Rate

Bab 2

Romance Series 11102

"haziq al-amin masuk bilik saya sekarang!!!jerit bosnya dengan suara yang lantang, berdentum bunyi pintu bilik pejabat dihempas kuat oleh tuan punya bilik itu.

bergegar bangunan 18 tingkat itu, pada ketika itu staf-staf sedang melakukan kerja masing-masing dan terkejut mereka bila mendengar jeritan bos mereka sampaikan ada yang melatah, ada yang mengusap dada masing-masing ada yang sedang membancuh air di pantry sampai terbang sudu itu gara-gara terperanjat mendengar suara jeritan bos mereka. apahal pulak kali ni.desis hati staf-staf HR Holding itu.

PA nya yang sedang leka melakar sesuatu dikertas terkejut sehingga kan lakaran nya yang cantik kini sudah menjadi tidak cantik
hiba hatinya melihat lakaran nya yang sudah tidak cantik lagi.

"sekarang ke bos? "tanya haziq untuk meminta kepastian.

"sekarang haziq... now!!"jerit carl zeyyan dengan lantang melalui interkom. adoii berbisa betul suara bapak singa ni, tak sakit tekak ke sejak dari tadi terjerit-jerit macam perempuan nak bersalin je.gumam hati haziq sambil menekup telinganya.

"ok ok b-bos saya da-datang sekarang "balas haziq dengan suara yang tergagap-gagap pantas dia berdiri dan menarik nafas lalu menghembus perlahan-lahan.

"bertenang haziq bertenang buat macam tak ada apa-apa yang berlaku ok, just relax"kata haziq pada diri sendiri lalu berlari-lari anak menuju ke bilik bosnya dan merempuh masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"dah tak ada tangan ke nak ketuk pintu tu dulu main rempuh"sindir carl zeyyan tanpa memandang kearah PA nya merangkap sahabat baiknya itu.sebenarnya dia agak terkejut juga haziq merempuh masuk ke dalam biliknya tapi muka dikawal sehabis baik. tak mahu wajah kedinginan nya cair lah tu. zeyy mengangkat muka dan memandang orang dihadapan nya dengan rasa geram tak terhingga, bertapa bengang dan menyampah dia melihat sahabatnya itu saat ini yang sudah pun duduk dihadapan nya tanpa kebenaran dari nya dan riak wajahnya cukup bersahaja bagaikan tiada apa-apa kesalahan. amboi-amboi tenang sungguh muka apek ni buat macam tak ada apa-apa yang berlaku, tunggulah kejap lagi aku pasti muka tu takkan tenang.gumam zeyy dalam hati diiringi senyuman jahat diwajahnya.

"ya bos ada apa panggil saya, rasanya bos tak ada meeting hari ni dan tak ada perjumpaan dengan mana-mana client"kata haziq sambil cuba mengawal tingkah lakunya dihadapan bosnya.

"memang hari ni aku tak ada meeting dan tak ada perjumpaan dengan mana-mana tapi, tapi aku ada 'meeting' penting dengan kau, kau tahu" kata zeyy sambil memerhati tindak tanduk sahabatnya itu.

"tak tahu bos "jawab haziq.

"aku tak suruh kau jawab pun"kata zeyy pen ditangan diputar-putarkan sambil memandang tajam wajah sahabatnya itu. cis kerek betul lah bos dingin ni. getus haziq dalam hati.

"ohh ya, bukan ke kau dah bagi tahu pagi tadi yang aku tak ada meeting hari ni"sambung zeyy dengan tawa yang cuba ditahan tetapi wajah yang dihadapan nya itu langsung tiada riak apa-apa. hmm muka tenang, padahal dalam hati dah berdangdut dah tu hahaha. kata zeyy dalam hati.

"ya ke aku ada bagi tahu?"tanya haziq dengan dahi berkerut-kerut acah-acah cuba mengingati.

"yup ada and,, i feel like there are SMART ants trying to hide candy"ujar zeyy perkataan smart sengaja ditekan kan. (eh asal kaum author jugak yang disalahkan.)

"kau merepek apa ni, semut sembunyi kan gula lah perumpamaan dari mana entah kau rembat, gula kat pantry dimana ada gula disitu ada semut"balas haziq, haishh! tadi dia cakap zeyy yang merepek tapi dia yang merepek entah apa-apa dasar apek sayur kangkung betul haziq ni.

"siapa yang merepek-merepek sekarang ni siapa?"soal zeyy sambil memandang haziq yang duduk dihadapan nya lagak seperti seorang bos dengan muka bersahaja. aku ke dia yang bos sekarang ni, gaya bukan main lagi mengalahkan aku yang bos dekat syarikat ni, over betul haziq ni. gumam hati zeyy menyampah.

"eh hello, kau yang memulakan sesi merepek-repek ni dulu tadikan apahal pulak nak salahkan aku "sambil menjeling zeyy. tak takut kena pecat betul haziq ni.

"sudah lah kau apek, ni aku nak tanya kenapa kau ikut juga arahan dari mummy aku"tanya zeyy sambil memandang tajam wajah sahabatnya.

"kau panggil aku apek, mana ada aku ikut apa-apa arahan dari mummy mummy "jawab haziq sambil bermain game candy crush di telefonnya.

"oh, tak ada ikut apa-apa arahan dari mummy aku ya, ok fine kalau kau tak nak mengaku aku akan..,,"sengaja zeyy gantungkan percakapannya sambil memandang haziq yang masih lagi bermain game candy crush tanpa memandang kearah zeyy.

"kau akan apa zeyy, jangan nak buat benda bukan-bukan zeyy nanti daddy dan mummy susah hati" kata haziq mata dan jari nya memfokuskan pada telefon ditangan nya, dan dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.

"aku akan bunuh nicki kau tu depan mata kau!!!"jerkah zeyy dengan lantang, haziq yang ketika itu terlalu fokus telefonnya terhadap game terkejut sehingga kan telefon bimbit ditangan terpelanting ke belakang nasib baik bilik pejabat zeyy itu kalis bunyi jika tidak pasti ada staf yang akan terkena serangan jantung.

"ka-kau dah ke-kenapa gila"tanya haziq dengan suara yang tergagap-gagap dan matanya membulat sambil menutup mulut nya dia tidak sengaja memanggil zeyy gila. bodoh kau ziq yang kau panggil dia gila kenapa adoii matilah aku, kalau dia potong gaji aku bulan macam mana aduhh.kata haziq dalam hati.
makin ketat lah wajah zeyy bila haziq panggil dia gila. haziq panggil aku gila tak guna betul apek ni. gumam zeyy dengan hati yang geram.

"aku rasa bukan aku yang gila nanti, tapi kau yang akan gila nanti sebab.."termati kata-kata zeyy disitu bila haziq sudah mencelah percakapannya.

"sebab apa zeyy?" soal haziq laju dengan rasa yang tidak sabar.

"aku belum habis cakap lagi kau dah potong haishh!!"kata dengan rasa geram.

"hehe sorry, err sambung lah"kata haziq sambil mengaru kepala yang tidak gatal dan tersengih-sengih apa bila zeyy sedang memandang nya seperti singa lapar.

"sebab aku akan bunuh nicki kau tu depan mata kau" kata zeyy selamba dan tersenyum sinis memandang sahabatnya itu, membulat mata haziq bila zeyy berkata mahu membunuh nicki si kesayangannya.

"NO!!!"jerit haziq dengan wajah yang cuak. tadi si emak kali ni si anak dia pula adoii!!, memang kaki ugut betul dua beranak ni.desis hati haziq menyampah.

"sampai hati kau zeyy nak bunuh nicki yang tak berdosa tu, kau tahu kan bertapa aku sayang terhadap nicki haiwan kesayangan aku tu"kata haziq sambil membuat muka sedih. ya nicki adalah seekor kucing parsi yang amat disayangi oleh haziq.

"kalau kau mengaku kesalahan apa kau, tak adanya aku nak bunuh nicki minaj kau tu"kata zeyy lagi dengan wajah dingin nya.

"ya lah aku mengaku, mummy kau rancang nak cari kan jodoh untuk kau, dia mintak aku tolong tampalkan kertas iklan kat merata tempat "kata haziq.

"habis tu kau ikut ke plan mummy aku tu? "tanya zeyy.

"aku ikutkan je lah sebab aku tak nak ada dua suspek pembunuhan terhadap kucing aku tu nanti"jawab haziq dengan nada menyindir, zeyy yang terasa disindir mencerlung matanya memandang haziq.

"arghh!! kau ikutkan juga kenapa!"kata zeyy dengan rasa marah yang menggunung dihati.

"relaks lah aku belum tampal lagi kertas iklan tu pun"kata haziq selamba.

"kau tak tipu aku kan ziq?"tanya zeyy.

"iya aku dapat apa kalau aku tipu kau"balas haziq.

"eh dari mana kau tahu plan mummy kau ni?"tanya haziq pula. hairan aku dari mana mamat sejuk beku ni tahu?.bisik hati haziq kehairanan.

"adalah kau akan tahu kejap aja lagi"kata zeyy dengan muka tanpa perasaannya itu.

"alaa bagi ta"terbantut haziq mahu meneruskan kata-katanya apa bila terdengar bunyi ketukan dipintu, dan zeyy menyuruh orang itu masuk.
membulat mata haziq bila melihat orang yang dikenalinya itu masuk ke dalam bosnya itu.

"oh ya allah! weh i miss you so much nuh firdaus"ucap haziq sambil bangun dan berlari kearah nuh firdaus dan memeluk sahabatnya itu, zeyy menepuk dahi sendiri melihat haziq yang tak ubah seperti perempuan gedik, dan firdaus berusaha mahu melepaskan diri dari pelukan haziq terasa geli mula menyapa dirinya dia menolak badan haziq tetapi tidak berjaya.

"weh ziq lepas lah sewel, geli lah tahu tak!"marah firdaus tetapi orang yang dimarahinya itu buat tidak peduli langsung
zeyy hanya menggeleng kepala nya melihat haziq yang macam seorang isteri memeluk suaminya yang sudah lama tidak bertemu.
firdaus mulai kegeraman apa bila tidak dapat melepaskan diri dari pelukan haziq itu, terasa geli mula menyapa dirinya dia berfikir seketika untuk mencari idea melepaskan diri tiba-tiba ada satu cara terlintas didalam kepalanya firdaus mula mengira dalam hatinya.

Satu.. Dua.. Tiiga..

"arghhh!!! tolong haziq PA kepada ceo syarikat HR holding sedang mencabul aku!!!"jerit firdaus, seusai firdaus berkata begitu dengan sepantas kilat dia melepaskan pelukan dan menolak tubuh sahabatnya sehingga terjatuh.

"kau tolak aku kenapa sengal! "kata firdaus terbongkok-bongkok dia bangun dan menuju kesofa. tak guna punya haziq hampir nak patah pinggang aku, aduhh mama sakitt. gumam hati firdaus dan menjeling tajam kearah haziq manakala tangannya lincah mengurut pinggangnya.

"ngok kau lah, tak dapat beza pelukan rindu seorang sahabat dengan mencabul ke!"marah haziq dengan muka yang bengang.

"kalau kau lepaskan aku tadi tak adanya aku cakap macam tu"kata firdaus sambil tersenyum sinis.

"tapikan aku rindu dekat kau dah lama kita jumpa kan"ujar haziq membuat muka comel sambil mempertemukan jari telunjuk kiri dengan jari telunjuk kanannya.

"eeuuu geli pulak aku dengan kau ni ziq, eh jom lah zeyy lunch dengan aku makin lama aku kat sini makin mengedik pulak sotong kurita dua alam peliharaan kau tu"kata nuh firdaus sambil kaki melangkah laju menuju ke pintu. kau panggil aku sotong kurita dua alam arghhh!!! tak adil, kau tunggu fir kau tunggu akan ada pembalasan dari aku!.desis hati haziq geram dengan wajah yang masam mencuka.

"pembetulan ya, dia bukan sotong kurita dua alam peliharaan aku tapi dia sotong kurita dua alam peliharaan mummy aku"kata-kata zeyy itu disambut dengan tawa yang berdekah-dekah dari firdaus yang berdiri dimuka pintu, makin membara lah rasa sakit hati haziq kena bahan dengan member.

mereka bertiga beriringan melangkah keluar dari bilik pejabat dan menuju ke lif dengan riak muka masing-masing yang berlainan.
Haziq bermuka masam mencuka, firdaus bermuka ceria seperti kanak-kanak ribena saja gelagatnya, zeyy pula fuhh! tak habis-habis dengan muka dingin nya.
nasib baik semua staf sudah keluar lunch kalau tak memang dah kena cop 'tiga jejaka hot tapi muka terencat' apa bila terlihat wajah jejaka-jejaka hot berlainan riak bukan dia tidak tahu perangai staf-staf di HR holding ni kalau membahan orang no 1 tapi kalau bab kerja memang tip top.

Tengku carl zeyyan bin tengku huzir zayyan adalah pemilik syarikat HR holding ianya dulu milik bapa nya tengku huzir zayyan tetapi tengku huzir zayyan telah menyerahkan syarikat itu kepada anak lelaki sulungnya, kerana dia sudah mahu bersara dari dunia bisnes, dan syarikatnya juga dikenali ramai mana taknya cara carl zeyyan menguruskan syarikat itu begitu sempurna, ditambah lagi dengan raut wajahnya yang cukup tampan mirip toni mahfud seorang photographer dan juga model, dengan badannya yang tegap dan sado memang mencairkan hati para-para wanita yang memandangnya.

Bersambung.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-04 12:26:12 

hi hi hi lama i'm waiting next chapter...plzzzz.....

YAZNI-ERNIE
2020-09-26 08:11:54 

hi.. dear....bila nk update lg


NovelPlus Premium

The best ads free experience