Rate

Bab 1

Romance Series 11102

Kelihatan seseorang sedang berjalan dihadapan bus stop itu ke kiri dan ke kanan sesekali tangan nya menguak rambutnya kebelakang yang berjuntaian kedahinya yang dipotong mengikut style rambut lelaki zaman sekarang,
sekali pandang macam seorang lelaki dua kali pandang tetap sama juga, tiga kali pandang rupa-rupanya si dia seorang gadis daa.

"alahai bie ni time macam ni lah bie nak buat hal, bie tahu tak yang sayang ni dah lambat nak masuk kerja, dah tu banyak pula kerja yang tak siap lagi ya allah!!"bebel nurin panjang lebar sambil itu dia menyepak-nyepak tayar keretanya itu dengan bebelan yang tak sudah.

"kereta ni pun satu tadi elok je takkan merajuk kot sebab aku singgah sekejap kat 7 eleven, eh kira untung lah aku bagi dia rest haishh!! tak faham aku dengan kereta zaman sekarang"ujar nya lagi.

nurin apa yang kau merepek ni dah macam orang tak betul je.gumam nurin perlahan tanpa menyedari yang dirinya tidak ubah seperti orang gila.
tercengang seseorang yang sedang melihat kearahnya sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu lalu berkata.

"aii aku ingatkan aku yang gila ni je yang bercakap sorang-sorang rupa-rupanya orang yang normal macam dia tu pun bercakap sorang-sorang jugak, kesiann muka 'handsome dan smart' tapi gila"kata orang gila itu dan berlalu pergi dari bus stop itu sambil membawa kotak-kotak yang dipungut dilorong-lorong bangunan lama.

Dia masuk semula ke dalam keretanya
untuk mengambil telefon bimbit nya setelah dia menjumpai iPhone6 miliknya pantas jari jemari nya mendail nombor seseorang dan telefon di tekup ke telinga
setelah panggilannya disambut lantas salam diberikan kepada seseorang yang berada di hujung talian.

"assalamualaikum abang, abang busy ke tak ni?"tanya nurin idayu

"Waalaikumsalam beby, abang tengah siap-siap nak pergi meeting ni, ada apa beby call abang ni"tanya qash, abang sulung nurin yang bernama aqashah xander, abang sulungnya seorang CEO disyarikat Berjaya Holding yang kini telah diserahkan kepadanya,bapanya dato'lukeman xander telah menyerahkan syarikat itu kepada anak sulungnya kerana dia sudah tidak ralat lagi mahu menguruskan syarikat miliknya itu.
Aqashah xander berumur 31 tahun tetapi tidak berkahwin lagi katanya tunggu nurin kahwin dulu baru dia kahwin langkah bendul, lompat tangga lah adiknya nanti, dan mempunyai raut wajah ala-ala mat salleh nya dengan badan yang tegap dan sasa yang mampu menggetarkan hati para-para wanita diluar sana.
aqashah xander seorang abang yang penyayang dan penyabar dan tegas susah untuk melihatnya mengamuk atau marah tetapi jika ada yang mengganggu little princess nya bersedialah menghadap singa jadian a. k.a aqashah xander.

"kereta beby tiba-tiba tak boleh nak hidup, ni beby nak mintak abang ambik beby tapi, abang busy tak apa lah nanti beby call abang ad suruh ambik beby"nurin kepada abangnya.

"dekat mana tu?, macam mana boleh tak hidup semalam dan pagi tadi elok je"ujar aqashah dengan sengihan nya dan menyambung kata-katanya lagi.

"dan, lagi satu dah dikafan ke belum kereta tu"tanya sambil tergelak-gelak sendirian.ni kalau aku ada kat depan budak senget ni habis aku kena belasah.desis hati aqashah.

"ha ha ha tak lawak lah ok tepat-tepat dekat bus stop, abang!! main-main pulak abang nii! ingat ya ini bukan satu gurauan, tapi ini adalah betul-betul dugaan di pukul 10:30 pagi hari ini!"kata nurin sambil mengepal kan tangan nya.ish abang qash ni orang tengah susah hati boleh pulak dia bawak bergurau time-time macam ni arghhh!! geramnya..!.gumam hati nurin geram
"hahaha ok-ok abang tak gurau dah, haa cepatlah call abang ad tu, bahaya beby duduk lama-lama kat situ"kata aqashah.

"okk beby nak call abang ad lah ni, tapi abang tak payah nak risau sangat lah sebab beby kan macam seorang lelaki ehek! hahaha"ujar nurin sambil tertawa dan melihat ke kiri dan ke kanan.

"beby sementara tunggu abang ad ambil beby, ada baiknya beby masuk dalam kereta lock pintu kereta tu, ingat beby tu perempuan macam-macam boleh jadi nanti, tahu lah kasar macam lelaki , tapi beby kena ingat yang beby tu seorang perempuan bukan lelaki"pesan aqashah pada adiknya.

"ya baik lah.. abang tak payah lah risau sangat membebel macam atuk kebayan, lagi pun orang lain mana cam yang beby ni perempua"ujar nurin sambil tertawa sendirian cepat -cepat nurin mematikan talian.

amboi amboi budak ni dikata nya kita ni atuk kebayan tunggu bila aku balik rumah nanti memang penyek budak ni. desis hati aqashah geram.

baru saja dia mahu membalas kata-kata adiknya tiba-tiba talian dihujung sana dimatikan dengan segera oleh pemilik telefon tersebut.
aqashah hanya melihat skrin telefon miliknya yang sudah gelap sambil menggeleng kan kepalanya berserta dengan senyuman terukir dibibirnya.
budak ni kan!, aku belum habis bercakap lagi dah matikan telefon.desis hati aqashah geram sungguh dia dengan adik perempuannya yang sorang itu, perangai adik bongsunya yang keras kepala itu dan terlebih manja bila bersama ahli keluarga eh mesti lah dengan ahli keluarga takkan dengan orang lain pulak cari bala nama nya tu. apa lah kau ni qash. nakal pun iya juga, kasar seperti seorang lelaki mungkin hanya kerana dia dibesarkan oleh walid dan abang-abangnya dan hanya dia seorang saja kaum hawa dalam xander family's itu. ya nurin idayu adalah satu-satunya adik perempuan mereka dan satu-satunya anak gadis dato'lukeman xander dan umi mereka. datin nur indah yang telah lama kembali ke sang pencipta sewaktu melahirkan puteri bongsu mereka itu.
walaupun adik adik perempuannya berkelakuan seperti seorang lelaki tetapi dia tetap risau akan adiknya.
lekas-lekas aqashah melangkah keluar dari bilik pejabatnya itu apabila menyedari yang dirinya sedang mengelamun.

Tidak lama kemudian dia terlihat sebuah kereta honda civic berwarna putih menghampiri bus stop dia tidak perlu takut kerana orang itu teramat lah dikenalinya iaitu abang kedua nya yang bernama adrian shah xander berumur 26 tahun dan apa lagi ya?
alah pendek kata cukup package lah dan masih single lagi tau boleh lah korang isi borang hehe dan, agak sengal sedikit dan tempat pergaduhan nurin adik-beradiknya yang lain.

"pewittt!! ada abam encem lah kat bus stop ni, abam encem nak tumpang kita tak"kata adrian shah sambil membuat suara lelaki lembut dengan jari jemari nya menari-nari ditangkap kereta.

nurin menjeling abangnya yang berada didalam kereta itu lalu berkata.

"abang ad ni dah kenapa, dah macam lalang kena tiup dengan angin dah badan abang ad tu beby tengok eeee!! geli lah mangkuk nak muntah pelangi beby tengok"kata nurin sambil membuat muka mahu muntah.

"dan lagi satu beby memang 'encem' pun ok, bukan macam orang tu tak encem, muka pun macam bontot kuali hahahaha"sambung nurin sambil tergelak-gelak.

What!! bontot kuali!, pantas dia membelek wajahnya dicermin sisi kereta, masam mencuka wajah adrian apabila mendengar kata-kata adiknya tetapi selepas itu dia tersenyum sinis pula. pasal tak encem tu tak jadi hal pada dirinya mana taknya adiknya memang nampak betul-betul macam seorang lelaki dan lebih handsome dari mereka yang lelaki tu. walau pun adiknya seorang gadis.
ohh, budak bertuah ni sesedap sup bunjut je panggil aku mangkuk lepas tu cakap muka aku macam bontot kuali, meh kita tengok mangkuk a. k.a muka bontot kuali ni game kan sudu yang tengah ketawa tak ingat dunia ni. gumam hati adrian dengan senyuman jahatnya.

tengah syok nurin ketawa tiba-tiba dia terdengar bunyi kereta berlalu dari situ termati terus tawanya membulat mata nya apabila melihat kereta abangnya yang sudah jauh itu.

"abanggg!!!!!"jerit nurin, gelombang jeritan nurin turut didengari oleh burung-burung yang sedang berkicauan dipagi itu maka berterbangan lah burung-burung itu dan ada juga yang pengsan.

Adrian yang melihat adiknya dari cermin sisi kereta yang sedang berlari-lari mengejar keretanya yang sudah jauh kehadapan itu
dia tertawa jahat melihat adiknya yang termengah-mengah yang sudah berdiri disebelah keretanya dengan muka yang kemerah-merahan. tak tahu lah merah sebab marah ke atau sebab berlari dibawah matahari yang mula menyinari bumi.

"hai abam encem nape muka merah-merah panas ya, macam kena kejar dengan anjing je"adrian mengejek adiknya sambil menekan-nekan perutnya yang terasa kejang akibat ketawa berlebihan.
nurin yang melihat abangnya ketawa macam tengah menonton maharaja lawak mega itu lantas menumbuk bahu abangnya sekuat hatinya.

secara spontan adrian menjerit ala-ala maknyah apabila bahunya terasa ditumbuk dengan kuat sekali. aduhh kuat gila budak senget ni tumbuk aku, sapa lah yang ajar budak ni. bodoh lah kau ni adrian diri sendiri yang ajar boleh lagi kau tanya.

"adoii!! sakitlah sewel! "marah adrian berkerut-kerut dahinya menahan sakit sambil mengusap-usap bahunya yang terasa sengal.

"hah! rasakan tumbukkan boboiboy kuasa 3, padan muka sapa suruh gelakkan beby"ujar nurin sambil menjeling abangnya.

"ohh beby gelakkan abang tadi boleh pulak, dasar otak kartun huh!! "ujar adrian rasa tak puas hati.

"eh sapa yang cari pasal dulu hah!"kata nurin geram betul lah aku dengan abang ad ni.

"hah! yang tercegat lagi kat situ kenapa sewel, masuk lah! kang abang tinggal betul-betul meroyan pulak"kata adrian sambil menjeling adiknya.

nurin idayu yang mendengar abangnya berkata begitu laju dia masuk kereta abangnya. tak nak dia kena tinggal betul-betul abangnya itu bukan boleh dipercayai sangat.
setelah kereta mulai bergerak menuju ke butik nurin yang leka dengan telefon ditangan nya mula berasa aneh dan menoleh ke arah abangnya.

ya allah patut lah sepi semacam rupa-rupanya ada 'gugirl' tengah merajuk masam gila muka abang aku yang sorang ni kalah tapai basi hahaha. gumam hati nurin dan lantas melihat keluar tingkap bagi menahan tawanya dari meletus .

setibanya mereka dibutik Nur's Boutique lantas nurin idayu keluar dari kereta abangnya dan menutup kembali pintu kereta milik abangnya itu nurin beranjak sedikit ke tepi dan tanpa diduga berdesup laju kereta itu berlalu dari Nur's Boutique
nurin yang melihat telatah abang kedua nya bila merajuk hanya tertawa kecil, dia sudah lali dengan perangai abang kedua nya itu mudah merajuk tetapi senang dipujuk.
Hmm balik nanti lah aku pujuk baby tua tu, malang betul gadis yang bersuamikan kan abang aku ni nanti.ish! apa ni kutuk abang sendiri tak baik nurin..desis hati nurin sambil berjalan masuk ke dalam butik.

bersambung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience