BAB 4

Romance Series 11610

Aiman yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh merebahkan dirinya di atas katil.lama kelamaan dia terlelap.

Seorang wanita yang dipuja selama empat tahun itu datang mendekati dirinya dengan memakai jubah berwarna putih dan tudung berwarna putih di suatu tempat yang langsung tiada orang selain mereka berdua dan berbisik di telinga kanannya dengan penuh romantis.

“saya akan jadi milik awak selamanya ”.

Wanita tersebut kemudiannya merangkul leher Aiman dan......

Aiman tersedar dari lenanya.Dia meraup wajahnya dengan kasar.

Ya Allah aku yakin dengan keputusan aku. Memang dialah orang yang Aku tunggu selama ini.Aiman mencapai i-phone miliknya.Dah pukul 7:00pagi. majlis nikah pukul 10:00.Ah!!!macam Tak sangka je aku dah nak kahwin??.aku dah nak jadi suami??.ah! Aku malas nak fikir semua ni.lebih baik Aku mandi dulu.sekejap lagi dah nak gerak.

Aiman mencapai tuala di sisinya dan berlalu ke bilik air.

*****
Betul ke Aku Ni nak jadi isteri orang? Betul ke apa yang Aku buat ni.ok relax Azwa kau kena kuat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.ishh! Tak Tak Tak aku muda lagilah masih ada masa untuk berundur.

“Aina.boleh Tak kalau aku nak lari. aku Tak nak kahwin. aku muda lagi."

Aina mencapai tangan Azwa.digenggam erat tangan tersebut.

“Azwa kau janganlah macam ni.Semua orang dah tunggu kat bawah.takkan kau nak malukan family kau."

Aina Cuba memujuk Azwa dia faham perasaan kawannya itu.

“Aina.Boleh tak kau janji dengan aku kalau ada something happen dalam rumah tangga aku.Kau akan ada untuk aku."

Aina tersenyum.Cuba untuk menenangkan rakannya itu.

“Aku janji.Aku akan sentiasa sokong kau."

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan di pintu menyebabkan mereka menoleh ke arah tersebut.perlahan-lahan dedaun pintu ditolak. Wajah Puan Normah menyapa pandangan mereka.

“Anak mama ni dah siap.Jomlah turun semua dah ada Kat bawah.”

“Ok mama.”

Azwa menilik wajahnya buat kali terakhir di hadapan cermin solek .Cantik juga aku ni kalau kena touch up sekali sekala.Dia tersenyum sekilas.

Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuruni satu persatu anak tangga.cahaya kamera menyebabkan mata Azwa tidak dapat melihat dengan jelas.Sampai sahaja di hadapan orang ramai Azwa rasa seperti mahu pengsan sahaja.Mana tidaknya semua mata tertumpu padanya sambil memuji kecantikannya.

perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang disediakan.Dia melihat ke arah Ustaz Aiman yang sedang merenung dirinya.

Masyaallah! cantiknya ciptaan kau.sedang Ustaz Aiman memerhatikan Azwa.Bahun kanannya ditepuk.

“sabar Aiman.akad dulu.jap lagi lepas akad nak pegang pun boleh."

Dato' Azman Cuba mengenakan anaknya.seluruh kawasan rumah dipenuhi denga gelak tawa tetamu.Habis merona merah pipi Azwa dibuatnya.

“Baiklah Aiman.boleh Papa mulakan."

soal Encik Kamarul.sengaja ditekankan perkataan 'Papa' di situ. Ustaz Aiman hanya mengganguk.

“Muhammad Aiman Harris bin Dato' Azman"

“Ya.saya."

“Aku nikahkan kau dengan anakku Rihadatul Azwa binti Kamarul dengan mas kahwinnya Lima ratus ringgit tunai."

“Aku terima nikahnya Rihadatul Azwa binti Kamarul dengan mas kahwinnya Lima ratus ringgit tunai."

setelah kedua-dua saksi mengganguk.seluruh isi rumah mengucapkan syukur.semuanya menadah tangan sambil mengaminkan doa .

Usai membaca doa majlis diteruskan dengan upacara pembatalan air sembahyang.

Aiman menghampiri Azwa.perlahan-lahan tangan kecil itu diraih dan disarungkan cincin.

Azwa meraih tangan Ustaz Aiman dan tangan itu dikucup.kucupan itu dibalas dengan kucupan di dahi yang dihadiahkan oleh Aiman.

Ya Allah kenapa dengan jantung Aku ni. laju semacam je. Nak kata ada sakit jantung .belum lagi.Tapi Aku rasa peliklah.What ever.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience