Beberapa bulan kemudian,
Aiman Masuk ke dalam bilik tidur mereka.Dia melangkah ke arah Azwa yang sedang lena tidur di atas katil di dalam biliknya.
Ustaz Aiman melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia merenung wajah isterinya yang sedang dibuai mimpi.Comel!
Orang kalau dah angau, semua benda sempurna.
Dia menguak sedikit rambut yang menutupi bahagian wajah Azwa. Dia mengusap rambut isterinya.
“Sayang. Kenapa Sayang tak bagitau abang tentang kehadiran orang baru dalam keluarga Kita."
Ustaz Aiman mengusap perut Azwa yang sedang dihuni oleh cahaya mata pertama mereka.Usia perkahwinan mereka telah mencapai tujuh bulan. Namun Aiman masih tidak faham dengan perangai isterinya yang kuat berahsia. Rumah tangga mereka hampir berpecah belah kerana sikap suka berahsia Azwa.
Flashback.........
Jam menunjukkan pukul 1:00 pagi . Azwa melangkah masuk ke dalam bilik mereka.Aiman merenung tajam ke arah isterinya.Dia mendekati isterinya.
Azwa menjadi semakin cuak apabila dia Cuba berundur tetapi tangannya direntap oleh Ustaz Aiman menyebabkan wajah mereka hampir bersentuhan.
“Where have you been".
“Bukan masalah awak. Suka hati sayalah nak pergi mana. None of your business."
“What? None of my business. Saya suami awak yang sah. Saya berhak untuk tahu mana isteri saya pergi."
Ustaz Aiman memegang wajah isterinya dengan kedua-dua belah tangannya.
“Azwa susah ke untuk awak bagitau saya mana awak pergi. Saya mintak tu je.Sekurang-kurangnya saya tahu mana awak pergi."
“Saya Tak boleh terima awak sebagai suami saya. Tolonglah lepaskan saya. Saya nak hidup macam orang lain jugak. Saya masih muda. Saya Tak sukalah hidup macam Ni."
Azwa sudah mengalirkan air mata.Dia menumbuk-numbuk dada bidang Ustaz Aiman. Memang dia Tak bersedia untuk menjadi seorang isteri.Ini semua terlalu awal.
“Tumbuklah saya.Pukul lah saya. Kalau itu boleh buat awak terima saya sebagai suami awak."
Azwa Tak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Apa yang dipendamnya selama ini telah terluah.
Ustaz Aiman memaut pinggang Azwa apabila melihat Azwa seperti hendak jatuh.
“Sayang,Sayang."
Ustaz Aiman menepuk-nepuk pipi isterinya.
Azwa sudah merasa pening kepala yang amat.Pandangannya semakin kabur Dan lama-kelamaan menjadi gelap!
“Ya Allah! Sayang."
Ustaz Aiman mendail nombor telefon doktor peribadi keluarganya, Dr.Aisyah.
“Saya dah periksa Puan Azwa. Dia ok je. Cuma jangan bagi dia stress and pastikan dia mendapat rehat yang cukup Dan...."
“Dan apa doktor."
“Dia cuma ada masa lapan bulan je lagi."
"Dia...sa..kit...apa...doktor"
“Dia ada masa lapan bulan je lagi sebab".Dr.Aisyah Cuba membuat suara cuak. Ustaz Aiman apa lagi cuak habislah.
“....dia dah mengandung selama empat minggu.Tahniah Encik Aiman".
Ustaz Aiman mengucapkan syukur yang Tak terhingga.Terima kasih Ya Allah .
“Buat saya takut je lah doktor Ni."
Dr. Aisyah hanya tersenyum.
End flashback.......
“Sayang. saya harap awak boleh terima saya dengan kehadiran seorang permata Kita."
Ustaz Aiman kemudiannya merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia mendakap erat Azwa dan mencium dahinya.Selamat Malam Sayang!
Share this novel