Rate

2

Poetry Series 839

Setahun pergi begitu saja
Bagai bintang jatuh sekelip mata
Baru hendak merakam memori dunia
Apakan daya...
Ia hilang disebalik gelap gelita
Seperti apa yang terbuku di jiwa
Apabila memori kita terperangkap di minda
Menayang semula tanpa dipinta
Terpenjara aku di dalam dilema
Bila perasaan di hati tersusuk cinta
Walaupun dimana engkau berada
Tersiksa kerana ujian dunia
Aku doakan engkau agar sentiasa
Dibawah lindungan yang Maha Esa
Jika engkau memerlukan diriku
Aku akan selalu ada disampingmu
Carilah aku di dalam doamu
Semoga hubungan kita direstui
Oleh Dia yang Satu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience