BAB 4

Thriller Completed 951

“Hanafy …” mendayu-dayu suara itu kedengaran di telinga Hanafy .

Tiba-tiba kaki terhenti di satu tempat seperti mana dalam mimpinya. Pohon kemboja yang mekar segar dan indah itu tersergam di depan matanya. Mata Hanafy terpaku pada pohon tersebut. Ya, sama!

Datangnya Hanafy kepada Ninang ,

Henti sudah igauan yang ku hendak.

Hanafy berpaling. Angin kuat menghembusi dirinya. Perasaan takut dibuang jauh-jauh. Matanya meliar seolah-olah tercari-cari pemilik suara tersebut. Kemudian, Hanafy ternampak seperti kelibat seorang lelaki tua yang sudah terbongkok. Lelaki itu seolah-olah terkejut dengan diri Hanafy . Lelaki tua itu cuba lari tapi apalah sangat larian orang tua. Hanafy berjaya menangkap. Lengan lelaki tua itu dipegang kemas.

Lelaki tua itu menggigil ketakutan. Wajahnya dipalingkan ke tempat lain.

‘Kenapa pak cik ni takut dengan aku?’ Hanafy tertanya-tanya.

Tiba-tiba imbasan cahaya melintas lagi. “Arghh!” Badan Hanafy berpusing hinggalah terduduk di atas tanah. Hanafy memejamkan mata. Dia cuba mentafsir imbasan ingatannya.

“HANAFY ! Kenapa Hanafy sanggup permainkan perasaan Ninang ?”

Senyum sinis. “Perasaan apa? Kau memang lurus kan?”

“A..apa maksud Hanafy ?”

“Buat pengetahuan kau, aku cuma permainkan kau. Aku lakukan sebab aku dicabar. Kau aje yang terhegeh-hegeh dengan aku.” Hanafy menepis pegangan Ninang . Dia terpaksa berbohong. Benar, dia juga cintakan Ninang . Tapi cabaran kawan-kawannya mengatasi segala-galanya. Dia tidak mahu nampak lemah di mata kawan-kawannya.

Ninang ketawa kecil dengan air mata yang mula berkolam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience