Rate

Part 2

Romance Series 3160

Liyana merupakan seorang pemain bola jaring dan telah mewakili sekolah sebanyak 5 tahun berturut-turut sewaktu dibangku persekolahan. Apabila masuk ke alam universiti, liyana masih meneruskan minatnya dalam bermain bola jaring. Liyana memegang posisi sebagai "goal shooter" atau "GS". Waktu kokorikulum pun bermula..........

Puan sarah: baiklah hari ini saya ingin memberitahu kamu semua bahawa universiti kita dikehendaki menghantar satu kumpulan bola jaring untuk berentap di dalam pertandingan bola jaring antara universiti. Jadi saya akan memilih 10 orang pemain yang berkebolehan untuk mewakili universiti kita. Baiklah kamu semua boleh panaskan badan sekarang.

Intan: ala yana aku malas la nak panaskan badan hm apa kata kita terus main je lagipun puan sarah tengah sedap makan tu.

Liyana: ish kau ni,kau nak ke kaki kau kejang masa main nanti haih cuba la ada sikit sifat rajin dalam diri kau tu

Intan: kau takpelah, kau dah tentu terpilih sebab kau kan "GS" terhebat masa zaman sekolah dulu

Liyana:hish kau ni ramai lagi la yang hebat and aku rasa aku tak akan terpilih pun

Intan: kau ni kan yana suka sangat merendah diri sebab tu la aku suka kawan dengan kau. Ha meh cium sikit!!!!!

Liyana: eh kau ni tak nak aku. Dah la jom kita panaskan badan sebab kalau aku layan kau ni esok pun belum tentu habis intan oii

Intan: "sampainya hatimu, buat ku menangis tak berlagu"

Intan mengubah lirik lagu jangan menangis sayang untuk menghiburkan hati yana.

(Setelah selesai sesi memanaskan badan)

Puan sarah: baiklah saya nak kamu semua ambik jersi bola jaring mengikut posisi yang kamu boleh main

Liyana mengambil jersi yang terdapat tulisan "GS" padanya kerana itu lah posisi yang terbaik buatnya.

Setelah selesai bermain, puan sarah mengarahkan mereka untuk tunggu sebentar kerana ada perkara yang ingin diberitahu

Puan sarah: awak semua mempunyai potensi yang amat bagus terutama kamu liyana. Awak adalah seorang penjaring yang bagus. Baiklah saya telah lihat kamu semua bermain dan saya telah memilih 10 orang pemain. Saya akan sebutkan nama serta posisi yang kamu akan pegang sehingga hari pertandingan.
Centre - amira
Wing attack - fariha
Wing defend - norizyan
Goal attack - intan
Goal shooter - liyana
Goal defend - an najwa
Goal keeper - jihan
Pemain simpanan
-fiera
-sheila
-bazla

Puan Sarah: baiklah itu adalah senarai pemain yang terpilih untuk mewakili universiti kita

Fiera: aduh kenapa pulak liyana tu rampas posisi aku arghhh aku tak boleh biarkan aku mesti rampas posisi aku dari dia!

Sheila: eh kau ni dah kenapa fiera sudah la tu memang liyana tu lebih berbakat dari kau nak buat macam mana

Puan sarah: kita akan adakan latihan setiap petang pada jam 5 jadi saya harap tiada siapa pun yang akan lewat sebab saya tak suka menunggu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience