CHAPTER 5

Romance Series 38232

"Hoii bangun!! Best nye kau tidurkan!Kite dah sampai." Pakcik Hilman mengejutkan anaknya.

Qaisara yang terpisat-pisat memandang sekelilingnya melalui tingkap."Kita dekat mane ni ayah?" Soal Sara.

"Kau ni dah nyanyok ke..Aku kan dah cakap nak hantar kau dekat club malam.Ni la club malamnye." Kata Pakcik Hilman.

"Dah dah...Kau keluar sekarang! Ambik beg-beg kau!" Arah ayahnya.

"Sara taknak duduk sini ayah!" Rintih Qaisara.Namun rintihannya tidak dilayan oleh ayahnya.

Pakcik Hilman keluar dan bersalam dengan seorang lelaki yang berbangsa Cina.Qaisara terpaksa keluar dan mengambil beg-begnya.

"Ni anak aku...Nama dia Sara." Ujar Pakcik Hilman kepada lelaki itu.

"Ooo...Wow! Bertudung.She's so beautiful." Kata lelaki itu sambil tersenyum nakal.

"Wong..Kau nak beli dia berapa?" Tanya Pakcik Hilman.Tersentak Qaisara apabila terdengar pertanyaan ayahnya.

"Aku tak kisah.Kalau tengok dari luar....mahal pon takpe." Kata lelaki Cina itu yang bernama Wong.

"Kalau aku jual dia 10000 ringgit kau nak tak?" Soal Pakcik Hilman.

"On." Kata lelaki itu sepatah.Lelaki itu mengheret Qaisara kedalam.

Hampir pengsan Qaisara apabila melihat suasana didalam itu.Penuh dengan arak.Perempuan berpakaian tidak senonoh.Malu pula rasanya apabila dia melihat semua itu.

"Guys..Attention! Ini budak baru,nama dia Qaisara.Stacy tunjukkan dia bilik kosong.And bagi dia pakaian kau yang ada." Kata Wong.

"Kenapa pulak aku kena bagi dia baju aku?" Soal Stacy.

"Kau tengok la dia.Dia pakai baju kurung...bertudung pulak tu.Mustahil dia pakai baju macam kau." Kata lelaki cina itu.

"Yela yela.Sara..let's go..follow me." Panggil wanita itu.

Qaisara hanya menurut sahaja.Dia tidak berani untuk melawan kata-kata mereka.

"Sara bilik U kat atas..Bilik bawah dah penuh.Nanti U pergi letak beg-beg U ni and ikut I ke bilik I.I nak bagi U baju." Ujar Stacy.

"Tapi saya dah bawak baju saya sendiri." Kata Sara dengan perlahan.

"No!! Baju yang U bawak tu takdapat menambat selera lelaki.U just pakai baju yang I bagi." Kata Stacy.

"U kena pandai menambat selera lelaki.U kena pandai melayan diorang.Makin lama U layan diorang...makin banyak duit yang U dapat."Sambung Stacy lagi.

Qaisara mendiamkan diri.Dia berasa takut apabila Stacy menyebut perkataan 'melayan'.Dia menelan air liurnya.Terasa pahit di tekak.

Qaisara tidak putus-putus berdoa kepada Allah didalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience