Bab 44

Romance Completed 1281374

Mereka sampai ke pejabat tepat pukul 2pm
Demi menjaga hati Eusoff, Nurlisa menghantar pesanan ringkas kepada Ameena untuk memberitahu kedatangan Eusoff. Nurlisa juga tahu prosedur syarikat tidak membolehkan “outsider” berada di persekitaran pekerja dan mereka hendaklah menuunggu di bilik menunggu.
~Meena, I bawak Eusoff to my room, later Eusoff have meeting with Chairman dan CEO at 2.30pm. Please prepare hot tea ya, thanks~
Pesanan itu mendapat emoji love from Ameena with ~noted with action boss~
Eusoff mengambil tempat duduk di sofa di bilik Nurlisa.
“Cantik your office Princess, rasa macam kat rumah. Tapi flower tu dah nak layu pulak, later I hantar new one,” Eusoff terus membuka bag laptopnya.
“Princess, I ada meeting with site manager at Jakarta. Don’t border me, but remember, I suka ada dekat dengan you. Rasa nyaman pulak,” suara gatal Eusoff kedengaran jelas di telinga Nurlisa.
Nurlisa hanya membalas senyuman dengan kenyitan Eusoff. Tapi dia tidak boleh menafikan wajah kurnian Allah itu cukup sempurna. Rambutnya hitam pekat dan bulu keningnya lebat. Nurlisa pasti Eusoff juga menjadi kegilaan ramai gadis kat luar sana.
Seperti yang dia melihat status feeds instragam Eusoff sebentar tadi, pengikut Eusoff dengan nama instagramnya Andika Eusoff adalah 235k, bermakna dia mempunyai ramai peminat. Nurlisa tersenyum apabila ramai yang komen dengan emoji patah hati. Dia pasti Eusoff cuma untuk mencipta adegan panas di instagramnya.
Buktinya, dia mula menerima friend request daripada 1000 orang dalam masa hanya 30 minit. Hebat benar penangan Eusoff ini.
Pintu di ketuk dari luar dan terjenggul wajah seksi Ameena
“Cik Lisa, Boss nak jumpa, bring your laptop,” Ameena terus menutup pintu pejabatnya
“Cik Lisa, sekarang ya, Boss not in good mood,” Ameena membuka kembali pintu apabila habis suara Ameena, Nurlisa sudah berdiri dengan laptop di tangannya.
“Andi, I go first ya, see you later,” Nurlisa memberi senyuman manis kepada jejaka nakal dan pandai menghiburkan itu.
“En Eusoff, saya kena guide Encik ke guest room, sorry sebab company procedure not allowed guest to be here. Nanti I bawa you tea panas ya,” kali ini suara Ameena lembut kerana tidak mungkin dia bercakap lebih kurang dengan tetamu bossnya.
“No problem,” suara dan sikap macho Andika Eusoff itu pastikan mencairkan sesiapa sahaja.
Nurlisa mengetuk pintu Syed Arman, sedari tadi dia membebel didalam hatinya, apa sahaja lah mood Syed Arman asyik tiada, culas betul moodnya hendak melekat pada badannya.
Nurlisa terdengar suara Syed Arman menyuruhnya masuk.
Dengan perlahan dia membuka pintu dan membiarkan pintu itu terbuka, sekali lagi dia tidak sanggup duduk berdua dengan Syed Arman. Jelas kekusutan di wajah lelaki yang sangat di cintai itu.
Kelihatan Syed Arman menulis sesuatu di buku nota. Badannya melekat dia kerusi pejabatnya, dia pintu pejabatnya berhadapan dengan mejanya.
“Tutup pintu and lock,” suara itu tegas, Syed Arman langsung tidak memandangnya.
“I said lock, suara I tak cukup jelas ke? atau you nak suh I jerit,” sekali lagi suara itu mendebarkan apabila mendengarnya. Mungkin Syed Arman menyedari tiada bunyi pintu terkunci. Mata Syed Arman masih tekun melihat sesuatu yang di tulisnya.
Jiwa Nurlisa sudah terbuka apabila mendengar suara tegas Syed Arman.
Tergiang giang suara suaminya apabila memarahi 5 tahun dulu. Tidak ada belas kasihan. Itu semasa badannnya menjadi santapan suaminya, bukan dengan kasih sayang.
Air mata Nurlisa hampir merembas keluar. Badannya sudah kesejukan dengan jiwa yang ketakutan. Nafasnya sudah mulai menyusahkan, tidak berfungsi dengan betul. Dia menyesal kerana tidak terus menutup pintu itu.
Dengan perlahan Nurlisa menutup pintu dan menguncinya. Dia berjalan perlahan ke meja meeting di pejabat Syed Arman. Matanya tidak memandang Syed Arman, dan dia tidak mahu juga memandang.
Nurlisa mengambil tempat duduk di kerusi yang paling hampir dengan pintu. Badannya perlahan lahan tidak memberi kerjasama. Dunianya hampir terputus dengan dunia di sebalik jiwanya.
Dia harus bersuara supaya kekusutan tidak terlihat jelas.
“Kita nak discuss apa boss, Ameena asked me to bring laptop,” suara itu sudah sarat dengan sebak.
Suara Syed Arman masih di mejanya. Tapi kali ini mata Syed Arman sudah memandang tepat ke arah Nurlisa.
Dan kali ini suaranya lagi kasar, tegas dan membulat.
“Siapa suruh you duduk? Lain kali kalau I minta you datang, tak perlu I nak minta Ameena panggil lagi. Suka sangat nak mengadap mamat tu kan? Lepas tu I suruh you tutup pintu, terus lah tutup pintu. Dari dulu tak habis habis degil. Nak jugak I cakap banyak kali,” semasa dia mendengar ayat terakhir itu, airmatanya sudah membasahi pipinya.
Dari dulu? Syed Arman sudah mengingati dirinya? Persoalan itu terbiar sepi didalam jiwanya
Tangan Nurlisa sudah berpeluh, dahinya juga sudah berpeluh. Lututnya lembik, dia tidak berdaya langsung
Dengan sisa kekuatan yang tinggal sedikit, dengan perlahan Nurlisa bangun daripada kerusinya, mengambil laptop dan menunggu arahan daripada Syed Arman. Tiada satu patah perkataan pun keluar dari bibir mulusnya.
“Abang jangan marah Sofea, Sofea minta maaf, Sofea yang salah,” Ya… akhirnya jiwanya berjaya menarik Nurlisa ke dunia mereka 5 tahun dulu.
Syed Arman terkedu apabila dia mendengar suara lemah Sofea, dia bingkas bangun dan berjalan terus ke arah Nurlisa. Syed Arman memeluk Nurlisa kemas, kemas dan kejap.
Tanganya mengambil laptop daripada tangan Nurlisa dan meletakkan di atas meja itu. Satu tangannya masih memeluk Nurlisa. Dia dapat merasakan badan Nurlisa lemah.
“Sofea minta maaf, abang jangan marah Sofea. Sofea sayang abang,” kali ini Syed Arman merasakan tangan Nurlisa memeluknya kemas, tetapi badannya sudah melurut ke bawah. Dia merasakan Sofea sedang berperang dengan jiwanya.
“Sayang, abang minta maaf, tadi abang marah sayang, Ya Allah apa aku dah buat ni..,” kali ini Syed Arman sendiri terkejut dengan badan Nurlisa yang tidak dapat di tampung akhirnya Nurlisa hampir jatuh ke carpet.
“Sayang, please, jangan macam ni, abang minta maaf,” Syed Arman memeluk Nurlisa dan meletakkannya dia sofa. Dia pantas membasahkan tangannya di bilik airnya dan meletakkan dia pipi Nurlisa.
Syed Arman merasa nadi Nurlisa, dan ternyata nadinya seperti baru lepas berlari.
“Abang, jangan tinggalkan Sofea, dah lama sangat sangat abang pergi, Sofea tak nak bercerai dengan abang. Sofea sanggup tunggu abang sampai abang datang balik kat Sofea,” Nurlisa menangis teresak esak.
Matanya masih terpejam. Syed Arman terkesima apabila mendengar perkataan cerai
“Masa abang pergi, ada 3 orang datang paksa Sofea tinggalkan abang, mereka ugut Sofea macam macam. Mereka ugut nak bunuh anak kita bang, Sofea takut,” kali ini esakannya kedengaran kuat.
Syed Arman terkesima, begitu tragis masa lalunya.

Nurlisa punya anak?
“Sofea sayang abang, Sofea sayang abang sangat,” Nurlisa membuka mata dan bangun daripada pembaringannya. Tangan Nurlisa merayap ke pipi Syed Arman yang duduk melutut di sofa itu.
Sofea memegang rahang Syed Arman, mengucup bibirnya dengan penuh berahi. Nafas Nurlisa tercungap cungap apabila dia tidak melepaskan bibirnya. Bibir Syed Arman sudah basah dengan kucupan berahi Nurlisa.
Seperti selalu, Syed Arman tidak berani mengambil kesempatan apabila Nurlisa bukan Nurlisa di dunia ini. Syed Arman mengeraskan dirinya, beberapa kali menahan nafasnya daripada bertindak lebih agresif.
Apabila dia dapat merasakan kucupan bibir Nurlisa, sebenarnya dirinya juga hampir tewas.
Dengan perlahan Syed Arman menolak Nurlisa, menjarakkan bibirnya daripada bibir seksi Nurlisa. Dengan laju Syed Arman sekali lagi membasahkan tangannya dan menyapu ke pipi Nurlisa.
“sayang, abang tak marah sayang, abang minta maaf, sayang please sedar, abang dah lambat nak masuk meeting ni,” Sekali lagi Syed Arman membelai belai pipi Nurlisa.
Dengan sentuhan air yang kedua, Nurlisa seperti lebih rilex dan membaringkan badannya di sofa itu.
“Abang jangan kacau Sofea. Sofea merajuk dengan abang. Tadi abang marah Sofea, lepas tu abang tak kiss Sofea balik. Abang tak sayang Sofea kan? Malam ni Sofea nak balik rumah Sofea. Abang tidur sorang rumah ni,” dan terdengar dengkuran kecil Sofea.
Syed Arman mengucapkan syukur kerana Sofea sudah kembali sedar. Dia melihat jam di tangannya. Waktu menunjukkan pukul 2.45pm, maknanya dia terlewat.
Dia pantas mencapai laptop dan teleponnya dan membuka pintu. Kelihatan Ameena berdiri di pintu pejabatnya.
Syed Arman terus meminta Ameena masuk ke dalam.
“You jangan tanya I kenapa, but Nurlisa tak sihat. You jangan kejutkan dia tidur dan make sure bilik ni takde orang masuk,”
Syed Arman mengemaskan tali lehernya dan kakinya melangkah keluar
“Boss, wait……. Sorry I call you tak jawab, you silent phone, I nak cakap yang meeting reschedule to 3.30pm sebab Chairman ada meeting dengan Endah Jakarta with En Eusoff,” Ameena menghabiskan ayat dengan cepat, dia kehairanan melihat Syed Arman membetulkan tali lehernya.
Jiwa wanitanya berkata sesuatu yang berlaku antara mereka.
“Alhamdulilah, I tak lambat. You jangan nak fikir yang bukan bukan, takde apa yang berlaku, I cuma tolong sebab Nurlisa pengsan,” Syed Arman tidak mahu setiausahanya berfikir yang bukan bukan.
“Tolong I belikan coklat panas boleh tak? Lepas Nurlisa sedar nanti dia perlu minum coklat panas,” Syed Arman menghulurkan not RM50 kepada Nurlisa.
“Maaf susahkan you pulak,” apabila Ameena keluar dari biliknya, dia kembali menutup pintu, tapi kali ini dia tidak mengunci.
Selepas memastikan Nurlisa selesa, dia menyambung coretan pada buku notanya. Banyak pengurusan yang perlu ambil tahu dan memastikan semua projek berjalan dengan lancar. Dengan bantuan Nurlisa dan Danish, Syed Arman sudah dapat menakluki hampir kesemua ilmu Yayasan.
Selepas 15 minit dan air coklat juga sudah berada di meja coffee di depannya, Nurlisa membuka mata. Dia bingkas bangun apabila melihat persekitaran tidak sama dengan rumah dan pejabatnya.
“I kat mana?,’ itu pertanyaan pertama keluar dari bibirnya. Dia memandang Syed Arman dan jiwanya kembali mengingati adegan sebelum dia lemah dan keluar dari dunianya.
“Sayang kat pejabat abang, tadi sayang pengsan. Tapi abang suka sayang pengsan tadi, sebab sayang tak degil masa pengsan,” Syed Arman bangun dan menghulurkan coklat kepada Nurlisa.
Nurlisa terkesima, tapi dia menyambut huluran coklat itu.
Dia tidak mahu degil lagi.
Aku buat something bodoh ke? Nurlisa memegang bibirnya dan terasa bibirnya sedikit kejang. Nurlisa dapat menangkap maksud Syed Arman.
“Did I do something stupid?,” Nurlisa masih tidak berpuas hati.
“dah la tu, sayang tak buat apa pun. Tapi sayang kena ingat ni, sayang tu hak abang, abang tak suka tengok sayang dengan orang lain. Maaf kalau abang garang tadi. Abang takleh control marah abang tadi,” Syed Arman memegang tangan Nurlisa, tapi bibirnya mencari bibir Nurlisa. Kucupan yang kemas dan kejap. Penuh berahi.

“Nanti sayang kena cari masa ceritakan kisah sayang, abang nak tahu semua” Syed Arman melepaskan kucupan itu dengan perasaan paling bahagia.
“Abang sayang Sofea, ingat tu, abang gerak dulu, ada meeting with CEO,” Syed Arman melangkah ke pintu pejabatnya dengan penuh bergaya.
Nurlisa tengelam di dalam jiwa bahagianya. Dia merasa cinta Syed Arman sungguh memberahikan.
Syed Arman melihat Ameena memegang jambangan bunga di tangannya. Bunga rose bersama dengan coffee starbuck.
“Untuk siapa Ameena?,” soal Syed Arman tegas, tidak berbasi basi
“Untuk Cik Lisa boss, from En Eusoff,” Ameena berdiri tegap menunggu response daripada Syed Arman, tapi Syed Arman berlalu pergi.
“Ku terbau cinta tiga segi. Mari kita lihat siapa yang menang..,” Ameen tersenyum nakal.
BERSAMBUNG
“Abang kasar sangat, Sofea sakit,” gadis itu bersuara suaminya mengigit lehernya. Suaminya mengomolinya seperti tiada hari esok.
“Abang, stop sekejap, Sofea sakit,” suara gadis itu sangat lembut, dia sangat menyintai suaminya.
“Kau gundik aku, aku bayar kau, kau tidak berhak untuk membantah,” suaminya terus mencumbuinya dengan kasar. Suaminya merentap bajunya. Gadis itu hampir menangis.
“Abang, Sofea minta maaf, Sofea salah, Sofea tak buat lagi. Abang tolong lah berlembut, Sofea tak rasa apa apa selain sakit. Sofea nak rasa apa yang abang buat,” dengan berani gadis itu memegang rahang suaminya dan mencium suaminya lembut. Tangan gadis itu merayap ke belakang suaminya perlahan, memberi aura tenang kepada suaminya.
Tangannya membelai sambil meneruskan kucupan di bibir suaminya. Suaminya tidak lagi kasar, malah menurut rentak gadis itu.
“Bibir abang seksi, Sofea rindu bibir abang setiap hari. Bibir abang ni kesayangan Sofea. Tapi bibir ni juga selalu marah Sofea,” suaminya masih menikmati sentuhan magik isterinya. Mereka hanyut di dalam dunia halal mereka.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-13 18:37:50 

hi dear. bila nk uodate

YAZNI-ERNIE
2020-11-11 07:27:54 

hi

YAZNI-ERNIE
2020-11-11 02:06:57 

hi dear. next chapter plz.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience