Aku bicara tanpa suara
Hanya tangan mengambil alih kerjanya
Melayarkan bisikan yang terbuku di dada
Tanpa dikenali oleh manusia
Hidup ini indah bukan?
Dicipta dengan penuh warna
Dijalani oleh pelbagai rasa
Bentuk yang direka juga melengkapi segala
Kita berjalan di dunia yang sama
Cerita kita saja yang berbeza
Kalau sama pun sipi-sipi saja
Kerana cara penyelesaian kita tidak serupa
Apa yang aku mahu kau tahu
Hayatilah perjalananmu tanpa ragu
Jadilah seperti kamu walau apapun berlaku
Hanya kau mengerti siapa kamu
Walaupun kau selalu dihasut keliru
Engkau perlu tahu sesuatu
Bahawa dunia ini bukan tempat asalmu...
Share this novel