Rate

PART 1

Romance Series 3160

CINTA?
Cinta adalah kebahagiaan,
Cinta adalah kesetiaan,
Cinta adalah kepercayaan,
Cinta adalah pengorbanan.

Kadang kala cinta adalah racun,
Cinta adalah duri,
Cinta adalah pisau,
Cinta adalah kesakitan.

Ada yang bahagia dengan cinta,
Ada juga yang derita dengan cinta,
Ada yang kekal sehingga tua,
Ada yang putus ditengah jalan,

Tidak dinafikan cinta itu indah,
Cinta itu harus dihargai,
Cinta itu harus dihormati
Tetapi tidak perlu disanjung tinggi,

Cinta tidak pernah salah,
Cinta tidak selalu cerah,
Cinta tidak selalu indah,
Cinta tidak semanis buah.

Kata-kata dari seorang penyajak kian bermain di fikiran liyana. Hubungan liyana dan hakim kian goyah kerana perangai liyana yang agak kebudak-budakan. Hakim menyatakan bahawa beliau telah penat dengan karenah liyana yang asyik ingin mencari salahnya. Hakim tidak mahu berkata apa-apa dan membiarkan liyana membuat keputusan sama ada ingin meneruskan hubungan percintaan romeo dan juliet mereka atau ingin berhenti separuh jalan sahaja. Hubungan mereka tidak pernah mendapat restu dari mama liyana namun liyana masih berkeras ingin meneruskan hubungannya bersama Hakim.

Lagu korban cinta yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita terkenal era 90-An iaitu ziana zain telah kedengaran dari telefon bimbit liyana. Liyana melihat telefonnya untuk melihat nama orang yang menghubunginya. Benar tekaan liyana, Hakim telah menghubunginya. Liyana menjawab panggilan tersebut

Hakim:assalamualaikum syg

Liyana:waalaikummussalam, ha nak ape lagi

Hakim:abiy nak mintak satu je dari syg. Abiy nak syg ubah perangai syg and please berhenti jadi budak-budak

Liyana:ouh sekarang ni abiy nak cakap abiy dah tak tahan la dengan perangai syg?. Abiy ingat balik ape abiy cakap masa mula-mula kita bercinta dulu. Abiy kata abiy tak kisah kalau syg perangai macam budak-budak and sekarang.abiy cakap macam ni pulak. Ape semua ni?

Ego liyana semakin menggunung dan beliau tidak mampu menahan nada suara apabila memarahi Hakim

Hakim:habistu syg ingat abiy ni larat ke nak layan perangai budak-budak sayang hari-hari. Robot pun kalau asyik bekerja akan rosak ni pulak abiy yang nak layan perangai syg 24/7 jam

Liyana:ikut abiy la kalau abiy dah penat and tak larat. Abiy buat la keputusan yang abiy nak

Liyana memutuskan talian dan airmatanya mengalir membasahi pipi. Hatinya berkata "tak pernah ada seorang insan pun yang memahami aku lepas abah tiada". Hatinya berkata lagi "abah, yana rindu abah"

Ibu dan ayah liyana telah berpisah sejak umurnya 15 tahun lagi. Kini liyana telah bergelar seorang penuntut Universiti Shah Alam. Hidup liyana dari awalnya sangat mewah. Ibunya memberi duit belanja sekolah sebanyak RM 6000 sebulan. Itu belum termasuk duit perbelanjaan rumah. Boleh dikatakan liyana mempunyai segalanya sehinggakan dia telah Mengumpul duit untuk sambung belajar dan berkahwin di usia 16 tahun. Liyana seorang yang berjimat cermat dan hanya membeli sesuatu apabila perlu sahaja. Namun kekayaan yang diperolehi liyana tidak dapat memberikan kebahagiaan dan kasih sayang dari keluarga untuknya. Ibunya sibuk bekerja di seluruh Malaysia kerana Ibunya mempunyai banyak cawangan butik di seluruh Malaysia. Liyana tidak mempunyai adik beradik yang lain. Beliau tinggal di Singapura bersama abg saudaranya dan dua orang pembantu rumah. Ibu liyana mengupah pembantu rumahnya hanya untuk membeli barang sahaja. Ibunya ingin beliau berdikari dan melakukan semuanya sendiri. Liyana sangat mahir memasak mengemas dan yang paling penting pandai bergaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience