Bab 36

Romance Completed 1280357

Nurlisa sampai di kondo tepat pukul 8 malam. Dia terlepas waktu permualaan maghrib dan tergesa gesa ke bilik untuk mandi dan menunaikan solat. Dia sudah berjanji bervideo call dengan Haiqal selepas Isyak untuk mereka mengaji bersama.
Nurlisa tidak berlama lama dengan Eusoff dan Mommynya kerana janjinya dengan Haiqal. Puan Sharifah Norlia beria ria mengajak Nurlisa untuk makan bersama, tetapi Nurlisa menolak dengan penuh hemat.
Dari sudut yang lain, Nurlisa begitu gembira melihat sifat Puan Sharifah Norlia yang happy go lucky, suka ketawa dan cepat terhibur dengan usikan anaknya.
Sementara menunggu Isyak, Nurlisa menapak ke dapur, melihat barangan yang di beli tadi. Dia mengeluarkan bunga ros plastic itu dah mula memasukkan ke dalam pastu menggantikan bunga lily yang telah layu. Dia mula menghidupkan aircond di ruang tamu dan menyempurkan wangian rumah yang baru di belinya. Perfume YSL itu di ambil dan di masukkan ke dalam cabinet dapur.
‘Sayang juga untuk di buang kerana harganya bukan seringgit dua, nanti boleh kasi dekat staff kat office’ detika hati Nurlisa
Rindu kepada Syed Arman membuak buak, dia tidak akan boleh menipu dirinya sendiri, tidak akan boleh. Apa yang boleh di buat cuma mencari kesibukan sendiri dan mulai mencari kebahagian sendiri.
Dia membuka laci cabinet dapur itu, mencari kotak kecil yang belum sempat dibuka. Dia tahu apa isi didalam kerana dia yang menyimpannya di dalam kotak itu 5 tahun lepas sebelum dia mengambill keputusan nekad untuk mencari abangnya.
Nurlisa mengambil kotak kecil itu dan membuka perlahan. Dia mengambil gambar dia bersama Syed Arman yang segak berbaju melayu dan dia juga berbaju kurung. Masih segar di ingatan Nurlisa tentang kisah gambar itu. Dia meletak gambar itu di dadanya, membuang rindu yang sangat sarat.
Syed Arman tidak sempat melihat gambar itu kerana dia balik ke UK atas urusan keluarga. Itu katanya kepada Nurlisa dan Syed Arman tidak pernah pulang selepas itu.
Tangan Nurlisa mengigil melihat barangan lain di dalam kotak itu. Duit cash RM10,000 pemberian Syed Arman kepada dirinya, semasa dia membuat keputusan untuk mengahwini jejaka bermata coklat itu. Sesungguh dia tidak pernah menggunakan duit itu, sebab sepanjang bersama Syed Arman, dia di ulit dengan duit. Dia tidak perlu duit itu.
Duit itu masih elok di dalam sampul surat bersaiz A4 itu, terlipat kemas. Dia menolak pemberian duit itu kerana dia tidak menjual dirinya, tetapi dengan sifat keras Syed Arman, dia terpaksa menerima, Sebab itu lah duit itu masih berada di dalam sampul surat itu.
Nurlisa masih memegang gambar itu, jumlahnya 7 keping. Nurlisa sangat suka dengan gaya gambar yang satu itu. Dia dan Syed Arman membelakangi camera dan tangan mereka bertaut kemas. Tahap romantiknya bertingkat tingkat sehinggakan Nurlisa masih tersenyum apabila melihat gambar itu.
‘Abang, ini satu satu bukti abang wujud dalam hidup Sofea. Sofea lepaskan abang, pergi lah cari kebahagiaan abang, Sofea tidak layak berdiri di sebelah abang. Kisah dulu itu kisah cinderella yang tidak pernah sedar diri. Sofealah Cinderella itu’
Kata kata itu bergema di dalam hatinya. Nurlisa meraup wajahnya, masih dia teringat Syed Arman sangat sukakan pipinya, mencubit pipinya, walaupun dengan kasar, tetapi dia sendiri merasa kasih sayang melalui sentuhan itu.
Nurlisa menutup kembali kotak itu dan menyimpan di tempat asal. Dia tertanya tanya tentang diarinya. Di dalam diari itu juga dia menyelitkan satu gambar bersama Syed Arman, photostat surat nikahnya, juga photostat nota cerai daripada Syed Arman.
Dia percaya diari itu pasti berada di bawah bantal di biliknya di Arau.
‘Biarlah, diari itu selamat di situ,’ Nurlisa berkata sendiri sambil bangun dari kerusi di ruang dapur itu.
Nurlisa melihat sekeliling ruang tamu kondonya, Dia akan memberi warna baru dan akan pastikan tiada langsung kenangan bersama Syed Arman.
Semasa fikiran sarat dengan idea apabila melihat ruang tamu itu, message whatappnya berbunyi, menandakan ada message yang baru masuk. Nurlisa melihat jamnya, waktu isyak sudah hampir, dan itu pasti bebelan daripada Haiqal yang memastikan dia video call tepat masa waktunya.
Nurlisa mencapai telepon dan mula memeriksa teleponnya.
~Sofea, I need to talk to you, urgent, about work, I call you in 5 mins~
Nurlisa melepaskan keluhan…
‘ Waktu begini bukankah waktu rehat ke?, esok tak boleh ke?’ sungutan itu spontan keluar daripada bibirnya.
‘Dasar’ dia mulai bosan dengan kerenah Syed Arman
Dalam beberapa minit, seperti di janjikan telepon Nurlisa berbunyi, dia lantas menekan button text dengan mula menekan “can I call you later”
Tetapi text Nurlisa itu tidak hiraukan oleh Syed Arman. Nurlisa masih lagi mendengar telepon itu minta di angkat. Deringan yang entah ke berapa kali, Nurlisa mulai rimas
~Kalau you tak jawab call I, I akan datang rumah you, now pilih, jawab call atau pergi rumah you~
Membaca message itu, Nurlisa menjawab call Syed Arman
“Hello En Boss,” Suara Nurlisa kedengaran sangat tenang
“Sofea, meeting with Danish and designer esok, I will join. And meeting tu kat luar, later Danish share the location” suara itu kedengaran sangat berat. Nurlisa hanya diam, tidak mengiakan, tidak juga menolak
“I tahu you dengar apa yang I cakap, I still kat office, settekan approval for document in systems. Tomorrow will be two proposal we need to settlekan. One is plan details, and satu lagu proposal for bajet for end to end. I nak siapkan by tomorrow, after you review, and I will approve in systems,”
“Papa need that urgently sebab Papa nak project tu mula cepat. Papa ask me to stay at Arau nanti bila project tu start,”
“ I will bring you to Arau, like forever, no objection” semasa menuturkan kata itu, suara itu masih sarat dan berat
‘Arau, bawak aku? No way,’ suara Nurlisa bergema di dalam hatinya.
Dia tidak menjawap sepatah pun, masih sememangnya mahu mendiamkan diri.
Tetapi apabila mendengar nafas Syed Arman yang berat, dia menukar fikiran, dia harus berkata sesuatu agar percakapan mereka dapat di tamatkan dengan segera.
“Ok Boss, I akan ensure our paper complete tomorrow, I will add in extra bajet if anything not in list” Nurlisa bangga, dia merasa sangat professional, tidak langsung ada getaran pada suaranya.
“Sofea, I miss you, please help me out from all this nonsense happened now, I need you, please sayang,” suara itu menangis, ya…. Nurlisa mendengar Syed Arman menangis teresak esak.
Nurlisa terkesima, Dia bangun daripada duduknya, Nurlisa sudah mulai gelisah. Dia terasa dadanya sangat sakit.
‘Apa harus aku buat’, suara hatinya menjerit kuat.
“ I knew you love me, I love you too,” suara itu lemah, seolah olah tidak berdaya.
Lama Syed Arman mendiamkan diri, Nurlisa cuma mendengar nafas deras Syed Arman.
“kenapa you tak balik lagi, you ingat apa janji you kat I, I pesan lagi sekali, jangan buat I nampak bodoh, you tahu I boleh buat apa kan?,”
Dan panggilan itu putus…. Putus..
Tamat… panggilan itu sudah TAMAT.
Nurlisa melangkah perlahan ke biliknya, dia harus menyelesaikan solatnya dan mengaji bersama Haiqal.
Dia mulai penat dengan dirinya, dia tidak sangka dia hampir percaya dengan apa yang Syed Arman katanya sebentar tadi.
‘Hati aku terlalu rapuh,’
‘Aku tidak akan jadi lemah lagi’
‘Aku tidak akan percaya lagi, mereka tidak akan boleh permainkan aku’
Nurlisa menunaikan solatnya dan mengaji bersama Haiqal. Dia mula menyedari, ketenangan wujud apabila bersama Haiqal. Haiqal juga tidak pernah membawa masalah kepada dirinya.
Nurlisa juga mulai tertekad, dia akan menyatukan Haiqal dengan Diana. Daripada apa yang dia lihat, mereka saling menyimpan perasan dan Nurlisa yang menjadi penghalang mereka.
Selesai mengaji, dia mengaktifkan Instagram dan Twitternya. Nama socmednya masih sama “Sofea Ann”. Nama itu diberi oleh Haiqal dan dia sudah lama menyukai nama itu.
Dalam beberapa minit selepas mengaktifkan, dia memuat turun satu post feed yang gambarnya semasa di bilik pejabatnya, dengan caption “Alhamdulilah, masih bernyawa di bumi pinjaman ini. Apa khabar semua?”
Dah dalam beberapa minit juga, kawan kawan sekolah rendah dah menengah mulai membanjiri komen dia instagramnya. Masing masing terkejut dan memuji yang Nurlisa semakin cantik, lebih cantik daripada zaman sekolah.
~Good movement Lisa, let’s happy and enjoy your life, jangan lupa our dating this Saturday. You need to cerita about 5 years ago, and A to Z, from start to end. Satu pun tak boleh tinggal~

itu text message daripada Haiqal sebelum Nurlisa melelapkan matanya.
Pasti hari esok akan lebih baik…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlisa sampai di restoran di Bangsar itu lepas jam 10am. Meeting mereka akan bermula pukul 10.30am. Danish sudah memesan agar jangan breakfast di rumah, mereka akan breakfast bersama di restoran itu.
Apabila sampai di restoran itu, pekerja restoran menyambutnya dan memberitahu bilik meeting mereka setelah Nurlisa memberikan nama Danish.
‘Mewah..dekorationnya cantik’ Nurlisa mengambil iphonenya dan mengambil gambar sudut bilik itu, bunga ros segar yang cantik bersama frame gambar Monalisa.
Dia memuatkan turun gambar itu di Instagram storynya, bersama caption “meeting with big boss” dengan emoji yang senyum.
Didalam menunggu Danish dan Syed Arman, Nurlisa menghidupkan laptopnya, dia mahu mengemas kini semua information untuk mereka berbincang bersama nanti. Dia tidak mahu berlama lama dengan Syed Arman, pintanya biarlah semuanya selesai cepat.
“Cik, ada bunga untuk Cik” suara pekerja restoran itu mengejutkan Nurlisa. Dia menyambut bunga itu dengan senyuman sambil mengucapkan terimakasih.
Di dalam Nurlisa menikmati bunga, terdengar suara Syed Arman menegurnya, lunak dan seksi.
“Sayang dah lama sampai?” Syed Arman mengambil tempat di sebelah Nurlisa, wajahnya sangat ceria, tidak seperti sebelum ini.
“Suka tak bunga tu” Syed Arman memandangnya sambil tersenyum.

“Assalamualaikum boss, Danish belum sampai. Danish pesan nak breakfast bersama,” Nurlisa tidak menjawab soalan Syed Arman, malah dia memberitahu cerita yang Syed Arman tidak tanyakan pun.
Nurlisa meletakkan bunga itu di atas meja. Tiada ucapan terima kasih untuk bunga itu

“Waalaikummusalam dear Sofea. Danish just call me, dia akan sampai around pukul 11am, jadi kita breakfast berdua jer,” Syed Arman memandang Nurlisa dan mula teruja apabila melihat Nurlisa gelisah dan tidak keruan.
Nurlisa bangun daripada duduknya dan mengambil tempat di hadapan Syed Arman. Dia tidak mahu menjadi menyebab kepada keruntuhan kebahagian Syed Arman. Dia harus berhati hati.
“sayang, kenapa duduk jauh, I tak makan you lah. By the way, your working hour dah start kan? Now kita tengah kerja ni, so let order breakfast dan start our meeting,” Syed Arman mengambil buku menu di hadapannya dan mula membelek belek sambil matanya tidak berkelip memandang Nurlisa.
Nurlisa mendail number Danish. Dia harus memberi pelajaran kepada Danish. Danish harus melapur semua kepadanya, kerana Danish direct report kepadanya, bukan Syed Arman.
“Sayang, no need to call Danish. Danish ada hal, he’s not available right now. Only us ,janganlah garang sangat, I’m sorry for what happened,” suara Syed Arman sayu, meminta simpati, memberi isyarat kepadanya juga agar “behave”.
Syed Arman seolah olah tahu apa gelodak di dalam hatinya.
“Kita order dulu ya sayang, lets settlekan order, then kita gaduh. Gaduh sambil makan pun ok jugak,” ujar Syed Arman sambil mengambil pekerja restoran itu.
“I order for you sayang, kita makan western breakfast ya, lama dah I nak makan western breakfast dengan you. Selalu makan nasi lemak jer,” kali ini suara itu menjana cinta berputik lagi di dalam hatinya.
Nurlisa cuma diam, dia sudah berjanji pada dirinya, dia tidak lagi mahu mengkianati dirinya.
Selesai memberi pesanan kepada pekerja restoran itu, Syed Arman mula membuka buku notanya. Dia perlu habiskan proposal papernya, Nurlisa perlu menolong, Dia harus pergi dari Kuala Lumpur, dia sudah penat.
“Sofea, malam tadi I mimpi you, you menangis then peluk I kemas. You cakap jangan tinggalkan Sofea. You cakap berkali kali. Actually bukan malam tadi, tapi dah bermalam malam dah,” Syed Arman kelihatan serius
“I nak tanya you, please jujur dengan i. You pernah jumpa I tak sebelum ni? Sebab you macam sangat familiar. Bau you, rambut you, bibir you, I macam pernah tengok, tapi tak sure kat mana,” suara dia lebih serius.
“ Ini lah perkara yang I nak discuss dengan you, dah lama I nak tanya. Kalau ikutkan I memang takkan sesenang nak get in touch dengan girl. Selepas I sedar dari koma 4 tahun lepas, I memang takut nak ada relationship dengan sesiapa,” Syed Arman berhenti bercakap, merenung Nurlisa sambil matanya mencari cari cintanya di mata Nurlisa.
Nurlisa pula tidak langsung memandang Syed Arman, dia focus tapi matanya tidak mampu berlaga mata dengan Syed Arman. Dia sudah hampir masuk ke dalam cerita Syed Arman. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk Syed Arman.
‘Ya Allah, tunjukkan aku jalan Ya Allah, aku buntu, bagaimana harus aku buat Ya Allah,’ doa itu spontan, Nurlisa terkesima apabila balam balam dirinya berada di dalam mimpi Syed Arman.
“for past 4 years, I keep dapat mimpi seorang perempuan menangis di sudut bilik, kepala berdarah. Kaki I pulak macam kena ikat, I tak boleh tolong dia. Bila I stress atau banyak fikir, mimpi tu akan datang. Dan lately ni i nampak wajah perempuan dalam mimpi I macam you, Sofea. Sebab tu I tanya, did you knew me before this?,”
“Atau sebab I cintakan you then wajah dalam mimpi tu nampak macam you, Adam kata mungkin sebab I terlalu fikir pasal you, sebab tu mimpi tu dah bercampur aduk,” Syed Arman mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.
Dia membuka kota kecil itu dah kelihatan seutas gelang tangan, coraknya seperti lama, bukan corak yang terkini, tapi simple dan cantik.
“Adam kata, gelang ini ada dalam seluar I masa jumpa I accident dulu. Polis yang kasi kat Adam bersama dengan barang barang i. As logic, ada seseorang dalam hidup I, tapi I tak ingat dan gelang itu sebagai bukti,” Syed Arman mencapai tangan Nurlisa dan cuba menyarungkan gelang tersebut.
Dengan lemah lembut, Nurlisa menarik tangannya. Syed Arman memandang Nurlisa dengan pandangan meminta simpati yang sarat.
‘Gelang?? Syed Armana belikan gelang untuknya?’ suara itu seperti gempita di dalam hatinya.
“I need to rungkaikan mimpi I dulu, I tak nak buat keputusan yang akan membuat semua orang merana. Kalau I ada sesiapa dulu, I need to know her, tanya dia apa yang I dah janjikan. I kena tunaikan janji I atau we need to settle it off,”
“I tersepit Sofea, I nak lari tapi tak boleh, I nak tanya you one more time. Did you know me before. I ada banyak sebab kenapa I tanya you. Sebab masa you hilang focus, I truly sure you ada kisah silam yang buat you sakit, buat you stuck, tapi boleh keluar,”
“I tahu you terkejut bila I tanya you, but I need to ensure if dalam mimpi I tu you. I need to ensure sebelum I move to next step. Dah lama sangat rantai ni tak dapat cari tuan dia. Lama sangat dah,”
“Sofea, say something pls, jangan senyap, you buat I rasa sakit sangat,” kali ini suara itu seperti suara suaminy dulu, apabila dia merajuk selepas Syed Arman jatuh cinta padanya.
Nurlisa seperti mencari kekuatan untuk dirinya. Dia harus berfikir cepat, supaya Syed Arman boleh terus bergerak ke hadapan. Untuk kali ini dia tidak mahu memberi cerita sengsara kepada Syed Arman. Dia harus logic untuk dirinya.
“Boss, I rasa you salah faham. Your previous life nothing to do with me. You salah orang tu, atau mungkin you confused. Memang someone dah ada dalam hati I. Tapi itu cerita lama. Cerita yang dah berkubur,”
“I tak tak tahu nak komen apa, Insyallah Allah dah planned semua dah. Boss akan dapat rungkaikan kisah you. I doakan,” Nurlisa mengatur kata katanya sepatah patah, dia bimbang tersasul.
Mata seksi Syed Arman kelihatan sayu, sarat dengan kisah sedih.
Nurlisa juga sangat gelisah, rupanya Syed Arman juga menderita seperti dirinya. Tapi bagaimana dengan perempuan yang menciumnya semalam, dia pasti perempuan itu isteri Syed Arman. Dengan lagak kasih sayang mereka, pasti mereka sudah berkahwin.
Nurlisa sudah nekad sedari semalam, dia tidak akan masuk di dalam cerita Syed Arman lagi. Cerita tentang mimpi Syed Arman sudah membuatkan diri gembira, sekurang kurangnya dia masih berada di dalam hati Syed Arman.
Breakfast mereka sampai.
Dalam kesedihan dan hati yang gusar, Syed Arman mengambil pinggan dan meletakkan roti dan telur itu di dalam Nurlisa
“Makan dulu sayang, lepas ni kita sambung, We have time until 11am. I nak alone dengan you,” Syed Arman menghulurkan sudu dan garfu kepada Nurlisa
Selepas membacakan doa, mereka makan bersama, seperti pasangan yang sangat bahagia
BERSAMBUNG..
“Sofea, nak solat jumaat nanti, ikut sekali abang keluar, kita pergi kedai gambar, ambik gambar bersama, kita takde gambar lagi kan?”
“Nanti Sofea pakai baju kurung yang abang beli itu, pakai yang biru, abang pun pakai baju melayu biru. Pakai tudung juga,”
“lepas solat kita ambik gambar, nanti boleh gantung dalam bilik kita”
“Sayang suka tak,”
Gadis yang di panggil Sofea itu memeluknya kemas badanya suaminya yang tidak berbaju itu. Dadanya menyentuh dada suaminya.
Dia gembira dengan perubahan suaminya. Tidak lagi kasar, tidak lagi marah marah. Dia bahagia.
“Sayang goda abang ke ni? Abang dah penat dah…abang mandi dulu lah, malam karang kita ada appointment atas katil lagi ya, but not now,” suaminya itu mencium dahi isterinya kemas. Penuh kasih sayang.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-09 23:37:47 

hi dear. tqvm update. miss u


NovelPlus Premium

The best ads free experience