Sudah 1 minggu Myra perasan akan perubahan sikap Araysh..Araysh berubah seperti mula-mula perkawinan mereka dulu dia sering pulang lewat ke rumah.
Perubahan emosinya juga sama dia kembali menjadi seorang lelaki yang dingin,bengis ada saja yang tak kena pasti akan dijerkah oleh nya.Mereka juga sudah tidak tinggal sebilik.
"Araysh bangun solat subuh" kata Myra sambil mengetuk pintu bilik Araysh.
"Kau apehal nak ketuk2 banyak kali?..Aku tak pekak la bodoh,aku dengar!"Araysh menutup kembali pintu bilik dengan kasarnya.Myra terpampan dihadapan pintu bilik yang sudah ditutup itu..Ya Allah apa yang aku dah buat?..Aku belum rasa puas lagi dengan tempoh 1 bulan pernikahan kami ini Ya Allah :(
Pagi itu Myra tetap juga masakkan sarapan buat Araysh namun seperti sebelum ini sedikit pun tak dijamah nya.Araysh melangkah turun dari tangga menuju ke bangku di tepi pintu untuk memakai kasut.
"Kau letak mana stokin aku?..Lain kali jangan nak memandai ubah kan faham!"kata Araysh dengan nada bengis dan terus berlalu keluar dari rumah.
Myra sudah buntu entah mengapa 1 bulan pernikahan mereka penuh dengan gelak tawa kebahagiaan namun dengan secara tiba2 sahaja Araysh berubah menjadi sebegini..Diri aku yang mulanya bahagia dulu terasa di awan-awangan kini sudah rasa sakitnya jatuh terhempas!
"Aku kena jumpa Aryan tak pun Ashraf tak pun Abang Adam"bisik hati Myra dia pantas menghubungi ketiga-tiga adik beradik nya itu.
Gerabak Restaurant's,
"So tell us what's going on?"soal Abang Adam.
Myra pun menceritakan dari A sampai Z kepada ketiga orang abang nya itu.
"Doalah banyak2,bersabar dengan perangai Araysh tu cuba berbincang baik2 and the most important is kalau dia ada naik tangan jangan senyap bagitahu kami faham!"pesan Ashraf.
"Okay Thanks untuk segala nasihat"balas Myra.
"Dah tak mo nangish2 ni okay today abang belanja order la banyak mana pun" pujuk Abang Adam.Mereka pun menjamu selera.
"Myra nak pergi toilet kejap tau I will back soon"
"Okay jangan lama sangat orang nak balik dah ni tau biy"pesan Aryan.
"Yeye ok"Myra pun melangkah ke Tandas Perempuan apabila dia melintasi sebuah restaurant western sepasang matanya yang cantik itu ternampak akan susuk tubuh seorang yang sangat dikenali iaitu Araysh bermesraan dengan seorang perempuan yang macam pernah dilihat oleh Myra tapi di mana ya?
Myra pantas melangkah masuk ke dalam Restaurant itu dan duduk dibelakang meja pasangan yang masih bermesraan makan suap-suap siap lapkan mulut lagi umm..
"Sayang thanks sebab sudi terima i balik I promise i akan jadi the best wife ever okay ?..I akan jadi isteri yang more perfect dari isteri first you tu"
"Urm I'm happy to hear that ..Tak payah la sebut nama perempuan tu i dh tak ada mood "
"Okok I'm sorry baby..Urm biy bila kita nak nikah?"
"Urm i dah arranged harini Rabu so lusa hari Jumaat pagi kita nikah "balas Araysh dia pun tak tahu kenapa dia mengambil keputusan untuk menikah dengan Mia sedangkan tiada sekelumit pun rasa cinta dia untuk wanita itu..Tanpa sedar kata2 Araysh itu Membuatkan setitik demi setitik air mata Myra berlinangan semua ini adalah mimpi ngeri dalam hidupnya!
"Serius la biy?..Baju nikah tak beli lagi?"
"I dah uruskan semua Mia,so don't worry"balas Araysh.
Yes Mia yang dulu pernah sound aku waktu first day aku nikah dengan Araysh bisik hati Myra hatinya sudah rapuh,retak menunggu belah sahaja..Sekeping hatinya ini sungguh lemah tak mampu untuk bertahan jadi Myra pun melangkah keluar dari Restaurant itu dengan seribu ke dukaan yang tak mungkin dia lupakan.
"Yes berjaya!"jerit Haziq dalam kereta miliknya apabila dia mendengar perbualan Araysh dan wanita tadi dan dia juga melihat Myra menangis di Restaurant itu.Ahh aku yakin kau akan jadi milik aku lepas ni Myra don't worry sayang saya akan gembirakan awak semula.
3:00 a.m
Araysh baru pulang ke rumah begini la rutin hariannya balik lewat dan selalu bergayut dengan telefon..Kuatlah wahai jiwa malam ini segalanya akan diselesaikan desis hati Myra.
"We need to talk Araysh "kata Myra.
"Aku penat esok jela"
"Saya nak kita selesaikan segalanya malam ni jugak"
"Apa kau merepek ni haa?"
"Saya tahu awak akan nikah dengan Mia lusa kan?"
"Yes bagus kau dah tahu awal2 tak menyusahkan aku"
"What do you mean saya menyusahkan awak selamani?..Awak yang paksa saya kawin dengan awak and now awak nak kata saya yang susahkan awak?..Awak yang susahkan diri awak sendiri Araysh!"tengking Myra kesabarannya makin tipis dia sudah tidak tahan lagi.
"Berani kau tinggi suara sekarang ni hah?Aku ni masih suami kau la bodoh!" Jerkah Araysh.
"Suami apa perangai macam ni"balas Myra berani.
"Hey sial la kau ni kurang ajar"kata Araysh dia mengangkat tangan nya mahu menampar Myra.
"Tampar lah..Saya nak awak lepaskan saya supaya awak bebas dan saya jugak bebas"Myra mengesat kasar air matanya yang mengalir.
"Aku tak nak ceraikan kau..Urm biar aku tunaikan permintaan kau..Kau nak sangat kan sekarang ni aku bagi kau rasa suami tak guna buat macam mana dekat isteri dia..Baru kau tahu aku ni siapa Aryan Hadriel Umaira !"kata Araysh dan melangkah menaiki tangga.
Sudah 2 hari Myra berendam air mata harini kalau ikut dia langsung tak mahu melihat majlis akad nikah Araysh namun dia dipaksa oleh Araysh untuk menghadiri majlis itu..Ya Allah kuatkan lah mental dan fizikal hamba mu yang lemah ini :(
"Aku terima nikahnya Nur Mia Zaffeira Binti Dato' Mazlan dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai.
Sah!
Myra yang mendengar sahaja lafaz akad nikah yang dibalas "sah"oleh saksi itu terus mengangkat kaki keluar dari masjid itu..Air matanya sudah berambu-rambu keluar bodohnya kau Myra bazirkan air mata untuk Bad Guy tu!
Tiba2 Iphone 11 milik Myra berdering..
"Hello Assalamualaikum Myra"
"Waalaikumsalam siapa ya?"soal Myra serak.
"Ni mummy lah..Hey sayang mummy ni okay tak?..Macam menangis je anything wrong ke my daughter in law"soal Puan Rafina.
"Erk mummy sorry tak perasan..Myra selsema mummy ok?"soal Myra.
"Mummy okay cuma 1 bulan ni kenapa Araysh dah lama tak datang sini call mummy/daddy pun tak ?"
"Ohh dia busy sangat mummy nanti kalau ada apa2 mummy nak pesan bagitahu Myra"
"Mummy nak pesan jaga diri,jangan lupa solat apa2 mengadu dekat Allah ye sayang Dia lah sebaik-baik tempat mengadu" pesan Puan Rafina.
Lagilah air mata Myra mengalir laju Mummy macam tahu2 sahaja dirinya dalam masalah..Sayangnya aku pada Mummy seperti Ibu kandung kerana layanannya sungguh aku rindu dengan Ibu..Entah mengapalah Puan Nazleeya membenci aku sedangkan aku ini anak kandungnya.
"Okay mummy InsyaAllah jaga diri ya kirim salam kat Daddy"
"Baiklah Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam "balas Myra..Ternyata mummy dan daddy juga tak tahu Araysh bernikah...Myra memasuki kereta miliknya dan meninggalkan perkarangam masjid itu.
-------------------------------------
"Tok saya nak dia bercerai kenapa tak bercerai pun tok mereka cuma bergaduh sahaja"adu Haziq.
"Kau diam lah Ibu yang suruh Tok Ki biarkan perempuan sundal tu kena seksa dengan laki dia lepastu baru depa bercerai alah tunggulah kejap je"sampuk Puan Nazleeya.
"Apa ibu ni Ziq tak nak seksa Myra!"
"Argh diamlah kau dengar je cakap aku atau aku bagi diaorang berbaik semula"ugut Puan Nazleeya.Haziq terpaksa akur.
"Astaghfirullahalazim..Naz,Haziq sampai hati kamu dua apa yang kau buat ni?"soal Encik Zulfan di muka pintu pondok Tok Ki itu.
Puan Nazleeya yang terkejut dengan kehadiran Encik Zulfan pantas mengambil pisau di tepi Tok Ki dan meluru ke arah Encik Zulfan..Akhirnya Encik Zulfan terbaring lemah dilantai dengan berlumuran dengan darah!.
To be continue >
Share this novel