CHAPTER 15

Romance Series 38232

Selepas Qaisara menolong ibu mertuanya mencuci pinggan,dia terus mencari kelibat suaminya.

"Mummy...Mana Hazriq?"Tanya Qaisara kepada Puan Sri Zahirah.

"Hazriq?" Soal mummynya.

"Haah.Dari tadi tak nampak dia." Balas Qaisara.

"Sara panggil Hazriq jer?" Tanya Puan Sri Zahirah lagi.

Qaisara berfikir sejenak.Ada masalah ke dengan panggilannya.

"Sara tak panggil Hazriq abang?" Soalnya lagi.

"Ehh...Maksud Sara..Sara cari Abang Riq.Mane dia?" Kata Qaisara sambil menggaru kepalanya.

"Mummy rasa dia dekat luar.Harini mummy tengok dia banyak termenung."Ujar Puan Sri Zahirah.

"Sara keluar dulu ye mummy." Kata Qaisara sebelum berlalu pergi.

Qaisara terserempak dengan Hazriq semasa dia ingin keluar ke halaman rumah.

"We need to talk."Kata Hazriq sambil menarik tangan Qaisara.

"Kita nak ke mane?Kita bercakap kat sini pon bolehkan?"
"Abang Riq nak pergi mane tu?Maya nak ikut." Kata Maya sambil menuruni anak tangga.

"Sekarang kau dah tahu kan kenapa kita tak boleh bincang dekat sini." Kata Hazriq sambil menjeling kearah Maya.

"Abang Riq nak pergi mane?" Tanya Maya lagi.

"Kita orang nak pergi shopping..." Jawab Hazriq lalu dia merangkul pinggang isterinya.

"Maya nak ikut." Kata Maya.

"Hanya kami berdua." Sambung Hazriq lagi.Maya mula mencebik apabila mendengar kata-kata Hazriq.

"Jom sayang." Panggil Hazriq.Dia memberi isyarat mata kearah Qaisara.

"Kejap ye bang.Sara nak pakai tudung."Balas Qaisara.

"Im waiting you." Kata Hazriq.

Qaisara menaiki tangga untuk ke biliknya.Dia menyapukan bedak diwajahnya dan dia mencalitkan pelembap bibir di bibirnya.Dia melilitkan tudung di kepalanya.

Setelah siap,kakinya laju menuruni anak tangga.Dia melihat Maya masih di halaman rumah.

"Bye Maya." Kata Qaisara sambil tangannya melambai-lambai kearah Maya.

Maya menghentakkan kakinya tanda protes.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Apa yang awak nak cakap?" Tanya Qaisara.

"Boleh tak kau panggil aku abang?"Soal Hazriq.

"Kenapa pulak?" Soal Qaisara lagi.

"Sebab mummy dah tanya tadi."Kata Hazriq.

"Mummy tanya awak jugak?" Tanya Qaisara.

"Haah.Mummy pon tanya kau jugak ke?"

"Hmm." Jawab Qaisara sepatah.

"So now kau kena panggil aku abang.And aku panggil kau Sara.Ok?" Cadang Hazriq.

"Tapi tak biasa la.Lidah saya bukannya boleh belajar secara mengejut." Kata Qaisara sambil menjelirkan lidahnya.

"Berlakon depan mummy jer." Kata Hazriq.

"Yela yela." Qaisara akur.

"Lagi satu,aku nak kau tidur atas katil.Aku tidur bawah." Kata Hazriq.

"Awak tak kisah?" Tanya Sara.

"Tak." Jawab Hazriq sepatah.

"Jom kita balik,abang." Kata Qaisara.

Hazriq menaikkan keningnya.

"Practice." Jawab Qaisara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience