BAB 10

Drama Completed 2511

“Aku akan lepaskan kau kalau kamu berjanji tidak mengganggu anak aku lagi. Sama ada budak ini atau budak lelaki itu..” Ustaz Leh memicit ibu jari kaki Nora dengan biji lada hitam.

” Jangannnnn…sakittt….aku mahu dia tahu yang aku suka bangat sama dia pak. Aku suka anak lelaki kamu itu pakk…tolong pakk..sakittt deh..aaaahh GOBLOK..!!!” dia menjerit dan meronta ronta. Kesian aku tengok Pak Su Usop selaku pembantu Ustaz Leh, memegang Nora yang meronta ronta hebat.

” Kenapa kamu suka sama anak lelaki ku..kenapa..kamu sadar dia bukan untukmu…” Ustaz Leh melawan mata dengan Nora.

” Sebab dia ‘panggil’ ku, dia bagi aku makan..aku sangat kenyang dan aku suka makan makanan itu…sakit Pakk..lepas kan aku…!!” Ustaz Leh berpaling pada ku seketika. Aku hanya mengeleng geleng kan kepala tanda tidak mengerti apa yang ‘Nora ’ maksudkan.

” Apa yang dia bagi kamu makan…..”

” Asap sama aroma daging cincang berwarna merah…”

Bagai ada satu gunung menghempap kepala ku mendengar ‘Nora ’ berkata sedemikian. Aku imbas balik apa yang lakukan pada malam aku berseorangan hari hari yang lepas…Ya..daging cincang untuk aku masak spageti dan juga asap rokok yang aku hisap pada malam malam hari aku berborak dengannya…aku jadi terkedu. Aku pandang Mak Cu dan juga Kak Nab…aku jungkit bahu ku lemah.

” Sekarang aku mahu kau lupakan anak aku..kerna dia sudah berpunya…aku juga mahu kamu keluar dari tubuh anak perempuan ku ini.” sekali lagi suara Ustaz Leh bergema.

” Aku ngakk mahuu…anak perempuan mu yang jumpa aku dan bawa ku balik….jangan kacau aku banjingannnn..!!” nafas ‘Nora ’ turun naik dan sesekali cuba mengigit tangan Pak su Usop.

” Dimana dia jumpa kamu…” Ustaz Leh memicit ibu jari kaki kanan ‘Nora ’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience