5

Romance Completed 2237

"Habis tu, kau kena balik Sarawak esok? “ soal Yuhanis yang masih terkejut dengan berita yang disampaikan Nia.

Nia sekadar mengangguk. Kerisauan jelas terpamer di wajahnya. Sebentar tadi dia berkongsi cerita bahawa bapanya sekarang berada di Hospital Umum Sarawak. Bapanya dikejarkan ke sana akibat stroke. Mahu tak mahu, dia perlu segera pulang ke Kuching.

“Takpe lah. Kau tenang tau. InsyaAllah, papa kau okay. Dah tempah tiket belum ni? “ soal Yuhanis.

Nia mengangguk. Focusnya lebih kepada baju-baju serta barang keperluan yang berselerakan di atas katil. Semuanya perlu dimuat masuk ke dalam bag luggage yang cuma bersaiz 24inci tersebut.

“Yuhan, sorry tau tinggal kau sorang. Kalau keadaan semua okay, dalam 2,3 hari aku balik sini.”

“Eh, takpe lah. Kawan kau ni bukan budak-budak lagi okay... kau jangan lah risau pasal aku, yang penting kau tu... hati-hati sepanjang dalam perjalanan nanti. Sampai je call aku tahu! “ pesan Yuhanis panjang lebar. Nia yang masih melipat pakaiannya mengangguk senyum.

Lewat petang itu, Yuhanis menghantar Nia ke Stesen Komuter. Transit pilihan Nia menuju ke KL sentral. Nia memilih untuk bermalam di sana bagi memudahkan perjalanannya ke KLIA esok pagi.

Seusai menghantar Nia, Yuhanis memandu Kancil putihnya dengan fikiran kosong tanpa hala tuju. Balik awal ke rumah? bukannya ada benda nak di buat. Nak hubungi Daniel? waktu-waktu macam ni, rasanya dia tengah bergelut mengejar bola. Malas nak ganggu. Sudahnya, Yuhanis memandu mengikut gerak hatinya.

Kancil putih tersebut terus dipandu menyusuri jalan yang berkiri kanankan pepohonan hijau. Pemandangan tenang yang menjadi buruan para pencinta alam.

Kini, Yuhanis memberhentikan keretanya di kawasan parkir yang di sediakan. Enjin dimatikan. Dan, selang beberapa minit selepas merapikan bentuk tudungnya, Yuhanis melangkah keluar dari perut kereta. Wajahnya kelihatan kosong tak beriak.

Taman Tasik Taiping.
Tempat yang cukup tenang untuk melupakan kesibukan harian. Kehijauan sekeliling mampu mengamit aura positif bagi menenangkan jiwa. Yuhanis menapaki langkah menuju ke laluan yang kini dikhaskan buat pejalan kaki. Laluan yang berkiri kanankan pepohonan rendang yang rantingnya meliar hingga mencecah permukaan tasik. Momen yang cukup menarik untuk diabadikan dalam lensa kamera.

Sesekali, Yuhanis tersenyum bila terlihat telatah orang-orang di sekelilingnya. Ada yang berjoging bersama seekor anjing comel, ada yang berbasikal. Tidak kurang juga yang berpasang-pasangan. Bahkan, perbualan di antara kedua pasangan yang dilihatnya pun seakan mampu diteka. Sudahnya, Yuhanis turut tersenyum.

Setelah letih kaki berjalan, Yuhanis melabuhkan duduk di salah sebuah kerusi batu berhampiran tasik. Telifon pintarnya dikeluarkan demi menghilangkan bosan.

Aplikasi whatsapp dibuka. Satu per satu status whatsapp rakan-rakannya diperhatikan. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Akhirnya Yuhanis kembali memandang sekeliling. Dan, ada sesuatu yang membuatkan pandangannya terkunci.

Jelas dari anak matanya sosok seorang lelaki berambut kerinting mengayuh basikal beca sambil berbual mesra dengan seorang wanita tua yang dibawanya.

“Aidad? “ terpacul nama tersebut dari bibir Yuhanis.

“Eh, Hai... jumpa lagi kita.” Tegur Aidad yang kebetulan mengayuh melintasi Yuhanis. Bibirnya masih terukir senyuman. Wanita tua tersebut turut tersenyum takkala melihat Yuhanis.

********

“Yuhan dah lama ke kenal cucu nenek ni? “ soalan cepu emas saat mereka bertiga berada di meja makan. Pertemuan ringkas tadi membawa mereka ke situ.

“Er, baru je nek. “ Ringkas balas Yuhanis serentak menoleh ke arah Aidad. Tanda dia perlukan talian hayat.

“A’ah nek. Baru je lagi Aidad kena Yuhan. Dia pun sama macam Aidad juga nek. Hantu burger... hahaha.” Pintas Aidad. Jawapan yang membuatkan neneknya teruja.

“Hmmm... jumpa juga si Aidad ni gu dia. Kalau tidak, nenek ingat cucu nenek ni je yang pelik. “ jawab nenek dengan senyuman mengusik.

Dan, sepanjang menunggu, mereka bertiga berbual banyak perkara. Dan yang pasti, Yuhanis rasa selesa sepanjang waktu tersebut.

“Yuhan, ada masa datang la rumah nenek. Nenek masak lagi sedap dari ni tahu... “ ujar Nenek sambil melirik ke arah Aidad.

“Er, a’ah. Nenek saya kalau masak memang sedap pun. Tak tipu.” Puji Aidad siap dengan mimik wajah. Yuhanis hanya mampu tertawa. Gurauan di antara Aidad dan neneknya benar-benar mencuit hati. Melihat kemesraan kedua mereka, menambahkan kerinduannya kepada ibu dan ayahnya di kampung.

“Em, Yuhan... sorry kalau ada kata-kata nenek yang buat awak kurang selesa. Maklumlah, mudah ramah.” Tutur Aidad sebaik mereka sampai di ruang parkir.

Yuhanis tersenyum. Sesekali merenung ke arah nenek yang telah pun menapak masuk ke dalam kereta.

“Takde lah. Seronok berbual dengan nenek awak.” Luah Yuhanis jujur.

Em, Aidad, thanks ye sebab belanja saya makan tadi.” Ujar Yuhanis sebelum Aidad masuk ke perut kereta.

“Okay, jumpa lagi. Hati-hati drive balik tu nanti.” Pesan Aidad.

Yuhanis mengangguk. Segaris senyuman terukir indah di bibirnya. Buat seketika mereka bertatapan sebelum masing-masing beredar meninggalkan ruang parkir berhampiran Restoren Gerabak.

Sepanjang perjalanan Aidad tersenyum. Senyuman yang membuatkan neneknya mengusik...

“Amboiii cu... senyum sampai ke telinga. Teringatkan Yuhan ke? “

“Eh, tak lah nek... mana ada. Adaa je nenek ni.” Nafi Aidad bersungguh.

“Tak lah nek... Yuhan tu dah berpunya pun. Aidad cuma tumpang gembira bila tengok dia senyum.”

Monolog itu terus berlegar dalam fikiran Aidad sehingga lenyap bersama senyuman.

********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience