggal dunia kerana terlibat dengan insiden persawat terhempas, ketika kejadian itu umur saya baru 11 tahun. Masa tu my parents suruh nenek jaga saya kerana mereka ada urusan kerja di luar negara and i need you to know my grandma meninggal kerana kanser limfoma semasa umur saya 19 tahun. I' m sorry Ellan kerana selalu berkongsi masalah saya kepada awak .” Shay meluahkan isi hatinya yang penuh dengan ujian kehidupan ,sambil menangis di dalam pelukan sahabatnya Ellan.

“ I' m really sorry to hear that tapi kami semua sentiasa ada untuk awak Shay. Susah senang kita semua lalui bersama. Apa yang kamu katakan itu semuanya betul. We must learn from the past and we have to be strong. It' s okay Shay , you no need to be sorry. Yeah I' m always here untuk sokong awak. I mean we' re all here to protect each other and stay safe together. ” Ellan memberi kata-kata semangat kerana dia sungguh berasa simpati dengan masalah yang dihadapi oleh Shay selama ini.

Melihat keadaan Shay yang sedang menangis, Ellan cuba untuk memujuknya.

“Sudahlah Shay jangan menangis lagi, habis air mata tu nanti. Kalau boleh kan saya suruh zombi-zombi kat luar sana menangis untuk awak.” Ellan bergurau sambil menenangkan keadaan sahabatnya Shay.

“Apa awak cakap ni Ellan, zombi mana tahu menangis. Mereka tahu lapar saja.” Shay berkata sambil tersenyum dan mengusap air matanya itu.

“Thanks Ellan . You' re the best.” Shay bersyukur mempunyai sahabat yang baik seperti Ellan.

“It' s okay, saya faham dan awak perlu tahu, that good friends are like stars. You don' t always see them, but you know they' re always there.” Ellan mengatakannya dengan perasaan yang penuh ikhlas.

Pada waktu yang sama, Victor dan James sedang baring di ruang tamu. Mereka berdua bercerita dan berkongsi pengalaman masing-masing tentang situasi yang mereka alami selama seminggu mereka sudah berkurung.

“Vixtor kamu belum lagi tidur?.” James menoleh sambil melihat ke arah Vixtor.

“Belum, kan kita berdua tengah borak ni. Kenapa?.” Vixtor bertanya dengan lirik wajah yang penuh keliru.

“ Saya rasa kamu harus tahu mengenai hal ini. Beberapa hari yang lalu saya mendengar bunyi tembakan senapang patah di belakang rumah ini. Saya tak tahu sama ada kamu semua dengar ke tak. Saya terjaga dari tidur dan terus bangun lalu membuka tingkap dan meninjau keadaan sekeliling rumah. Masa itu kan saya mendengar banyak bunyi raungan zombi di luar sana. Tidak terlepas dari pandangan juga, saya ternampak seorang lelaki tua berbadan tinggi dan saya dapat menjangkakan umurnya lebih kurang 40 hingga 50 tahun lebih, berlari dikejar sekumpulan zombi ,menuju ke arah hutan di seberang jalan sana. " James memberitahu perkara tersebut kepada Vixtor dengan nada yang agak menyeramkan.

Suasana tiba-tiba menjadi seram sejuk. Vixtor berasa tidak selesa dan dia pun mula baring mendekati sahabatnya James. Vixtor memang seorang yang sangat penakut walaupun dengan serangga yang hampir sama besar dengan ibu kaki iaitu lipas.

“Kalaulah betul apa yang kau nampak masa tu, macam mana dia menerjah masuk ke dalam rumah ini dan menembak kita semua. " Vixtor berkata tanpa berfikir dengan secara rasional.

James memandang ke arah Vixtor sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan dia terus menarik telinga Vixtor.

“Apa kau buat ni sakit lah. Saya cuma cakap je mana tau untuk langkah kita berjaga-jaga. Siapa tahu lah kan ” Vixtor memberitahu James sambil menggosok telinga dia yang sakit itu.

“Kau ni kan memang celopar ,ada saja benda mengarut yang keluar dari mulut kamu tu. I think your brain have a problem selepas kepala kamu terhantuk di batu, ketika kita mandi di air terjun Metonk River minggu lepas. Sampai ke situ sekali kau berfikir, cubalah ada kalanya fikir positif sikit. Kalau betul pun kau yang mati dulu, belum terbuka pintu tu satu dunia dah dengar kau menjerit, penakut betul. Biarlah zombi-zombi tu heret kau nanti.” James memberi kata-kata kepada Vixtor supaya tidak berfikir secara demikian dan dia mula membelakangi sahabatnya itu.

“Yelah tu, saya rasakan sekarang ni fikiran kau tu yang lebih mengarut. Apapun jangan lupa, esok kena bangun awal banyak lagi barang yang hendak kita kemas sebelum keluar dari sini. Kakak Shay tu mesti ada saja benda yang dia suruh nanti." Vixtor merungut sendirian.

“Diamlah saya nak tidur ni sebelum saya bakar kepala kau dengan ubat nyamuk ni. " kata James kepada Vixtor dengan suara mengantuknya itu.

Shay dan Ellan baru sahaja habis minum kopi di dapur. Dengan tidak sengaja Shay terdengar apa yang dikatakan oleh Vixtor tadi.

“HAH!!! kau cakap apa tu. Saya belum pekak lagi tau. Lebih baik kau tidur Vixtor. Esok siapa lambat bangun nanti dia yang kena tinggal. Tu pakcik zombi dah tunggu kau diluar. " Shay berkata sambil menunjukkan reaksi mukanya yang suka mengusik Vixtor.

“ Kamu semua jangan lupa esok pukul 4:30 dah ready. Esok Shay akan kejutkan Kate. Dia tu kalau dah tidur , jangankan gempa ,puting beliung sekali pun dia tak akan bangun. No need to be worried .” Ellan memberitahu kepada sahabatnya yang lain dan mula masuk ke dalam biliknya sambil tersengih memandang ke arah Vixtor berada.

Manakala Vixtor sudah membungkus dirinya dengan selimut tidur kerana takut mendengar kata-kata Shay tadi.

“Tahu pun takut" usik Shay lagi.

James di sebelahnya hanya dapat menahan ketawa melihat gelagat Vixtor seperti orang yang sudah terkena sengatan tebuan.

Di tengah malam yang dipancari bulan purnama dengan suasana di kampung yang berkabus. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2:43 pagi. Vixtor terjaga dari tidurnya kerana mendengar bunyi lemparan batu dari luar jendela. Dia cuba membangunkan sahabatnya James tetapi usahanya gagal.

“ADUH!!!! ,macam mana manusia ni tidur tak bangun-bangun. Kalaulah zombi datang nanti biar dia saja yang kena makan." Vixtor merungut sendirian dengan sikap penakutnya itu.

“Aku tahu cara yang sangat berkesan untuk bangunkan dia ni." Vixtor pun mula menutup hidung James dengan menggunakan tangannya.

James tiba-tiba tersedak kerana tiada merasakan oksigen yang masuk ke dalam hidungnya. Dia pun terus bangun, dengan serta-merta lantas mengetuk kepala Vixtor dengan tangannya. Bunyi ketukkan itu dapat didengari sangat kuat.

“Kenapa awak ni, SAKIT LAH James!. Kau ni kan dari tadi tak habis-habis nak membinasakan saya." Vixtor berkata sambil menggaru-garu kepalanya yang benjol itu.

“Kau nak bunuh aku ke?. Punyalah indah mimpi saya tadi. Memang betullah saya cakap, sehari kau tak pelik macam ni tak sah!. " James merungut dengan perangai Vixtor yang asyik menyusahkannya.

Vixtor lantas menutup mulut James dan berbisik. Vixtor memberitahu bunyi yang dia dengar dari luar jendela tadi. James terkejut ,berasa kesal dan dia pun cuba untuk menenangkan dirinya.

“Kau pergi tengok ,saya takutlah. Macam mana kalau orang tua tu datang sini lagi. " kata Vixtor dengan suara yang gementar."

James memandang Vixtor dengan muka yang penuh keraguan.

"Taklah ,cuba lah positif sikit, mungkin dia nak menolong kita semua. Apa kata kau je pergi tengok ,saya nak sambung mimpi saya tadi."
James berkata kepada Vixtor.

TUPPP!!!!. Bunyi lemparan batu itu lagi. Mereka berdua mula memandang ke arah muka masing-masing. Dengan beraninya James bangun dan menuju ke arah jendela itu berada.

“James!! tunggulah, aku " Vixtor memulakan langkahnya dengan perlahan sambil
meletakkan tangannya di bahu James.

KREEKKKKkk! ,bunyi jendela dibuka dengan perlahan. Mereka berdua melihat keadaan di luar tetapi tiada apa yang mencurigakan.

“James kau rasa tak apa yang aku rasa ke?. Saya dapat merasakan macam ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita." Vixtor mengakatakan firasat hatinya dengan nada suara yang perlahan.

Cahaya bulan yang terang penuh memancar ,memudahkan mereka meninjau situasi di luar dengan lebih teliti.

“VIXTOR!!. Kamu lihat tak tu, ada orang di sebalik pokok dekat jalan seberang sana." James mengesahkan apa yang dia lihat.

Orang itu memegang senapang dan sepertinya menggunakan baju hujan yang berwarna hitam ,berdiri tegak di sebelah pokok sambil memerhati ke arah Vixtor dan James berada.

Vixtor sudah mengigil ketakut, mukanya pucat dan jantungnya bergedup dengan laju. Vixtor tahu, orang itu pernah dilihat oleh James beberapa hari yang lalu. Firasatnya masih merasakan ada sesuatu yang tidak menyenangkan akan terjadi kepada mereka.

Vixtor berkata difikirannya. “Mungkin dialah orang yang melempari batu itu tadi. Tapi apa yang dia mahukan dari kami?.”

Soalan demi soalan bermain di fikirannya. Dengan tiba-tiba ,sekumpulan zombi muncul dihadapan mereka.

“ARHHHHHH ZOMBI !!!, JAMES TUTUP JENDELA TU CEPAT!!!!!!. " Suara jeritan Vixtor bergema ke seluruh kampung.

James bergegas menutup jendela itu semula. Orang yang diperhatikan mereka tadi terus berlari menuju ke belakang bukit di seberang sana. Manakala, Ellan dan Shay terjaga dari tidur kerana terkejut mendengar suara jeritan Vixtor. Mereka pun tergesa-gesa keluar dari bilik.

“James ,Vixtor apa yang sedang berlaku?.Bukankah kamu berdua sepatutnya sudah tidur.” Shay bertanya dengan nada yang kesal.

“ A aa I can' t explain it now. Sekumpulan zombi sedang berlari menuju ke rumah ini. I don' t know what to do .Vixtor ,dia menjerit kerana terkejut melihat zombi tiba-tiba berada di hadapan kami.” James berkata dengan suara yang gugup, wajahnya kelihatan pucat dan gelisah.

“Yang kamu berdua pergi buka tingkap tu kenapa. Shay kamu pergi kejutkan Kate. Tell her we' re in trouble. ” Ellan berasa kesal dan risau dengan apa yang dah terjadi.

“Maaf semua , saya tak bermaksud pun nak menjerit.I' m so so sorry. " Vixtor berkata dengan perasaan yang bersalah dengan sahabatnya.

“Sekarang ni bukan masa untuk fikir itu semua. Masalahnya sekarang zombi sudah dihadapan kita, apa pun yang akan terjadi kepada kita janganlah berputus asa. We can do this together." Ellan mengatakannya dengan penuh semangat .

Mereka bergegas mencari senjata-senjata tajam yang ada di dalam rumah Ellan untuk melindungi diri mereka.

“Take this Ellan.” James memberi kayu besbol kepada Ellan.
“Thanks James. Tapi ni kan awak punya.”Ellan berterima kasih kepada James.

"Don' t worry my friend , I got this ” James berkata dan menunjukkan parang kepada Ellan.

AAGRRrrRGRGRRR!! . Sekumpulan Zombi sudah berada dihadapan pintu dan sekeliling rumah juga sudah dipenuhi oleh zombi.

“Semua cepat, we run out of time. Guna je barang yang ada.” Shay mengarah sahabatnya sambil memegang gergaji di tangannya.
“ TAHAN PINTU TU CEPAT!". Shay berteriak lagi.

James, Ellan dan Vixtor terus berlari ke arah pintu tersebut. Mereka menahan dengan sekuat tenaga manakala Kate sudah duduk bersembunyi di sudut dinding. Wajahnya sudah pucat, menggigil ketakutan. Kedua-dua belah tangan sudah menutup rapat telinganya.

“Saya tak nak mati ,saya tak nak mati". Kate mengakatakannya berulang kali dengan suara yang sayu sambil menangis.

Air matanya terus menerus mengalir keluar. Hal tersebut menyebabkan Kate sukar untuk mengawal perasaannya itu. Mereka berempat memandang ke arah Kate dan berasa simpati melihat keadaannya seperti itu. Shay pun menyuruh Vixtor untuk menenangkan kate.

“ Wait!! Macam mana dengan korang semua?.
kata Vixtor dengan wajah yang sangat risau.

“Don' t worry about us. We can handle this, now go!!. She needs you.” Ellan berkata dengan menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

Situasi mereka semakin tegang ,Vixtor terpaksa melepaskan tangannya dan berlari ke arah Kate berada.

“Kate please calm down. Ingat kata-kata awak petang kemarin. Please fight your feeling .Jangan takut kerana mereka semua tu lemah dan saya pasti kita semua akan dapat mengatasinya. This is not you. Awak pernah cakap kepercayaan antara kita sangat penting.” Vixtor cuba menenangkan Kate dengan kata-katanya.

Pintu sudah hampir pecah, tangan zombi menembus masuk kedalam. Ketiga mereka tidak mampu menahannya lagi.

James berteriak. “VIXTOR!!! KAMI PERLUKAN AWAK DISINI. We don' t have any time. Kate please we need you to stay with us!!.”

Mendengar teriakkan James ,Kate berhenti menangis dan bangun sambil mengusap air matanya. Dia belari dan mengambil parang yang ada di atas meja ruang tamu, dengan segera Kate terus menetak tangan zombi tersebut hingga putus . Kesemua mereka tergamam melihat tindakkan Kate tadi. Percikkan darah zombi terkena di muka Ellan hingga menyebabkan dia hampir muntah kerana bau hanyir yang sangat busuk menusuk masuk kedalam hidungnya.

“Shay!!! zombi-zombi tu mula memanjat jendela rumah.” Vixtor berteriak dengan kuat sambil bertindak memukul zombi dengan menggunakan tukul.

Situasi mereka sudah hampir dipenghujung jalan. Zombi terlalu banyak menyebabkan mereka sukar untuk membunuh kesemuanya.

“Jangan putus asa ,aku merayu Shay, James !!” Ellan berkata sambil menangis memandang ke arah kedua sahabatnya itu.

“ OHH MY GOD!! GET IN THE ROOM NOW!!!. I' m sorry Ellan ,we can' t hold this anymore.” Shay mengeluarkan arahan kepada semua sahabatnya

Rancangan mereka untuk keluar dari rumah itu kembali menuju ke jalan yang buntu. Pintu rumah sudah roboh, zombi-zombi mula memenuhi setiap sudut ruangan. Mereka mungkin hanya dapat bertahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi atau gerakan yang dapat mengorbankan mereka semua. Pintu bilik dikunci oleh Shay. Kemudian, James pun menyuruh sahabatnya menyusun segala benda yang berat dengan sesenyapnya mungkin agar dapat mengukuhkan pintu itu dan dapat menghalang zombi-zombi daripada masuk ke dalam. Selepas itu , mereka semua pun duduk menenangkan diri sehingga menunggu situasi kembali reda.
“Ellan, pukul berapa sekarang?.” James menanyakan waktu kepada Ellan dengan suara yang kepenatan.

“Ermm sekarang sudah pukul 4:36 pagi. What should we do??. We can't just staying in this room forever.” Ellan mengeluh dengan wajah yang ingin berputus asa .

“Kalau bukan sebab Vixtor menjerit tadi, mungkin kita semua lama sudah keluar dari sini. Look at what happened to us now, it' s all your fault. ” Kate berkata dengan perasaan yang kecewa sambil menjeling ke arah Vixtor.

“OH wowww baru sekarang nak salahkan saya.Yess saya memang salah. You can only blame me right?. THAT' S YOU WANNA HEAR FROM ME. Don' t forget this is part of your plan too, Kate kitty kitty cat. Shame on you!!. ” Vixtor berkata dengan nada yang perlahan sambil menahan marah dan menyesali segala kesalahannya.

“KEEP QUIET!!. Sekarang bukan masa untuk dengar kamu berdua bergaduh. Mereka banyak dekat luar sana. KALAU TAK NAK DIAM, LEBIH BAIK KELUAR!!. So please, please!! Be silent. ” Shay mengeluh dan berkata agar mereka tetap senyap supaya zombi-zombi itu tidak tahu di mana keberadaan mereka.

Tiba-tiba beberapa das tembakan senapang patah bergema ke seluruh kampung. Dalam waktu yang sama terdengar satu teriakkan dari bukit seberang jalan, rumah di mana mereka berada.

Orang itu berkata “HELLOOOO ZOMBIES ,COME HERE YOUUUU!!!. I' LL SHOT THIS BULLSHIT ON YOU. HAHAHAHA.” Orang itu ketawa sambil mengacukan senapang patah ke arah zombi yang sedang berlari mengejarnya.

Mereka semua terkejut dan memandang ke arah wajah masing-masing. Jelaslah bahawa, zombi - zombi yang berada di dalam rumah mereka juga turut berlari keluar mengejar punca suara orang itu.

“James, kamu dengar tak tu. Saya pasti orang tu lah yang kita lihat tadi. You' re right mate. Saya tak rasa dia perlukan sesuatu daripada kita. Vixtor berkata mengesahkan pekara tersebut.

“Jadi selama ini dialah yang mengawasi kita dari jauh. I believe that he trying to help us but there' s always red light for him and now i understand, sebab itulah dia baling batu tadi untuk memberi amaran kepada kita. Inilah apa yang saya nak beritahu kepada awak semua. I' m sorry for the inconvenience " James mengatakan hal sebenar yang kepada semua sahabatnya.

“Apa tunggu lagi, Ellan ambil kunci kereta cepat. Kita mesti keluar dari rumah ini sekarang juga." Shay berkata dengan tegas

Dengan perlahan mereka semua mengalihkan semua benda yang mereka susun di pintu tadi. Kemudian James mula membuka pintu dengan sangat berjaga-jaga. Mereka semua terkejut melihat keadaan di dalam rumah sudah seperti terkena ombak tsunami.

Shay mula mengarah mereka “Angkut semua barang-barang keperluan kita cepat, sebelum zombi-zombi tu datang kembali"

Setelah itu, tanpa membuang masa kesemua mereka terus berlari ke luar rumah. Ellan kemudian membuka pintu kereta dan mereka semua pun tergesa-gesa masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan oleh Ellan. VROOOMMMMM!!!. Bunyi kereta terlalu kuat hingga dapat didengari oleh zombi

“Ellan tekan minyak tu cepat!!. We dont have enough time ." - Kate.

“Kate CALM DOWN!!. Saya tengah nak drive lah ni. PLEASE JANGAN PANIK !! .” Ellan berkata dengan nada suara yang lantang.

Zombie-zombie berlari dengan sangat laju mengejar kereta mereka.

“Fokus Ellan fokus. I know you can do this.” Ellan cuba menenangkan diri di dalam fikirannya.

Selepas itu, Ellan terus memandu dengan sangat laju dan tanpa menghiraukan segala bahaya yang dihadapan mereka.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN,
“FINALLY!!! Kita semua dapat keluar dari lembah berduri kesengsaraan. ” Vixtor berkata dengan sangat gembira sambil menghembus nafas lega

James mula berkata.“ Sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita berasa lega Vixtor. This is just a beginning. Kena selalu ingat yang dekat luar sana lebih bahaya dari berada di dalam rumah. We must stick together”

Hari sudah pun siang, jam di tangan Ellan menunjukkan pukul 8:17 pagi. Mereka bercadang untuk berhenti berehat di rumah yang telah kosong selepas wabak zombi melanda kampung itu.

“Tunggu!!. Jangan keluar dari kereta dulu. Saya dan Vixtor akan keluar memeriksa keadaan dalam rumah tu. Ini adalah untuk keselamatan kita semua.” James berkata dengan tegas.

“Alright, Ellan kamu jangan berani nak tinggalkan kami berdua. ” Vixtor memberi amaran kepada Ellan.

“Semestinya tidaklah, ingat saya ni pandai mengkhianat ke. Lainlah kalau awak itu. Anyway go now, jangan buang masa.” Ellan membalas kata-kata Vixtor sambil mengedipkan matanya ke arah James. Mereka tahu sikap dan perangai Vixtor sebenarnya.

Ellan berkata lagi. “James, please be careful.”

“Don' t worry, i will .” James berkata sambil tersenyum ke arah Ellan.

Mereka berdua pun mula bergerak meninjau kawasan rumah tersebut. Ellan melihat kedua sahabatnya ,Shay dan Kate yang sudah tidur kerana kepenatan.

James dan Vixtor sudah berada di dalam. Mereka mula memeriksa satu per satu bilik yang ada di rumah itu. Kemudian, James dan Vixtor berjalan memeriksa keadaan di dapur. Mereka berfikir akan memperolehi makanan atau sesuatu yang dapat menambah bekalan yang mereka amat perlukan nanti.

“Nampak macam okay saja tempat ni. Cuma itulah, saya tengok makanan basah yang ada di peti sejuk ni semua sudah rosak. ” Vixtor berkata sambil menutup hidungnya itu ,kerana bau yang sangat busuk keluar dari peti sejuk itu.

“Bodoh ke apa dia ni. Memanglah sudah busuk, kau tahu apa. Dah nak lebih seminggu tiada elektrik. Bukannya peti sejuk tu pandai on sendiri. Bila cakap dengan kau ni Vixtor , macam saya ni bercakap dengan dinding. Kucing pun pandai dari kau. ” James mengeluh sambil menggaru-garukan kepalanya melihat gelagat sahabatnya itu.

Vixtor bukan sahaja seorang yang penakut malah dia juga seorang yang lurus bendul atau lebih dikenali sebagai seorang yang sangat jujur dan yang lebih teruk lagi ,ada kalanya dia bertingkah laku sebagai seorang yang sangat pentingkan diri sendiri.

Vixtor membalas kata-kata James. “Aku cakap je. Aku tahu makanan ni dah busuk, yang kau tu dah kenapa tiba-tiba nak marah. Ni ada ni koko krunch. Nak ke?. Kalau tak nak aku je yang ambil.” Vixtor mula menyimpan koko krunch di dalam beg galas yang dia jumpa di ruang tamu tadi.

“Jangan buang masa ,cuba kamu pergi panggil mereka yang di kereta tu. Mungkin dah boleh dikira selamat dah tempat ni. ” James mengarah Vixtor yang sedang sibuk dengan halnya.

Selepas itu, di tengah percakapan mereka berdua, tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas bahagian atas rumah tersebut. James tergesa-gesa pergi ke arah Vixtor dan memberi amaran supaya menutup mulutnya agar tidak menjerit. Mereka berdua bergerak dengan sangat perlahan menuju ke arah bahagian atas rumah itu. Sesampainya di tangga James sekali lagi menyuruh Vixtor pergi memberitahu sahabat mereka yang sedang menunggu di dalam kereta.

“James , kamu jangan nak beranikan diri . Mana boleh dan tak akan saya biarkan awak sendiri di sini. " bisik Vixtor kepada James.

James berkata .“Jangan risau saya boleh. Dah pergi sekarang, beritahu mereka agar sentiasa berjaga-jaga. Bagi saya parang yang awak pegang tu.”

“Betul ni. Kalau macam tu okaylah. Stay safe James .” Vixtor pun berlari meninggalkan rumah itu.

Dalam masa yang sama , Ellan sudah seperti cacing kepanasan menunggu James dan Vixtor belum muncul-muncul lagi.

“Mana dua orang ni belum balik-balik lagi. Okay ke tidak?. Sudah setengah jam ni. Dua orang dengan saya ni pun belum tentu bila mahu bangun.” Ellan bercakap sendirian sambil menjenguk ke luar cermin kereta.

Tangan Shay disebelahnya terkena di muka Ellan.

“Amboii bukan main sedap lagi korang tidur. It' s okay, kesian pula saya tengok. ” Ellan berkata sambil mengalihkan tangan Shay dengan perlahan.

Tidak lama kemudian, Ellan melihat Vixtor berlari keluar berseorangan. Dia mula berasa risau dan takut kerana tidak melihat kelibat James bersamanya. Ellan pun keluar dari kereta dan bertanya kepada Vixtor.

“Vixtor mana si James. Bukankah dengan kamu tadi. Apa yang dah terjadi. ” Ellan berkata dengan nada panik.

“Jangan risau Ellan dia okay tu dan sedang memastikan sesuatu yang ada dalam rumah tu. Dialah yang suruh beritahu kamu semua untuk sentiasa berjaga-jaga. Sekarang, kita hanya perlu tunggu arahan dari dia pula. ” Vixtor menjawab pertanyaan Ellan.

Langkah demi langkah sambil memegang parang di tangan . James terkejut melihat seorang wanita dewasa yang sudah berubah menjadi zombi berlari ke arahnya. Tanpa membuang masa James terus membaling parang tersebut hingga menembus di kepala zombi itu. Percikkan darah terkena di baju James menyebabkan bajunya habis kotor dengan berlumuran cecair yang berwarna merah kehitam-hitaman. Badan zombi tergolek jatuh dari tangga. James pun berlari keluar untuk memanggil sahabatnya yang lain.

“Itu pun James , tapi kenapa dengan baju dia penuh dengan darah?.” Vixtor berkata dengan kehairanan.

“ James , what happened to you? ” Ellan bertanya kepadanya.

James berkata “ Kamu semua mesti kena tengok ni . Saya baru saja membunuh zombi. Ellan kamu kejutkan dua orang yang tengah tidur tu. Kita mesti masuk sekarang sebelum zombi-zombi lain nampak kita. ” James berkata dengan suara yang kepenatan dengan nafas yang laju.

Beberapa minit kemudian ,mereka semua mengangkut barang-barang dan masuk ke dalam rumah itu. James membawa mereka untuk melihat zombi yang telah dia bunuh tadi.

“Wahhh!! kuat juga kau James. Sampai tembus parang tu masuk di kepala zombi ni.” Shay memuji James kerana sikap berani nya itu.

Vixtor mengeluarkan suaranya. “Korang dua apa tau tidur tadi kan. Itulah kalau apa-apa jadi tadi Ellan juga yang susah. ”

“Perli nampak, orang penat tidurlah. Kalau saya nampak awak tidur nanti siap kau. ” Kate berkata dengan perasaan yang marah kepada Vixtor.

“Kate sudah , jangan gaduh. Tak kenapa ya saya makin tak faham dengan kamu berdua ni suka sangat bertengkar, bagai anjing dengan kucing. Hairan, susah betul ka nak berbaik. DAH!!, saya kata sudah” Shay berkata sambil memandang ke arah Vixtor dan Kate.

Sementara itu, Ellan dan James memeriksa mayat zombi tersebut. Dia merasakan sesuatu yang mungkin ada di dalam sangkaannya. Alangkah terkejutnya dia bila mengetahui mayat tersebut adalah mayat bekas pengasuhnya yang menjaga dia di masa kecil dahulu. Ellan berasa sangat sedih melihat orang yang dia sayang terkorban disebabkan wabak itu.

“Ellan , kenapa ni? kenapa awak menangis.” James berasa keliru melihat Ellan tiba-tiba menangis.

Mereka semua mengalihkan perhatian kepada Ellan.

“ Dia adalah bekas pengasuh saya Makcik Lucinda. Dulu dia yang selalu ada dan jaga saya bila ayah dengan ibu saya sibuk bekerja. Jadi dia terpaksa tinggal di bandar bersama kami. Bila kontrak sudah tamat tempoh dia pun balik semula ke kampung. Tapi saya tak sangka kami bertemu semula dengan keadaanya yang sudah tidak bernyawa macam ni” Ellan memberitahu pekara sebenar kepada semua sahabatnya sambil menangis teresak -esak .

“ I' m so so sorry Ellan. I' m trying to protect myself and i didn' t mean to kill her. ” James meminta maaf kepada nya.

“Bukan salah awak James dan jangan minta maaf ,saya faham. Sekarang kita perlu kebumikan mayat dia untuk penghormatan terakhir dan sebagai tanda terima kasih saya kepadanya.” Ellan bangun dan mengusap air matanya ,kerana dia tahu semua itu adalah takdir kehidupan.

James dan Vixtor membungkus mayat Makcik Lucinda dan membawanya ke belakang rumah untuk dikebumikan. Beberapa minit kemudian, setelah semuanya selesai dan hari pun kembali bertukar malam. Mereka semua berehat tidur untuk meredakan segala kepenatan yang mereka tempuhi pada hari itu. Walau bagaimanapun, mereka akan sentiasa kuat dan bersedia menghadapi bahaya yang akan datang. Setiap kelemahan dapat memberi kekuatan dalam diri kita dan kerjasama antara satu sama lain haruslah sentiasa berada di dalam gengaman kita kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience