15

Romance Completed 2237

Penang International Airport, Bayan Lepas.

Yuhanis melambai Nia dan Aidad dengan senyuman saat kedua mereka menuju ke ruang pelepasan. Entah kenapa, hatinya terasa berat untuk mengukir senyuman. ‘Kalaulah aku dapat ikut. Hmm... sabar Yuhan, 4 hari je pun mereka kat sana.’ Yuhanis memujuk hatinya sendiri.

• Nanti aku tak ada, kau jaga diri baik-baik okay. Jangan sedih-sedih, jangan rindu aku tahu.

Masih terbayang mesej dari Aidad. Mesej yang dihantar saat mereka bertatapan mata dari jauh. Dan, ketika Aidad tersenyum. Ada perasaan aneh muncul di hati Yuhanis. Perasaan yang meronta dan menjerit di fikirannya. ‘Tunggu... aku nak ikut sama.’

Namun, Yuhanis menafikan perasaan tersebut dengan riak wajah biasa saat menaip mesej balas ringkas,

• Okay, aku tak rindu pun kau.

‘Yuhan, kau kena kuat. Kau kena lawan perasaan tu. Ingat yang kau ada Daniel.’ Bisik hati Yuhanis saat dia menapak langkah meninggalkan lapangan terbang tersebut. Dan kini, Yuhanis memandu keretanya pulang menjalani kehidupan bosan untuk tempoh masa terdekat.

Dua jam perjalanan harus ditempuh Aidad untuk tiba di Kuching, Sarawak. Dan, sepanjang tempoh masa dalam pesawat, Aidad lebih menumpukan pandangannya ke luar tingkap. Merenung kepulan awan yang terapung di sekitarnya. Hanya sesekali dia menoleh Nia bila ada topik untuk dibualkan.

“Aidad, nanti kau tak payahlah sewa hotel. Kau ikut je balik rumah aku. Save.” Cadang Nia.

“Eh, tak apalah, tadi aku dah search Trivago. Hotel murah pun ada. Taknak lah susahkan kau.” Aidad menolak.

“Eh, tak adalah susahkan ke apa. Lagipun, rumah aku tu cuma ada papa, mama dan Melon.”

“Melon? “ nama yang disebutkan Nia buat Aidad penasaran.

“Ye. Kucing aku, nama dia Melon sebab gemuk macam tembikai.” Nia bercerita sambil ketawa. Tawa yang kini menjangkiti Aidad.

Sampai di Kuching International Airport, Nia sekali lagi memujuk Aidad agar mengikutnya sahaja dengan alasan memudahkan perjalanan mereka untuk ke mana-mana. Dan, Aidad akhirnya setuju.

Saat berada di dalam perut teksi, Nia menoleh ke arah Aidad. Wajah yang tampak serius.

“Aidad, kau jangan risau... mama dan papa aku sporting.” Ucap Nia seakan faham apa yang difikirkan Aidad.

“Ke mana cik? “ .

“Taman Puteri, uncle.”

“Oh, area belakang Yayasan Sarawak tu kah? “

“Yup.” Ringkas balas Nia sambil tersenyum.

Selang beberapa ketika, teksi yang dinaiki mereka terhenti di hadapan sebuah rumah teres 2 tingkat. Nia mencuit Aidad menandakan mereka telah sampai. Aidad terlebih dahulu membayarkan tambang teksi sebelum Nia dengan alasan sebagai tanda terima kasih tumpangkan dia di sana.

“Assalamualaikum, mama? o mama? “ laung Nia sebaik meloloskan diri dari pintu pagar. Aidad sekadar menunggu di luar. Menaip sesuatu pada layar telifonnya.

“Aidad...,” Panggilan dari Nia membuatkan Aidad menoleh. Nia kini berdiri di samping seorang wanita lingkungan 40an.

“Mama, kenalkan ni Aidad.” Aidad yang mendengar tersenyum sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Juraian rambutnya yang menutupi dahi di sebak ke belakang.

“Jom masuk dulu Aidad,” pelawa wanita tersebut dengan senyuman.

“Er, Ye... “ jawap Aidad ringkas. Sempat dia menunduk bersalaman dengan wanita tersebut sebelum melangkah masuk ke ruang rumah.

“Mama, papa siney? (mama, papa mana? )” soal Nia memandangkan papa tiada di ruang tamu. Sementelah menyuruh Aidad duduk, Nia meninjau ruang dapur. Namun, tiada kelibat papanya di situ. Sedangkan, sebelum berlepas dari airport lagi dia menghubungi papanya memberitahu yang mereka dalam perjalanan.

“Ada nya dalam bilit. Solat. (ada dia dalam bilik. Solat)” ucap mama sambil menoleh ke arah Aidad, “Aidad jom ke dapur dulu. Makcik dah siap masak. Kalau tunggu papa Nia ni, masuk angin perut tu.”

Nia tertawa. Lantas mengajak Aidad mengikutinya ke dapur. Perut mereka memang sedia kosong sejak dalam perjalanan tadi. Kali terakhir makan pun ketika dalam kereta Yuhanis. Itu pun masing-masing cuma bersarapan 2 bungkus roti krim jagung dan sebotal ais lemon tea yang dibeli dari 7 eleven.

“Mama masak apalah ari tok? (mama masak apa hari ni? )“

“Febret Nia laa... kangkung belacan, telur dadar dengan sambal pusuk.” Terang mama sambil menyenduk nasi untuk Nia dan tetamu istimewanya, Aidad.

“Nia... sambal pusuk tu apa? “ bisik Aidad sambil matanya meneliti hidangan di meja.

“Oh, sambal pusuk tu sambal ikan bilis lah.” Terang Nia sambil tersenyum.

“Oh ya, mama lupa... sambal belum kaut, masih atas dapur.” Sampuk mama bila terdengar perbualan mereka.

Aidad mengangguk senyum. Nasi yang dihidang di meja ditatap penuh selera. Tapi, senyumannya tiba-tiba memudar bila teringatkan arwah neneknya. Sumpah, dia rindukan nenek.

“Aidad? kenapa? “ sapa Nia. Perasaan akan perubahan wajah lelaki di sebelahnya.

“Tak ada apa, teringatkan arwah nenek aku je.” Balas Aidad tanpa berselindung.

“Em, sabarlah. Tak baik tahu sedih-sedih depan rezeki.” Nia cuba memujuk. Faham situasi Aidad, apatah lagi kini Aidad hidup sebatang kara.

“Aidad, kenapa belum makan tu? penat makcik masak tahu.” Tanya mama yang kini melabuhkan duduk bersama semangkuk sambal ikan bilis.

“Ye, Aidad makan. Terima kasih makcik.” ucap Aidad dengan senyuman.

“Assalamualaikum,” sapa suara garau yang datang dari belakang.

“Aidad, kenalkan ni papa. Papa, ni Aidad.” Nia tersenyum saat melihat reaksi papanya. Merenung wajah Aidad tanpa sepatah kata.

Di sudut yang lain, Yuhanis tertarik dengan status whatsapp yang dimuat naik Aidad.

Sekeliling gambar selfie dengan mata yang dikenyitkan. ‘Moga ketenangan ada di sini.’ Lokasi yang tertera, Kuching. Lantas, mesej balas segera dibalas.

• Euwww... geli la, ingat hensem ke kenyit-kenyit mata?

Selepas 5 minit, Aidad menaip mesej balas,

• Ofcouse lah hensem... hahaha. (emotikon ketawa berair mata)

Jawapan dari Aidad yang terlebih konfiden mencuit hati Yuhanis lantas mesej balas segera ditaip,

•Ceh perasan lah kau... em, bermalam dekat mana tu?

•Rumah family Nia. Dia pelawa stay sini. Senang nak gerak mana-mana nanti katanya.

Wajah manis Yuhanis berubah serta merta. Kelat tanpa senyuman.

•Oh, okay lah tu. Apapun, moga kau jumpa ketenangan kau kat sana. Em. Bye. (emotikon senyum)

• Okay, byebye Yuhan

Yuhanis melepaskan keluhan. Entah kenapa hatinya dicuit rasa cemburu. Dan perasaan itu dipendam jauh di sudut hati yang paling dalam.

Bip !

Layar telifon kembali diamati. Notifikasi mesej dari Daniel,

• Hai sayang. Buat apa tu? sorry bae baru tengok fon. Busy sikit hari ni. Em, petang ni keluar makan jom?

Mesej tersebut segera dibalas dengan jawapan ‘okay’

Bagi Yuhanis, pelawaan Daniel merupakan peluang untuknya. Hari ini, Yuhanis tekad untuk mencari peluang memeriksa telifon pintar milik Daniel. Hanya dengan itu dapat pulihkan rasa was-wasnya serentak menyangkal telahan negatif Nia terhadap Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience