Rate

Bab 1

Family Series 1401

Huhhh... Mmmm.... Ahhhh... Keluh ku perlahan. Aku penat ke? Aku bosan ke? Atau aku kesepian........

Aku membelek gelas yg ku pegang.. Kosong... Tiada apa yg menarik pada permukaannya... Seperti hati dan perasaanku ketika ini..... Aku mendongak meneliti siling pula... Meneliti, mengamati... Cuba mencari sesuatu...

Aahhhh.... Apa yg aku buat ni, ish...
Aku teguk air dalam gelas yg ku pegang.. Habis... Letak d atas meja d depan ku. Perlahan-lahan aku bangkit... Berjalan pula ke balkoni... Melihat pemandangan yg luas terbentang d depanku... Kosong,tiada apa-apa yg menarik perhatianku...

     Sejak berpindah ke sini, aku masih terperuk dalam rumah sewaku, mengurung diri, entah kenapa?... Aku lebih suka menyepikan diri.. Mahu Membuang semua duka dalam kenanganku.... Kenapa? Kenapa harus aku yg perlu hadapi keadaan ini? Keluhku berat... Tiada lagi airmata.. Sudah keringkah air mataku... Mmmm

"Hai... Boleh kenal ka?"
Aku pura-pura tak dengar... Aku harap bukan aku yg sedang di sapa ketika ini... Mataku terus mengamati soalan dalam buku teks Add maths... Hatiku geram, kenapa susah sangat nak cari jalan penyelasaian soalan ni! Gerutuku dlm hati.
"hei... C cantik! "suara tu lagi... Ish, serabutnya. Siapalah gerangan empunya suara yg mengganggu aku nih.. Aku mula sakit hati, aku memalingkan mukaku ke arah kiri... Ops! Wow... Mataku terpaku seketika... Mulutku terngaga...
" tutuplah mulut tu dulu... Nah"sapa seorang lelaki sambil tersenyum kepada aku.. Coke sejuk di hulurkan...

"thanks... "aku menyambut coke td sambil menutup mulutku... Siapa pula budak gila ni? Aku tersenyum sendiri... Nah kn, bagus... Tak fasal-fasal kena gelar gila. Yang aku ambi coke dia ni apasal pula? Mataku bulat memandang coke d gengamanku... Sejuk pula tu... Tekakku menelan air liur, rasa haus pula... Ish, bodohnya aku... Coke memang kegemaranku tapi aku bukan kenal pun siapa gerangan lelaki itu.. Kenapa dia berikan aku coke ni.. Ada aku minta ke? Kenal pun tak....

Aku mencari-cari lelaki tadi, aik... Dah hilang ke?... Ah.. Pedulikan... Bukan apa juga ba, pakkk! Aku membuka penutup coke tu dan terus meneguknya sampai nafasku tercungap-cungap dek asidnya yg mencengkam... Sedapnya.. Aku berasa nikmatnya rasa coke ni...

"okey... Kita balik"tiba-tiba driver bus masuk dan melabuhkan punggungnya d tempat pemandu.. Aku menoleh kearahnya...

"okey uncle... "jawabku gembira... Apa taknya, sudah sejam aku dalam ni... Bangas suda... Hahahaha...

" kesana sikit, aku nak naik"pintu d sebelah aku tetiba terbuka... Aku cepat-cepat menoleh kearah kiri ku... Mataku membulat, lelaki yang beri aku coke.... Mata kami bertentangan. Rupa lelaki ni ala-ala mat saleh, hensom...

"kau mau kena dukung ka? "lelaki itu bersuara lagi... Setelah melihat aku tidak pandai berganjak... Aku menelan air liur, terkejut kena tegur begitu... Perlahan-lahan aku mengensot punggungku ke sebelah pemandu.

Ish... Buduh betul ni orang.. Tau la dia hensom, tapi buruk perangai... Sudahlah aku nda kenal dia ni, berani cakap nak dukung aku... Aku menahan geram, badanku aku sengaja dekatkan lagi dengan pemandu.

"ai.. Kau mau minta dukung sama saya pula ka ni, anej? "uncle Jas pula bersuara sambil ketawa..

Aku tersentak.. Aku melihat uncle Jas.. Ye tak ye juga, terlalu dekat sampai tanganku dengan uncle Jas bertindih...

Alamak... Aku menahan malu, entah hijau sudah mukaku masa ni... Macammana pula aku boleh terlajak mengensot ni... Aish! Keluhku sambil perlahan-lahan mengensot sebelah kiri pula.

Aku mengerling lelaki tadi di sebelahku... Senyum senyum pula. Aku menjeling tajam kepadanya.

Dia cuma memandangku sambil tersenyum... Aku cuba berlagak seperti biasa tapi sebenarnya aku rasa betul-betul tidak selesa...

Kenapa lelaki ni duduk sini? Penuh ke bas uncle Jas ni... Aku bersoaljawab sendiri dalam hati... Aku cuba melihat ke belakang, mahu memastikan kalau ramai penumpang sampai ter'overload' ke depan pula...

"auch! ".. Tetiba telingaku tertangkap suara pelik.. Siku ku disentuh lembut.. Aku terkejut beruk... Aik, berani nk sentuh-sentuh pula mamat ni! Geram aku dibuatnya... Aku memusingkan badanku ke kiri... Lelaki tu mengangkat tangannya sambil mengangkat bahu.. Jari telunjukknya menuding ke arah siku ku yang berada atas dadanya...

Mataku melihat siku ku sendiri, aku cepat-cepat menarik balik siku ku... Sedar diri terus aku.. Rupanya aku tak sedar menyiku dada lelaki tadi ketika memusingkan badan melihat ke belakang...

"sory......... "ucapku perlahan...

" tak apa...... " jawabnya tenang.

"Dan... Terima kasih coke tadi.. "ucapku lagi sambil menayangkan coke yang masih aku pegang... Lelaki tadi cuma mengangguk dan tersenyum.. Manis.

#aku terdiam...
Kenangan dua puluh tahun lalu menjelma dalam lamunanku. Ketika itu aku masih belajar dalam tingkatan empat d sekolah menengah xxx.

Walaupun aku seorang yang nakal di sekolah tapi sikap ku berbeza di luar. Aku selalu sendiri, tiada teman untuk berbual. Abang-abang dan kakak-kakak ku semua sudah dewasa. Tinggallah aku seorang sahaja anak manja ibu dan bapaku.

Itupun aku bukannya bebas bermanja dengan mereka. Mereka jarang sekali di rumah kerana sibuk bekerja. Tinggallah aku dan keluarga abangku sahaja di rumah. Abangku sudah bekeluarga...

Didikan yang diterapkan dalam diriku sangat tegas. Aku diberi peraturan dan kena disiplinkn diri sentiasa... Kadang-kadang bosan dengan cara hidup yang begini. Kalau nak jalan ke mana-mana, kena bersama dengan ahli keluarga.. Nak hang out dgn kawan-kawan, jauh sekali.

Boyfriend? Emmm... Aku jenis yang tidak suka ada boyfriend satu sekolah. Lagipun, aku tiada boyfriend masa tu. Aku bosan melayan sesiapa sejak berpisah dengan cinta pertamaku tahun lalu.

Tok! Tok! Tok!

Aku tersentak... Lamunanku dihentikan dengan bunyi ketukan yang kuat. Aku mengamati bunyi ketukan tersebut... Laama aku menunggu.

Takkan dekat pintu rumah sewa aku pula? Tapi siapa?! Mindaku berteka teki sendiri.

Dammm! Dammm! Damm! Woi.. Buka pintu nih! Sekali lagi aku tersentak.. Astagafirullah alazimm... Aku melafaz istiqfar... Sambil mengurut dadaku perlahan.

Aku mencari suara tadi.. Aku melihat ke bawah rumah sewaku.. Rupanya bunyi itu datang dari rumah jiran sebelahku yang bertentangan dengan rumah sewaku.

Aku berasa lega... Aku melangkah ke belakang secara mengundur, aku malas untuk mengambil tahu.

Tiba-tiba mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang duduk santai d balkoni bertentangan dengan balkoni rumahku. Aku mengamati lelaki itu, lelaki itu tersenyum dan melambai ke arahku...

Aku melihat belakangku, tiada sesiapa.. Aku mengerut dahi, hairan... Kenapa dengan lelaki tu? Bentak hatiku..

Di bawah rumahnya sedang berlangsung drama seorang wanita cantik sedang menendang pintu rumahnya sambil memaki-maki lelaki itu, firasatku sendirian..

Tapi aku hairan, kenapa lelaki itu tidak terkesan pun dengan situasi di bawah rumahnya?... Santainya dia duduk sambil memandang ke arahku. Gila agaknya lelaki ni...

Cepat-cepat aku berlalu masuk ke dalam rumah sewaku sambil menutup pintu balkoni rapat-rapat. Langsir juga aku tutup... Takut rasanya...

Pelik tapi benar lah apa yang berlaku d luar tadi...aku mengerling ke arah jam yang dilekatkan d dinding rumah.. O.. Solat asar, belum lagi.. Cepat-cepat aku berjalan ke bilikku, mencapai tuala dan berjalan terus ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

Selepas mengerjakan solat asar, aku merebahkan diri di atas katil. Perlahan-lahan mataku terpejam... Aaaahhh, aku mengeliat... Mengantuk pula.. Tidur la...... Aku terlena...

??????????????????????????????????

# terima kasih kerana membaca cerita ini
# ini cerita saya yg pertama,sila komen ye... Terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience