“Hanafy bohong kan? Hanafy tipu Ninang !”
“Tak. Aku tak bohong! Sudahlah Ninang . Lupakan aku,” ujar Hanafy malas. Ninang senyum sumbing. “Kalau aku dapat lupakan kau sekalipun aku tetap akan pastikan yang kau tak akan lupakan aku. Tak akan!!”
Ninang sudah mencengkam kolar baju Hanafy . Hanafy tersentak. Dia cuba melepaskan cengkaman Ninang . Ahh, kuat sekali. Ternyata Ninang benar-benar memarahinya.
“Maafkan aku. Ninang .”
Tubuh Ninang ditolak sekuat mungkin ke arah pohon kemboja. Tanpa sedar kayu yang tajam menghuni di bawah pohon tersebut menembusi tubuh Ninang.
Sukk! “Zu…Hanafy ..”
Darah membuak-buak keluar daripada tubuh dan mulut Ninang . Hanafy terpana. Dahinya mula berpeluh. “Ninang ? Ak.. aku…”
Teragak-agak Hanafy ingin menghampiri Ninang . Tiba-tiba, seorang lelaki tua muncul disebalik pohon kemboja. Lelaki tua itu seolah-olah terkejut. Hanafy menelan liur. Kakinya dibawa berlalu daripada tempat kejadian. Saat kakinya melintasi jalan besar tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju dan merempuhnya.
HANAFY tersedar daripada lamunannya. Dia tidak tidur. Dirinya masih lagi di bawah pohon kemboja. Lelaki tua itu memandangnya dari jauh dengan riak yang ketakutan.
Di kejauhan Hanafy seperti ternampak wajah Ninang yang senyum kepadanya.
“Ninang … maafkan Hanafy .”
Kaki Hanafy mula melangkah menghampiri Ninang . Mindanya tidak sedar. “Ninang … kau masih hidup?” Bibirnya senyum melebar.
Hampiri aku, dampingi aku.
Share this novel