BAB 1 : KISAH DIA

Humor Series 2308

“Dik, bagi top up Maxis RM10.”

“Nak kad ke nak reload terus, bang?”

“Reload terus la…. Senang.”

“Abang tulis nombor kat buku ni.”

Not kertas bernilai RM10 bertukar tangan.

“Terima kasih, bang! Datang lagi!”

“Z, lagi 10minit kau tolong tutup kedai. Aku nak pegi beli telur kat Mydin jap. Kejap lagi tutup pukul 10.00 malam. Ngamuk kakak kau kalau aku lupa beli barang yang dia pesan.”

“Okay, bossss!!!”

Dia mula mengemas kedai. Tepat 10.00 malam, dia menarik shutter pintu kedai yang kecil itu lalu mengeluarkan segugus kunci untuk menguncinya.

“Z!!!!! Kejappppp!!!!” Suara lelaki termengah-mengah melaung dari jauh.

Dia menoleh. Kamil dengan badan gempalnya hampir putus nafas berlari ke arah kedai top up itu.

“Kau nak apa, Kamil? Aku nak tutup kedai dah ni!” Suaranya agak kuat. Tidak puas hati barangkali.

“Kejap laaa… Huh…huh…. Penat aku woiii….” Lelaki bernama Kamil itu cuba menstabilkan pernafasan.

“Aku nak beli top up. …Digi…. RM5!” sambungnya tersekat-sekat.

“Eiii! Gatal laaa… Orang dah kemas kedai, dah nak balik dah ni…. Dari tadi taknak pulak kau datang!” rungutnya.

“Ala, Z….. Tolong laaa… Aku tengah cakap dengan Mona tadi. Tiba-tiba putus. Kredit habis!” Kamil merayu.

“Kau ni, tak habis-habis dengan Mona…. Kau ingat dia nak kat kau ke? Dia nak main-mainkan kau je la….Bape kali aku nak cakap tah? Hish! Degil!” Dia membebel sambil tangannya menolak semula shutter ke atas, membuka suis lampu kedai dan mengambil kad top up Digi bernilai RM5 dari kaunter lalu dihulur kepada Kamil yang sedang tersengih.

“Bak datang RM5. Kau jangan hutang-hutang pulak macam haritu,eh? Aku pelangkung kau nanti!” sambungnya garang.

Kamil menghulurkan not RM1 sebanyak 5 keping. Sian la pulak… Macam duit korek-korek je gayanya.

Dia kemudiannya mencatatkan sesuatu di buku log sebelum memadamkan lampu dan kembali menarik shutter untuk mengunci kedai tersebut.

*******

Motosikal berwarna kuning jenama Yamaha model Y15ZR atau lebih dikenali sebagai YSuku itu membelah jalan raya dalam kegelapan malam.

Maghrib tadi hujan. Jadi malam ini sejuk. Mujurlah dia tidak lupa membawa sweaternya hari ini. Kalau tidak, jadi la macam malam sebelumnya, menggigil dia mengharungi sejuk malam dari pekan untuk pulang ke rumahnya selepas habis kerja.

Sampai di rumah, dia mematikan enjinnya dari jauh dan motosikalnya bergerak dengan senyap masuk ke bawah rumahnya. Rumahnya jenis rumah kampung, rumah tinggi yang ada tiang-tiang tu. Cuma bahagian dapur sahaja di atas tanah dan separuh batu, separuh kayu. Motosikal Ysukunya diparkir kemudian dikunci dengan kemas.

Dia bukanlah orang senang. Bapanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang kelapa sawit berhampiran dan emaknya seorang surirumah sepenuh masa, juga mengambil upah menjahit baju dan mengambil tempahan kuih secara kecil-kecilan.

Abangnya ada tiga orang. Seorang dah berkahwin, tinggal di KL. Anak tiga orang. Jarang balik kampung. Abang keduanya bekerja sebagai technician di kilang elektronik di situ, manakala abang ketiganya sedang belajar di Politeknik Merlimau.

Dia pula belajar sampai SPM je. Itu pun cukup-cukup makan. Jadi memang payah lah nak sambung belajar kat mana-mana. Ada juga dia terfikir untuk ambil sijil kemahiran ke apa, cuma terfikir je la.. Buatnya belum lagi. Sekarang dia bekerja di sebuah kedai top up di pekan milik Abang Malik. Selain kedai top up, Abang Malik ada bukak kedai vape jugak. Sebelah-sebelah je dengan kedai top up.

Abang Malik ni dah kahwin. Anak dua orang. Seorang lelaki 3 tahun dan seorang perempuan berumur 3 bulan. Bini dia, Kak Yanti tua 2 tahun dari Abang Malik. Tapi tak nampak tua pun, sebab badannya kecik macam budak sekolah. Garang orangnya, tapi garang kat Abang Malik je la. Sebab dulu Abang Malik pernah kantoi ngorat janda muda yang kerja kat kedai kopi seberang jalan kedai Abang Malik. Hahahaha! Padan muka kau, bang! Sapa suruh menggatal!

“Zakiah, kau dah balik? Apesal masuk umah tak bagi salam? Kau nak bawak masuk setan sekali ke?” suara emaknya mengejutkannya.

“Erk! Mak! Heee…. Orang dah bagi salam la, Mak…. Tapi mak yang tak dengar,” jawabnya.

“Bagi salam mendenye? Walaupun aku dah tua, tapi aku belum pekak lagi tau! Kau bagi salam sekarang!” arah emaknya.

“Assalamu’alaikum Makkkkkk, ibunda tersayang yang jelita walaupun dah berubannnnn~~” Zakiah memberi salam lalu memeluk dan mencium pipi emaknya dan terus melarikan diri laju-laju ke dalam bilik.

“Hoi! Kurang asam punya budakkkkk~ Dia ejek aku dah beruban! Kau tu balik mandi dulu! Sembahyang, baru tidur! Jangan nak ngelat, ek!” jerit emaknya.

“Orang cuti la, Makkkkk~~~~” laungnya dari dalam bilik.

“Mandiiiiii!!”

“Ya lah… Ya lahhhhh,” sahutnya malas.

Tak lama kemudian bunyi jirusan air di bilik air menandakan ada orang sedang mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience