Rate

bab 1

Action Series 3792

TERLONGO LELAKI yang memakai mask hitam apabila ternampak seorang perempuan yang berada diatas bumbung Universiti terkemuka di Malaysia. Yang mana universiti tersebut mempunyai 30 tingkat.

Apabila perempuan tersebut semakin menghampiri sipi-sipi bumbung tersebut. Lelaki bermask hitam terus melajukan langkah memasuki Universiti Q.A.

'GULP!' Karl menelan air liur kelat apabila terasa ada tangan kekar yang memeluk pinggang nya. Kacau daun betullah. Aku baru sedap-sedap menikmati pemandangan dari atas ni.

Lelaki bermask hitam itu menarik Karl menjauhi sipi-sipi bumbung tersebut. Yg mna bumbung tersebut merupakan kesuluruhannya di perbuat menggunakan simen.

"Hish kau siapa? Lepaskan aku lah! Datang-datang tiba tiba peluk. Huh!" Terangkat kening lelaki bermask hitam itu. Sebaik sahaja melepaskan pelukan. Gadis dihadapannya ditatap tajam.

"She crazy!" Karl mengetap bibir mendengar percakapan lelaki dihadapannya ini. Sebelah tangannya digenggam erat. Sabar Karl, sabar! Masaalah nya aku tak boleh sabar dengan makhluk yang bernama lelaki ni.

'Aah!' Karl mendengus kecil apabila tumbukan yang ingin dilepaskan pada lelaki bermask hitam. Digenggam olehnya.

"What are you doing dear? Heh!" Lelaki bermask hitam menggenggam erat tangan gadis yang berada dihadapan nya.

"She crazy, what's your name?"

"What crazy, hey kau yang crazy, bukan aku!" Karl menghalakan sikunya ke arah perut lelaki bermask hitam. Dia tersenyum sinis apabila genggaman lelaki tersebut pada tangannya terlepas. Langkah kaki dibawa menjauh dari lelaki tersebut.

"Stay here or I shoot you girl!" Serta merta langkah kaki Karl berhenti dari melangkah. Bibir pink milik gadis itu mula bergetar takut. Lelaki bermask hitam dihadapannya ditatap.

"Tell me! What's your name? Before...." kata-kata tersebut dibiarkan tergantung. Manakala mata green milik lelaki bermask hitam tajam menatap Karl umpama sebilah pedang.

Gulp! Karl menelan air liur kelat mendengar ugutan lelaki bermask hitam. Tu lah kau Karl tadi tunjuk berani sangat!

"Erk.. Karl Anna!" Terjatuh rahang lelaki bermask hitam mendengar nama gadis yang berada dihadapan nya.

"Kau curi nama aku!"

"Huh excuse me!" Terjongket kening Karl mendengar percakapan lelaki dihadapannya. Dalam masa yang sama dia mengetap bibir geram. Buat penat aku speaking ja rupa-rupanya boleh cakap melayu! Heh.

"Aku Qarl Ammar" lelaki bermask hitam menyimpan pistolnya kedalam poket hoodie yang dipakai. Tangan dihulur kearah Karl.

"So?" Karl merengus melihat lelaki yang bernama Qarl menghulur tangan kepadanya. Apa dia ingat aku ni perempuan murah ka?

Manakala Qarl menarik tangannya kembali, leher digosok malu.

"Dah jom ikut aku, turun dari sini!" Arah Qarl sambil menarik pergelangan tangan Karl. Nasib berlapik. Kalau tak dah lama aku pelangkung mamat ni!

Kerana tidak mahu ditembak, Karl mengikuti langkah lelaki tersebut.

"HEY KAU NAK bawak aku kemana?" Karl memberontak geram apabila lelaki yang bernama Qarl dengan sesuka hatinya menolak dia masuk kedalam kereta BMW.

"Hospital sakit jiwa!" Pintu kereta ditutup. Seat belt ditarik. Lalu kereta tersebut mula meluncur diatas jalan raya.

Terlongo Karl mendengar jawapan lelaki disebelahnya. "Aku tak gila lah, kau salah faham ni!"

"So what?"

"Hish tadi tu bukannya aku nak bunuh diri, aku memang selalu lepak seorang diri dekat atas tu. Tempat tu dah jadi macam tempat luah perasaan aku. Bagi aku tempat tu tenang. Aku dapat melupakan segala masalah aku bila aku dekat situ. Sebab tu tak ada seorang pun dekat kolej tu yang pelik bila tengok aku atas tu. Maybe diorang dah faham"

Automatik kereta BMW hitam diberhentikan dibahu jalan. Qarl menghadapkan tubuh tegapnya ke arah Karl. Mata hitam keperangan gadis itu ditatapnya.

"Kau tahu tak bahaya? Aku hampir-hampir ingat kau nak bunuh diri tadi. Nasib aku tak bunuh kau! Lain kali jangan pergi atas tu lagi. BAHAYA!" Dingin kata-kata yang keluar dari bibir merah Qarl. Gadis yang berada dihadapan nya ditatap sayu.

"Tak ada seorang pun yang faham aku. Kenapa? Aku cuma nak ketenangan. Aku cuma nak bahagia macam orang lain! Tapi kenapa aku tak dapat? Hari-hari aku menyaksikan pergaduhan dan penyeksaan. Aku benci!" Jerit Karl lalu mula menangis. Air mata yang mengalir dilap menggunakan belakang tapak tangan.

"Shh don't crying dear!" Qarl mengusap kepala gadis bertudung yang berada dihadapan nya. Tisu dihulurkan kearah gadis tersebut.

"Thanks!" Ucap Karl perlahan. Tisu yang dihulur oleh Qarl disambut. Lalu air mata dan hingus dilap menggunakan tisu itu. Dia bukan nak perhatian dari lelaki ni. Tapi dia cuma nak ada orang tahu bahawa dia sakit!

Qarl menjeling tisu yang dihulur semula kearah nya. Muka geli ditayang. Karl tersengih melihat jelingan Qarl. Tisu yang berada pada tangan dimasukkan kedalam tong sampah kecil yang disediakan.

Gear ditarik. Lalu Qarl meneruskan pemanduan semula.

"Kita nak pergi mana?"

"Hospital sakit jiwa" Karl merengus mendengar jawapan lelaki itu. Tak habis-habis hospital sakit jiwa!

"Huh kalau kau bawak aku kesitu pun sia-sia sahaja. Bukan aku sakit pun"

"Hmm.." Qarl tidak mempedulikan bebelan Karl. Earphone disumbat kedalam lubang telinga. Sambil memfokuskan diri pada pemanduan.

TERPINGA-PINGA KARL apabila melihat kereta BMW hitam tersebut berhenti dihadapan sebuah restoran.

"Tak nak keluar ka? Kalau tak nak aku tinggal kau!" Seat belt dibuka. Kaki panjang Qarl melangkah keluar. Pintu ditutup rapat semula. Sambil melambai kearah Karl yang berada didalam kereta, dia melangkah pergi.

"What the-!" Karl membuka pintu kereta. Lalu dihempasnya kuat. Langkah dibuka laju mengikuti lelaki bernama Qarl. Sambil bibir pink nya tidak henti-henti membebel.

Seketika mulut Karl terlopong melihat dekorasi didalam restoran 5 bintang tersebut. Bertemakan gabungan pink dan peace restoran tersebut kelihatan indah. Frame pemandangan terpapar indah disepanjang dinding kelihatan cantik pada pandangan Karl. Perabot yang diperbuat daripada kayu dan berwarna emas menambahkan lagi kemegahan restoran itu. Lantai yang diperbuat daripada kaca lut sinar dan didalam kaca tersebut terdapat pelbagai jenis ikan yang sedang berenang-renang. Membuatkan pelanggan yang datang seolah-olah berada didalam laut. Siapa yang masuk pasti susah untuk keluar!

"Tutup mulut kau sebelum lalat masuk berak!" Sinis Qarl. Wajah geram Karl ditatap dengan senyuman kecil yang terlindung disebalik mask yang dipakai. Kerusi yang berada dipenjuru restoran ditarik. Lalu dia melabuhkan diri di situ. Karl hanya mengikuti lelaki yang berada dihadapan nya.

"Order!" Buku menu ditolak kearah Karl yang sedang memandang dengan teruja dekorasi restoran tersebut.

"Hah! Kenapa.." kerana takut Qarl mengugutnya seperti tadi. Karl memilih menu. Terlopong Karl melihat harga nasi goreng pataya yang berharga 50 ringgit. Bapak mahal giler! Air liur ditelan kelat.

"Order ja apa yang kau nak makan aku belanja" Arah lelaki bernama Qarl. Karl mencebik bibir. Mentang-mentang kaya senang-senang ja dia membazir duit. Aku yang biasa ni fikir dua tiga kali nak makan dekat sini! Tiba-tiba bibirnya mengukir senyuman sinis. Inilah masa untuk dia balas dendam terhadap Karl. Kerana mengugutnya ketika di atas bangunan kolej tadi.

"Adik nak order apa?" Pelayan perempuan yang menghampiri nya dipandang dengan senyuman.

"Ni.. ni.. ni.. dan ni!" Sebaik sahaja pelayan tersebut pergi. Karl menatap Qarl yang berada dihadapan nya dengan sengihan sinis.

"Kau ni memang saja nak balas dendam ka apa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience