Bab 7

Romance Completed 1263875

Nurlisa Sofea hadir lagi disini, dirumah agam ini selepas 5 tahun. Selepas 5 tahun yang menjadikan hidup Lisa berubah 100%. Kerana kebodohannya, kerana kenaifannya, kerana semua kesalahannya, dia menjadi sangat tolol, menjadi bodoh kekal pada masa itu. Siapa sangka pada usia 18 tahun, dia memusnahkan hidupnya dengan cinta bodoh. Cinta yang dirasanya begitu agung. Cinta yang dirasanya begitu suci. Cinta yang diimpikan, cinta yang dirasakan seperti sangat sempurna.
Lisa parking kereta di luar rumah agam itu. Setelah hampir 10 minit di dalam kereta, Lisa mengambil keputusan untuk keluar. Bukan senang untuk memberanikan diri keluar mengadap kenangan yang tidak mungkin boleh terpadam dengan mudah. Tidak juga mudah untuk memberi jiwa kepada kisah kelam yang membuatkan dia hampir berputus asa.
Rumah agam itu masih sama, masih kemas dan masih hijau dengan deretan pokok yang hidup dengan sihat. Lisa berfikir kalaulah dia pokok itu, pasti dia tidak perlu merasa kisah duka. Airmatanya mengalir tanpa ada syarat, walaupun hampir 5 tahun dia cuba melupakan, tapi sangat susah, tidak mudah memadam dengan begitu sahaja. Ya…itu bukan cinta monyet, itu memang cinta sejati, cinta yang buat dia hampir gila.
Tangannya mengigil memetik alarm kereta. Lisa masih disisi kereta, merenung pondok keselamatan dari luar pagar besar. Kakinya melangkah perlahan ke pagar besar itu, pagar yang menjadi saksi kepada pertemuan yang pertama kali dengan dia.
Lisa menoleh ke belakang, memandang keretanya sebelum menyambung langkah ke pondok pengawal itu. Dia harus berkira kira untuk melarikan diri sekiranya jiwanya meminta begitu, jadi jarak kereta itu harus dekat, supaya jantungkan dapat diselamatkan.
Selama mengenali dia, jantung Lisa tidak pernah diam. Degupan jantung apabila memandang si dia memang tidak boleh dikawal. Jantung itu tidak akan berkerjasama dengan dia, itu dia pasti.
Dia memandang lagi kereta Honda Civic kesayangannya itu.
Ya, baru sebulan Lisa menggunakan kereta itu, hadiah dari abangnya. Satu satu abangnya di dunia ini. Dia harus terima hadiah dari abangnya sebagai syarat untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Abangnya juga menyediakan kondo sebagai tempat penginapannya apabila dia memulakan kerja nanti. Semuanya abangnya telah sediakan supaya Lisa kembali menjadi seperti dulu. Besar sangat harapan abangnya untuk melihat dia Bahagia.
Nurlisa bersyukur kerana Allah mengurniakan abang yang sangat sempurna. Kalaulah tiada abangnya, entah apa yang jadi terjadi kepadanya. 5 tahun dulu, abangnya lah tempat dia bergantung. Walaupun perkara besar yang terjadi pada hidupnya, abangnya tidak pernah meninggalkannya.

Kaki Lisa melangkah lagi. Dia beranikan diri, dia nekad untuk menyelesaikan gundah gelana dihati sebelum dia melangkah lebih jauh. Dia harus simpan semuanya disini. Untuk sekian kali, dia membuat keputusan untuk meletakkan noktah disini. Di sini bermula dan biarlah disini berakhir.

Share this novel

NHO
2020-11-15 21:00:27 

Ada sambungan kan..kan...kan...☝️


NovelPlus Premium

The best ads free experience