BAB 46

Romance Series 38476

Suasana gelap diluar .Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam.Seorang wanita sedang duduk di kerusi memerhatikan pemandangan luar dari dalam kediaman miliknya.Perempuan itu adalah Anna.

"Myra, i rasa masa i dah sampai.I dapat rasakan yang i akan pergi dalam masa terdekat ni."

"Anna please jangan cakap macam tu saya akan jaga awak sehingga awak sembuh okey."Ujar Myra air matanya dikesat.

"Myra, you tahukan setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Inilah penghujungnya Myra, kekuatan dan semangat i untuk terus berjuang dah hilang.Yang tinggal hanyalah kerelaan menanti detik terakhir pemergian.Janganlah you bersedih Myra, I dah puas menyusahkan semua orang terutamanya Ricky and you.I ada satu sahaja hajat yang i belum sempat nak kotakan i harap you boleh tunaikan permintaan dan hajat i yang terakhir ni."

"I nak tengok Ricky dan you berbaik semula. Itu sahaja satu-satunya impian i."Sambung Anna lagi.

Myra melabuhkan punggungnya dilantai kedua belah tangan wanita yang duduk dikerusi roda itu dicapai lalu digenggamnya erat.

"Anna maafkan saya, saya tak rasa saya boleh tunaikan permintaan awak tu."Kata Myra sambil menangis.Sungguh dia rasa sangat bersalah dan takut jika keputusannya menghampakan hati wanita itu.

"Tolong buat kali terakhir."Rayu Anna
Perlahan-lahan bayang wanita itu menghilang dari mata.

Myra pantas bangun nafasnya tercungap-cungap.Air matanya mengalir-ngalir membasahi pipi.

Sudah tiga hari Myra mimpi perkara yang sama.Arwah Anna datang dan meminta supaya dia dan Hezrique berbaik semula.Ya Allah apakah maksud mimpi ini?.Myra pantas bangun lalu membersihkan diri untuk menunaikan solat sunat istikarah.

"Kau okey ke Rick?"Soal Alvin mematikan lamunan Hezrique.

"Eh apa?.Sorry aku tak dengar."Balas Hezrique seluruh tumpuannya diberikan kepada sahabat baiknya itu.

"Kau okey ke lately ni nampak kau macam serabut kau ada masalah ke?"

"Hmph esok adalah hari penentuan.Penentuan sama ada Myra akan berikan aku peluang kedua ataupun sebaliknya."

"Sebaliknya?"

"Cerai."Balas Hezrique lemah.Kepalanya diletakkan diatas meja kerja.

"Seriously kenapa baru harini kau nak cerita dekat aku bro?"Soal Alvin kecewa tak sangka Hezrique mahu merahsiakan hal itu daripadanya.

"Aku tak nak serabutkan otak kau dengan masalah aku, its okay my bro."Ujar Hezrique bahu Alvin ditepuk perlahan.

Selesai memandikan Hail, Myra meletakkan bayi kecil itu diatas katil.Sekejap sahaja masa berlalu, esok Hezrique akan pulang semula ke Malaysia esok juga dirinya perlu membuat keputusan yang tepat.Keputusan yang sangat berat untuk dibuat ianya melibatkan segalanya soal dia, Hezrique dan juga Hail.

"Hye mummy."Sapa Endrique dihadapan muka pintu bilik Myra.

"Hye uncle come in."Ujar Myra pada adik iparnya itu.

"Sorry kacau you.Urm i nak main dengan Hail boleh?"Pinta Endrique.

"Mainlah.Hmm Endy you tahu tak esok flight Ricky pukul berapa?"

"I rasa pukul 5 petang macam tu lah."Balas Endrique sambil mengelus pipi tembam anak abangnya itu.

"Ooh dia ada text you tak selama dia tak ada dekat sini?"Soal Myra lagi.

"Ada.He always asked about you and baby."Balas Endrique.

Myra hanya diam membisu.

"I tak sedap hatilah. Actually berapa harini dia selalu pesan kalau apa-apa jadi please take care of you and Hail for him.I rasa macam entahlah something sangat bila dia cakap macamtu."Jelas Endrique.Hail yang berada dalam dakapannya diletakkan semula diatas katil.

"You jangan main-main Endy.I pun ada juga mimpi arwah Anna dan dua hari lepas i mimpi juga Ricky datang pada i dia minta maaf pada i selepas tu dia pergi tinggalkan i."Adu Myra manik-manik jernih juga sudah mula turun membasahi pipinya.

"Tak ada apalah maybe petunjuk supaya you buat keputusuan yang tepat.I keluar dulu goodnight."

Sebaik sahaja Endrique melangkah keluar Myra pantas mengambil telefon bimbitnya lalu nombor telefon Hezrique dicari dan terus dihubungi.Beberapa minit kemudian talian mereka bersambung.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam sayang, you sihat?.Rindunya i dekat you."Ujar Hezrique ceria.

"Rick saya dah buat keputusan."Kata Myra lafaz bismillah diucap mudah-mudahan ini adalah keputusan yang tepat buat mereka sekeluarga.

"I'm ready what is it?"Soal Hezrique tenang.Matanya dipejamkan untuk mengurangkan debaran didada yang sangat kuat.

"Maafkan saya Rick.Saya cintakan awak, sangat-sangat cintakan awak.Saya tak mahu kita berpisah saya nak kita bina balik keluarga kecil kita ni bersama.Saya nak kita sama-sama berikan sepenuhnya rasa kasih dan sayang pada Hail.Saya nak selamanya menjadi hak milik awak Hezrique Alexaver Zys. I love you Ricky, i really do."Kata Myra lirih.

"Sayang are you seriously?.I tak salah dengarkan?.Alhamdulillah finally."Ucap Hezrique penuh kesyukuran.

"Awak maafkan saya ye.Cepat balik tau sayang, saya rindu awak sangat-sangat.Hail juga rindukan daddy dia."

"Insya-Allah esok petang flight i.Urm sayang esok you tak payah ambilkan i dekat airport tau sayang tunggu dekat rumah je i ada tempat special nak bawa sayang pergi okey?"

"Awak janji eh balik?.Janji akan bina balik keluarga kecil kita yang penuh dengan tawa dan bahagia?.Esok awak balik pakai baju warna apa?"Soal Myra lagi.

"Macam biasalah kemeja putih my fav.Esok sayang pakai cantik-cantik tau."Pesan Hezrique pula.

"Okey sayang Hail dah nangis nak susu take care tau i love you.Esok kita jumpa tau rindunya saya nak genggam tangan awak."Ujar Myra sayu.

"Don't worry my love, i promise i will hold your hand untill the end of my last breath.I am willing to do anything to atone for all my mistakes i ever done to you.I'm so sorry."Ujar Hezrique membuatkan Myra berasa sangat sayu dan hiba apabila mendengar suara lelaki itu.

"Kita lupakan soal tu semua okey.Saya kena letak telefon dah ni bye assalamualaikum i love you see you tomorrow."

"Waalaikumsalam see you tomorrow love you too honey."

Apabila talian dimatikan Myra terus mendapatkan anak kecilnya yang masih menangis diatas katil.

"Esok kita jumpa daddy ye sayang syhh mummy ada ni tidur ye tak nak nangis-nangis."Pujuk Myra sambil mengendong Hail yang sudah berada di dalam dakapannya itu.
Usai menidurkan si cilik Myra mencapai buku diari kecil miliknya lalu jari jemarinya mula ligat menulis:

Terima kasih pemegang hati,
Masih jua kekal sudi,
Menjadi sang mentari,
Memberi getaran hakiki,
Yang tak semua miliki,
Dalam hidupku ini,
Meski pincangku tak terubati.

Kamulah yang satu,
Tiada dua gantinya,
Tidak pernah jemu,
Ingin selalu dekat denganmu,
Cukup membahagiakan diriku.

Tak terbayang akan waktu
Andai kamu hilang berlalu,
Kuatkah aku ?

Happy Reading. Nantikan Epilog Badguy esok!!! Get ready ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience