Rate

bab 2

Action Series 3796

Qarl menatap Karl tajam. Umpama musuh yang ingin menerkam mangsa.

"Ehhe.." Karl menyimpan senyum apabila berjaya membalas dendam. Handphone yang berada didalam poket baju dikeluarkan. Game piano ditekan. Lalu jari mula menari diatas skrin handphone.

Qarl yang malas melayan marahnya terus mengeluarkan iphone dari poket hoodie. Aplikasi whatsapp ditekan. Lalu jari mula menari diatas keyboard.

Suasana sunyi seketika diantara mereka, sehinggalah...

"Jemput makan Encik, Cik!" Sebaik sahaja menghantar makanan pelayan tersebut berlalu pergi.

Bersinar terang mata hitam keperangan milik Karl melihat makanan yang berada dihadapan mata. Chicken chop, burger cheese leleh, nasi goreng pataya dan yang terakhir sate ayam.

"Nah untuk kau" chicken chop dan burger cheese ditolak kearah Qarl. Qarl hanya menatap pelik.

"Aku tak cakap pun aku nak makan"

"Habis tu? Hmm tak apalah biar aku makan seorang" dengan lafaz bismillah dan doa makan. Makanan tersebut masuk kedalam mulut Karl dengan perlahan. Bibir pink milik Karl tersenyum manis sebaik sahaja makanan tersebut masuk kedalam mulutnya. Sedap!

Qarl yang tadinya menatap handphone terus memanggung kepala menatap Karl yang sedang makan dengan ralit.

Karl yang merasa dirinya diperhati terus mengangkat kepala. Zapp! Panahan mata green Qarl bertemu dengan mata Karl.

Tergamam Karl sebaik sahaja terasa benda lembut menyentuh bibirnya. "Makan pun comot, macam budak-budak!" Kutuk Qarl selamba. Karl yang mendengar kutukan dari Qarl menunduk malu.

"Kau tak panas ka pakai mask?" Terjongket kening Qarl mendengar pertanyaan itu.

"Tak sangat. Lagipun aku takut kau terpukau bila tengok wajah aku nanti. Tak pasal-pasal aku dapat dosa free!" Tch! Karl tersenyum sinis mendengar percakapan Qarl. Tahu pulak dosa pahala. Ingatkan tak tahu. Yang peluk aku dekat atas bumbung kolej tadi tak dapat dosa pulak! Huh.

"Perasan. Tak ingin aku" Qarl tersenyum sinis mendengar percakapan Karl. Yakin sungguh gadis ini! Kita tengok one day! Gumam Qarl perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience