BAB 2

Romance Completed 618

"Anis! kau ni kenapa? Zaza ajak makan kau tak nak? Ajak keluar
jalan-jalan tadi pun tak nak? apa yang kau nak? Kau nak mati? Kau pun
nak mati macam Syed Adruce ? Dia lain! Dia mati sebab mencintai kau!
terlalu sayangkan kau! Cinta l ya takkan hilang tapi jiwa kau sendiri yang
hilang. Aku hairan dengan kau ni Anis! orang lain tak seksakan diri
sampai macam ni sekali tapi kau kalau ya pun ini sudah setahun. Selama
setahun pun kau berduka macam ni? Pakwe aku dah tinggalkan aku tiga
tahun tahu tak? Dia pun mati juga, mati katak sebab merempit! So tak
beza dengan aku kan? malah aku lagi teruk. Kenapa aku boleh lupa kau tak
boleh?" Nuril dengan lantangnya bersuara dan mahu menyedarkan Anis Zaleyka .

Anis Zaleyka melangkah perlahan dan terduduk di birai katilnya. Dia
menongkat dagu dan mengeluh sarat dengan muatan alpa.

Zaza dan Nuril turut melangkah mendapatkan Anis Zaleyka . Zaza memeluk
bahu Anis Zaleyka sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di situ.

"Betul apa yang Nuril cakap tu... mencintai seseorang bukan meratapi
pemergiannya tetapi harus diambil pengajaran dari ketentuan Ilahi.
Kenapa kau tak redha dengan takdir ini Ania? Mana hilangnya semangat
kau? Apakah semangat kau turut hilang bersama kasih sayang Syed Adruce
pada kau? Dia pasti sedih melihat kau begini..." Zaza menyayangi sahabat
baik dan cuba memujuk memulihkan semangat Anis Zaleyka supaya Anis Zaleyka
berfikir.

Biar apa pun kata mereka berdua, tiada siapa di antara mereka ini
memahami duka yang lara di hati Anis Zaleyka . Tiada siapa pun pernah
mengerti akan Anis Zaleyka , Zaza mahupun Nuril . Mereka tidak merasai
sebagaimana yang Anis Zaleyka rasakan dalam cinta l ya. Setiap orang
berbeza-beza pengalamannya.

Anis Zaleyka mengeluh berat. Setiap ucapan sahabatnya dibiar usang
sahaja. Saat ini penghinaan Abbas pula menggila dalam benaknya.

- "Kau ni perempuan tak laku! jangan kau dekati aku! kerana kau kawan
aku mati! kawan baik aku mati! kenapa kau tak pernah hargai dia?
Sekarang kau nak apa lagi? Kau pun nak buat aku mati? Mati sebagaimana
Syed Adruce pergi? Kau memang perempuan tak guna Anis tak guna!" Farouk
memarahi Anis Zaleyka . Inilah kemaharan yang pernah dilepaskan oleh
Abbas terhadap Anis Zaleyka yang bagaikan terpanah duka.

Semua ini kerana sikap Anis Zaleyka sendiri. Sikap berpura-pura mencinta
akhirnya benar-benar jatuh cinta. Bermain cinta dengan Abbas tapi dalam
masa yang sama Abbas diduakan olehnya dan bercinta dalam diam bersama
dengan Syed Adruce kawan baik Abbas sendiri. Biasa terjadi dan inilah
realiti.

Anis Zaleyka menyesal kini dia kehilangan kedua-duanya sekali. Apa yang
tinggal di dalam hidupnya adalah sahabatnya yang setia menemaninya. Zaza
dan Nuril seringkali memberinya semangat namun keadaan Anis Zaleyka
begitu juga.

"Aku benar-benar kesal dengan diri aku sendiri, Zaza ... Nuril . Aku tidak
sempat bertemu dengan Syed Adruce dan kini segalanya musnah. Aku terlalu
jujur memberitahu kebenaran juga hingga menyebabkan kedua-dua hati
lelaki yang aku cintai terluka," ucap Anis Zaleyka .

"Sudahlah Anis... biarkan semuanya berlalu. Kita tidak patut salahkan
diri kita sampai begini. Tolong Anis.. tolong berikan ruang untuk hati
kau bernafas meskipun dalam diam," ujar Nuril dengan melembutkan nadanya
pula sambil menggosok belakang Anis Zaleyka .

"Ya Anis... kami berdua sentiasa sokong kau. Kami juga tahu, cinta dan
air mata tak akan dapat dipisahkan namun air mata itu terdapat dua
jalan. Jalan gembira dan jalan duka. Maka Anis... kau alirkan air mata
kau dengan kegembiraan dan kenikmatan kerana masih bernafas di bumi
Tuhan," telinga Anis menangkap setiap kata-kata Zaza .

Mereka berdua sayangkan Anis Zaleyka dan tidak mahu Anis Zaleyka terus
menyalahkan diri sendiri dan sebaliknya kesilapan lalu mesti diperbaiki.

"Kau masih ada kami berdua. Senyum sikit... jangan buat muka sedih-sedih
lagi. Kita berserah pada ALLAH SWT dan dalam masa yang sama kita
berusaha berubah ke arah jalan yang diredhai oleh ALLAH. Anis,
sesungguhnya Allah SWT itu Maha mengetehui. Semua ni ada hikmahnya dan
dalam sedar atau pun tidak ianya telah mengalir dalam kesamaran waktu.
Hitunglah hari-hari lalu itu dengan senyuman bukan pernghinaan pada diri
sendiri, Allah murka pada hamba-hamba-Nya yang berputus asa," Nuril
mencelah lagi.

"Terima kasih, Zaza ... Nuril kerana kamu berdua dapat bertahan dengan
sikap aku,"

"Kami sentiasa tahan sebab kau ni macam baby... menangis aje, kalau aku
boleh dukung kau memang dah lama aku dukung tapi tak dapat kerana kau
dah tua bangka.. hehe," tawa Nuril .

"Aku pulak rasa nak dodoikan kau aje biar asyik dalam indahnya hidup
ini," Zaza berseloroh. Anis Zaleyka menguntum senyuman dan menoleh pada
wajah sahabatnya kiri dan kanan silih berganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience