BAB 3 : KISAH KITAORANG

Humor Series 2310

KISAH KITAORANG

"Along! Jangan lupa malam ni kat Warung Wak Dol!" Mizi mengingatkan aku akan temujanji pada malam ni ketika aku sedang mengunci pintu kedai Bengkel Abang Zul.

"Ye.. Pukul 10 aku sampai... Aku nak tidokan anak aku dulu..." Aku menjawab acuh tak acuh.

"Otak kau! Bila masa kau beranak pulak ni? Kahwin pun belum! Buat lawak, siall.. Cam haremmm!" Mizi membalas sambil gelak kuat-kuat tak ingat dunia. Dia lupa ke sekarang ni waktu maghrib? Syaitonnn sibuk berkeliaran.. Oh! Lupa pulak.. Dia pun lebih kurang syaitonnnn jugak.. Hahaha!

"Dah la weh... Aku gerak dulu.. Jumpa malam ni.. Kalau kau tak datang, aku bakor umah kau.." Mizi menyambung sebelum beredar dengan motosikal YSukunya yang baru je aku setting tadi untuk aksi malam ni.

'Hek eleh! Ada hati nak bakor umah aku? Dia sedar tak dia tu menyewa kat bilik belakang umah aku? Kalau umah aku terbakar, dengan bilik-bilik sewa dia pun terbakar..

Ni lah payahnya ada kawan yang selalu sangat eksiden motor. Otak weng sikit. Si Mizi ni lah.. Dia dah banyak kali eksiden sebab berlumba. Patah tangan, kaki tu biasa. Tinggal lagi belum kudung je. Ada sekali tu dia pernah eksiden dan masa tu dia tak pakai helmet. Koma 3 hari. Tu otak dia tak berapa nak ok sangat. Tapi dia kawan yang baik pada aku. Tak pernah buat onar kat aku... Tapi itu aku lah.. Kat orang lain tu aku tak tahu.

Ok. Aku kena balik dulu. Nak mandi, sembahyang. Malam kang dah janji dengan budak-budak ni kat port biasa, Warung Wak Dol. Aku ni jahat, jahat la jugak. Tapi solat aku tetap buat. Mak kata, solatlah walaupun kita ni jahat. Sebab solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Maybe kalaupun bukan sekarang aku dapat cegah, tapi aku harap, satu hari nanti, aku akan berubah jadi lebih baik, jadi imam untuk Z ke.. Kah!Kah!Kah!

*******

Malam ni malam minggu. Macam biasalah budak-budak ni kejanya nak melepak dan berlibur je. Darah mudalah katakan. Eii.. Takde keinsafan betul. Bawak-bawaklah pegi mengaji ke, join usrah ke, ikut jemaah tabligh ke... Ini tidak.. Melepakkk je... Lagha sungguh anak-anak muda zaman sekarang. Haihhh...

Warung Wak Dol sudah semakin padat. Biasalah.. Warung ni paling top di kawasan kitorang. Tempat lepak paling best bagi anak-anak muda bermotosikal di sini. Sebab makanannya murah dan sedap walaupun pilihan menu makanannya cuma ada 5 jenis je iaitu nasi goreng kampung, bihun goreng, roti bakar, roti canai dan telur separuh masak. Ya! Itu je. Air panas semua ada la. Kenapa menu makanannya cuma 5 jenis je? Sebab Wak Dol malas nak layan karenah budak-budak muda ni nak order yang pelik-pelik, contohnya charkueteow terbanglah, nasi goreng nenas berlubang di tengah la, mee goreng basah tanak sayur tapi nak taugeh je lah.. Tak kuasa nak layan. Lagipun, yang paling laku mestilah minuman je. Budak-budak datang nak lepak je. Lepas tu merempit... Pastu duduk lagi, order minum.. Walaupun menyediakan 5 menu je, customer tetap ramai. Sebab sedap, dan murah. Lagipun, kedudukan warung ni paling strategik, betul-betul sebelah highway. Memang syok laaa... Orang merempit, kita menonton..

Aku sedang menghirup air kopi O kaw panas ketika YSuku kuning yang sangat aku kenali itu park berhampiran dengan motor aku.

Si Zakiah a.k.a Z.

Dia turun dari motor bersama seorang awek cun berjalan menuju ke arah meja makan kami. Sepanjang perjalanan Z dan awek baru yang tak dikenali itu ke meja makan kitorang, ramai la jantan-jantan yang perasan macho dok bersiul dan mengusik mereka berdua. Maklumlah... Orang cantik, body mantap.. Memang jadi tumpuanlah kan..

"Fuyoooo, Z!!! Kau bawak awek baru arr... Cun siotttt... Macam Hanna Delisha! Alo tomei-tomei..."

"Z.. Biarlah dorang nak kat Hanna Delisha tu.. Aku cuma nak kat kau jee..."

"Z! Kau taknak kenalkan dia kat kitorang ke? Hai awakkkk... Nama saya Mail.. Tapi orang biasa panggil saya Remy Ishak~"

"Ishak kau!! Haktuihhh!"

Bunyi suara-suara sumbang dari meja-meja lain sebelum diakhiri dengan ledakan ketawa beramai-ramai.
Z buat bodoh je. Bukan dia tak biasa kena usik macam tu. Dah lali. Dia buat tak tahu. Dia kemudiannya mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah aku. Tengok, sebelah aku jugak dia duduk. Haaaa... Nampak tak dalam ramai-ramai orang, aku jugak yang dia percaya? Keh! Keh! Si 'Hanna Delisha' celup tu duduk kat sebelah dia. Dari jauh memang la nampak cam Hanna Delisha. Dekat-dekat, 'HangNak Derita' je aku tengok. Mekap tebal boleh la nak jadi Hanna Delisha ke apa. Si Z jugak yang cun di mata aku. Rambut je la karat! Minah ni la kannnn..

"Z, sapa ni? Kau taknak kenalkan kat kitorang ke?" Mizi memulakan langkah. Kamil yang berbadan gempal memakai T-shirt bergambar kartun anak gajah bertulisan 'ILoveThailand' tu memandang 'Hanna Delisha celup' sambil melopong mulutnya. Tak senonoh betul! Masa ni mungkin dia terlupa akan Mona, gadis idamannya bila nampak awek cun depan mata.

"Ni sepupu aku dari KL. Zura nama dia. Tengah cuti sem. Family dia datang umah aku. So, malam ni aku bawak la dia ronda-ronda dengan aku," jawab Z memperkenalkan sepupu yang sebaya dengannya. Saja dia bawak sepupunya melepak dengannya malam ni. Bagi rasa suasana budak-budak kampung menikmati malam minggu. Kat KL mungkin sama, mungkin lain. Sana lebih moden. Ini kampung's style. Zura tersengih manis sambil melambaikan tangan pada semua yang ada di meja kami : Mizi, Kamil, Ca'un, Amir, Botak, Siti (awek Botak), Reza, Kecik dan aku.

"Hai Zura... Saya Mizi, sebelah saya yang cute pakai baju anak gajah ni, Kamil.. tu Ca'un... yang tu pulak...." dan Mizi pun memperkenalkan kesemua nama-nama yang ada di meja kitorang. Rajin betul. Macam ketua kelas je gayanya. Biasalah. Nak menonjolkan diri.

Aku? Buat bodoh je la. Aku sibuk belek video kat YouTube, tengok abang-abang rider moto besar Malaysia cari parts dan motor rare kat luar negara. Kali ni dorang pegi Jepun. Cari superbike secondhand murah-murah kat sana. Seronok tengok journey orang, pengalaman orang.

"Oi Pa'an! Kau tak dengar ke aku cakap apa?" Suara Z yang kuat diiringi tamparan di lengan aku mengejutkan aku. Eiii minah ni laaaa...

"Kau cakap apa?" aku menyoal semula. Baru aku sedar semua mata di meja tersebut sedang merenung aku.

"Eii dia niii...Kalau tengok video tak toleh kiri-kanan!" Z memarahiku.

Aku tersengih.

"Aku tanya, kau jadi kan ride motor aku malam ni?" Soal Z sekali lagi.

"Aku ke? Malas la.. Kau suruh la orang lain.. Mizi ada, Kecik ada.." Aku menjawab. Aku bukan tak boleh, tapi aku nak rest malam ni. Banyak keja kot kat bengkel tadi. Ramai mangkuk-mangkuk hayun yang nak berlumba malam ni datang ke bengkel Abang Zul. Dan aku selaku pomen tersohor memang selalu dicari.

"Dorang nak bawak moto sendiri la, mangkuk! Kau ni punnnn!" Z menghamun aku. Dia 'mangkuk'kan aku pulak malam ni. Memang takda insurans takaful betul mulutnya.

"Dah tu? Kau je la rider.. Motor kau kan?" Aku geram.

"Betul kau nak aku bawak sendiri? Aku takdehal.." Z membalas. Matanya bersinar. Suka!

Ish! Dia ni. Pantang aku bagi lampu hijau, lajuuuu je dia. Selalunya memang aku larang Z ni berlumba. Tak sesuai. Aku tahu dia berani. Cuma dia tu tetap perempuan. Kadang-kadang gila rider lelaki ni bukan boleh buat main-main. Kadang-kadang main busuk. Aku tahu la.. Aku dah biasa dengan asam-garam rider haram ni.

"Takyah la weh... Jangan nak ngada-ngada. Kau duduk je diam-diam. Motor kau tu aku belum betul-betul buat lagi.. nanti takleh gi.. Kalau kalah, kau yang rugi.. Hari lain la.. hari lain aku yang ride.. Amacam?" Aku memberi alasan.

Z buat muka tak puas hati. Tapi terpaksa akur. Dah penasihat ulung dia cakap macam tu. Walhal aku tahu motor dia tu dah ready je nak terbang. Saja aku diamkan. Supaya dia tak mintak nak turun berlumba malam ni.

"Kau nak makan apa? Aku belanja..Order la.. Order..." Aku cuba beli jiwa awek tak rasmi aku tu. Kah! Kah! Awek tak rasmi konon. Takde maknanya! Pompuan tu bukan ada jiwa pun.

"Hoi! Takkan belanja aku sorang je? Habis, sepupu aku yang comel ni, kau taknak belanja ke? Sekali ar! Kedek la kau ni!!"

Kan aku dah cakap. Si Z ni memang takde jiwa..

"Ye ar... Zura pun sekali... " aku menjawab. Takat dua ketul aweks ni makan, apalah sangat. Duit berkepuk-kepuk dalam bank, ape ade hal?? Tapi duit orang la... bukan duit aku. Kah! Kah!

"Habissss? Kitorang? ?? " yang jantan-jantan pulak menyampuk.

"Banyak la korang! Aku bela insan yang lemah je. Korang bayar sendiri arrrr!" Jawabku sambil sambung tengok video di YouTube.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience