BAB 6

Drama Completed 2511

” Ooo,Maimun …tak tidur lagi ke..dah lewat malam dah ni..” ceh ceh ceh…concern nampakk. Kontrol macho pulak aku ni.

” Tak boleh ker..Maimun call Dan, dah tidur ker..?” mak ooii…tu dia,suara bak buluh perindu.Kalau suara gini di bawa nyanyi, sure tak boleh cari makan artis-artis Malaysia.

” Eh..siapa kata tak boleh…Dan dari tadi cuba call Maimun, tapi tak dapat..tau..” aku cuba untuk memecahkan persoalan yang dari siang tadi berlegar di ruang kepala.

” Ye ke…tak dapat pun..tipu eekk…” gulp…aku rasa lain macam jer sekarang. Aku beralih pandang ke screen telefon ku. Sah, memang nombor ni lah aku call siang tadi. Tapi bukan Maimun yang angkat, si Nora brutal tu yang jawab. Aku keliru sendirian.

Dalam kesamaran cahaya bilik ku, aku bermain madah kata kata cinta dengan Maimun. Seolah-olah persoalan yang sebentar tadi melayang layang dalam otak aku, tidak pernah wujud. Aku sekali lagi terbuai dengan kelunakan suara sang pemilik, yang aku tidak kenal langsung. Suaranya itu bagai memberi aku nafas baru. Ungkapan ungkapan indah dan mekar,senang saja di lucutkan dari bibirku ini. Sehinggalah aku terlelap lagi sekali tanpa ucapan apa apa dari aku dan juga Maimun.

Hari Maulidur Rasul, cuti umum bagi Malaysia. Aku sesekali menyumpah nyumpah diri ini kerana aku terbabas solat Isyak dan juga Subuh sekaligus. Entah mengapa aku begitu asyik berborak dengan Maimun, sampai aku terleka tentang kewajipan ku yang wajib dilaksanakan. Kalau mak tahu…teruk aku kena balun.

Masa aku keluar makan tengahhari, aku teringat janji ku dengan Nora. Akan aku selesaikan perkara yang membuntukan otak aku ni. Makin lama aku bendung, makin sarat. Siapa antara mereka yang menipu aku. Maimun atau Nora. Tapi kedua dua awek tu langsung aku tak kenal, macam mana aku boleh menghakimi mereka. Aduuuhh..bengap otak aku beb. Baik aku layan soru dulu.

Setelah pulang dari rumah wakil kawasan yang bertanding, aku terus pecut laju menuju ke Tasik Titiwangsa. Aku ambil parking di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku menunggu panggilan dari Nora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience