Rate

Bab 2

Family Series 1401

"sory... Anej kan..." aku terpaku melihat Harith di depanku. Aku mengangguk perlahan...

"buat apa di sini"soalku pendek.

"o.. Jalan-jalan... Anej, buat apa di sini?"Harith pula menanyaku... Aku cuma tersenyum... Dia tak tengok ke? Kami dimana sekarang ni?

"Aku belajar di sini.... "jawabku sambil berlalu.. Aku terus mengatur langkah. Aku mahu cepat sampai ke perhentian bas.. Nanti boleh berehat di dalam bas uncle Jas fikirku.

" tunggu... Cepatnya awak berjalan ni"Laungan Harith tidak menghentikan langkahku..

"Mari buku awak tu, biar aku pegang.. Berat tu... "Harith menawarkan pertolongan.

Aku berhenti melangkah... Aku menimbang nimbang, buku yang aku pegang atau beg galasku yang penuh dengan buku... Beg galasku lebih berat..

" Awak nak tolong sangat ye... Nak ambik beg aku ni... "aku menghulurkan beg galasku.
Dengan senyuman yang lebar.. Harith menyambut beg ku..

." wow.. Beratnya... "Harith terkejut mengangkat beg galasku... Emmm, awak fikir ringan ke?! Ejek ku dalam hati... Tanpa memperdulikannya, aku terus mengatur langkah.

Sepanjang perjalanan ke perhentian bas, Harith banyak bercerita, aku cuma mengangguk.. Aku sebenarnya tak berminat pun mendengar semua cerita Harith... Aku cuma menjaga adabku kerana Harith menolong mengangkat begku... Tanpa disedari, kami sudah sampai di perhentian bas.. Kami meletakkan beg dan buku di atas kerusi bas.

"Anej... Jom pi makan? Uncle Jas lambat lagi jalan ni... Kita makan di sana... "tiba-tiba Harith mencuitku sambil menuding jari di sebuah restoran berdekatan. Aku melihat sekeliling, mencari kelibat uncle Jas...

" okey... Tapi bagitau uncle Jas dulu.."jawabku. Aku tidak menolak pelawaan Harith kerana aku memang sangat lapar hari ini.Ujian matapelajaran Add maths tadi betul-betul mencabar. Nasiblah masa rehat menyelamatkan masa menjawabku. Aku terpaksa korbankan masa rehatku kerana hendak siapkan ujian itu, nasiblah guru Add maths bertimbangrasa dengan kami satu kelas... ??.

"okey, ini order awak... Nasi ayam special n air lemon tea sejuk"sapaan Harith mengejutkan lamunanku... Aku terus tersenyum lebar, apa taknya... Harith belanja aku makan masa aku benar-benar lapar...

Kami terus menikmati makanan kami.Aku berasa seperti sudah biasa dengan Harith walaupun baru kenal dia sejak tiga bulan yang lalu...

Sabar betul dia dengan sikap dingin aku, selama tiga bulan...

Walaupun aku acuh tidak acuh dengan segala sapaan Harith tiap hari, coke yang dia beri kepadaku sejak hari pertama bertemu.. Dia terus berusaha mendekatiku. Apapun yang Harith cuba usahakan, aku tidak merasakan apa-apa perasaan, sehinggalah hari ini selepas pelayan tadi menegur kami...

"cik adik... Abang adik tanya, adik nak kuah ayam pedas ke tak? Itu abang kandung adik bah kan... Sebab kamu seiras"tanya pelayan tadi...

"tak pedas" jawabku pendek, tapi kami seiras ke? Hehe... Adik beradik? Aaa... Mana-mana saja.... Harith cuma tersenyum bila aku menceritakan fasal pelayan tadi.

"biarlah... Iykan saja, aku tiada adik, awak boleh jadi adik aku... "jawab Harith... Aku terus ketawa, aku anggukkan kepala bersetuju dengan cadangan Harith.

Sejak peristiwa itu, hubungan kami menjadi rapat.. Harith selalu menungguku di luar sekolahku dan menolong mengangkat beg galasku.Kalau aku tidak bersekolah, Harith selalu bertandang ke kedai runcit di kampungku..

Walaubagaimanapun, kami tetap akan bertemu setiap hari walaupun sekejap.
Harith sanggup lakukan semua itu, aku mula perasan...kalau tidak bertemu Harith dalam sehari, aku berasa gelisah semacam sahaja.

Entah kenapa dengan diriku sekarang. Aku mula kurang senang dengan hujung minggu.. Aku lebih suka masa persekolahan kerana aku akan bertemu dengan Harith...

Suatu hari......

"Hary,aku berasa pelik lah... Kalau aku tak jumpa awak, aku rasa semacam saja... Kenapa ya?" Aku beranikan diri bertanya kepada Harith.Harith memandangku dengan muka hairan...

"yeke?.... Aku pn macam tu... Tak tau kenapa.. "jawab Harith. Aku memandang Harith.. Mata kami bertentang, getaran mula terasa dalam hatiku. Cepat-cepat aku berpaling. Peliknya... Kenapa aku berasa begini? Aku cintakan dia ke? Uish... Tidaklah, ada-ada saja ko ni anej... Perasan la ko ni... Hatiku memarahiku...

... Sebenarnya aku tau, mungkin aku sudah jatuh cinta dengan Harith, mungkin dia pun begitu tetapi kami masih tidak yakin mahu mengatakannya.Aku mahu Harith yang mengatakannya kepadaku dahulu... Terlalu lama aku menunggu, Harith seperti tidak faham.. Atau dia sudah ada orang lain? Aku saja ke yang perasan?...

Satu hari, Harith mengajakku ke rumah kakaknya, tempatnya tidak jauh dari pekan, aku bersetuju. Yang penting, aku kena balik juga hari tu.

Mungkin inilah cara terbaik untuk aku mengenali Harith dengan lebih dekat, fikirku. Selepas balik dari sekolah, aku mengikut Harith balik ke rumah kakaknya. Kakaknya tiada di sana, dia berada di kampung Harith, suaminya bekerja di hutan.

Disana cuma ada anak-anak buah Harith,anak pertama kakaknya hampir sebaya dengan aku. Muda dua tahun, anisa namanya. Yang aku rasa agak pelik, Anisa sudah ada tunang, tunangnya tinggal dengan dia... Dan tunang dia seagama denganku. Aku diam mendengar penjelasan Anisa...

Aku bukan sesiapa mahu menghukum perlakuan mereka yang sudah tinggal bersama sebelum akad nikah. Anisa masih bersekolah dalam tingkatan tiga di sekolah xxx.

Aku berdiam, aku tahu semua itu sangat bertentangan dengan cara hidupku, tapi aku membuka hatiku menerima keadaan Anisa. Aku mula berasa sangat selesa dengan Anisa,kami memasak bersama sambil berborak.

Tanpaku sedari hari sudah gelap. Aku tidak tau perlu buat apa, aku mahu balik tapi sudah tiada bas di perhentian bas. Aku buntu... Melihat keadaanku begitu, Harith mula berasa risau.. Dia memberiku idea, menelepon ke rumahku dan memberitahu bahawa aku berada di rumah kawanku, Anisa.

Kerana takut dimarahi oleh keluargaku, aku akur. Aku berasa bersalah sangat bila ibuku percaya kepada penipuanku itu..

Malam itu, aku berasa seperti terlepas daripada kepompong, aku berasa bebas dan sangat gembira.Rasa kesalku hilang diulit kegembiraan yang baru aku kecapi. Aku lupa sebentar dengan diriku, cara hidupku dan keluargaku. Sehinggalah apabila Harith meluahkan cintanya kepadaku malam itu, aku dengan rela hati membiarkan Harith memegang tanganku, memeluk cium aku dan sehingga aku tidak kekok tidur di sebelahnya. Walaupun kesucianku tidak terusik... Aku berasa sangat bahagia. Aku sangat bahagia malam itu..... Inikah yang dikatakan kebahagiaan? Hatiku bersorak riang.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience