Aku berlari dengan pantas. Peluh yang sudah berjujuran mengalir aku abaikan. Apa yang ada di fikiran aku sekarang ialah LARI!!!!.
Kaki aku terus menerus melangkah tanpa sedikit pun untuk cuba melirik ke belakang. Aku tahu, sedikit sahaja aku melirikkan mata ku kebelakang aku yakin aku akan kehilangan keseimbangan badan.
Bunyi bingit yang terhasil di belakang semakin menghampiri aku. Tahu la aku 'dia' semakin dekat. Otak ku cuba pikirkan balik situasi yang berlaku pada aku sekarang. Kenapa? Kenapa aku terpaksa lalui situasi macam ni?
Flashback
Nama aku Rubeus. Bukan bius. Umur aku dah genap 20 tahun sekarang. Aku masih lagi student.
Aku yang sedang terbaring malas di atas katil sambil tergolek golek. Hujung minggu macam ni memang fav semua student, termasuk aku. Tangan aku lincah scroll screen telefon ku.
Niat nak order makanan
Tapi aku malas
Tanpa aku sadar, mata aku mula memberat.
Aku tertidur.
Chirp chirp
Sejak bila aku bela burung dekat rumah?
Aku cuba buka mata aku, dan mengejutkan aku sekeliling aku dah berubah.
Eh?!
Chotto matte!!!!!!!
Aku ada dekat tempat lain? Tapi... agak familiar pada aku. Aku lihat sekeliling aku yang penuh dengan pokok pokok tinggi. Tanah yang lembap.
"Aku kat mana?.."
Aku lihat lagi sekeliling aku. Cuba sedapkan hati aku. Mungkin aku tertidur sementara aku tunggu kawan aku yang lain yang sedang memancing. Aku ingat lagi kawan kawan aku yang ajak aku mancing pagi tadi.
Ya! Maybe aku tertidur. Aku sambung lihat sekelilingku, perasaan aku makin tak sedap bila terdengar suara suara asing dalam hutan ni. Otak aku dah menangkap realiti. Ini bukan hutan yang selalu aku datang dengan kawan kawan aku time nak munuju ke sungai tempat kami memancing. Peluh sudah meleleh di dahi aku.
"Patut ke aku tunggu lebih lama. Mana tahu someone akan datang cari aku".
Aku sambung duduk dan tengok sekelilingku.
Perasaan tidak enak aku makin terasa. Seperti ada something yang akan berlaku. Aku abaikan.
Buat buat tak rasa.
Takut makin aku hiraukan akan makin teruk rasanya.
Sedang sedang aku termenung jauh, cuba menjalankan otak aku. Aku cuba ingat balik ada tak mimpi mimpi ke apa apa ke...
Macam dalam cerita isekai.
Haha
Tapi hasilnya tetap sama. Aku tak ingat mimpi sebelum aku datang sini.
Entah kenapa aku rasa macam benda ni semua adalah realiti. Aku cuba memerahkan otak aku lagi untuk berfikir lebih dalam.
Semakin aku perah otak aku, semakin aku pening.
Dahlah.
Aku bangun dari tempat yang aku duduk lalu cuba melangkah pergi. Sambil sambil mata melihat sekeliling, telinga mendengar suasana dalam hutan besar ni.
Makin aku dapat rasa semua ini realiti. Aku melangkah lebih dalam ke dalam hutan. Dapat rasakan aura yang membuat manusia nak melarikan diri.
Bulu roma aku berdiri tegak seperti memberi signal sesuatu akan datang.
Tapi aku abaikan.
Aku melangkah kan kaki lebih laju dan hingga sesuatu yang menangkap padangan aku.
Mata ku terbeliak tengok pemandangan yang terhidang di depan aku.
Bukan makanan!.
Mungkin kalau aku beritahu kawan kawan aku apa yang aku lihat sekarang, besar kemungkinan diorang tak akan percaya dengan ayat aku.
Ular gergasi...?!
Berwarna merah yang sedang tidur.... mungkin.... berada dihadapan aku. Jantung aku berdegup kencang.
Ular apa tu Raju?
Besar dia je dapat kalahkan rumah aku.
Otak aku cuba memberi isyarat untuk melangkah perlahan kebelakang. Tak berani menganggu 'si merah' terbangun dari mimpi indahnya. Aku menapak perlahan lahan sambil sambil mata melihat kebelakang.
Prakkk
KAMBING!!!!!!
Aku melihat bawah. Tanpa aku sedar aku terpijak ranting kayu kecil. Berbagai sumpah seranah aku keluarkan dari hati . Peluh mula berkeringat di dahi. Dapat aku dengar bunyi pelik di belakang.
Aku memberanikan diri melihat belakang.
Apa pun yang terjadi... aku reda...
Nyettt
Tepat!
'Si merah' sudah terjaga. Dan matanya tepat memandang mata aku.
Tuhan
Dengan sepantas kilat aku melangkah meninggalkan ular besar itu. Bunyi bingit yang terhasil dari ular itu membuatkan hutan ini penuh dengan suara yang mengerikan.
Aku berlari. Ya! Lari dengan laju yang semungkin. Aku tahu kepantasan aku tak dapat lari dari ular gergasi itu.
Berdoa je la mampu.
Dan pada waktu itu, otak aku akhirnya dapat teka teki yang bercelaru di otak tadi. Aku sedar, sekarang ni memang realiti. Dan aku, berada di dimensi lain.
Damn.
Dasar isekai.
Hi! Terima kasih sebab support novel aku yang tak seberapa Aku masih baru dalam bidang penulisan. And aku still cari pengalaman❤️( ◠‿◠ ) Aku harap korang dapattegur jika aku ada salah tersilap time aku update chapter. Sila lah tegurand aku cuba perbaiki penulisan aku( ͡° ͜ʖ ͡°) Orite tu je.
Share this novel