Rate

Chapter 2

Fantasy Series 309

Aku berlari sekuat tenaga aku. Tak kesah la apa jadi dengan muka aku sekarang, yang penting aku lari.

Bunyi yang bising dari belakang semakin dekat. Apa aku nak buat sekarang? Panjat pokok? Pura pura mati? Oh god....

Kaki semakin terasa lenguh akibat tidak henti berlari. Berkemungkinan aku bakal tersungkur.

"Aku tak tahan. Aku penat!!!!!. Takde ke orang kat sini???? Woiiiiii!!! Takde orang ke???????"

Aku menjerit sekuat hati. Air mata aku dah mula keluar. Haaa... aku cuba ingat balik puding yang aku beli semalam.

Aku belum dapat nak merasa puding tu. Dahla limited edition punya puding. Beli dengan harga mahal. Ah why hidup aku boleh jadi macam ni?

Larian aku semakin perlahan. Aku dah tak mampu nak berlari lagi. Akhirnya aku terjatuh di atas tanah.

"Aku redha kalau 'benda' tu nak makan aku. Silakan... aku nak rehat". Aku menutup mata aku perlahan. Seluruh badan aku rasa sengal sengal.

Mungkin ajal aku nak tiba kot...

Dalam mata aku tertutup, aku seperti terdengar seseorang bercakap nyaring.

Nyaring ke? Ke kuat?

Lebih kurang macam tu la. Otak aku tak dapat berfikir dengan baik.

Aku mendengar seseorang memanggil nama seseorang berulang kali.

"Ae..."

"...neas"

"Aeneas...!"

Ahh siapa pula dia panggil tu? Kau tak nampak ke aku dah separuh mati dah.

Aku tak dapat tahan lagi. Dalam sesaat kemudian dunia menjadi gelap..

  ---------------------

"Peghhh!!! Ikan ni sedap sia. Macam mana kau masak Ris?". Seseorang berkata dengan lantang.

"See my level la". Seseorang berkata lagi.

"Ris kan selalu masuk hutan. Normal la kalau dia pandai masak. Erghh". Aku mendengar lagi seseorang yang lain menyampuk dengan suara yang menyampah.

"Cakaplah kau jeles hahahaha! Tu la, kau tahu cara nak goda perempuan je. Sampai masak pun tak reti hahahaha!..". Kali ni suara yang lain lagi menyampuk.

"Mar. rym. jangan mulakan". Seseorang berkata dengan suara yang wow. Deep gila suara dia.

"Fine huh!". Bunyi derapan kasut meninggalkan tempat ini. Aku melihat telapak tangan aku. Banyak bekas bekas garis luka. Aku pelik. Dari mana pula luka luka ni???

"Aeneas?". Seseorang memanggil.

Aku melihat di belakangku. Lelaki berwajah teramatlah tampan pada aku, sedang melihat aku dengan raut wajah yang cemas.

"Sakit sangat ke tangan tu? Nak aku ubatkan???" Dia bertanya dengan nada yang cemas.

Aku hanya terdiam. Dia cakap dengan siapa?

"Neas???". Aku hanya melihat wajah lelaki tu. Siapa pula dia panggil sekarang ni???

"Neas!!! Kenapa diam? Kau ada sakit mana mana lagi ke? Neas?!". Lelaki tu semakin cemas. Aku hanya diam tak berbicara.

Apa berlaku?

"Kenapa Menw?" Seseorang bertanya.

"Neas... dia tak bercakap dari tadi. Aku tanya dia langsung tak jawab". Lelaki tampan tu melihat belakang dia. Aku cuba melirik di belakangnya.

Damn

Adakah ini harem

Penuh dengan lelaki hensem

Aku yang lelaki ni pun kaget.

Berdiri empat lelaki di belakang melihat ke arah aku. Masing masing berjalan perlahan menuju ke tempat aku. Seseorang bertanya pada ku.

"Neas. Kau ada sakit mana mana ke? Tadi kau banyak keluarkan mana kau. Takut effect apa apa ke". Aku hanya melihat wajah lelaki yang bertanya itu.

Otak jem kejap

"Neas...". Lelaki yang dipanggil 'Menw' tadi cuba menyentuh aku.

"....!"

"Aaaaaaaaaaa". Aku membuka mata aku. Nafas aku tercungap cungap. Peluh mengalir deras di dahi aku.

Mimpi ke tadi?

Aku melihat ke bawah tempat aku berbaring tadi.

Katil kah?

Tapi lebih kepada daun...

Rasa empuk

Aku lihat sekeliling. Kawasan yang agak asing. Penuh dengan pokok dan lebih kepada rumah hutan? Aku tak tahu nak huraikan macam mana tapi sumpah cantik kawasan ni.

"Kau dah sedar?"

Aku terkejut mendengar seseorang menyapa. Aku melihat seorang lelaki berambut panjang berwarna merah berjalan masuk sambil membawa cawan di tangan.

Kemudian dia menghulurkan cawan kepada ku. Aku menyambut perlahan lalu melihat di dalam cawan tersebut.

Oh air.

"Minum. Badan kau tak cukup air". Aku hanya mengangguk lalu minum perlahan.

"Kenapa kau lari?". Lelaki tu bertanya

"Maksud kau?". Aku mengerutkan dahi aku. Tak faham dengan maksud dia. Sesekali aku cuba berdehem sedikit bagi selesakan tengkorok aku. Mungkin sebab aku menjerit terlampau lama.

"Aku tanya kenapa kau lari tadi?". Dia bertanya lagi.

Macam mana aku nak jawab kalau aku tak faham kau gila.

"Lari dari ular besar tadi? Ya iyalah aku lari. Aku taknak kena makan aku lari la. Duhh...". Aku menjawab protes. Soalan ajak gaduh.

"Apa maksud kau? Ular besar?" Lelaki tu melihat aku seperti mahu bunuh.

Dah kenapa???

"Yela gila. Kau sendiri nampak kan ular besar warna merah tadi tu. Benda tu yang kejar aku macam apa. Fuh". Aku teringat balik detik aku hampir mati tadi. Agak menyeramkan.

"Tapi terima kasih la sebab dah tolong aku. Kalau tak maybe aku kena makan dah tadi". Aku sambung lagi. Aku menghabiskan air di dalam cawan. Kemudian mata aku melihat lelaki yang sejak tadi merenung aku tak menyudah.

"Kau...". Lelaki tu berkata perlahan.

"Aku?...". Aku melihat lelaki tu.

"Kau tak kenal aku???" Lelaki tu bertanya dengan tiba tiba.

"...."

Jumpa pun tak macam mana nak kenal?

"Mengarut apa kau? Muka kau ni first time aku nampak. Macam mana nak kenal? Btw, rambut kau cantik". Aku tersenyum sedikit.
Rambut lelaki ni cantik merahnya. Lurus panjang. Dia Elf ke?

Aku cuba melihat telinga dia.

Oh biasa je. Ingatkan Elf.

"Aku bukan Elf". Lelaki tu berkata mendatar.

Macam tahu tahu je dia ni.

"Apa nama tempat ni?". Aku bertanya.

"Magical Forest...". Lelaki berambut Merah itu menjawab. Sesekali dia melihat ke arah Timur.

Macam mana aku tahu?

Sebab aku belajar Geografi.

"Boleh tahan gempak nama hutan ni. Sebab apa letak nama macam tu". Aku bertanya santai.

"Sebab banyak Mana dekat hutan ni. Hutan ni banyak juga herba herba kualiti tinggi. Herba yang jarang nak dapat pun ada. Sebab itu kawasan hutan ni dipanggil Magical Forest". Lelaki tu menerangkan satu persatu. Dia membungkuk sedikit lalu memetik rumput yang berada di kakinya.

"Contoh macam rumput ni...". Dia melukakan jarinya sedikit lalu menempelkan rumput itu di luka tadi.

Dalam masa sekejap, bahagian luka tersebut sembuh sepenuhnya.

"Woahhhh!!!". Aku melihat kagum. Kali pertama aku baru tahu rumput ni rupanya berguna dalam hidup.

"Tapi rumput ni cuma dapat tutup luka kecil sahaja. Kalau luka besar tak berkesan. Orang ramai buat rumput ni jadikan potion. Bagi senang petualang petualang nak bawa". Dia berkata lagi.

Aku menganggukkan kepala aku. Kira rumput ni masih tak berguna juga. Eh...tapi masih berguna juga. Haa apa apa lah.

"Kira macam isekai la ni?". Aku berbaring santai. Lelaki itu merenung mata aku dalam.

"Isekai?...apa itu". Dia mengerutkan keningnya.

"Ohh lupakan. Hahaha". Aku melihat lagi rambut merahnya yang panjang. Memang cantik.

Sedang sedang aku hanyut dalam dunia ku, aku terfikir sesuatu.

"Kau cakap ni hutan penuh dengan mana dan banyak herba herba kualiti tinggi. Kau duduk sini kira kau ni penjaga hutan ni la kan?". Aku terlihat dia sedikit tersentak dengan pertanyaan aku.

"Erm lebih kurang la. Haa...aku penjaga hutan ni. Aku jaga hutan ni bagi elak orang luar datang nak bunuh ka-". Dia terhenti sekejap.

"Ka?"

Dia berdehem perlahan

"...bunuh kawasan hutan ni. Maklumlah manusia kan suka dengki". Lelaki itu menjawab.

Aku mengangguk kepala aku. Oh kira ular besar tadi itu dia ke?

Baru tahu.

"...."

Eh?!

Eh?!

Ular besar?

Yang kejar aku tadi??

Kalau diingat balik warna kulit ular tadi tu...

Aku membeliak tak percaya

"Kau....".

"Baru sekarang kau sadar aku siapa?". Lelaki tu tersenyum sinis.

"Kau ular besar!!!". Aku berkata separa menjerit.

"Bukan bodoh! Aku bukan Ular!!! Aku Naga!!!. Haih". Lelaki tu mengurut pelipis dahinya.

"Ha? Naga?"

Naga?

Peluh aku mula berkeringat.

Nak banding ular dengan naga....

Dengan kecepatan refleks aku, aku terus berlutut lalu menyembam mukaku ke tanah. Aku bersujud di hadapan lelaki ni.

"Maafkan tuan hamba. Tuan hamba tak tahu itu Tuanku. Tuan hamba mohon jangan bunub tuan hamba. Tuan hamba hanyalah manusia lemah". Aku cuba berkata merayu.

Mana tahu naga ni niat nak bunuh aku.

Dahlah aku masih muda.

"Kau kenapa? Oi! Bangun. Kau merepek apa ni?". Lelaki itu menarik tangan aku memaksa aku berdiri.

"Kau tak bunuh aku?". Aku bertanya ragu ragu.

"Tak! Buat apa aku nak bunuh kau. Kalau aku ada niat nak bunuh dah lama aku bunuh". Lelaki tu mengeluh berat.

"Erm...erm baiklah". Aku duduk kembali di atas daun empuk itu.

"Nama kau?". Dia bertanya.

"Rubeus"

"Rubeus?"

Aku hanya mendiamkan diri aku. Lelaki di hadapan aku menatap mata aku.

"Kau?". Aku bertanya kembali.

Dia tersenyum sedikit lalu mengerakkan bibirnya menjawab.

"Gwydion"

Dia memberikan pandangan sedih kearah aku. Angin lembut mula datang menampar perlahan ke arah muka ku. Seperti memberi suasana yang familiar yang lama aku tak merasa.

Dalam masa yang sama juga, hati aku terasa satu perasaan aneh yang muncul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience